Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI PRATULISAN 1.

1 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis ini perlu dilaksanakan secara berperingkat supaya murid-murid dapat menulis dengan betul. Setiap peringkat dalam kemahiran

menulis mempunyai kaitan dan hubungan dengan kemahiran-kemahiran lain. Oleh itu, pengajarannya mesti dirancang dengan kemas supaya murid-murid dapat menguasainya dan mempraktikkanya sebaik mungkin. Suatu hari nanti pasti guru-guru dapat mengekang masalah murid-murid yang tidak boleh menulis walaupun telah melepasi sekolah rendah jika guru tersebut dapat memahami pertuturan dalam setiap peringkat kemahiran menulis dan melaksanakannya dengan sistematik. 1.2 Matlamat Antara matlamat dalam kemahiran menulis ini ialah ia diajarkan kepada murid-murid agar mereka dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami. Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata

telinga, dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik. 1.3 Peringkat kemahiran menulis Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan

kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada: 1.3.1 AKTIVITI PRATULISAN

1.

Murid disediakan dengan aktiviti pratulisan sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.

2.

Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata deberikan kepada murid.

3.

Contoh aktiviti sebelum aktiviti pratulisan: 3.1 Melaksanakan aktiviti pergerakan jari, tangan dan mata. y y Aktiviti pengamatan penglihatan Aktiviti pergerakan tangan dan mata

3.2 Aktiviti pratulisan y y Melaksanakan aktiviti menulis dari kiri ke kanan Melaksanakan aktiviti membuat corak, menyambung titik, memadankan bentuk, dan lain-lain y y y y Melaksanakan aktiviti membuat huruf Melaksanakan aktiviti melukis gambar Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa Latihan membaca ayat

1.4 Kaedah pandang sebut Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Selain itu, ia juga dinamakan kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya iaitu memandang dan menyebut. Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan disertai dengan gambar. 1.4.1 Kekuatan kaedah pandang sebut

Murid-murid tidak dikehendaki menghafal mana-mana huruf yang abstrak

y y

Mereka didedahkan dengan bahan yang konkrit atau bermakna Mereka memahami apa-apa yang dibaca oleh mereka

1.4.2 Kekurangan kaedah pandang sebut y Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat y y Murid-murid agak lambat mengenali huruf Murid-murid membaca bukan berdasarkan lambing-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar y Mereka sebenarnya menyebut nama gambar, bukannya membaca apa-apa yang ditulis y y Kadang kala mereka keliru dengan gambar yang kurang jelas Kaedah ini lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan system ejaan yang bersifat logografik seperti system tulisan cina, sedangkan system ejaan bahasa Melayu lebih bersifat fonemik. 1.4.3 Aktiviti yang perlu dilaksanakan: y y Menyebut perkataan Mencerakinkan perkataan a. Memperkenalkan kata b. Memperkenalkan suku kata c. Memperkenalkan huruf y Membina dan membaca ayat