Anda di halaman 1dari 23

Topik 

 Jenis-jenis
6 Ayat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menggunakan jenis-jenis ayat pada tempat yang betul dalam
komunikasi lisan dan bertulis;
2. Menukarkan bentuk jenis-jenis ayat dari satu bentuk ke satu bentuk
ayat;
3. Mengenal pasti nada dan intonasi yang betul bagi menyampaikan
maksud sesuatu ayat; dan
4. Membentuk ayat tunggal dengan susunan frasa.

 PENGENALAN
Manusia menggunakan kata-kata yang membawa makna khusus kepada
masyarakat penutur bahasa itu untuk menyampaikan maksud. Kata-kata
disusun dengan kaedah yang khusus bagi menyampaikan maksudnya. Susunan
ayat yang berbeza dapat membawa maksud yang berbeza. Dalam
menyampaikan sesuatu maksud, manusia mungkin menggunakan emosi yang
disampaikan melalui nada bunyi atau lagu bahasa. Lagu yang berbeza
membawa maksud yang berbeza pula. Oleh itu, apabila seseorang itu belajar
sesuatu bahasa, dia perlu belajar tentang tatabahasa, struktur ayat dan juga lagu
bahasa. Lagu bahasa ini menentukan jenis-jenis ayat. Dalam bahasa Melayu, ayat
terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 Ayat penyata;
 Ayat tanya;
 Ayat perintah; dan
 Ayat seruan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  125

Perhatian juga akan ditumpukan kepada „bentuk ayat tunggal‰ dan „susunan
ayat dalam‰. „Susunan ayat dalam‰ akan menghuraikan bagaimana kita
menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu pada tempatnya yang betul
dalam ayat-ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal pula ialah asas kepada pembentukan
ayat-ayat majmuk.

6.1 AYAT PENYATA


Ayat penyata digunakan untuk membuat sesuatu pernyataan. Ayat ini bertujuan
untuk menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis
ini kerap digunakan dalam penulisan dan lisan untuk menjelaskan sesuatu dan
selalu juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Berikut ialah contoh-contoh ayat penyata:


(a) Shamsudin nelayan.
(b) Jamaludin sedang tidur lena.
(c) Anak petani yang kita temukan dua puluh tahun yang lalu telah berjaya
menjadi seorang doktor.
(d) Penjenayah itu telah ditangkap oleh pihak polis.
(e) Pengorbanan ibu bapanya telah menjadikan beliau seorang yang
berpendidikan tinggi.

Daripada contoh-contoh yang diberikan, kita dapati bahawa kesemua ayat


tersebut, sama ada ayat selapis ataupun ayat berlapis, dikategorikan sebagai ayat
penyata.

6.2 AYAT PERINTAH


Kita seringkali membuat arahan, sama ada secara langsung atau tidak langsung,
kepada orang lain. Dalam proses membuat arahan tersebut, pernahkah anda
menilai jenis-jenis perintah atau arahan yang anda berikan itu? Ayat perintah
diucapkan dengan tujuan untuk menyebabkan sesuatu tindakan diambil. Ayat
perintah ditujukan kepada orang yang kedua.

Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah dapat dibahagikan


kepada empat jenis perintah, iaitu:
(a) Ayat suruhan
(b) Ayat larangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

(c) Ayat silaan; dan


(d) Ayat permintaan.

Mari kita lihat jenis-jenis ayat perintah ini satu persatu.

6.2.1 Ayat Suruhan


Ayat suruhan diucapkan dengan tujuan memberikan arahan atau perintah.
Dalam ayat suruhan, subjeknya ialah ganti nama orang yang kedua, seperti
kamu, engkau, awak dan anda; tetapi biasanya digugurkan. Sungguhpun begitu,
atas tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan. Nama khas atau nama
orang yang disuruh itu kadang kala disebutkan untuk menguatkan lagi suruhan
itu terhadap orang berkenaan.

Contoh-contohnya adalah seperti berikut:


(a) Mat, masuk ke dalam!
(b) Kamu buat tugas ini sekarang juga!
(c) Telan ubat ini!

Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan partikel -lah untuk melembutkan


suruhan, di samping menegaskan predikat. Partikel -lah ini diletakkan selepas
kata kerja dalam ayat seruan itu.

Contohnya adalah seperti berikut:


(a) Bertolaklah sekarang supaya tidak ketinggalan.
(b) Jenguklah dia di hospital.
(c) Pakailah kereta itu.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan me-, awalan itu digugurkan
dalam ayat suruhan jenis ini. Dalam ayat-ayat 1 hingga 5, awalan me- itu telah
digugurkan. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang
mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut
tidak boleh digugurkan seperti dalam contoh-contoh yang berikut:
(a) Menjeritlah sepuas-puas hatimu.
(b) Bersedekahlah kepada fakir-fakir miskin di kampung anda.
(c) Bertenanglah pada masa anda menjawab soalan-soalan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  127

AKTIVITI 6.1
Berdasarkan kepada contoh-contoh ayat suruhan tersebut, bina empat
lagi bentuk ayat suruhan dengan menggunakan ayat-ayat yang lebih
kompleks. Bentangkan di dalam kelas.

6.2.2 Ayat Larangan


Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, tak
usah atau usah sahaja sebelum kata kerja dengan tujuan melarang seseorang
melakukan sesuatu.

Contoh-contohnya adalah seperti berikut:


(a) Jangan ambil harta anak yatim.
(b) Tak usah kau tangisi pemergiannya.
(c) Awak tak usah pergi lagi ke sana.

Dengan menambahkan partikel -lah, ayat-ayat itu dapat dilembutkan lagi.

Jika kita melihat papan-papan tanda, akan kita temukan satu lagi ayat larangan
yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima -lah.

Contohnya:
(a) Dilarang membuang sampah di sini.
(b) Dilarang merokok.
(c) Dilarang berludah di sini.

6.2.3 Ayat Silaan


Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila  atau jemput 
sebelum kata kerja dengan tujuan meminta seseorang dengan cara berbudi
bahasa untuk berbuat sesuatu. Biasanya, kata silaan digunakan pada permulaan
ayat seperti yang terdapat dalam contoh-contoh yang berikut:
(a) Jemput masuk ke dalam.
(b) Sila beredar ke bilik seminar.
(c) Jemput makan hidangan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Seperti ayat-ayat lain juga, ayat-ayat ini dapat dilembutkan dengan


menggunakan partikel penegas -lah seperti contoh-contoh yang berikut:
(a) Jemputlah masuk ke dalam.
(b) Silalah beredar ke bilik seminar.
(c) Jemputlah naik ke rumah.

6.2.4 Ayat Permintaan


Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong dengan tujuan memohon pertolongan atau permintaan seperti dalam
contoh-contoh yang berikut:
(a) Minta tuan-tuan masuk ke dalam dewan.
(b) Tolong senyap kerana ujian sedang berjalan.
(c) Minta kamu semua bertenang.

Bentuk-bentuk ayat permintaan biasanya tidak membawa makna yang negatif.


Oleh itu contoh-contoh ayat yang berikut dianggap tidak betul.

(a) Sila jangan merokok.


(b) Tolong jangan bising.
(c) Tolong jangan tidur di sini.

Bentuk ayat-ayat larangan yang betul bagi ayat-ayat itu adalah seperti yang
berikut:
(a) Jangan merokok.
(b) Jangan bising.
(c) Jangan tidur di sini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  129

6.3 AYAT SERUAN


Ayat seruan diucapkan dengan intonasi atau nada seruan tertentu dengan tujuan
untuk melahirkan perasaan atau emosi, seperti marah, takut, takjub, geram,
sakit, hairan dan sebagainya. Intonasi seruan dalam penulisan digambarkan
dengan simbol (!) yang biasanya terletak di akhir ayat. Kata-kata seru yang
sering digunakan, ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya.

Contoh-contohnya adalah seperti berikut:


(a) Amboi, besarnya!
(b) Cis, rasalah tikaman ini!
(c) Aduh, sakitnya!

6.4 AYAT TANYA


Kita seringkali bertanya akan sesuatu perkara untuk mendapatkan jawapan.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu hal.
Berdasarkan nada suara serta penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat
dikategorikan kepada dua jenis (Rajah 6.1), iaitu:

Rajah 6.1: Ayat Tanya

Mari kita lihat ayat tanya ini satu persatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

6.4.1 Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya


Ayat jenis tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum
kesenyapan di akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan
tanda soal (?).

Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:


(a) Halim menangis?
(b) Zul pemandu bas?
(c) Emak ke bandar?

Ayat tanya seperti ini boleh disertai partikel -kah yang biasanya diletakkan di
hujung ayat seperti contoh-contoh yang berikut:

(a) (i) Dia ke pasar?


(ii) Dia ke pasarkah?

(b) (i) Kereta itu cantik?


(ii) Kereta itu cantikkah?

(c) (i) Ibu tidur?


(ii) Ibu tidurkah?

Ayat-ayat (b) dalam ketiga-tiga contoh tersebut mengandungi unsur yang


dijadikan fokus yang ditandai oleh partikel -kah, iaitu ke pasarkah, cantikkah
dan tidurkah. Daripada contoh-contoh itu, kita dapati bahawa tidak berlaku apa-
apa perubahan pada struktur ayat yang menerima partikel -kah. Dalam bahasa
tulisan, unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses penjudulan, iaitu
proses menjadi ungkapan perkataan yang diutamakan atau dikedepankan.
Struktur ayat berubah kepada susunan yang berikut:

{Ungkapan kata yang dijadikan fokus diikuti oleh -kah} + subjek} + {unsur
predikat lain} (jika ada)

Ayat Dia ke pasarkah? sebagai contoh, bertukar menjadi Ke pasarkah dia? Frasa
ke sekolahkah? merupakan ungkapan yang diutamakan atau dikedepankan,
iaitu mendahului subjek dia. Unsur predikat lain tidak wujud dalam ayat ini.
Perkara yang sama juga berlaku dalam ayat yang kedua dan ketiga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  131

Contoh-contoh lain bagi menghuraikan ayat tanya tanpa kata tanya adalah
seperti yang berikut:
(a) Mereka bertolak petang tadikah?
(b) Petang semalam kamu ke Muarkah?
(c) Engkau hendak pergi ke pasar sekarang jugakah?

Ketiga-tiga ayat ini bertukar kepada bentuk yang berikut setelah dijadikan
bahasa tulisan.

Ungkapan kata yang dijadikan Subjek Unsur


fokus diikuti oleh -kah predikat lain (jika ada)

1. Petang tadikah mereka bertolak?


2. Ke Muarkah kamu petang semalam?
3. Sekarang jugakah engkau hendak pergi ke pasar?

Ayat-ayat tersebut telah mengalami proses pendepanan predikat. Subjek tidak


boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel -kah.
Sungguhpun begitu, terdapat juga subjeknya kelihatan mengalami proses
pendepanan dengan partikel –kah seperti contoh-contoh yang berikut:
(a) Cik Mariamkah kerani itu?
(b) Orang tua itukah bapanya?

Sebenarnya, ayat-ayat itu ayat songsang akibat daripada proses pendepanan


predikat. Ayat-ayat asalnya adalah seperti yang berikut:
(a) Kerani itu Cik Mariam.
(b) Bapanya orang tua itu.

Selain daripada itu, ada juga ayat-ayat yang mempunyai perkataan yang seolah-
olah mengalami pendepanan partikel -kah. Contohnya adalah seperti yang
berikut:
(a) Diakah yang sulung?
(b) Merekakah yang bertugas malam tadi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Sebenarnya, ayat-ayat itu ialah ayat-ayat songsang juga, akibat daripada proses
pendepanan predikatnya, yang berasal daripada ayat-ayat yang berikut:
(a) Yang sulung dia.
(b) Yang bertugas malam tadi mereka.

Sebenarnya, ayat-ayat itu berasal daripada beberapa ayat tunggal. Ayat-ayat


pasif yang berikut juga daripada jenis yang sama; iaitu ayat-ayat tunggal.
(a) Surat layang itu ditulis oleh Ali.
(b) Surat layang itu ditulis oleh Ali?
(c) Ditulis oleh Alikah surat layang itu?

Kesemua ayat yang dinyatakan itu ialah ayat tanya tanpa kata tanya yang dapat
dijawab dengan jawapan ya atau tidak/bukan seperti yang berikut:

(a) (i) Pak Zulkifli ayahnya?


(ii) Ya, Pak Zulkifli ayahnya.

(b) (i) Diakah yang ke rumah saya kelmarin?


(ii) Tidak, dia tidak ke rumah awak kelmarin.

(c) (i) Encik Kasim suaminya?


(ii) Bukan, Encik Kasim bukan suaminya.

6.4.2 Ayat Tanya dengan Kata Tanya


Ayat tanya dengan kata tanya menggunakan kata tanya seperti apa, siapa,
berapa, mengapa, bagaimana, dan lain-lain yang berfungsi menyoal. Ayat-ayat
ini terdiri daripada dua kategori (Rajah 6.2)seperti yang berikut:

Rajah 6.2: Ayat tanya dengan kata tanya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  133

(a) Ayat Tanya dengan Ganti Nama Tanya


Ayat-ayat tanya dengan ganti nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang
mengandungi ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Dalam
susunan biasa, ganti nama tanya menduduki unsur predikat seperti dalam
contoh-contoh yang berikut:
(i) Anaknya siapa?
(ii) Ibu kamu mana?
(iii) Benda ini apa?

Bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan predikat, menghasilkan


bentuk ayat- ayat yang berikut:
(i) Siapa anaknya?
(ii) Mana ibu kamu?
(iii) Apa benda ini?

Sungguhpun begitu, ayat-ayat tersebut berbentuk bahasa lisan. Apabila


bentuk bahasa lisan itu ditukarkan ke bentuk bahasa tulisan, ayat-ayat itu
perlu menerima partikel –kah pada unsur yang dikedepankan seperti yang
berikut:
(i) Siapakah anaknya?
(ii) Manakah ibunya?
(iii) Apakah benda ini?

(b) Ayat Tanya dengan Frasa Sendi Nama Tanya


Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi
nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila,
bagaimana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya. Dalam susunan biasa,
kata tanya wujud dalam predikat. Contohnya adalah seperti yang berikut:
(i) Encik bekerja di mana?
(ii) Tuan datang dari mana?
(iii) Kamu hendak pergi ke mana?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat ini boleh mengalami proses pendepanan predikat untuk


menghasilkan ayat- ayat yang berbentuk seperti yang berikut:
(i) Di manakah encik bekerja?
(ii) Dari manakah tuan datang?
(iii) Ke manakah kamu hendak pergi?

Selain daripada itu, terdapat juga ayat tanya terbuka dan ayat tanya
tertutup.

Ayat tanya tertutup memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, manakala


ayat tanya terbuka pula ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad
kepada jawapan ya atau tidak/bukan, tetapi sebaliknya bergantung pada
maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Berikut ialah contoh-
contoh ayat-ayat tersebut:

(i) Ayat tanya tertutup


• Tuan Yusuf gurunya?
Tidak, Tuan Yusuf bukan gurunya.
• Besarkah rumah itu?
Ya, rumah itu besar.
• Ke bandarkah budak-budak itu?
Ya, budak-budak itu ke bandar.

(ii) Ayat tanya terbuka


• Apakah benda ini?
Benda ini aksesori bas.
• Datuknya siapa?
Datuknya Wak Ali.
• Bilakah kita akan makan?
Kita akan makan apabila ibu pulang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  135

AKTIVITI 6.2
1. Apakah peranan partikel -lah dalam bahasa Melayu? Berikan
contoh-contoh penggunaannya dalam ayat.

2. Tukarkan ayat-ayat yang berikut kepada ayat-ayat tanya.


(i) Besarnya rumah dia!
(ii) Zaman ini zaman dunia tanpa sempadan.
(iii) Dia berkata-kata sesuatu.

6.5 INTONASI DALAM AYAT


Intonasi ialah naik turun nada suara apabila kita berkata-kata. Dalam
percakapan kita, nada suara kita tidak sama sepanjang masa, iaitu ada kalanya
tinggi dan ada kalanya rendah. Nada suara yang berbeza ini menggambarkan
maksud dan keadaan emosi penuturnya. Jika semua ayat yang kita lafazkan
dituturkan dengan nada yang serupa, agak sukar bagi orang lain yang
mendengarnya untuk memahami kita.

Sebagai contoh, mula-mula cuba lafazkan ayat-ayat yang berikut dengan nada
suara yang mendatar dan kemudian cuba pula melafazkannya mengikut makna
dan emosi yang digambarkan dalam ayat-ayat tersebut:
(a) Berambus!
(b) Saya akan meninggalkan tempat ini buat selama-lamanya.
(c) Kamu lapar?

Intonasi amat penting dalam bahasa Melayu. Intonasi dapat mengubah maksud
ayat yang dituturkan. Sebagai contoh, ayat yang berikut dapat membawa
maksud atau emosi yang berlainan jika menggunakan intonasi yang berlainan.
(a) Suzana pegawai – jika dua perkataan ini disebut dengan nada biasa tanpa
membezakan nada pada kedua-dua perkataan tersebut, maka ayat ini
adalah ayat penyata.
(b) Suzana pegawai – jika ungkapan ini disebut dengan nada yang berlainan
maka maknanya akan berubah. Umpamanya jika perkataan „pegawai‰
ditinggikan nadanya, ayat ini menjadi pertanyaan. Dalam tulisan, tanda
soal (?) ditambah di hujungnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

(c) Suzana pegawai – jika seseorang berasa kagum terhadap kejayaan yang
dicapai oleh Suzana, maka nada sebutannya juga berubah. Sekali lagi
intonasi perkataan „pegawai‰ ditinggikan dan dipanjangkan sedikit. Dalam
tulisan, tanda seruan (!) dituliskan di hujungnya.

Selain daripada tiga nada yang berbeza dalam menyebut dua perkataan di atas
bagi menukarkan maksudnya, terdapat juga ayat-ayat yang tidak
menggambarkan emosi penuturnya. Perasaan sedih umpamanya, tidak
digambarkan dengan tanda bacaan seperti seruan dan soalan. Konteks ayat itu
sahaja yang dapat membayangkan emosinya.

Sebagai contoh, lihat ayat yang berikut:

Dia akan meninggalkan tempat ini.

Jika tidak ada apa-apa emosi yang terlibat, ayat ini akan dilafazkan dengan nada
biasa. Sekiranya penuturnya mempunyai perasaan sedih, nadanya berlainan,
yakni yang menggambarkan kesedihannya. Oleh itu, sekiranya orang-orang
yang melafazkan sesuatu kenyataan ingin memberikan kesan kepada
pendengarnya, dia harus menggunakan intonasi yang berbeza-beza. Kejayaan
guru dan pelakon bergantung pada penggunaan intonasi dan nada yang
berlainan.

6.6 BENTUK AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal dibentuk dengan menggabungkan subjek dan predikat. Apabila
satu unsur subjek digabungkan dengan satu unsur predikat, terbentuklah ayat
tunggal. Ayat-ayat tunggal ini ialah asas bagi membentuk ayat-ayat majmuk
yang telah dipelajari dalam Topik 5. Keterangan lanjut mengenai susunan ayat
tunggal ini dibincangkan dalam Bahagian 5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  137

6.7 SUSUNAN DALAM AYAT


Susunan ayat tunggal terbahagi kepada dua jenis seperti dalam Rajah 6.3 di
bawah.

Rajah 6.3: Susunan dalam ayat

Setiap susunan ini, kita akan bincangkan satu persatu dalam bahagian
seterusnya.

6.7.1 Susunan Biasa


Dalam susunan biasa, subjek ayat terletak di pangkal ayat manakala predikatnya
terletak di belakang subjek.

Contohnya adalah seperti berikut:


(a) Banyak orang datang menziarahinya.
Subjek : Banyak orang
Predikat : datang menziarahinya.

(b) Datuk kami pergi ke Makkah


Subjek : Datuk kami
Predikat : pergi ke Makkah

6.7.2 Susunan Songsang


Susunan songsang terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama, seluruh predikat
dikedepankan manakala yang kedua pula sebahagian daripada predikat sahaja
dikedepankan (Rajah 6.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Rajah 6.4: Susunan songsang

(a) Pendepanan Seluruh Predikat


Seluruh predikat dapat dikedepankan. Sebagai contoh, lihat ayat ini:
(i) • Bulan belum terbit.
• Belum terbit bulan.
(ii) • Shamsudin melancong ke luar negeri.
• Melancong ke luar negeri Shamsudin.

(b) Pendepanan Sebahagian Predikat


Terdapat tiga jenis pendepanan sebahagian predikat, seperti yang dapat
dilihat dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Pendepanan sebahagian predikat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  139

(i) Pendepanan Frasa Kata Kerja


Frasa kerja dalam predikat dikedepankan. Contohnya adalah seperti
yang berikut:
• Mereka bersiar-siar di taman bunga pada setiap hari.
• Bersiar-siar mereka di taman bunga pada setiap hari.
• Dia menguruskan hal-hal anaknya, pada hari Ahad lalu.
• Menguruskan hal anaknya, dia pada hari Ahad lalu.

(ii) Pendepanan Frasa Kata Keterangan


Hanya keterangan dalam predikat dikedepankan. Sebagai contoh,
lihat ayat-ayat yang berikut:
• Buah kelapa itu dibelah dengan parang.
• Dengan parang buah kelapa itu dibelah.
• Dia berkorban demi kepentingan keluarganya.
• Demi kepentingan keluarganya dia berkorban.

(iii) Pendepanan Frasa Kata Sendi Nama


Frasa sendi nama sahaja boleh dikedepankan. Sebagai contoh, lihat
ayat-ayat yang berikut:
• Pemain hoki itu memukul bola ke gol.
• Ke gol, pemain hoki itu memukul.
• Mereka berserah kepada takdir.
• Kepada takdir, mereka berserah.

6.8 POLA-POLA AYAT TUNGGAL


Unsur yang dapat menjadi subjek ialah hal. Unsur yang dapat menjadi hal pula
ialah frasa nama. Predikat ialah perihal atau cerita. Unsur yang dapat menjadi
perihal atau memerihalkan suatu frasa nama ialah frasa nama, frasa kerja, frasa
sifat dan frasa sendi nama. Oleh sebab terdapat empat jenis frasa predikat, maka
terdapat empat jenis binaan ayat tunggal atau pola.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Pola-pola ayat tunggal itu adalah seperti yang berikut:

Pola Subjek Predikat


Pola 1 Frasa nama Frasa nama

Pola 2 Frasa nama Frasa kerja


Pola 3 Frasa nama Frasa sifat
Pola 4 Frasa nama Frasa sendi nama

(a) Pola 1: Frasa Nama dengan Frasa Nama


Sila rujuk Rajah 6.6 untuk melihat pola ayat tunggal yang mana subjeknya
dan predikat adalah frasa nama.

Rajah 6.6: Pola 1

Contoh-contoh pola ini adalah seperti yang berikut:

(i) Kakaknya Hamidah.


Subjek: Kakaknya (frasa nama)
Predikat: Hamidah (frasa nama)

Pola Subjek Predikat


Pola 1 Frasa nama Frasa nama

Kakaknya Hamidah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  141

(ii) Hadiahnya sebuah motokar.


Subjek: Hadiahnya (frasa nama)
Predikat: sebuah motokar (frasa nama)

(b) Pola 2: Frasa Nama dengan Frasa Kerja


Sila rujuk Rajah 6.7 yang menunjukkan ayat tunggal mana subjeknya
adalah frasa nama dan predikatnya frasa kerja.

Rajah 6.7: Pola 2

Contoh-contoh pola ini adalah seperti yang berikut:

(i) Ali telah mencapai kejayaan.


Subjek: Ali (frasa nama)
Predikat: telah mencapai kejayaan (frasa kerja transitif)

Pola Subjek Predikat


Pola 2 Frasa nama Frasa kerja

Ali telah mencapai kejayaan

(ii) Seth sedang membaca akhbar Berita Harian.


Subjek: Seth (frasa nama)
Predikat: sedang membaca akhbar Berita Harian (frasa kerja transitif)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Frasa kerja mempunyai lima jenis, iaitu, frasa kerja tak transitif tanpa
pelengkap, frasa kerja tak transitif berpelengkap, frasa kerja transitif satu
objek, frasa kerja transitif dua objek dan frasa kerja dengan keterangan.

Pola 2a: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Tak Transitif Tanpa
Pelengkap

(i) Salmi sedang bernyanyi-nyanyi.


Subjek: Salmi (frasa nama)
Predikat: sedang bernyanyi-nyanyi (frasa kerja tak transitif)

(ii) Datuk sedang berehat.


Subjek: Datuk (frasa nama)
Predikat: sedang berehat (frasa kerja tak transitif)

Pola 2b: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

(i) Dia berundur ke belakang.


Subjek: Dia (frasa ganti nama)
Predikat: berundur ke belakang (frasa tak transitif berpelengkap)

(ii) Jefri beredar dari situ.


Subjek: Jefri (frasa nama)
Predikat: beredar dari situ (frasa tak transitif berpelengkap)

Pola 2c: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Transitif Satu Objek

(i) Guru sedang menulis surat.


Subjek: Guru (frasa nama)
Predikat: sedang menulis surat (frasa kata kerja transitif satu objek)

(ii) Kerajaan mesti mengkaji semula dasarnya.


Subjek: Kerajaan (frasa nama)
Predikat: mesti mengkaji semula dasarnya (frasa kata kerja transitif
satu objek)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  143

Pola 2d: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Transitif Dua Objek

(i) Murid-murid menghadiahi guru sebuah buku.


Subjek: Murid-murid (frasa nama)
Predikat: menghadiahi guru sebuah buku (frasa kerja transitif dua
objek)

(ii) Ravi membelikan isterinya sehelai sari.


Subjek: Ravi (frasa nama)
Predikat: membelikan isterinya sehelai sari (frasa kerja transitif dua
objek)

Pola 2e: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja dan Keterangan

(i) Mereka selalu berdebat dalam mesyuarat Dewan Rakyat.


Subjek: Mereka (frasa ganti nama)
Predikat: selalu berdebat dalam mesyuarat Dewan Rakyat (frasa kata
kerja dengan keterangan)

(ii) Hilmi membaca buku sepanjang malam.


Subjek: Hilmi (frasa nama)
Predikat: membaca buku sepanjang malam (frasa kata kerja dengan
keterangan)

(c) Pola 3: Frasa Nama dengan Frasa Sifat


Rajah 6.8 menunjukkan ayat tunggak dengan subjeknya frasa nama dan
predikat adalah frasa sifat.

Rajah 6.8: Pola 3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Pola Subjek Predikat


Pola 3 Frasa nama Frasa sifat

Kakaknya cantik

(i) Kakaknya cantik.


Subjek: Kakaknya (frasa nama)
Predikat: cantik (frasa sifat)

(ii) Pemimpin itu bijaksana.


Subjek: Pemimpin itu (frasa nama)
Predikat: bijaksana (frasa sifat)

(d) Pola 4: Frasa Nama dengan Frasa Sendi Nama


Rajah 6.9 pula menunjukkan ayat tunggal yang mana subjeknya
merupakan frasa nama dan predikatnya pula adalalah frasa sendi nama.

Rajah 6.9: Pola 4

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  145

(i) Neraka untuk manusia zalim.


Subjek: Neraka (frasa nama)
Predikat: untuk manusia zalim (frasa sendi nama)

Pola Subjek Predikat


Pola 4 Frasa nama Frasa sendi nama

Neraka untuk manusia zalim

(ii) Bahan ini daripada besi keluli.


Subjek: Bahan ini (frasa nama)
Predikat: daripada besi keluli (frasa sendi nama)

AKTIVITI 6.3

1. Jeniskan pola ayat-ayat tunggal yang berikut:


(i) Saya suka menonton dokumentari.
(ii) Jusuh polis.
(iii) Fatimah cantik.
(iv) Basikal ini daripada tungsten.
(v) Anak itu menangis sepanjang perjalanan.

2. Apakah yang anda fahami dengan ayat tunggal susunan biasa


dan ayat tunggal susunan songsang? Berikan contoh-contoh bagi
setiap satunya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

LATIHAN 6.1
Padankan jenis-jenis ayat yang berikut:

Bil Contoh Ayat Jenis Ayat


1. Bertolaklah sekarang supaya tidak ketinggalan
2. Penjenayah itu telah ditangkap oleh Polis
3. Jangan ambil harta anak yatim
4. Jemputlah masuk ke dalam
5. Tolong jangan tidur di sini

• Terdapat pelbagai jenis ayat dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan


maksud penuturnya.

• Susunan kata dan nada yang berbeza dapat menggambarkan makna dan
emosi yang menyertainya.

• Bahasa dalam bentuk tulisan dapat difahami oleh pembacanya, sekiranya


pembacanya menggambarkan emosi di sebalik kata-kata itu.

• Pembaca biasa bukan sahaja perlu memahami sepatah demi sepatah


perkataan, tetapi pada masa yang sama perlu memahami budaya penulis,
jika mahu menyelami maksud penulisan yang sebenarnya.

Ayat penyata Ayat tanya


Ayat perintah Intonasi dalam ayat
Ayat seruan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai