Anda di halaman 1dari 10

Latihan Tatabahasa ( diambil daripada buku teks) (Tahun 6) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu

A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. 1. Angkasawan itu________________ di luar kapal angkasanya. A terawang-awang B terlayang-layang C terbayang-bayang D tergoyang-goyang 2. Angkasawan Negara ________________ membuktikan keupayaannya. A mesti B pernah C sedang D masih 3. Sains angkasa __________________masa depan yang gemilang di Malaysia. A mendapat B merupakan C mempunyai D merasakan 4. Malaysia telah _______________satelit komunikasinya di ruang angkasa. A melonjakkan B meluncurkan C melancarkan D melepaskan 5. Kapten kapal angkasa sedang ______________stesen kapal angkasa. A berhubung B berhubungan C menghubungi D menghubungkan 6. Negara _______________ giat memajukan bidang sains angkasa. A akan B masih C hendak D sedang 7. Planetarium Negara Malaysia _____________saya kunjungi lagi. A belum B sudah C pernah D sedang 8. Terdapat banyak gelanggang seni ______________ diri di Indonesia. A mempertahan B memperhebat C memperjuangkan D mempertahankan 9. Rasit _______________seketika apabila mendapati tiket kapal terbang ke Jakarta tiada di dalam poket seluarnya. A berserabut B menggeletar C menggelabah D menggelodak

10. Anggota ASEAN saling berusaha untuk memastikan rantau ini ____________dalam bidang ekonomi. A gemuruh B gemilang C semerbak D semantan 11. Suasana di bilik penginapan atlet sukan ASEAN itu sungguh ___________apabila haruman itu disemburkan. A ceria B berbau C semerbak D beraroma 12. Di negara itu_______________ telah kendur apabila pihak istana campur tangan untuk memulihkan pergolakan yang berlaku. A kemelut B kelabut C serabut D gemuruh
Soalan 13 berdasarkan Gambar 1.

13. _____________ yang berkesan merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan hasil sawit. A Pembajaan B Penyiraman C Penanaman D Pemangkasan 14.____________ minyak sawit mentah negara berjaya ditingkatkan bagi tempoh tujuh tahun berturut- turut. A Keluaran B Pengeluar C Pengeluaran D Mengeluarkan

15. ____________ Envo Diesel bertepatan dengan matlamat ______________daya saing industri sawit. A Guna ... memperkasa B Gunakan ... memperkasa C Pengguna ... memperkasakan D Penggunaan ... memperkasakan 16. Faiz gemar bermain hoki, bola sepak ___________ bola tampar. A serta B tetapi C namun D malahan 17. Hani tidak akan melakukan hobinya itu, ____________kerja sekolahnya belum selesai. A selagi B setelah C supaya D semasa 18. Azli akan tetap memujuk ibunya ____________ibunya bersetuju dengan cadangan itu. A lalu B selagi C walaupun D sehingga 19. Ranjit masih tidak gembira ___________dia telah mendapat kebenaran daripada ibunya untuk menyertai pertandingan Robocon itu. A kerana B apabila C sehingga D kendatipun 20. Lakukanlah hobi yang berfaedah ____________kamu mendapat manfaat daripadanya, kata Nek Bedah kepada cucunya. A untuk B apabila C namun D supaya 21. Fariz telah memulakan hobinya _________dia memiliki segala alatan yang diperlukan. A namun B setelah C supaya D sementara 22. Kawan-kawannya tidak mengetahui sebab Hasan tidak mahu bermain _________ itulah permainan yang digemarinya. A tetapi B malahan C walaupun D sedangkan 23. Nenek Azli masih menghasilkan bunga daripada daun getah menambahkan _________ Pendapatannya _____________ ditegah oleh anak-anaknya. A untuk, supaya B demi, walaupun C untuk, walaupun D supaya, kendatipun 24. Azim _____________minat bermain badminton ______________gemar memancing ikan. A malahan, namun B tidak sahaja, tetapi

C bukan sahaja, sedangkan

D bukan sahaja, tetapi juga

25. Hani dan Kamala mencari maklumat untuk menyiapkan buku skrap itu____________ menunggu kawan- kawannya yang lain tiba _____________mereka tidak suka membuang masa. A kerana, demi B semenjak, kerana C sementara, selagi D sementara, kerana 26. Banjir kilat _________antara bencana alam yang berpunca daripada kesilapan manusia. A ialah B adalah C sebagai D sebenarnya 27. Asyira begitu _______________sewaktu meraut lidi untuk dijadikan penyapu. A beria-ia B berhati-hati C bersusah-susah D bersungguh-sungguh 28. Pengunjung pusat beli-belah itu _____________sebaik-baik sahaja siren kecemasan dibunyikan. A haru-biru B huru-hara C kelam-kabut D gegak-gempita 29. Negara ini ______________berpunca daripada perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat jelata. A majunya B anggunnya C berjayanya D makmurnya 30. Banyak tumbuhan yang aneh ditemukan di hutan simpan itu. Perkataan seerti bagi aneh ialah A lain B pelik C janggal D istimewa 31. Kajian tentang riwayat hidup Panglima Awang belum ____________disiapkan. A lagi B juga C hanya D sudah
A. Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat di bawah. Betulkannya dan tulis dalam buku tulis kamu.

1. Banyak murid-murid beratur di luar klinik gigi bila loceng berbunyi. 2. Mereka pulang daripada hospital kuala lumpur setelah membuat pemeriksaan kesihatan. 3. Pesakit jantung itu sedang menjalankan pembedahan di institiut jantung negara. 4. Pemuda yang cedera itu sedang dirawat oleh doktor ravi, di wat kecemasan. 5. Bapa Boon Seng menerima surat pemberitahuan dari poliklinik seremban. 6. Jantung adalah organ yang penting di dalam badan kita dan berfungsi mengepam darah

untuk membekalkan oksigen diseluruh badan. 7. Setelah mengamalkan senaman, dia kelihatan lebih pantas dari sebelumnya. 8. Kita hendaklah selalu bersenam untuk badan kita sihat dan otak kita cergas sepanjang masa. 9. Oleh kerana nenek saya selalu berkebun, dia masih sihat tetapi usianya sudah lanjut. 10. Saya terus berusaha untuk menuruni berat badan kerana saya bimbang akan dihinggapi penyakit yang merbahaya.

32. Sebaik-baik sahaja Bendahara Ali ______________punggung, upacara pun dimulakan. A meletakkan B melabuhkan C menjatuhkan D menurunkan 33. Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang____________ bunga di taman istana. A memetik B mencabut C mengubah D menggubah 34. Apabila dileteri ibunya, Andak tunduk ke lantai sambil kakinya ____________ hujung tikar. A mengait-ngait B menguis-nguis C mengais-ngais D mengaut-ngaut 35. Semasa majlis pertunangan itu, Si Bongkok ______________cincin ke jari manis tuan puteri. A melekapkan B menyisipkan C memasangkan D menyarungkan 36. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan __________________bermain senjata. A kelicikannya B kekuatannya C kecekapannya D ketangkasannya 37. Beberapa ______________ cincin permata akan dipamerkan di muzium itu. A biji B utas C buah D bentuk 38. Setiap penari yang menari di atas pentas itu menggunakan se___________ payung. A urat B kaki C buah D batang 39. Pengantin lelaki itu menyisipkan se _____________keris di pinggangnya. A bilah B laras C keping D batang

40. Terdapat lima _____________meriam lama di kubu bersejarah itu. A biji B laras C buah D batang 41. Penari lelaki itu memakai se_____________ baju Melayu yang berwarna biru. A helai B buah C pasang D potong 42. Suasana di tempat perkhemahan itu sungguh _________________sekali. A selesa B mersik C gembira D nyaman 43. Banyak pokok ______________ditemukan oleh anggota pengakap di puncak Gunung Brinchang. A kerdil B kurus C renek D panjang 44. Monyet itu bargayutan pada pohon yang____________ itu. A atas B tinggi C pendek D panjang 45. Anggota pengakap tidak dapat menyeberangi sungai itu kerana airnya _______ selepas hujan lebat. A laju B deras C tenang D kencang 46. Azli dan rakan-rakannya tidak ____________tidur di dalam khemah walaupun tidak ditemani oleh guru-guru mereka. A takut B tahan C berani D gentar 47. Oleh sebab masa telah ____________, anggota pengakap membatalkan aktiviti meredah hutan pada petang itu. A lama B suntuk C singkat D lampau 48. Seorang anggota pengakap ____________pengsan apabila disengat tebuan semasa aktiviti meredah hutan. A dekat B nyaris C cemas D segera

49. Para yang dibuat oleh anggota pengakap itu ____________walaupun dibuat dengan kayu-kayu kecil. A tegap B kukuh C cantik D mantap 50. Mereka berjalan dengan ____________semasa menuruni bukit itu kerana jalannya _______. . A laju ... curam B lambat ... rata C pantas ... kesat D perlahan ... licin 51. Pokok besar yang berdaun ____________itu menjadikan keadaan di hutan itu ___________. A halus ... sejuk B lebat ... redup C besar ... malap D banyak ... cerah 52. Angkasawan itu ________________ di luar kapal angkasanya. A terawang-awang B terlayang-layang C terbayang-bayang D tergoyang-goyang Soalan 53 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 53. Produk biodiesel sawit ialah bahan bakar yang mesra alam. A Bahan bakar yang mesra alam ialah produk biodiesel sawit. B Bahan bakar ialah produk biodiesel sawit yang mesra alam. C Bahan bakar produk biodiesel sawit ialah yang mesra alam. D Produk sawit biodiesel ialah mesra alam bahan bakar. 54. Pilih ayat yang betul. A Beg itu ialah untuk kakak. B Hadiah itu ialah bukan untuk Asraf. C kakak Azman ialah jururawat di Hospital Putra. D Buku yang koyak itu adalah disebabkan oleh adik. 55. Pilih ayat aktif. I Malaysia memajukan bidang sains dan teknologi. II Wawasan 2020 telah dicapai sebahagiannya. III Rakyat yang berpelajaran amat diperlukan oleh negara. IV Komputer menjadikan manusia berfikir dengan pantas. A I sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 56. A Dia berasa segar selepas mandi. B Murid-murid berjalan dengan segar ke padang. C Pewangi udara yang diletakkan di dalam bilik itu berbau segar. D Matanya segar selepas dia bangun daripada tidur. 57 A Murid sekolah itu belajar daripada pagi hingga petang. B Bila musim buah, banyak orang menghidap penyakit batuk. C Dia minum ubat itu mengikut arahan doktor untuk lekas sembuh. D Harga ayam telah meningkat daripada RM5.00 kepada RM5.50 bagi satu kilogram. 58. I Ah Meng membaham sebuku roti kerana dia terlalu lapar. II Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton. III Ayam membaham padi yang ditabur oleh nenek di halaman rumah. IV Harimau telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu. A I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja B III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 59. I II III IV Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat. Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang. Ranting-ranting pokok yang rendang itu sungguh lebat dan lurus. Pokok durian di dusun nenek berbuah dengan lebat pada tahun ini. C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

A I dan IV sahaja B III dan IV sahaja

60. I Mereka melayari internet di kafe siber. II Cili sos yang dijual di kedai itu sungguh pedas dan amat merah warnanya. III Kerosakan penghawa dingin menyebabkan keadaan di dalam bilik itupanas. IV Kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid. A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja B I dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 61 I Penduduk kampung menemukan mata tangga di kaki bukit itu. II Hamid menjadikan hobi melukis sebagai mata pencariannya. III Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa. IV Mata pena lebih tajam daripada mata pedang. A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 62 hingga Soalan 63. Pilih ayat yang betul. 62. I Penjajah sedar bahawa mereka mendapat tentangan daripada penduduk tempatan. II Pihak British akan memberikan kemerdekaan apabila penduduk di negara ini bersatu. III Kerana kepintarannya, kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-haj sangat dikagumi. IV Kampung yang diteroka oleh beberapa orang pendatang dari seberang. A I sahaja B II sahaja C I, II dan III sahaja D I, II,dan IV sahaja 63. I Jumlah tentera musuh amat banyak ketika mendarat di pantai itu. II Pihak pemerintah Berjaya membentuk satu pasukan tentera yang sangat kuat di rantau ini. III Datuk Bahaman yang agak berani itu dikurniakan pingat oleh Sultan. IV Tentangan yang tersangat kuat daripada rakyat menyebabkan pihak British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. A I sahaja. B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II, dan IV sahaja Soalan 64 hingga Soalan 65. Pilih ayat yang betul. 64. A Tarian inai berasal dari negeri Kelantan. B Tarian mengarang popular di kalangan suku kaum Melanau. C Tarian magunatip sering dipersembahkan pada para pelancong. D Di peringkat awal tarian ngajat lasan, penari berjalan lambat mengikut rentak muzik sape. 65. A Ramai orang berada pada tapak ekspo kebudayaan itu. B Pasukan boria kampung saya turut serta di pertandingan boria itu. C Berpuluh-puluh keluarga masyarakat Mahmeri tinggal di perkampungan yang disediakan oleh kerajaan. D Ketiga-tiga pasukan dikir barat itu memberikan persembahan yang menarik di malam itu. 66. A Semua penduduk-penduduk di kampung itu adalah petani yang mengusahakan buah-buahan. B Teknologi baharu untuk mengawal serangga perosak secara biologi dan mesra alam ialah satu kejayaan kepada industri sawit. C Berbagai projek pertanian telah dilaksanakan di daerah itu untuk meningkatkan pendapatan penduduknya. D Kedah ialah negeri yang paling banyak sekali menghasilkan padi di negara kita.

67. A Dia pergi ke sekolah ketika hujan turun dengan lebatnya. B Saya menerimanya meskipun saya tidak mengenalinya. C Cikgu Ainina bersetuju dengan cadangan kami di samping Cikgu Tan. D Adik menunggu di sana, selain saya di sini. 68. A Sedangkan tidak hujan pun dia ponteng, inikan pula jika hujan. B Setelah menjamu selera, para tetamu-tetamu balik ke rumah. C Sementara dia sudah dewasa, dia keanak-anakan. D Meskipun saya gembira pada pagi ini, saya sedih. 69. I Syarikat Petroleum Malaysia diberi tanggungjawab mencari gali minyak di Indonesia. II Singapura terletak di dalam selatan Semenanjung Malaysia. III Thailand merupakan sebuah negara yang terkenal dalam sektor pertanian. IV Myanmar bersempadan dengan Thailand. A I, II dan IV sahaja B I, II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

70. I II III IV

Kemboja merupakan sebuah negara anggota ASEAN. Ibu kota Filipina ialah Manila. Malaysia mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan semua negara jiran. ASEAN ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan di antara negara anggota Asia Tenggara. A I, II dan IV sahaja B I, II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja