Anda di halaman 1dari 37

Usahawan Bumiputera Dot Com

Program Prasarana Pemasaran untuk Usahawan Bumiputera untuk industri kecil dan sederhana. Halaman web ini adalah untuk pengiklanan percuma bagi usahawan bumiputera yang baru menempah nama dan cuba memasarkan produk atau perkhidmatan. Untuk meletakkan ikan anda.sila hantar email kepada usahawanbumiputera@yahoogroups.com dan membuat mengesahan, setelah itu email iklan anda kepada alamat email yang sama. Penternakan Burung Layang-layang Pengenalan Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut: Superorder : Apomorphae Order : Apodiformes Family : Apodidae Sub Family : Apodenae Tribes : Collacaliini Genera :

Collacalia Species : Collacaliafuciphaga Hasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva).Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga. Perladangan Burung Layang-Layang. Bermula sedekat yang lalu apabila burung layanglayang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang. Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :* Penutupan pintu dan tingkap * Pembinaan lubang pengudaraan * Penyediaan pintu masuk * Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan * Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu * Memasang sistem audio Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya. Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang.Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;* Sistem ventilasi bagi mengawal suhu * Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari * Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi * Penyediaan beluti untuk burung bersarang * Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa. * Pemasangan sistem audio * Notis amaran di lokasi sesuai. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki.Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen.Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan. Pemasangan Sistem Audio Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.

CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara. Pemilihan Lokasi Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah: * Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut. * Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat. * Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging. * Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat. Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu.Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan.Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung.Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett. MATERIAL SOKONGAN Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masingmasing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Audio Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masingmasing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran Player Mp3 dan Amplifier Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Water Spry Water spry perlu untuk menarik minat wallet. Penyukat Suhu & Kelembapan Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung. Sarang Tiruan Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang Speaker Utama Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas.Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk. Tweeter Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi. MUSUH DAN CABARAN Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan. Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi Tikus - Tikus memakan telur, anak burung walit/swallow bahkan sarngnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walet Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus. Burung Hantu dan Helang Memakan burung layang-layang. Tangkap dan pindahkan Semut - Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas.Cicak dan Tokek Binatang ini memakan telur dan sarang walet.Tokek dapat memakan anak burung walet.Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet.ditutup.

Cara pemberantasan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan PELABURAN DAN PULANGAN Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40 persegi setinggi 3 tingkat: Harta Tetap Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000 Modal Pusingan Setahun Kos tenaga buroh = RM 12,000 Eletrik dan air = RM 1,000 Kos Permulaan Setahun = RM 133,000 Anggaran Hasil Sarang burung (minima) Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000 Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000 Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000 Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000 Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000 Keuntungan Tahunan Tahun 1, RM 3,000 - (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000 Tahun 2, RM 42,000 - (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000 Tahun 3, RM 84,000 - RM 7,000 = (-)RM 4,000 Tahun 4, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 116,000 Tahun 5, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 120,000 *Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya. x60

Tuaian Hasil Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia. Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang. Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

13 October 2008
Rumah Burung Walit Bermasalah
Hari ini saya bercuti . Rakan-rakan yang lain dah mula bekerja. Saya tidak ambil cuti raya. Kebetulan hari ini saya berpeluang bersama Jeff membuat pemerhatian terhadap sebuah rumah burung yang akan dikelolakan oleh Jeff & Zabri di Dungun, Terengganu. Rumah burung tersebut hampir 2 tahun beroperasi, namun tiada burung walit yang sudi menghuninya.Pemiliknya rasa amat kecewa dan tidak lagi berminat untuk meneruskan operasi rumah burung tersebut sejak 3 bulan yang lalu.Berkebetulan pemilik menemui saya menceritakan masalah rumah burung tersebut.Saya mempertemukan beliau dengan Jeff & Zabri. Saya dah habis ikhtiar katanya.Malu juga pada orang kampung yang semuanya dah tahun saya buat rumah burung.Dulu bangunan ini ada orang nak sewa untuk dijadikan stor barangan.Tapi saya tak beri kerana berminat untuk menjadi usahawan burung walit. Saya hampir menyesal En! Katanya kepada saya. Tolonglah bantu saya. Dah tak tahu nak buat bagaimana lagi. Hari ini walaupun saya bercuti tapi berazam nak jadikan hari ini hari berkualiti bagi saya. Jadi saya ambil kesempatan mengikut Jeff dan Zabri membuat pemeriksaan rumah burung tersebut yang akan dikelolakan oleh mereka berdua. Kami bertolak ke Dungun selepas zuhor.Sebaik sahaja sampai pemilik rumah burung walit tersebut dah bersiap sedia menunggu kami dengan gembira. Beliau yakin kami akan membawa berita gembira untuknya. Jeff menyalakan sebatang rokok.Saya sangkan beliau nak hisap rokok, tapi tidak beliau hanya ingin memerhatikan pergerakan udara disekitar rumah burung tersebut. Sekali sekala beliau memerhatikan lubang masuk burung dibandingkan pergerakan asap rokok tadi. Lubang masuk perlu diubah katanya dog kenal perlu dibuat semula, supaya tidak tergangu burung hendak

masuk.Kata Jeff dog kenal dan lubang masuk penting untuk kejayaan sesebuah rumah burung.Dog kenal mesti tinggi daripada pokok yang ada disekitar bangunan tersebut. Ketingian lantai telah mencukupi katanya.Ketinggianya antara 12 dan 15 memang cukup selesa untuk burung walit. Design rumah walit ketinggian lantai adalah diantara 6 hingga 15 kaki. Tiba-tiba jeff memanggil saya supaya mendekatkan hidung saya ke dinding. Saya medekatkan hidung kedinding, ternyata saya terhidu suatu bau yang agak asing bagi kebiasaan rumah burung walit.Itu pun salah satu sebab burung tak mahu duduk.Kita kena pastikan bau ini dinyahkan dari

rumah burung ini. Ventilation tidak mencukupi walau pun ia tidak terlalu panas bagi sebuah rumah burung. Ventilation kena tambah kata Zabri.Jeff setuju dengan cadangan tersebut.Sistem kawalan kelembapan dan suhu perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Pemasangan kayu plank yang sedia ada dak OK kata jeff. Terdapat partition yang perlu dirubah.Bagaimana pula audeo sistem yang telah dipasang.Jeff membuat penelitian lagi.Ia nya juga perlu diubah supaya suara dalaman benar-benar dapat merangsang walit untuk bersarang. Setelah berbincang dengan pemiliknya kerja-kerja pengubahsuaian akan dilaksanakan dengan seberapa segera. Persetujuan dicapai diantara mereka. Satu lagi projek pengelolaan akan lilaksanakan oleh Jeff dan Zabri. Hari ini saya dapat pengalaman yang berguna dan ilmu yang bermanfaat dai pakar komputer dan pakar suara dari Kuala Terengganu. Tahniah atas kejayaan anda.

Akta Baru Beri Peluang Cerah Kepada Pengusaha Burung Walit


Kamal on July 1st, 2011 KOTA BAHARU, 28 Jun (Bernama) Akta baru yang memansuhkan burung walit sebagai haiwan yang dilindungi dilihat memberi peluang kepada pengusaha sarang burung itu untuk turut menyumbang kepada ekonomi negara. Keputusan kerajaan memansuhkan burung walit daripada tertakluk di bawah Akta Hidupan Liar dan Taman Negara sejak 28 Disember tahun lepas memberi peluang cerah kepada pengusaha memperluaskan perniagaan mereka, kata Penolong Pengarah Kanan Aneka Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Fadzilah Aini Abd Kadir kepada Bernama. Beliau berkata kajian yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendapati aktiviti ternakan sarang burung walit mampu menyumbang US$1.45 bilion kepada negara menjelang 2020. Dr Fadzilah Aini berkata sehingga kini terdapat kira-kira 50,000 rumah burung berdaftar di seluruh negara dan ini tidak termasuk banyak lagi yang belum mendaftar secara sah dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Mengenai perusahaan sarang burung walit di Kelantan, katanya antara tiga hingga lima tan metrik sarang burung dieksport ke luar negara terutama ke China dengan kadar purata harga antara RM3,000 hingga RM5,000 sekilogram.

Burung Walit
Penuaian sarang burung Walit dari gua-gua secara komersal telah dijalankan sejak lebih 100 tahun dahulu di Malaysia.Hasil penuaian pertama adalah dari Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878.sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian burung Walit ini. Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan, mesra haiwan, ekonomi, lestari pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar.Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang. Burung Walit berada di dalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki dan ini tidak berupaya di tanah.Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Burung ini cekap berterbangan di udara ( areal ability ) dan saiz burung Walit adalah kecil. Ukuran panjangnya adalah 13sm dan yang terkecil 7.5sm.burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Ia membiak di dalam gua atau premis yang berkeadaan seakan-akan gua. Sesetengah spesis ini menggunakan ekolokasi ( echolocation ) seumpama kelawar, untuk terbang ( navigate ) dalam gelap. Sarang burung Walit berharga dan diterokai sebab ianya mengandungi sedikit sahaja bulu atau

bahan yang tidak boleh dimakan.Tuaian berjuta-juta ringgit dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada beberapa buah premis penternakan burung Walit. Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan habitat yang tertentu.Sarang burungb Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi.Sarangnya tidak berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Masyhurnya sarang burung Walit disebabkan ianya adalah ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.

Kehidupan ala-bandar: Makanan asas burung Walit adalah serangga yang ditangkap semasa ia berterbangan. Aktiviti harian seterusnya, membuat sarang di antara batu-batan dan simen di dalam atau di sisi bangunan di Bandar dan kota raya. Burung-burung ini akan terbang pantas sambil mengkilas serta menebusi ruang udara di antara liku-liku jalan dan rumah mencecah dinding, mencelah antara ruang kecil dan terus terbang kea wan. Pada masa yang sama, ia akan mengeluarkan kicauan yang bernada tinggi ( high pitched ). Dari pandangan burung Walit pada pandangan aras terbangnya, dinding perumahan adalah seakan-akan permukaan batu-batan, dan ruang di antara dinding atau atap membuka peluang untuk membuat sarang di dalam gua. Oleh kerana persekitaran bandar sanagat sesuai dan selesa, ini menjadikan sedikit sahaja burung Walit yang membiak di habitat semulajadinya di hutan rimba. Di dalam mencatatkan Amalan Baik Penternakan Haiwan, beberapa perkara diambil kira iaitu : 1. Keperluan fizikal dan perilaku haiwan pembiak dan bukan pembiak; 2. Perlakuan berperikemanusiaan; 3. Keselamatan manusia; 4. Keselesaan pengurusan haiwan, dan 5. Keuntungan yang baik bagi premis. Lima Kebebasan , sebagai kayu pengukur bagi kebajikan haiwan adalah : Bebas dari lapar dan dahaga. Bebas dari ketidakselesaan, kehangatan dan fizikal. Bebas dari kesakitan, kecederaan dan penyakit. Bebas dari keresahan. Bebas mempamerkan perilaku dan fisiologi yang semulajadi.

Antara spesis Burung Walit 1.Collocalia esculenta cyanoptila. 2. Collocalia linchi dodgie. 3. Aerodramus fuciphagus vestitus. 4. Aerodramus fuciphagus amechanus. 5. Aerodramus fuciphagus fuciphagus.

6. Aerodramus maximus lowi. 7. Aerodramus maximus tichelmani.

Kontraktor / Konsultan Burung Walit Bina 25 RBW selama 1Bulan.


30/06/2011 ( Khamis ) Kuala Kubu Bharu. Saya didatangi oleh seorang Konsultan Burung Walit yang mana pada bulan Jun ini sudah berjaya membina 25 Rumah Burung Walit ( RBW ),Wah cukup HEBAT beliau kerana membina RBW sebanyak ini selama sebulan, Memang Kaya-raya sungguh saya perhatikan. Seorang Kontraktor yang sangat berjaya bagi saya. Beliau memang Roll Model yang sungguh berjya dalam industri ini, Bayang kan kalau sebuah RBW yang beharga RM 350k X 25 Biji RBW berapaka modal yang telah dikeluarkan oleh Penternak kepada Konsultan ini, sudah tentu tinggi kos nya bukan. Beliau menemui saya di bandar kelahiran saya di Kuala Kubu Bharu dengan penampilan yang menunjukkan beliau seorang Jutawan Walit, dengan senyum dan datang menemui saya untuk membeli SUARA BURUNG WALIT yang saya jual kepada semua Penternak selama ini. Saya memberitahu kepada beliau tentang Prodak yang saya jual iaitu : 1. Suara Panggil Burung Walit 2. Suara Koloni ( Dalam ). 3. Suara Walit Single Special. 4. Suara Test.

5. Pendrive Percuma sebuah. Kesemua harga suara-suara dan pendrive saya diatas saya jual dengan harga Rm 350, lalu beliau menjawab MAHAL harganya dan ingin mengurangkan harga nya, saya menjawab mana boleh encin nak harga semurah itu, encik ingat ini suara Burung Walit biasa ke?? Beliau terus meminta Izin untuk pulang dan tidak jadi untuk membeli suara walit yang saya jualkan.? Dalam fikiran saya kenapa ada juga orang seperti ini dan berfikiran diluar pertimbangan?? Saya rasakan harga Rm 350 sudah amat murah untuk dijual, anda juga tidak rugi ini kerana saya memberikan percuma (a).Suara Walit Single Special (b).Suara Test Walit dan (c).pendrive percuma dengan muatan 4 gige, ini pun jadi masalah pada orang ramai. Anda Bayangkan beliau sanggup membina RBW sekitar 25 buah dalam masa sebulan dan untuk mendapatkan suara walit dengan harga Rm 350 pun sukar baik tak payah ternak burung walit. Sekiranya 1 buah RBW mempunyai sarang sekitar 1 kilogram sarang walit X 25 buah RBW bermakna beliau sudah dapat sekitar 25 kilogram X Rm 4k : 100,000.00 sebulan, pendapatan yang sanggat Lumayan. Orang makan gaji sebulan Rm 950 pun belum tentu boleh dapat wang sebanyak dengan hasil walit disitu pun beliau tidak boleh fikir. Mahal sangat ke! Berbanding dengan pendapatan beliau perolehi sikitar Rm 100k sebulan, kalau nak murah dan beli lah dengan orang lain dan lagi percuma Download kat Internet ada RISIKO tanggung lah sendiri. Harga ini pun dah kira murah, saya pun nak untung juga, terpulang lah kepada pilihan dan perancangan masing-masing.ok sekian terima kasih. Untuk mendapat suara burung walit sila hubungi : 019-2361080 ( syukrilan ). Tinggalkan Komen Dikirim dalam Uncategorized
Posted by: burungwalit | Jun 27, 2011

Ternak Burung Walit Ikut Nasib ( Feng Shui ).


27/06/2011 3.35 ptg. Betulke ada orang yang mengatakan bukan mudah untuk Menternak burung walit, segala kejayaan berpunca daripada NASIB, boleh percaya ke?Kalau macam lah caranya kita berfikir terus terang saya katakan jangan cuba-cuba lah nak bermimpi nak menceburi bidang ini.

Sebenarnya ikut cara-cara orang cina berniaga dalam industri ini, apa yang disebut Feng shui adalah sebenarnya berkisar tentang pantang-larang, bukannya NASIB.. Kejayaan kita dalan membina Empayar Industri ini adalah terletak kepada berapa banyak ilmu ada pada diri kita, bukan mudah untuk menjalankan perniagaan sekiranya tiada ilmu didada. Kita selalu terikut-ikut mendengar akan kejayaan orang tanpa perlu memikirkan mencari ilmuterlebih dahulu dalam perniagaan ini, Nah lihat ramai yang kita tahu ada segelintir Penternakpenternak Burung walit yang mengalami kerugian menjalankan perniagaan ini, Tuan-puan tahu tak apakah puncanya??? Sebenarnya di malaysia dan Indonesia memang terdapat Ribuan Jutaan Burung ini, jadi kenapa perlu cakap berkenaan NASIB,NASIB,NASIB????///??. Terpulang sekiranya ada diantara penternak-penternak masih lagi beranggapan sebegini. Burung walit ada dimana-mana pelusuk negeri kecuali Di Benua Afrika, itu baru betul tiada.Sebenarnya kegagalan kita dalam industri ini memang terdapat banyak faktor kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari. Jadi saya bercadang dan menasihatkan supaya selepas ini sekiranya ada bakal-bakal pengusaha baru dalam industri ini supaya hadirkan diri ke kursus-kursus yang disediakan, kalau tak faham tanyakan soalan,kemukakan segalanya cadangan. Kursus Walit amat perlu di hadiri, saya juga menghadiri Kursus/Seminar yang diadakan Oleh Tuan Abdul Aziz ( Pengarah GEm ), atau terpulang lah pada anda untuk membuat pilihan menghadiri kursus. Akhir dari saya semoga coretan ini amat memberi panduan dan sedikit nasihat kepada yang membacanya serta memberi faedah kepada Pengusaha-pengusaha Walit yang baru dan akan datang, yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang tak baik itu datang dari kelemahan saya sendiri, sekian

Pemasangan sistem paip jaringan penternakan burung walit


SIRI Inovasi bersama Zull kali ini akan menceritakan tentang pemasangan sistem paip jaringan rumah walit. Dalam penternakan walit, sistem paip jaringan adalah sangat penting kerana ia berfungsi mengawal kelembapan rumah walit tersebut. Ini penting supaya ia berada dalam kelembapan semula jadi atau seperti di dalam gua yang sama dengan habitatnya yang sebenar. Sistem paip jaringan adalah sangat penting untuk menarik minat burung walit. Sistem ini diletakkan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.

Untuk mendapatkan percikan air yang sempurna dalam sistem harus memilih nozel yang tepat dan yang terbaik. Nozel mempunyai pelbagai jenis iaitu halus, sederhana dan kasar. Jika mengunakan halus,air yang dikeluarkan seperti kabus. Jika menggunakan yang kasar ia boleh membasahkan pakaian. Nozel tersebut boleh didapati dari pasaran yang berhampiran. Apa yang perlu dibuat pada sistem ini adalah menyambungkan sebatang paip PVC ke pam dan pada paip tersebut harus ditebuk dan dipasangkan dengan nozel. Untuk mendapatkan kejituan pada sistem harus menambahkan kelembapan (humidity) sensor yang disambung pada geganti (relay). Pada para pembaca dan peminat MEGA, inovasi yang kurang memahami cara-cara penyambungan boleh rujuk pada inovasi-inovasi sebelum ini yang telah dibincangkan. Sila dapatkan maklumat-maklumat inovasi tersebut rujuk pada Utusan Online.(www.utusan.com.my) Harus diingat penggunaan penyukat suhu dan kelembapan satu set mengandungi dua unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung walit dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung tersebut. Bersambung pada minggu hadapan dengan sistem kawalan keselamatan walit. Selamat mencuba! Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh email kepada mail@zulldesign.com.my Alat-alat yang digunakan nNozel nPaip PVC nPum nTangki air nTimer nPengesan kelembapan (humidity sensor)

Tinggalkan Komen Dikirim dalam Uncategorized


Posted by: burungwalit | Jun 26, 2011

Diancam bau najis burung walit


Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 24 Mei Premis perniagaan yang diubah menjadi rumah burung walit di kawasan perumahan Jalan Bayam dekat Jalan Wong Ah Jang di sini, bukan sahaja menyebabkan pencemaran bunyi malah penduduk terpaksa menahan bau busuk najis haiwan terbabit sejak tiga tahun lalu. Penduduk mendakwa, pengusaha burung walit terbabit mengambil jalan mudah dengan membuang najis burung tersebut ke dalam longkang sekali gus menimbulkan bau yang busuk.

Seorang penduduk, Ling Sun Hwa, 54, mendakwa, dia pernah melihat sendiri tindakan salah seorang pengusaha yang melakukan perbuatan itu untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Chang Hong Seong (dua dari kanan) bersama beberapa penduduk meninjau bangunan yang dijadikan rumah burung walit di Jalan Bayam, Kuantan, kelmarin.

Saya tidak menuduh membuta tuli sebaliknya mempunyai bukti kukuh.Kita pernah mengadu kepada pihak berkuasa tempatan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Bayangkan keadaan kami di sini yang terpaksa mendengar bunyi bising ditambah pula dengan bau busuk yang meloyakan, katanya ketika ditemui semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong di sini, semalam. Seorang lagi penduduk, Lee Choo Goo, 53, berkata, pada awalnya hanya sebuah premis yang dijadikan rumah burung walit di kawasan tersebut. Bagaimanapun katanya, setelah tiada penguatkuasaan tegas dilakukan, bilangan premis terbabit bertambah menjadi tujuh buah daripada 14 premis rumah kedai yang wujud di kawasan itu.

Kewujudan rumah burung walit menjadi beban kepada kami kerana setiap malam tidur kami diganggu oleh bunyi bising burung itu selain terpaksa menahan bau najis yang busuk, katanya. Sementara itu, Hong seong memberitahu, pihaknya pernah berbincang dengan salah seorang pengusaha terbabit yang memiliki lesen berikutan pelbagai aduan yang diterima daripada penduduk. Katanya, pengusaha terbabit mengaku tindakan membuang najis burung itu dilakukan oleh pekerjanya dan meminta maaf atas tindakan tersebut. Saya harap pengusaha itu dapat menghentikan perbuatannya serta merta dan membuang najisnajis burung walit dengan cara yang betul. Mereka juga harus memikirkan kepentingan penduduk di sini, katanya. Beliau turut menyeru semua pengusaha berkenaan memberikan kerjasama dan lebih prihatin dengan keselesaan penduduk kerana mereka menjalankan perusahaan burung walit di kawasan perumahan. Tinggalkan Komen Dikirim dalam Uncategorized
Posted by: burungwalit | Jun 26, 2011

Orang Melayu mampu ternak burung walit


TEMERLOH 27 Mei Orang Melayu mampu ceburi perusahaan ternakan burung walit kerana ia tidak perlukan modal yang besar. Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh, Abu Hanipah Majid berkata, perusahaan itu boleh diceburi dengan hanya bermodalkan RM30,000. Katanya, ramai orang Melayu berminat menceburinya tetapi hasrat tidak tercapai kerana menganggap ia memerlukan modal besar. Pemahaman itu perlu dikikis kerana telah terbukti dengan bermodal serendah RM30,000, perusahaan itu mampu melahirkan jutawan jika diusahakan secara gigih, katanya ketika ditemui pada majlis kursus ternakan burung walit di PPK Temerloh di sini baru-baru ini. Tinggalkan Komen Dikirim dalam Uncategorized
Posted by: burungwalit | Jun 26, 2011

Hukum makan sarang burung

Soalan SAYA adalah antara yang suka makan sup sirip ikan yu. Apakah hukum memakannya.Saya juga berminat untuk menjalankan ternakan burung walit.Apakah hukum makan sarang burung dan juga menjana pendapatan daripada aktiviti ini. Jawapan Harus memakan sup sirip ikan yu, kerana ia seperti memakan ikan juga. Ini kerana sirip itu adalah sebahagian dari ikan yu.Hukum memakannya adalah seperti memakan ikan. Semua jenis binatang air (iaitu binatang yang tidak hidup melainkan di dalam air atau di dalam laut seperti ikan, sotong, ketam dan sebagainya), hukumnya halal dimakan selagi tidak beracun atau mendatang mudarat. Ini berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a menceritakan jawapan Nabi apabila ditanya mengenai laut, baginda menjawab; Laut; airnya bersih boleh dibuat bersuci dan bangkainya adalah halal. (riwayat al-Tarmidzi, Ibn Majah, Abu Daud). Maksud bangkai daripada istilah al-Quran dan as-Sunnah adalah semua binatang yang mati tanpa disembelih. Maka berdasarkan hadis ini, semua binatang laut adalah halal tanpa perlu disembelih terlebih dahulu. Hadis ini adalah umum tanpa Nabi membataskan jenis haiwan tertentu yang hidup di dalam laut atau di dalam air. Jadi, ia termasuklah semua jenis ikan. Menurut Imam Ibnu Hajar; Tidak ada khilaf di kalangan ulama pada halalnya ikan dalam semua jenisnya (Fathul-Bari). Mereka (yakni para ulama) hanya berikhtilaf pada selain ikan; 1. Menurut mazhab Hanafi; Hanya ikan sahaja yang halal dimakan. Adapun haiwan-haiwan laut/air lainnya haram dimakan. 2. Menurut Imam Ahmad; semua binatang laut/air halal dimakan kecuali dua sahaja iaitu; katak dan buaya. 3. Menurut mazhab Syafiie (mengikut qaul yang muktamad) dan mazhab Maliki; semua jenis binatang laut/air harus dimakan sekalipun rupanya menyerupai binatang darat (kuda laut, anjing laut, babi laut dan sebagainya). 4. Sebahagian ulama berpandangan; bagi binatang laut/air yang rupanya menyerupai binatang darat, hendaklah dilihat; jika ia menyerupai binatang darat yang halal dimakan, halallah ia dimakan. Contohnya; kuda laut, lembu laut dan sebagainya (jika ada).

Adapun jika ia menyerupai binatang darat yang haram dimakan, maka ia haram dimakan. Contohnya; anjing laut, singa laut, babi laut, gajah laut dan sebagainya.Pandangan ini menjadi pegangan sebilangan ulama mazhab Syafiie sendiri. Sebagaimana disebutkan tadi, maksud binatang laut/air adalah yang tidak hidup melainkan di dalam laut atau air, di mana jika dikeluarkan daripada laut/air akan menjadilah hidupnya seumpama binatang darat yang disembelih (yakni hidup yang amat singkat). Adapun binatang yang boleh kekal hidup di laut/air dan juga di darat, maka ia dinamakan sebagai binatang/haiwan dua alam. Menurut mazhab Syafiie; semua binatang dua alam haram dimakan.Contohnya; katak, ular, buaya, kura-kura, penyu, belangkas dan sebagainya.Mazhab Maliki menghalalkannya. Jika diteliti persoalan ini dari sudut fikah, tiada sebab yang mengharamkan makan sarang burung layang-layang. Ini kerana, sarang itu terhasil dan diperbuat daripada liur burung layang-layang dan liurnya adalah suci. Maka kembali kepada kaedah asas syarak: Asal kepada sesuatu perkara adalah halal, kecuali ada nas yang mengharamnya, dan kaedah yang lebih teliti adalah: Asal kepada benda-benda yang bermanfaat adalah haram, dan asal kepada benda yang memudaratkan adalah haram. Sarang burung bukan najis. Sarang burung tidak dipandang jijik/kotor oleh masyarakat (tidak seperti ulat, serangga dan lain-lain) Maka atas sebab itu, ia harus dimakan. Mengenai sarang burung layang-layang (walit) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus. Memandangkan hukum memakan sarang burung layang-layang harus maka memeliharanya juga hukum harus. Ayat-ayat al-Quran telah banyak menyentuh mengenai tuntutan memakan makanan yang halal. Islam sama sekali tidak mengizinkan penganutnya memakan sesuatu yang boleh membawa mudarat kepada fizikal mahupun spiritual. Ini kerana ada makanan yang halal tetapi ia belum tentu baik untuk tubuh badan kita, seperti gula, lemak yang berlebihan yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Islam mengajak umatnya mengekalkan kesihatan badan melalui pematuhan kepada makanan yang berkhasiat dan diet yang betul. Perkara ini termasuklah persoalan memakan makanan yang belum pernah dimakan sebelum ini. Contoh memakan sarang burung layang-layang bukan suatu kebiasaan masyarakat Malaysia, tetapi selepas mendapati ia (sarang burung layang-layang) dimakan oleh segelintir kecil masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran dengan gua, mula dikaji kelebihan dan khasiatnya sehinggalah hari ini sarang burung layang-layang ini berjaya menembusi pasaran global. Sarang layang-layang ini menjadi tersohor apabila kajian dijalan ke atas sarang burung layanglayang dan mendapati ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah 168) Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (al-Baqarah: 172 )

Promosi PromosiPromosi 08 May 2011 08 Jun 2011 ( Sebulan )Suara Burung Walit Untuk Dijual
Update : 11:49 PM , 08.05.2011 ( Ahad ). Promosi PromosiPromosi 08 May 2011 08 Jun 2011 ( Sebulan ) Suara Burung Walit Untuk Dijual Kami menjual suara : 1. Suara Panggil, B. Suara Dalam, C. Suara Koloni. Suara Walit diatas dijual dengan Harga Rm 350 dalam Format MP3. Percuma : 1. 1 Pendrive ( USB ) Komputer. 2. 1 Suara Walit Panggil Special. Pos Laju :

# Kami akan mengepos Order Anda selewat lewat 1 hingga 2 hari akan sampai. Untuk Mendengar : 1. http://www.youtube.com/watch?v=MoG04x9FDoA 2. http://www.youtube.com/watch?v=UYwyAK2IFCA Untuk keterangan lanjut sila layari : http://www.benihkeli.wordpress.com Email :walit2009@yahoo.com

Peluang Untuk Bisnes Sarang Burung Walit (Perkongsian)


Mohd Kamal Suyud 2 @ Burung Walit - Sat 13/Feb/10, 1:00am [Last Comment] Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Kini umum telah tahu bisnes sarang walit sangat menguntungkan dengan permintaan yang sangat tinggi dan penawaran yang sangat rendah. Harga sarang walit sekilo berharga dalam RM 3,500 ~ RM 5000 untuk yang belum process(cuci) . selepas cuci boleh mencecah belasan ribu. Aeroswift membuka peluang kepada yang berminat dgn modal minima RM 3,823.80 dengan menyertai perkongsian Projek penternakan BURUNG WALIT dengan teknologi terkini.lawati blog http://www.kamalswift.com/blog atau hubungi kamal hp 017-8822364

yMohd Kamal Suyud 2- 14 Feb 2010, 8:36am Salam en Zulkifli Ibrahim, terima kasih di atas komen ini. Menjawab soalan encik, ya Kami Aeroswift menyediakan semua dokumen perjanjian yang diperlukan melalui firma guaman yang beribupejabat di seberang perai.contact saya untuk maklumat lanjut . Kedua pulangan adalah selepas sarang burung dihasilkan yang dianggarkan selepas 8 bulan penternakan dimulakan di rumah burung walit yang sudah siap. Hasil tuaian sarang burung akan dibahgikan diantara peserta mengikut jumlah share masing2 setelah ditolak 20% untuk kos penyelengaraan, kos operasi dan konsultancy .Jumlah pendapatan juga bergantung kepada jumlah berat sarang burung yang dikutip, gred sarang dan harga semasa. yMohd Kamal Suyud 2- 14 Feb 2010, 8:55am Salam en Rahman, untuk makluman, CEO Aeroswift Consultancy Sdn Bhd ialah En Khairil Sani Wong Abdullah. Terima kasih atas komen ini. Untuk menjawab komen encik, Apa yang Aeroswift buat sekarang adalah untuk memberikan peluang kepada semua peringkat golongan agar mampu menyertai bisnes burung walit memandangkan modal untuk memulakan sendiri sangat mahal dan perlukan ilmu yang cukup. Untuk pengetahuan Aeroswift ada membuat rujukan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) agar tidak menyalahi mana2 akta . Agreement juga antara Syarikat Enterprise dan Aeroswift Consultancy Sdn Bhd. bukannya antara individu dgn Aeroswift (ini tak dibenarkan menurut SSM ) . Peserta akan menandatangani agreement di atas satu agreement yang dikongsi beberapa peserta yang juga pemegang share kepada syarikat Enterprise ( untuk 1 unit rumah burung walit ) ..kalau penerangan kurang jelas sila contact o17-8822364 agar lebih jelas

berbanding hnya dengan tulisan . Antara ciri2 skim cepat kaya adalah menjanjikan pulangan yang tetap sejurus mendaftar dalam skim tersebut . Aeroswift tidak menjanjikan pulangan yang tetap tetapi membahagikan hasil tuaian sarang burung kepada peserta2 mengikut jumlah share masing2 setelah ditolak 20% untuk kos operasi, penyelengaraan dan consultancy. maklumat lebih lanjut hubungi saya. terima kasih

RM108 juta untuk bantu pengusaha burung walit

2011/03/01
TEMERLOH: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM108 juta bagi skim pinjaman dan bantuan kepada pengusaha burung walit untuk tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM68 juta disediakan melalui Skim Pinjaman Mikro Kredit Agro Bank kerana industri berkenaan dilihat memberi pulangan yang besar. Selain itu, katanya RM40 juta lagi disalurkan menerusi bantuan kepada keluarga miskin melalui Program Meningkatkan Pendapatan Azam Tani yang berdaftar melalui e-kasih. "Melalui bantuan e-kasih, keluarga miskin yang mengusahakan ternakan burung walit itu akan diberi bantuan RM10,000 tiap seorang bagi membina bangunan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas ternakan burung walit anjuran Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Dewan Sekolah Intergrasi Kerdau di sini, hari ini. Noh berkata, tahun lalu sahaja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.8 juta di bawah skim bantuan e-kasih itu dengan setiap seorang diberi RM10,000 dan berkelompok sebanyak RM35,000. "Setakat ini terdapat seramai 6,480 pengusaha burung walit di seluruh negara," katanya. Beliau berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 200 tan metrik sarang burung walit untuk eksport dengan pulangan bernilai lebih RM1 bilion. "Tahun lalu sebanyak RM1 bilion diperoleh hasil daripada eksport sarang burung walit, ternakan burung walit menjanjikan pendapatan yang lumayan kerana ia mempunyai banyak permintaan dalam dan di luar negara," katanya. BERNAMA

Sarang Burung Walit ( Edible Bird Nest )


Sarang burung walit juga mendapat jolokan nama Emas Putih Apa Itu Sarang Burung? Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus) ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus) Fakta-Fakta Industri Sarang Burung Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah. Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion. Berasaskan Asia Birds Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00 Harga sarang burung mentah berada di antara RM 1,000 RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia. Bagaimana Konsep Business Ini Akan Meningkat Status Sosial Ekonomi Kampung? Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah. Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion. Berasaskan Asia Birds Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00 Harga sarang burung mentah berada di antara RM 1,000 RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia. Industri Bio-Teknologi? Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang paling sesuai. Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan sarang burung. Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina

Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng. Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit. Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes. Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal. Kandungan Kimia Sarang Burung 9% moisture 20% inorganic ash 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids) 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose). (Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo. Kebaikan Sarang Burung Walit Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai: Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan. Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan. Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan. Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan. Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru. Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer).

ARKIB : 12/02/2010

Isu lesen kekang industri burung walit

DI sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri ini di Malaysia. Antaranya ialah masalah pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar yang didakwa menggugat populasi manusia di sekitarnya terutama risiko penyakit.

pelesenan premis burung walit di kawasan bandar didakwa menggugat populasi manusia di sekitarnya.

Masalah pengurusan dan pemantauan ini juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terbabit selain menimbulkan dilema dalam kalangan pedagang sarang burung itu. Masalah ini amat ketara di Sarawak di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar namun pada masa yang sama negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram', yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berwajib. Namun sejauh manakah kebenaran andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri ini tidak berkubur di tengah jalan? Isu pelesenan Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian atau isu itu ialah masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit? Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi bagi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak, Oktober tahun lepas, yang dilihat membuka mata umum kepada kewujudan industri sarang burung walit. Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan di mana anak burung walit, iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di youtube.com. Rentetan daripada operasi itu, bermula dengan Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei, meminta Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud campurtangan bagi menyelesaikan isu itu.

Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada yang kebanyakannya ialah lot rumah kedai yang dulunya terbengkalai tapi kini membawa hasil yang lumayan. Mahu dibangunkan secara terkawal Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi dan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab selain harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram. Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua. Dan ini menyukarkan lagi keadaan bagi industri ini. Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit ini dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada. Len Talif berkata, kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan diterima sejak Mei lepas. "Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan pengusaha lama yang memenuhi syarat. Perkembangan positif "Selebihnya ditolak kerana premis burung di bandar," kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini. Beliau berkata penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya. Sumber industri melihat pemberian lesen itu sebagai perkembangan yang positif jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu dengan hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen. Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak, melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei, yang meliputi kawasan pertanian dikenal pasti. Ia juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan pihak berkuasa tempatan. Satu berita baik ialah kKerajaan negeri juga akan membina tiga eko-park burung walit di Mukah,Sarikei dan Bintulu untuk dijual dan disewakan kepada pihak berminat. Kelonggaran premis di kawasan bandar

Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di eko-park yang dibina itu, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada. Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung tersebut di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar. "Kami akan ikut garis panduan ini," kata pengerusi protem Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei Wong Hua Ting, menimbulkan situasi bertentangan di antara pihak kerajaan negeri, yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau di eko-park disediakan. Keadaan ini tentunya akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat terutama hujah mengenai ancaman penyakit membabitkan spesies burung itu. Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih 5,000 ujian dilakukan, mendapati spesies burung walit bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam. Premis didaftarkan dengan JPV JPV ialah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan Kabinet April lepas. JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara, 14 Disember ini. Garis panduan yang dikenali sebagai "1GP" ini mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV. Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai PBT di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka Mac depan. "Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT.Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur," kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong. Tiada lagi rampasan sarang Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan itu, selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan.

Difahamkan juga operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi merampas sarang burung, bagi mengelakkan populasi burung yang ada bersarang di bangunan berdekatan, kecuali mengenakan kompaun dan merampas peralatan berkaitan. Perkembangan ini dilihat indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan namun ia bukan lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah. Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan selagi isu perlesenan tidak diselesaikan dengan segera. Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung juga perlu untuk menjayakannya, sekiranya negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit setanding dengan Indonesia dan Thailand, negara pengeluar utama.- BERNAMA

Khasiat Sarang Burung Walit

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik.Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar. Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia. Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan. Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan. Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan. Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

Khasiat Sarang Burung Walit Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai: # Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan. # Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk.Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan. #Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan. # Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. # Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru. # Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.
Sumber: http://anizyn.blogspot.com

Info Pada 3 OKTOBER 2005 di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengiktiraf indusri sarang burung walet (I.S.B.W) merupakan satu industri yang berpotensi tinggi dan menghasilkan keuntungan yang lumayan. Pengeluaran Lesen Kerajaan tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga telah mengeluarkan lesen kepada pegusaha bangunan (sarang burung) walet yang mematuhi syarat- syarat tertentu, menurut undang-undang. Penglibatan Agresif Pihak Swasta Pihak swasta juga telah merancang beberapa projek MEGA (bernilai berjuta ringgit Malaysia) terutama di Perak dan beberapa tempat lain di Malaysia.Memperlihatkan industri sarang burung walet (I.S.B.W) ini amat berpotensi dan menguntungkan. Permintaan Melebihi Penawaran Permintaan Pasaran ke atas sarang burung meliputi seluruh dunia seperti China, Jepun, Amerika dan Eropah dan hanya 20 % - 30 % sahaja permintaan dalam pasaran dunia dapat di penuhi ( 70%-80% permintaan gagal dipenuhi)

Harga Sarang Burung Walet Bergantung kepada gred dan jenis sarang Harga pasaran tempatan 1kg = RM 4,500,00 RM 6,500.00 Pasaran dunia 1kg = RM 6,000,00 RM 12,000.00 Harga tertinggi RM 12,000,00 RM 24,000.00. Kejayaan Pengusaha-pengusaha Bukan Bumiputera Lebih dari 90 % pengusaha industri sarang burung walet (I.S.B.W) di kuasai oleh bukan bumiputera dan mereka telah lama menikmati keuntungan bernilai berjuta- juta Ringgit Malaysia dan telah menjadi kaya-raya. Modal Sekali : Untung Selama-lamanya Pelabur modal hanya sekali sahaja untuk memulakan industri ini dan keuntungan dapat di pungut selama- lamanya. Kerana tanah dan bangunan adalah berbentuk kekal. Keuntungan 80% - 90% Daripada Perolehan Keuntungan 80 %- 90 % daripada perolehan merupakan satu kelebihan industri sarang burung walet (I.S.B.W). Keuntungan sebegini tidak terdapat dimana- mana pelaburan yang lain.
Sumber: http://forumpertanian.8.forumer.com

Penternakan Layang-Layang Pengenalan Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur.Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon.Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut: Superorder : Apomorphae Order : Apodiformes Family : Apodidae Sub Family : Apodenae Tribes : Collacaliini Genera : Collacalia Species : CollacaliafuciphagaHasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan.Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Perladangan Burung Layang-Layang. Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :* Penutupan pintu dan tingkap * Pembinaan lubang pengudaraan * Penyediaan pintu masuk * Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan * Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu * Memasang sistem audio Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya. Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang.Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;* Sistem ventilasi bagi mengawal suhu * Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari * Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi * Penyediaan beluti untuk burung bersarang * Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.

* Pemasangan sistem audio * Notis amaran di lokasi sesuai. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat.Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki.Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen.Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan. Pemasangan Sistem Audio Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara. Pemilihan Lokasi Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah: * Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut. * Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat. * Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging. * Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat. Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu.Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan.Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung.Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Audio Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran Player Mp3 dan Amplifier Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Water Spry Water spry perlu untuk menarik minat wallet. Penyukat Suhu & Kelembapan Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung. Sarang Tiruan Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang Speaker Utama

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas.Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk. Tweeter

Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi. MUSUH DAN CABARAN Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan. Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi Tikus - Tikus memakan telur, anak burung walit/swallow bahkan sarngnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walet Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus. Burung Hantu dan Helang - Memakan burung layang-layang. Tangkap dan pindahkan Semut - Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya.Setelah itu semut disiram dengan air panas. Cicak dan Tokek Binatang ini memakan telur dan sarang walet.Tokek dapat memakan anak burung walet.Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet. ditutup. Cara pemberantasan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubanglubang yang tidak digunakan

PELABURAN DAN PULANGAN Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40 x60 persegi setinggi 3 tingkat: Harta Tetap Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000 Modal Pusingan Setahun Kos tenaga buroh = RM 12,000 Eletrik dan air = RM 1,000 Kos Permulaan Setahun = RM 133,000 Anggaran Hasil Sarang burung (minima) Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000 Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000

Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000 Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000 Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000 Keuntungan Tahunan Tahun 1, RM 3,000 - (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000 Tahun 2, RM 42,000 - (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000 Tahun 3, RM 84,000 - RM 7,000 = (-)RM 4,000 Tahun 4, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 116,000 Tahun 5, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 120,000 *Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya. Tuaian Hasil Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

Potensi Industri Perusahaan Sarang Burung Walet Emas Di Malaysia.- 2005-2008.

KELULUSAN PIHAK KERAJAAN Pada 3 OKTOBER 2005 di Putrajaya, TIMBALAN PERDANA MENTERI DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK mengiktiraf indusri sarang burung walet (I.S.B.W) merupakan satu industri yang berpotensi tinggi dan menghasilkan keuntungan yang lumayan ( Rujukan www.bernama.com.my) PENGELUARAN LESEN Kerajaan tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga telah mengeluarkan lesen kepada pegusaha bangunan (sarang burung) walet yang mematuhi syarat- syarat tertentu, menurut undang-undang.

PENGLIBATAN AGRESIF PIHAK SWASTA Pihak swasta juga telah merancang beberapa projek MEGA (bernilai berjuta ringgit Malaysia) terutama di Perak dan beberapa tempat lain di Malaysia.Memperlihatkan industri sarang burung walet (I.S.B.W) ini amat berpotensi dan menguntungkan. PERMINTAAN MELEBIHI PENAWARAN Permintaan Pasaran ke atas sarang burung meliputi seluruh dunia seperti China, Jepun, Amerika dan Eropah dan hanya 20 % - 30 % sahaja permintaan dalam pasaran dunia dapat di penuhi ( 70%-80% PERMINTAAN GAGAL DIPENUHI) HARGA SARANG BURUNG WALET SANGAT MAHAL Bergantung kepada gred dan jenis sarang Harga pasaran tempatan 1kg = RM 4,500,00 RM 6,500.00 Pasaran dunia 1kg = RM 6,000,00 RM 12,000.00 Harga tertinggi RM 12,000,00 RM 24,000.00. KEJAYAAN PENGUSAHA- PENGUSAHA BUKAN BUMIPUTRA Lebih dari 90 % pengusaha industri sarang burung walet (I.S.B.W) di kuasai oleh bukan bumiputera dan mereka telah lama menikmati keuntungan bernilai berjuta- juta Ringgit Malaysia dan telah menjadi kaya raya. MODAL SEKALI : UNTUNG SELAMA- LAMA NYA. Pelabur modal hanya sekali sahaja untuk memulakan industri ini dan keuntungan dapat di pungut selama- lamanya.Kerana tanah dan bangunan adalah berbentuk kekal. KEUNTUNGAN 80 % - 90 % DARIPADA PEROLEHAN Keuntungan 80 %- 90 % daripada perolehan merupakan satu kelebihan industri sarang burung walet (I.S.B.W). Keuntungan sebegini tidak terdapat dimana- mana pelaburan yang lain. lanjutan: Global Excellent Marketing Sdn Bhd (GEM) www.gem.tl.my