Anda di halaman 1dari 5

Tercekik : Rawatan Awal

38
Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh
sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.
Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-
kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak.

Gejala dan Tanda-Tanda

1. Susah bernafas secara tiba-tiba

2. Bunyi pernafasan tidak normal

3. Menggenggam kerongkong/leher

4. Susah bercakap

5. Batuk

6. Kebiru-biruan pada bibir

7. Pernafasan yang laju

8. Pengsan
Rawatan Awal

Di tempat Kejadian
1. Bayi  – berumur kurang dari 1 tahun (sedar)
 Pastikan bayi boleh menangis atau batuk

 Buka mulut bayi dan periksa benda asing. Keluarkan jika kelihatan. (Jangan lakukan jolokkan 
jari kedalam mulut bayi yang mana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk)

 Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala bayi terkulai sedikit kebawah

 Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi

 Terlentangkan bayi serta keluarkan benda asing jika kelihatan

 Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian tengah-tengh dada dan lakukan 5 kali
tekanan

 Sekiranya bayi tiba-tiba tidak sedarkan diri, mulakan CPR

 Hubungi ambulans (999)

2. Kanak-kanak – 1 hingga 8 tahun (sedar)


 Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau batuk

 Arahkan mangsa batuk sekiranya berupaya sehingga benda asing keluar

 Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat mangsa dengan kedudukan kepala
lebih rendah.

 Sekiranya gagal, lakukan Heimlich Manouvre (tekanan di bawah diafragma) sehingga benda


asing terkeluar.
 Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan

 Lakukan CPR sekiranya mangsa tidak sedarkan diri


 Hubungi ambulans (999)

3. Dewasa (sedar)
 Arahkan mangsa supaya batuk beberapa kali sehingga benda asing terkeluar

 Sekiranya gagal, bongkokkan mangsa ke depan dan tepuk sebanyak 5 kali di belakang tulang
belikat

 Sekiranya gagal lakukan ‘Heimlich  Manouvre’


o Berdiri di belakang mangsa

o Letakkan kedua-dua tangan anda di pinggang mangsa

o Tekan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat kearah dalam dan ke atas

o Bagi wanita yang mengandung atau mangsa yang gemuk tekanan dada boleh dilakukan.

o Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan

o Lakukan CPR sekiranya mangsa pengsan

o Hubungi ambulans

4. Bayi berumur kurang dari 1 tahun (tidak sedar)


 Nilai keadaan bayi

 Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu bayi

 Periksa mulut bayi sekiranya terdapat bendasing

 Keluarkan bendasing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan

 Sekiranya bayi tidak bernafas setelah bendasing dikeluarkan  berikan bantuan pernafasan

 Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai  pernafasan bayi

 Jika tiada, lakukan CPR

 Hubungi ambulans (999)

5. Kanak-kanak 8 tahun Keatas dan Dewasa (Tidak Sedar)


 Nilai keadaan mangsa

 Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu mangsa

 Periksa mulut mangsa  sekiranya terdapat benda asing

 Keluarkan benda asing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan

 Sekiranya mangsa tidak bernafas setelah benda asing dikeluarkan,  berikan bantuan pernafasan

 Perhatikan  pengembangan dada/ dan nilai  pernafasan mangsa

 Jika tiada, lakukan CPR

 Hubungi ambulans (999)


Langkah Pencegahan

1. Jangan biarkan kanak- kanak  makan ketika bermain

2. Makanan hendaklah dalam bentuk saiz kunyahan

3. Memastikan tempat-tempat permainanan kanak-kanak tidak terdapat benda-benda kecil seperti


manik-manik, butang, duit syiling dan sebagainya

4. Elakkan makanan yang mudah menyebabkan tercekik bagi kanak-kanak

5. Elakkan permainan- permainan  kecil yang mudah dimasukkan ke dalam mulut kanak-kanak

Komplikasi

1. Jangkitan pada paru-paru

2. Kerosakan pada otak

3. Kematian
Tatacara Melakukan Pertolongan Bagi Mangsa Dewasa Tercekik

Penilaian Pastikan mangsa boleh bercakap dan


:    batuk

 Tindakan Tanya mangsa  “Adakah anda 


 
: tercekik?”

Mangsa akan menunjukkan isyarat


dengan tangannya dengan memegang
leher.
   
Arahkan mangsa batuk dengan
sekuatnya untuk mengeluarkan benda
asing.

 SEKIRANYA GAGAL,
 
LAKUKAN :
 
TEKANAN ABDOMEN (Heimlich
Maneuver)
Berdiri di belakang mangsa dan
letakkan kedua-dua tangan anda di
pinggangnya. Tekan abdomen
menggunakan genggaman tangan
dengan cepat ke arah dalam dan
ke atas.

TEKANAN DADA
(Tekanan dada boleh dilakukan pada
mangsa
yang gemuk atau yang sarat
mengandung) 
Berdiri di belakang mangsa dan
letakkan kedua-dua tangan anda di
bawah ketiak mangsa mengelilingi
dadanya. Tekan dengan cepat arah ke
dalam.

Anda mungkin juga menyukai