Anda di halaman 1dari 2

KONJUNKTIVITIS

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian
putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan
virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan dan tindakbalas mata terhadap sesetengah
jenis ubat mata.

Gambar mata konjunktivitis disebabkan virus (merah dan berair)

Tanda & gejala


Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah
 mata merah,
 discaj atau pengeluaran cecair atau lendir dari mata,
 Rasa berpasir
 Kadangkala gatal (terutama konjunktivitis alahan)
 sensitif terhadap cahaya (fotofobia)
 Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.
Komplikasi
Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda
mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping
gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari
konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.
Rawatan
Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya
gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui
penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping
penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap
antibiotik diberikan.
KONJUNKTIVITIS

Pencegahan
Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara
langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh
berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan
kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis
Maka, langkah pencegahan bagi megelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk
dipraktikkan. Antaranya adalah:
 Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata.
 Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala
konjunktivitis.
 Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal
atau alat kosmetik.
 Jangan gunasama ubat titisan atau salap mata
 Buangkan ubat titisan dan salap mata yang berlebihan sekiranya konjunktivitis telah
pulih
 Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk
sementara waktu.
 Mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan
atau pendidikan, dinasihatkan agar tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih
kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan
kepada orang lain

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai