Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

Nama pelajar : AHMAD SHAHMI BIN AB FATTAH

Angka giliran : 2022062400015

Nombor Kad : 970407-03-5975


Pengenalan

Kumpulan/Unit PDPP/ PENDIDIKAN ISLAM 1

Kod dan Nama Kursus : EDUP2093 PEDAGOGI

Tajuk Tugasan 1 : PENULISAN

Nama Pensyarah : LAJIWIN @ JOVINIA BT. KUDUN

Tarikh Hantar : 28 NOVEMBER 2022

Markah (50%) :

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:

Komen Pensyarah Tandatangan dan Tarikh


BIODATA DIRI

NAMA : AHMAD SHAHMI BIN AB

FATTAH NOMBOR KAD PENGENALAN : 970407-03-5975

NOMBOR ANGKA GILIRAN 2022062400015

TARIKH LAHIR : 07/04/22

UMUR : 25 TAHUN

ASAL : KELANTAN

BANGSA : MELAYU

AGAMA : ISLAM

ALAMAT RUMAH : U1310, LOT 2 JALAN OKK ABDULLAH,


87000, W.P. LABUAN

ALAMAT BERTUGAS KINI : SK PANTAI W.P. LABUAN

E-MEL : amien8251@gmail.com

NO. TELEFON : 011-10868251


PENGAKUAN CALON

”Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...................................................

Nama Penulis : AHMAD SHAHMI BIN

AB FATTAH

Tarikh : 28/11/22
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN........................................................................................................................1
2.0 ANALISIS DOKUMEN STANDARD KANDUNGAN DAN PENTAKSIRAN (DSKP) SUBJEK
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2...........................................................................................................3
3.0 KERANGKA PELAN PEMBELAJARAN BERMAKNA...................................................................6
4.0 MODEL PEMBELAJARAN BERMAKNA..................................................................................14
4.1 Pendekatan Pembelajaran Bermakna..............................................................................14
4.2 Strategi Pembelajaran Bermakna....................................................................................15
4.3 Kaedah Pembelajaran Bermakna....................................................................................15
4.4 Aktiviti.............................................................................................................................15
5.0 KESIMPULAN........................................................................................................................17
6.0 RUJUKAN..............................................................................................................................18
1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan suatu usaha yang penting dalam proses mengembangkan potensi
individu ke tahap yang cemerlang. Pendidikan juga merupakan satu sistem dalam sesebuah
kehidupan yang mengandungi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembentukan dan
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia yang mana ia bertujuan
bertujuan untuk melahirkan manusia yang berkeupayaan membangunkan seluruh potensi
diri dan setiap bakat serta kebolehan yang tersembunyi di dalam diri seseorang (Ismail,
2015).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dulunya disebut sebagai Falsafah


Pendidikan Negara menjadi asas serta panduan bagi seseorang pendidik mendidik
pelajarnya untuk berjayadan ia merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia (Hamby
Veloo et al., n.d.). Jadi, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini perlu dihayati sebaik mungkin
dalam melaksanakan proses pembelajaran bermakna. Pembelajaran bermakna adalah
pembelajaran yang menyenangkan yang akan memiliki keunggulan dalam meraup segenap
informasi secara utuhsehingga konsekuensi akhir meningkatkan kemampuan siswa.
Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses dikaitkannya informasi baru pada konsep-
konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang (Najib, 2016).

Oleh yang demikian, bagi merealisasikan pembelajaran bermakna ini guru haruslah
sentiasa berusaha mendalami pendekatan dan strategi dalam setiap proses pembelajaran
supayaia mudah untuk diserap ke dalam jiwa setiap lapisan dan latar belakang murid.

PERANCANGAN

Peringkat 1: Hasil yang diharapkan

Hasil Pembelajaran (Goals)


1. Memperdengarkan bacaan-bacaan sunat haiat dalam solat dengan betul
2. Mengaplikasikan bacaan-bacaan sunat haiat dalam solat dengan sempurna
selepas aktiviti perbincangan.
Kefahaman (Understand): The Big Idea: EQ (Questions):
1. Apa itu bacaan sunat haiat?
Solat dengan sempurna rukun dan bacaan 2. Apakah kepentingan menguasai
wajib serta sunat dengan sempurna. bacaan sunat dalam solat?
3. Apakah kaedah dan hukum yang

1
perlu dikuasai untuk menghafaz dan
mengingati bacaan-bacaan sunat
dalam solat?
Pengetahuan (Knowledge): Kemahiran (Skills):

Mengetahui tentang pembacaan, 1. Membaca bacaan sunat dalam


perbezaan di antara sunat haiat dan solat.
ab’adh. 2. Menghafaz bacaan sunat dalam
solat.
3. Mengaplikasi bacaan-bacaan sunat
dalam solat.
Tahap Penguasaan 6 C

1. Pemikiran Kritis

2. Pemikiran Kreatif

3. Kolaborasi

4. Komunikasi

5. Perwatakan

6. Kenegaraan

Peringkat 2: Bukti Pentaksiran

Tugasan Pembelajaran (Task): Evidens Lain (Other Evidence):

Strategi: Guru menayangkan video animasi Pentaksiran dan penilaian untuk standard
mengenai bacaan-bacaan sunat dalam pembelajaran di atas telah dilakukan
solat. terhadap semua murid dengan memberikan
pemerhatian dan dorongan dan bantuan
Kaedah: Latihan dalam kumpulan. dalam penambahbaikan pembacaan,
hafalan dan pengalikasian di dalam solat
Aktiviti: Murid memberi contoh-contoh (Pentaksiran dan tindakan
beserta hafalan bacaan-bacaan sunat yang penambahbaikan)
dipaparkan dalam video animasi dan
menulis secara ringkas pada kertas kad
manila.

2
2
Peringkat 3: Pelan Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran (L=Learning):

● W (Where, Why) = ke mana arah tujuan



H (Hook, Hold) = menarik minat pelajar

E (Equip) = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama

R (Rethink, Reflect, Revise) = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar
berfikir semula dan menyemak

● E (Evaluate) T = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya


● (Tailored) = sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang
pelajar
O (Organized)
● = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan

2.0 ANALISIS DOKUMEN STANDARD KANDUNGAN DAN PENTAKSIRAN


(DSKP) SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) merupakan dokumen yang


memberi panduan kepada guru dalam proses merancang, melaksanakan dan membuat
penambahbaikandalam setiap proses pembelajaran (Artika Rasul bin Sulaiman & Hasmadi
bin Hassan, 2019). Di dalam DSKP Pendidikan Islam tahun 2 menyebut bahawa DSKP
merupakan satu dokumen yang mana ia mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran dan ia
juga menggantikanSukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang diguanakan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

3
Selain itu, DSKP juga memastikan guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran serta menjalankan pentaksiran dengan merujuk kepada satu dokumen sahaja.
Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui beberapa elemen iaitu Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Perkempangan dan pencapaian murid pula ditaksir
melalui Standard Prestasi. Menerusi penggubalan DSKP ini maka munculnya kurikulum
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa yang disebut sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Matlamat KSSR Pendidikan Islam adalah untuk membina dan membentuk hamba
dan khalifah Allah SWT yang menguasai kemahiran al-Quran, berilmu, beriman, bertaqwa,
beramal soleh, berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
sertamenyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta
kesejahteraan alamdemi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.. Penggubalan KSSR
Pendidikan Islam mempunyai objektif tersendiri, antaranya ialah:

1. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid


serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan harian.

2. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk mengamalkan


hafazannya dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami sejarah penurunan al-Quran dan maksud beberapa surah terpilih


untuk dihayati pengajarannya secara berterusan.

4. Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul secara


berterusan.

5. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan mengamalkan tuntutan


hadis serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan harian.

6. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai


pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam tindakan.

7. Mengamalkan konsep asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan
fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian.

8. Mengaplikasikan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa


kecintaan kepada baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan
harian.

9. Menghayati dan mengamalkan konsep adab dan nilai-nilai akhlak dalam


kehidupan harian serta sebagai asas dalam tindakan.

10. Membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi dan khat
4
serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Enam tunjang menjadi asas dalam pembinaan KSSR iaitu Komunikasi, Kerohanian,
Sikap danNilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika serta
Sains dan Teknologi. Enam tunjang ini menjadi elemen utama dan saling menyokong antara
satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kriti, kreatif dan inovatif yang mana
bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan
keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif.
Berdasarkan enam tunjang itulah Kurikulum Pendidikan Islam digubal.
Hasrat KSSR antaranya ialah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran
Abad ke-21 dengan memfokuskan kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya
yangberteraskan amalan nilai murni. Matlamat Kemahiran Abad ke-21 adalah untuk
melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid iaitu berdaya
tahan, mahirberkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang/prihatin dan patriotik.

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, KSSR Pendidikan Islam memberi


penekanan kepada penggunaan pelbagai strategi PdP bagi menyampaikan ilmu kepada
murid.Keberkesanan PdP kepada kreativiti guru dalam merancang, mengolah dan
melaksanakan pendekatan, kaedah serta Teknik secara bersepadu dan sistematik.

Dalam DSKP KSSR ini juga ada menyatakan berkenaan dengan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD). PBD ini diperkenalkan bertujuan untuk menilai dan mengukur perkembangan
pembelajaran seseorang murid secara holistik. Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan
proses memperoleh maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan
dilapor oleh guru yang terlibat yang mana proses ini berlaku berterusan bagi membolehkan
guru menentukan tahap penguasaan murid. PBD juga boleh dilaksanakan oleh guru secara
formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses PdP,
manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir sesuatu unit pembelajaran,
penggal, semester atau tahun. Guru perlulah merancang, membina item atau instrumen
pentaksiran, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan yang diajar
berdasarkan DSKP. Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan
keupayaan dan penguasaan murid, guru haruslah melaksanakan pentaksiran yang
mempunyaiciri-ciri berikut:

i. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.

ii. Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru
danmurid.
iii. Mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
5
iv. Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran.

v. Mentaksir tahap penguasaan murid berdasarkan Standard Pembelajaran dan


Standard Prestasi.

vi. Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.

Di dalam Tahap Penguasaan Umum pula, terdapat enam tahap penguasaan yang
menunjukkan aras penguasaan yang mana mengambil kira dari aspek pengetahuan,
kemahirandan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum. Guru boleh mencatat perkembangan
murid di dalam buku rekod mengajar, buku latihan, buku catatan, senarai semak, jadual atau
lain-lain yang sesuai. Perekodan tahap penguasaan dibuat ke dalam templat pelaporan
yang disediakansetelah PdP bagi setiap bidang, tema, kemahiran atau kelompok Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran selesai dilaksanakan.

Di samping itu, pada setiap akhir tahun pula Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi
setiap mata pelajaran perlu ditentukan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Tugas guru pula adalah perlu mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan
melihat semua aspek semasa proses pembelajaran. Guru mestilah profesional dalam
membuat pertimbangan dalam setiap proses pentaksiran khususnya dalam menentukan
tahap penguasaankeseluruhan berdasarkan pengetahuan danpengalaman guru, interaksi
guru Bersama murid serta perbincangan Bersama rakan sejawat.

Matapelajaran Pendidikan Islam diperkenalkan di sekolah rendah bertujuan memberi


pendedahan kepada murid untuk mempelajari kemahiran membaca al-Quran dengan betul.
Dalam Organisasi Kandungan KSSR Pendidikan Islam ini terdapat 6 sub bidang yang akan
diajar kepada murid-murid iaitu al-Quran, Jawi, Aqidah, Ibadat, Sirah dan Adab (KPM,
2016).

3.0 KERANGKA PELAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaranyang akan dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka
waktu yang ditetapkan. Tujuan pembinaan RPH adalah untuk memastikan guru mengajar
mengikut sukatan pengajaran yang ditetapkan. Beberapa perkara penting yang
dititikberatkan dalam penyediaanRPH iaitu hasil pembelajaran dan ocus, isi kandungan
pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran. RPH yang dibuat
perlulah selaras dengan DSKP dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).
6
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

Subjek Perkara Catatan

Pendidikan Tajuk : Bacaan Sunat Solatku


Islam
Standard Kandungan:
Masa :
3.4 Membaca dan menghafaz bacaan-bacaan
10.20 -
sunat haiat dalam solat.
11.20

1 jam Standard Pembelajaran :

3.1.2 Membaca bacaan-bacaan solat sunat


haiat dengan sempurna.
3.1.3 Menghafaz bacaan-bacaan solat sunat
haiat dengan sempurna.
3.1.4 Memperdengarkan bacaan-bacaan
sunat haiat dalam solat dengan betul.
3.1.5 Mengaplikasikan bacaan-bacaan sunat
haiat dalam solat dengan sempurna.

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan


pembelajaran,pelajar dapat:

1. Memperdengarkan bacaan-bacaan
sunat haiat dalam solat dengan betul

2. Mengaplikasikan bacaan-bacaan sunat


haiat dalam solat dengan sempurna
selepas aktiviti perbincangan.

7
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN
DANPEMBELAJARAN

1) Video 1) Tayangan video 1) Murid


Set tentang bacaan animasi daripada siri mendapat
induksi( 5 sunat haiat. kartun Upin Ipin tentang gambaran awal
minit ) bacaan-bacaan sunat tentang tajuk
2) Contoh
dalam solat. yang akan di
bacaan-bacaan
pelajari pada hari
sunat haiat 2) Guru meminta seorang
ini.
dalam solat. murid secara sukarela
untuk memberikan 2) Murid akan
contoh-contoh bacaan fokus
sunat haiat dalam solat. mendengar
bacaan dan
membuat
perbandingan
dengan bacaan
sendiri.

8
Langkah 1 1) Menjelaskan 1) Guru 1) Berlaku aktiviti
( 15 minit ) maksud bagi membahagikan murid penerangan dan
tajuk yang kepada 6 kumpulan. perbincangan
akan dipelajari antara murid dan
2) Setiap kumpulan diberi
iaitu bacaan- guru.
tugasan untuk
bacaan sunat
memberikan contoh- 2) Murid akan
dalam solat.
contoh bacaan sunat cuba
2) Menyatakan
dalam solat. mengingat
perbezaan
bacaan sunat
antara bacaan 3) Guru meminta setiap
dalam solat
wajib dan kumpulan melakukan
yang telah
sunat dalam simulasi dalam solat
dipelajari di
solat sambil membaca
rumah.
3) Menyatakan bacaan sunat dalam
perbezaan solat dengan sempurna. 3) Kumpulan
antara bacaan yang diberi
4) Guru akan bertanya
sunat haiat dua tajuk
satu demi satu daripada
dan sunat adalah
setiap kumpulan
ab’adh. kerana
tentang situasi jika
bacaan yang
tertinggal bacaan-
dibincangkan
bacaan dalam solat.
adalah
sedikit.

9
4) Guru akan
4) Murid dapat
bertanyakan satu
memberi tumpuan
kumpulan demi satu
terhadap tajuk
kumpulan contoh ayat
tajuk yang
yang mereka dapat serta
dijelaskan.
terus menghuraikan
maksud hukum tersebut
dan cara bacaan yang
betul.

5) Murid turut serta


menyebut bacaan sunat
dalam dengan cara yang
betul sepertimana yang
disebut oleh guru.

1) Mengingatkan Murid masih berada


Langkah 2 maksud dan dalam kumpulan yang
( 20 minit) contoh-contoh sama. Murid diberi masa
bacaan. selama 5 minit untuk
menulis maksud sunat
2) Boleh
haiat, contoh bacaan dan
membaca
cara bacaan bagi tajuk
dan
yang telah diberikan tadi
menghafaz
di ataskad manila warna
bacaan-
yang disediakan.Tulis
bacaan sunat
mengikut kreativiti ahli
dalam solat
kumpulan masing-masing
dan
agar ringkasan yang
menyatakan
dibuat mudah difahami
perbezaanny
dan diingati. Seterusnya,
a antara
murid diminta untuk
sunat haiat
menampalhasil kreativiti
dan sunat
ahli kumpulan mereka di
ab’adh.
sudut tayangan di dalam
3) Mampu bilik darjah.
membezakan
3) Setiap kumpulan mesti
antara

10
bacaan sunat berada di setiap stesen
dan bacaan (kad manila yang dibuat
wajib dalam secara berkumpulan)
solat. dalam tempoh 3 minit
untuk melihat,
4) Mengaplik
memahami dan
asikan
mengingat setiap bacaan
kemahiran
sunat yang telah
bacaan-
dipelajari.
bacaan sunat
dalam solat 4) Masa selama 10 minit
dengan diambil oleh setiap
sempurna. kumpulan untuk melihat
kesemua kad manila
yang ditampalkan di
setiapstesen.

5) Kumpulan yang telah


selesai melalui ke
semua stesen diminta
untuk berjumpa guru
dalam kumpulan untuk
sesi soaljawab.

6) Sesi soal jawab berlaku


dalam tempoh masa 3
minit bagi setiap
kumpulan dan setiap
pelajar mesti menjawab
soalan itu.

11
Langkah 3 1) Menerangkan 1) Guru menyediakan 1) Permainan
( 15 minit ) maksud secara satu dam gergasi dan dilakukan untuk
ringkas danpadat. dadu. melihat hasil dari
pembelajaran
2) Menyebut 2) Guru menyatakan
yang telah
contoh bacaan syarat permainan
dilakukan.
berdasarkan apa kepada murid dalam
yang telah tempoh masa 2 minit. 2) Semua
dipelajari dengan murid wajib
3) Antara syarat
betul. terlibat dalam
permainan ialah
aktiviti
3) Menyebut :
permainan ini.
rukun-rukun
i. Dam diputarkan terlebih
yang berkaitan 3) Murid akan
dahulu dan soalan diberi.
bagi hukum. berada dalam
ii. Setiap jawapan yang keadaan
betul, murid akan bersedia dan
melangkah ke hadapan fokus.
berdasarkan nombor
4) Soalan
yangterdapat pada dam
diberikan
setelahdiputarkan. Setiap
kepada setiap
murid memberi jawapan.
individu murid.
4) Sesi permainan
5) Setiap murid
berjalan selama
mesti menjawab
10minit.
soalan yang
diberi.

6) Mewujudkan
ketangkasan
dan kecekapan
murid

12
Penutup 4) Guru memberi 1) Guru meminta 1) Guru dapat
huraian ringkas seorang murid secara menilai pelajar
( 5 minit ) sebagai sukarela untuk yang benar-benar
mengulangkaji menerangkan secara berani ke
tajuk yang telah ringkas tajuk yang telah hadapan dan
dipelajari dan di dipelajari dalam tempoh dapat
praktikkan. masa tiga minit. menghuraikan
apa yang telah
2) Guru
dipelajari
memberikan tugas
sebentartadi.
kepada murid
sebagai kerja 2) Tugasan
rumah. diberiagar murid
lebih cekap
untuk membaca
setiap bacaan
sunat dalam
solat.

3) Tugasan ini
juga akan
membuatkan
nuridingat bacaan
bagisetiap bacaan
sunat haiat dalam
solat.

4) Bilamana murid
faham dan kenal,
maka mereka
akan berterusan
membacanya di
dalam solat.

Rajah 1.

13
4.0 MODEL PEMBELAJARAN BERMAKNA

Pembelajaran bermakna adalah suatu proses belajar yang menghubungkan antara


informasi baru dan pengetahuan yang diperoleh dari pengalaman pembelajar (Andi
Prastowo, 2013). Menurut Ady Ferdian Noor (2013), Pembelajaran bermakna direncanakan
untuk mencapai pendidikan karekter. Pembelajaran bermakna bukanlah satu pendekatan
pembelajaran yang baru. Namun beberapa elemen baru telah dimasukkan ke dalam
pendekatan ini bagi menjenamakannya semula sebagai pedagogi baru (Ellyza Karim, 2019).
Dalam penulisan ini, penulis akan menyatakan pendekatan, strategi, kaedah dan kreativiti
yang sesuai dengan elemen pedagoni baru sebagai mana berikut;

4.1 Pendekatan Pembelajaran Bermakna

Dalam setiap proses pembelajaran, pendekatan yang sesuai mesti diketengahkan agar PnP
yangdijalankan itu lebih berkesan dan dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada
pelajar. Ini dapat dilihat daripada apa yang dinyatakan oleh Restu Andrian (2017) bahawa
pendekatanpembelajaran yang bermakna merupakan pembelajaran yang bukan sekadar
pelajar mampu mengingat dan menghafal bahkan ia memberi kefahaman kepada pelajar.
Hal ini kerana, pendekatan pengajaran yang baik berkeupayaan merangsang minat dalam
diri murid untuk melibatkan diri dalam proses P&P (Atan Long, 1978). Dengan itu,
semestinya dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman murid tentang matapelajaran yang
diajar sekali gus dapatmerealisasikan matlamat sebenar P&P.

Pendekatan yang penulis gunakan dalam model pembelajaran bermakna ini ialah
eklektik. Pendekatan eklektik ialah satu kaedah yang mana menggabungkan segala ciri
yang baik dalam pengajaran bahasa yang terdapat dalam pendekatan induktif dan diduktif.
Di dalammatapelajaran Pendidikan Islam, pendekatan ini amat sesuai untuk diaplikasikan
kerana ia berkaitan dengan kemahiran mendengar dan juga bertutur. Pendekatan yang
digabungkan ialahcara mengenalpasti hukum tajwid dan kaedah membaca hukum tajwid
yang terlibat. Dalam halini, guru akan menggunakan daya usaha dan segala kreativiti yang
ada mengikut tahapkebolehan dan kemampuan pelajar bagi memastikan matlamat
pembelajaran itu tercapai. Ini kerana di dalam sesebuah kelas sudah pasti terdapat pelajar
yang bijak dan lemah.

Seperti mana matapelajaran Pendidikan Islam ini, guru mengajar tentang hukum
bacaan sunat dalam solat yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sunat haiat dan ab’adh.

14
Sebagai contoh dalam bab ini, guru memulakan pengajaran dengan memberi pengertian
yang berbeza antara dua kategori bacaan sunat ini serta bacaan wajib dalam solat. Selepas
itu, pelajar diminta untuk menkategorikan antara ketiga-tiga jenis bacaan tersbeut.
Berdasarkan contoh ayat yang diberikan itu, guru mqemberikan penerangan tentang akibat
peninggalan bacaan-bacaan tersebut dalam solat. Lalu, pelajar diminta untuk menjawab
persoalan mengenai situasi yang bakal dihadapi jika mereka terlupa membaca bacaan-
bacaan tersebut samada secara sengaja atau tidak sengaja.

4.2 Strategi Pembelajaran Bermakna

Berdasarkan model pembelajaran bermakna yang terkandung di dalam RPH pada rajah 1.1,
strategi yang digunakan ialah strategi berpusatkan kepada murid dan strategi berpusatkan
kepada guru.

Pembelajaran berpusatkan kepada murid ialah satu strategi pembelajaran yang


memberipenekanan kepada penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Shuel,1986). Pembelajaran berpusatkan pelajar yang dapat dijalankan
dengan baik akan memberikankesan terhadap peningkatan dalam motivasi untuk belajar,
penguasaan isi pelajaran yang lebihmendalam dan bermakna, serta sikap yang lebih positif
terhadap mata pelajaran atau kursus yang diikuti (Meyes & Jones, 1993). Menurut Melalui
pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar akan lebih bertanggungjawab dan
bersungguh-sungguh dalam menguasaipelajaran mereka. Pelajar mempunyai peranan yang
penting dalam merancang pembelajaran, membuat kajian mendalam, menilai hasil kerja,
serta berinteraksi dengan pengajar, pelajar dansumber maklumat lain dalam proses
pembelajaran mereka. Dalam hal ini, pensyarah hanya berperanan sebagai mentor atau
fasilitator dalam proses pembelajaran tersebut.

Pembelajaran berpusatkan kepada guru merupakan strategi yang telah lama


diamalkandalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah. Ciri utama
strategi berpusatkan guru ialah guru memainkan peranan utama dalam menentukan dan
mengawal segala aktiviti pengajaran pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah
(Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zohir Ahmad, 2003). Dalam strategi
pembelajar ini guru memainkan peranan utama dalam mengawal dan menentukan segala
aktiviti P&P.

4.3 Kaedah Pembelajaran Bermakna

15
Kaedah Pembelajaran Bermakna ialah suatu cara yang digunakan untuk mengelola dan
menggunakan teknik, isi pelajaran, dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran. Di dalam subjek Pendidikan Islam ini, kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan
ialah kaedah sumbang saran dan perbincangan.

Sumbang saran merupakan aktiviti perbincangan iaitu ahli dalam kumpulan


mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah.
Setiap ahli digalakkan memberikan idea dan idea tersebut akan dikaji dengan teliti.Idea yang
paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan. Keputusan yang dicapai
merupakan hasildaripada sesi sumbang saran . Menurut Starko (2009), fungsi sumbang
saran adalah untuk mengamalkan fleksibiliti, kelancaran, pengambilan risiko, penghuraian
dan kemahiran lain yang berkaitan dengan kreativiti.

Perbincangan ialah satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid. Perbincangan
bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan
pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses
pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mental murid
supaya dapat menyumbangidea dan pandangan secara sistematik. Orlich, et. al. (2007)
berpendapat bahawa perbincangan merupakan teknik yang dapat meningkatkan kemahiran
dan pemikiran murid.

4.4 Aktiviti

Di awal P&P, kelas dimulakan dengan bacaan doa sebelum belajar. Selepas itu, guru
menayangkan video animasi daripada siri kartun Upin Ipin tentang bacaan-bacaan sunat
dalam solat untuk diikuti oleh para pelajar. Guru meminta seorang pelajar utnuk
membacakan contoh bacaan sunat iaitu bacaan qunut secara sukerela.

Langkah pertama, guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Setiap


kumpulandiberi tugasan untuk memberikan contoh- contoh bacaan sunat dalam solat.
Selepas itu, guru meminta setiap kumpulan melakukan simulasi dalam solat sambil
membaca bacaan sunat dalam solat dengan sempurna. Guru akan bertanyakan satu
kumpulan demi satu kumpulan berkenanaan contoh ayat yang mereka dapat serta terus
menghuraikan maksud hukum tersebut dan cara bacaan yang betul. Guru memastikan murid
turut serta menyebut ayat rukun wajib dan sunat dengan cara yang betul sepertimana yang
disebut oleh guru .

Langkah yang kedua, murid masih berada dalam kumpulan yang sama. Murid diberi
masa selama 5 minit untuk menulis maksud sunat haiat, contoh bacaan dan cara bacaan

16
bagi tajuk yang telah diberikan tadi di atas kad manila warna yang disediakan mengikut
kreativiti ahli kumpulan masing -masing agar ringkasan yang dibuat mudah difahami dan
diingati. Seterusnya murid diminta untuk menampal hasil kreativiti ahli kumpulan mereka di
sudut tayangan di dalam bilik darjah. Setiap kumpulan mesti berada di setiap stesen (kad
manila yangdibuat secara berkumpulan) dalam tempoh 3 minit untuk melihat, memahami
dan mengingat setiap hukum yang telah dipelajari. Masa selama sepuluh minit diambil oleh
setiap kumpulan untuk melihat kesemua kad manila yang ditampalkan di setiap stesen.
Kumpulan yang telah selesai melalui ke semua stesen diminta untuk berjumpa guru dalam
kumpulan untuk sesi soaljawab dalam masa selama tiga minit setiap kumpulan dan soalan
yang disoal itu mesti dijawaboleh setiap pelajar.

Langkah yang ketiga, satu dam gergasi dan dadu disediakan oleh guru. Selepas itu
gurumenerangkan syarat permainan kepada murid dalam tempoh masa dua minit. Dam
diputarkanterlebih dahulu dan soalan akan diberikan. Setiap soalan yang betul, murid
mestilah bergerak selangkah ke hadapan mengikut nombor yang tertera pada dam selepas
diputar. Setiap jawapanyang salah, murid mestilah mengundur selangkah ke belakang.

Pada akhir P&P, guru meminta seorang murid secara sukarela untuk menerangkan
secara ringkas tajuk yang telah dipelajari dalam tempoh masa tiga minit. Selepas itu, guru
memberikan tugas kepada murid sebagai kerja rumah untuk memantapkan lagi kefahaman
pelajar.

5.0 KESIMPULAN

Perkembangan pembelajaran dari satu masa ke satu masa membuatkan timbulnya


pelbagai corak pembelajaran. Oleh itu, guru semestinya mendalami dan mempelbagaikan
strategipengajaran supaya ianya mudah diadaptasi dengan jiwa murid-murid bersesuaian
dengan peredaran zaman sekarang. Guru menjadi komponen utama yang menentukan
kejayaan pelaksanaan kurikulum yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh sebabitu, pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi dan berhemah mulia
diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar sebagaimana matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abu Ajip, (1994). Oleh yang demikian, ia dapat
meningkatkan lagi tahap penguasaan dan kefahaman murid di samping meningkatkan
prestasi guru.

17
Rujukan

Artika Rasul bin Sulaiman, & Hasmadi bin Hassan. (2019). PERSEPSI GURU PENDIDIKAN
ISLAM DALAM PENTAKSIRAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH. Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia
Pahang. https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3447/553
Ellyza Karim. (2019). REKA BENTUK PEMBELAJARAN DALAM
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA DI IPG
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK . Jurnal Refleksi Kepimpinan, II.
Meyers, C. dan T.B. Jones (1993). Promoting active learning: Strategies for the college
classroom. San Francisco : Jossey Bass.
Hamby Veloo, A., Falsafah, M. K., Ideris, R., & Jusoh, A. J. (n.d.). Related papers T he Effect
s of Clinical Supervision on t he Teaching Performance of Secondary School Teach…
Views of Ment or Teachers on T he Implement at ion of Teaching Pract ices.
Andi Prastowo, Pengembangan Bahan Ajar Tematik, (Jogjakarta: Diva Press, 2013).
Shuell, T. J. (1986). Cognitive conceptions of learning. Review of Educational Research, 56,
411 – 436.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd. Zohir Ahmad (2003). Pedagogi 1: strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong, Pahang: PTS Publications &
DistributorsSdn. Bhd.
Starko, A. J. (2009). Creativity in the classroom: Schools of curious delight. Taylor &Francis

Ismail, S. Hj. (2015). PEMBANGUNAN INSAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (HUMAN DEVELOPMENT IN NATIONAL EDUCATION
PHILOSOPHY). Journal of Human Capital Development (JHCD), 8(2), 83–100.
https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/2087
Najib, D. A. (2016). Pengaruh Penerapan Pembelajaran Bermakna (Meaningfull Learning)
Pada Pembelajaran Tematik IPS Terpadu Terhadap Hasil Belajar Siswa Kelas III di MI
Ahliyah IV Palembang. In JIP: Jurnal Ilmiah PGMI (Vol. 2, Issue 1).
http://jurnal.radenfatah.ac.id/index.php/jip

18

Anda mungkin juga menyukai