Anda di halaman 1dari 10

DCA 2022 - LANDSCAPE

PRINSIP
REKABENTUK
LANDSKAP
SITI NABILAH BT
NOTA K1.6 MOHD SARLAN
PRINSIP REKABENTUK LANDSKAP
Ada beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka
bentuk landskap. Prinsip-prinsip tersebut ialah
keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan,
keseimbangan, irama, aturan dan sekala. Prinsip-prinsip
ini telah diterima umum sebagai asas yang perlu
difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan
landskap.
Reka bentuk landskap yang
hendak dibina seharusnya
ringkas, teratur, mudah

KERINGKASAN
difahami dan mewujudkan
susunan dan kesatuan. Kalau
boleh menggunakan unsur-
unsur dan elemen-elemen
terpenting sahaja seperti
tumbuh-tumbuhan, air, dan
struktur binaan yang mudah
dan ringkas untuk mengelakkan
kawasan dan suasana landskap
yang kelam kabut
Kesatuan bermaksud
penyatuan pelbagai elemen
reka bentuk yang digabungkan
KESATUAN untuk memudahkan
penggarapan dan persepsi
pemerhati bahawa komposisi ini
adalah 'satu'. Mencapai
kesatuan adalah penting untuk
mendapatkan satu konsep yang
kuat agar semua reka bentuk
akan tertumpu kepada konsep
tersebut.
Keanekaan adalah penggunaan
pelbagai jenis elemen dalam
sesuatu reka bentuk landskap.
Banyak ciri digunakan
KEANEKAAN terutamanya tumbuhan yang
berbagai saiz, bentuk, warna dan
tekstur. Ia dapat menimbulkan
satu daya tarikan serta
mengelakkan rasa jemu atau
bosan. Keanekaan dapat
diterjemahkan melalui
penggunaan kepelbagaian elemen
seperti warna, bentuk, tekstur,
perubahana haluan, pergerakan,
bunyi dan juga kualiti cahaya.
Ia bermaksud satu tumpuan atau fokus
terhadap sesuatu elemen yang khusus
yang mempunyai ciri yang menarik dan
menonjol dalam landskap. Penumpuan
diwujudkan untuk memberi kesan daya
PENUMPUAN penarik dengan adanya satu titik fokus
yang kuat melalui sesuatu ciri-ciri
istimewa seperti warna, ketinggian,
bentuk, tekstur, bunyi, atau
objek/tanaman yang istimewa lagi unik.
Penumpuan boleh dilakukan lebih kuat
lagi dengan teknik membingkai dan
mengarah pemandangan terus kepada
titik fokus itu. Penumpuan boleh
diberikan kepada spesien tumbuhan
yang menarik, elemen air pancutan, air
terjun, struktur binaan, dan sebagainya
Ia bermaksud pembahagian yang sama
bagi ruang-ruang luar. Ia juga
melibatkan keseimbangan dari segi
KESEIMBANGAN saiz ruang, tinggi pokok dan juga
bentuk tumbuhan. Keseimbangan
adalah untuk mewujudkan kestabilan
sama ada secara formal atau tidak
secara formal. Keseimbangan formal
bersifat geometrik, simetrikal, dan
ditentukan melalui pengulangan
elemen-elemen yang sama di kiri dan
kanan. Keseimbangan tidak formal
lebih dinamik dan lebih bersifat natural
Prinsip ini merupakan perubahan dari
satu keadaan kepada keadaan yang
lain secara berperingat menurut
IRAMA pandangan mata sesuai dengan irama
tertentu. Perubahan ini adalah dari segi
ketinggian, warna atau tekstur.
Pengulangan terhadap elemen-elemen
tersebut akan dapat mengawal
pandangan mata hingga menuju ke
titik tertentu
Aturan berkait rapat dengan
pergerakan yang melalui sesuatu
ruang dari permulaan (gateway).
ATURAN Ruang-ruang yang seterusnya
dihubungkan untuk mewujudkan
kesinambungan yang teliti dan
berterusan. Reka bentuk aturan yang
melibatkan sesuatu 'penemuan' adalah
sangat baik. Lebih baik untuk tidak
menunjukkan semuanya pada satu
masa untuk mewujdkan 'sense of
surprise'
Skala adalah pertalian dan
perbandingan saiz di antara sesuatu
elemen dengan elemen yang lain dan
SKALA perbandingan saiz dengan manusia
dan persekitarannya. Manusia
terutamanya adalah pengguna
kawasan landskap yang utama
dijadikan sebagai rujukan dan
perbandingan

Anda mungkin juga menyukai