Anda di halaman 1dari 15

Kaitan Menyangga dengan Anatomi dan fisiologi:

5.1 Definisi dan konsep: Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini jugabertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara. Z

Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini dilakukan pada aras bawahtangan yang menggunakan dua belah tangan (atwohanded underhand pass) dan merupakan jenis hantar n yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Ia a digunakan untuk menerima servis dan serangan -serangan daripada pihak lawan. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabilapihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi ya tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala ng maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut. 5.2 Cara-cara menyangga

a.) Posisi/Kedudukan Tangan

b.) Posisi bersedia y y y y y y y y y y y Kaki dijarakkan dengan jarak seluas bahu. Satu kaki berada di hadapan dan satu kaki lagi di belakang. Lutut dibengkokkan sedikit. Tubuh badan berada dalam keadaan tegak. Lengan diluruskan. Siku-siku memutar ke arah satu sama lain, dirapatkan ke badan dan terkunci (lock elbow). Letakkan bahagian belakang sebelah tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain. Kedua-dua ibu jari bertindih di atas satu sama lain di atas tapak tangan. Pergelangan tangan terkunci ke bawah. Kedua-dua lengan selari dengan paha. Meletakkan berat badan pada bebola kaki tetapi masih dalam posisi yang seimbang.

c. P
y y y y y y

Bergerak ke arah Melangkah ke arah

la. la engan lengan an tangan i hulurkan.

Melangkah engan kaki ang aling hampir engan asaran. Melangkah ke sasaran an menghulurkan lengan untuk menyambut bola lambung yang lambat. Menarik sedikit atau mengendurkan lengan untuk bola yang laju. Melangkah ke sasaran dengan lutut, punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantar.

d. Sentuhan Sentuh bola di hadapan badan dan di antara lutut. y Sentuh bola dengan bahagian lengan iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan. y Mata sentiasa memandang bola sepanjang masa penghantaran di buat.
y

5.3 Teknik-teknik menyangga (dig) y Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. y Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain . y Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. y Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. y Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sa saran sebelum bermain bola. y Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. y Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. y Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. y Kendurkan bahagian atas tubuh. y Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain. 5.4 Variasi Menyangga

Rajah 5: Pemukul menyambut bola denganmenggunakan lengan pada waktu sentuhan

Rajah 6: Lengan untuk menyambut hantaran boladan pukulan dig menggunakan sebelah tangan

Rajah 7: Jatuhan dibuat semasa mengambil ataumenyelamatkan hantaran bola

Rajah 8: Jatuhan junam dan jatuhan dengan tapakterbuka dibuat untuk menghalang bola daripadamenyentuh lantai 5.5 Jenis Kucupan dalam pergerakanmenyangga Jenis pengucupan dalam kemahiran menyangga adalah pengucupan isotonik. Pengucupan isotonik adalah pengucupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan. Penguncupan isotonik menyebabkan perubahan pada panjang otot dan berlakunya pe rgerakan. Penguncupan isotonik terbahagi kepada dua iaitu penguncupan konsentrik dan penguncupan esentrik. Pemanjangan otot berlaku ketika penguncupan otot esentrik. Penguncupan konsentrik pula melibatkan pemendekan fiber otot. Dalam kemahiran menyangga, pergerakan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu keadaan bersedia dan keadaan menyangga. Dalam keadaan bersedia, pengucupan konsentrik berlaku di otot biseps dan hamstrings manakala dalam pengucupan esentrik berlaku di otot triseps dan kuadriseps. Dalam kea daan menyangga, pengucupan kosentrik berlaku di otot triseps dan kuadriseps. Dalam keadaan menyangga, pengucupan esentrik berlaku di otot biseps dan hamstrings. 5.6 Rumusan

Sehubungan dengan penerangan pergerakan menyangga bola tampar di atas, yakni betapa pentingnya untuk kita mengetahui aspek anatomi dan fisiologi. Maka, dengan aplikasi pengetahuan anatomi dan fisiologi, keselamatan semasa membuat pergerakan ini adalah terjaga.

Aspek

esel m

l m

em hi

enyangga

9. Pengenalan: Kecederaan boleh berlaku dalam apa jua permainan tidak terkecuali permainan bola tampar. Langkah -langkah dan tindakan pencegahan diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan. urulatih dan para pemain juga harus tahu cara untuk merawati kecederaan yang berlaku. 9. enis-jenis kecederaan 1. Luka yang berlaku akibat terjatuh ke atas permukaan keras, berlanggar dengan pemain lain atau tiang jarring. Bahagian lutut, siku dan kepala merupakan tempat yang biasa terluka dalam permainan bola tam par.

2. Ketegangan dan terseliuh juga kecederaan yang biasa berlaku kepada pemain bola tampar kerana otot, ligamen dan tendon mudah tergeliat ketika melakukan pergerakan. Selalunya otot depan dan tendon belakang lutut quadricepsdan hamstrings tergeliat apabila melakukan pergerakan mengejut. Sendi pada kaki mudah terseleliuh apabila ligamen di sekelilingnya mengalami tekanan berlebihan, contohnya apabila tergelincir atau menukar arah pergerakan dengan cepat. 3. Bengkak. erdapatnya lebam-lebam merah atau biru-hitam yang disebabkan oleh terjatuh, terlanggar pemain lain atau pun tiang jaring ketika melakukan spiking atau blocking. 4. Pengsan atau tidak sedarkan diri disebabkan oleh terlanggar dengan pemain lain ataupun tiang jaring. . Kecederaan Biasanya disebabkan oleh pelanggaran antara pemain -pemain.
y y

mulut, bibir, gusi dan gigi mata


9. Pencegahan kecederaan

Langkah pencegahan adalah amat penting bagi mengurangkan atau mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan. urulatih harus memastikan setiap teknik dalam permainan diajar pada langkah yang betul dan tepat. Pakaian, peralatan yang digunakan dan persediaan yang cukup juga harus dalam keadaan baik dan sesuai demi pencegahan kecederaan. erdapat lima langkah mengat asi kecederaan. 1. Meguasai eknik yang betul

Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul. 2. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesi ik Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata -mata. Pemaian yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. al ini kerana a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi. b) Jatuh dengan kendur relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan. c) Memiliki fleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh. 3. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permaianan. Elakkan mennggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh. 4. Peraturan dan penguatkuasaan undang -undang Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permaianan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. . Persediaan lengkap untuk latihan dan p ertandingan Jenis akti iti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana focus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang fit mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

9.

lasi ikasi kecederaan mengikut paras ketenatan

Kecederaan boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan mengikut ketenatannya seperti berikut: i. Otot-otot, tendon dan ligamen pecah, tulang patah dan sendi -sendi terkehel. ii. isu-tisu terganggu menyebabkan rasa tegang, terseliuh, tergeliat separa dalam otot iii. Kerosakan minimum dengan tidak ada gangguan teruk pada otot, tendon dan ligamen. anya kerosakan kepada saluran kecil darah yang menyebabkan lebam haematoma).

9.

awatan

ecederaan

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan kecederaan yang berlaku,melegakan kesakitan dan menggalakkan kesembuhan. Tugas ini terletak di bahu pegawai fisioterapi atau paramedik dalam sesebuah pasukan. Namun, sebag ai jurulatih, mereka juga harus tahu serba sedikit untuk member pertolongan cemas kepada pemain. Seorang atlet yang tercedera tidak harus digerakkan sehingga dikenalpasti pergerakan tersebut tidak akan menanbahkan lagi keceraan pemain tersebut terutama kecederaan dalaman pemain. Pembantu pertolongan cemas boleh merawat segera kecederaan seperti luka, terseliuh, kejang dan rasa tegang. Apabila kecederaan tisu lembut berlaku, salurah darah yang kecil tergeliat dan darah keluar menyebabkan lebam dan bengkak. Tindakan cepat harus diambil untuk menghentikan pendarahan dan mengurangkan bengkak melalui kaedah RI E. R- rest rehat) I- ice ais) - compression pemampatan) E- elevation penaikan) Rehat untuk 24 jam dalah untuk mengawal pendarahan lanjutan yang mungkin berlaku. Ais diletakkan di tempat yang tercedera selama 20 minit setiap 2 jam pada 24 jam yang pertama. Ini akan melegakan kesakitan, bengkak dan pendarahan yang berlanjutan. Ais dibalut dengan menggunakan tuala basah. Ais tidak boleh bersentuhan dengan kulit secara terus. Pemampatan kecederaan dengan menggunakan pembalut krep akan menahan darah keluar dan mengurangkan bengkak. Tetapi, balutan tidak boleh terlampau ketat kerana ianya kan menghalang pengaliran darah. Penaikan menolong mengurangkan bengkak dan menahan kehilangan darah. Anggota badan yang cedera perlu diangkat melebihi paras jantung dalam masa 24 jam. Luka dalam deep) di bibir, kening, kulit kepala mungkin memerlukan jahitan. Tekanan teguh firm pressure) dengan pad kapas di atas luka biasanya akan menahan pendarahan. Pesakit harus dihantar ke hospital segera untuk dijahit bagi mengelakkan jangkitan kuman.
9. awatan pemulihan

Kecederaan kumpulan Kecederaan teruk seperti fraktur tulang dan sendi terkehe l memerlukan minimum masa minggu untuk menjadi lumpuh sebelum pemulihan dijalankan. Kecedaraan seperti ini memerlukan rawatan rapi. Kecederaan kumpulan 1. Ligamen atau sendi bila rawatan RI E diberikan), gerakkan anggota yang cedera untuk meregangkan sebarang tisu parut yang terbentuk supaya kembali ke perjajaran autonomi yang betul.

2. Otot-otot tendon- selepas 24 jam bila rawatan RI E diberikan), dengan lembut, regangkan otot-otot cedera selama 10 minit setiap pagi dan malam dan seminit setipa jam. Tujuannya untuk mencegah pengecutan tisu -tisu oleh pembentukan tisu parut. Apabila regangan lembut menjadi selesa, lakukan pula regangan lebih aktif dan kekuatan static boleh dilakukan.
Kecederaan kumpulan Untuk lebam, selepas rawatan RI E pada 24 jam yang pertama, latihan biasa boleh dijalankan oleh atlet.

9.7

arta aliran kecederaan dalam sukan

10.0 Kaitan komponen struktur anatomi dan sistem isiologi.

Melalui kajian kami, kami mendapati sistem otot terdiri daripada organ yan g mengecut dan mengendur untuk menghasilkan gerak alih bagi seluruh bahagian tubuh. Terdapat 3 jenis otot, iaitu licin, berjalur dan jantung. Otot licin terdapat pada dinding saluran pencernaan, dinding salur darah dan iris mata, merupakan tindakan yang tidak terkawal. Tisu otot berjalur pada dasarnya didapati pada semua otot dan menggerakkan bahagian rangka. Sebahagian besar tindakan tisu berjalur adalah terkawal. Otot jantung hanya dijumpai pada jantung, tindakannya adalah tidak terkawal, automatik dan be rentak. Selain itu, kami telah mengkaji pergerakan menyangga bola tampar dari aspek iaitu dari bahagian depan tubuh, bahu, lengan, belakang tubuh, paha, kaki dan jantung. Pada bahagian depan tubuh, ia melibatkan otot pektoralis major, rektus abdominis dan eksterna oblikus. Pektoralis major merupakan otot besar di hadapan dada, lengan atas akan dibengkokkan ke hadapan dada semasa melakukan

manyangga. Rektus abdominis pula berada di bawah otot pektoralis major. Semasa kita melakukan teknik menyangga, badan kami akan dibengkokkan dan ia melibatkan otot rektus abdominis.

Bagi bahagian bahu pula, ia melibatkan otot deltoid. Otot deltoid terletak di atas bahu, semasa melakukan menyangga, lengan kita akan diangkat ke arah luar dari sisi badan. i samping itu, otot deltoid juga akan mengecut semasa lengan diangkat. Aspek ketiga merupakan bahagian lengan. Ia melibatkan otot biseps brakialis, triseps brakii, karpi ulnaris, ekstensor karpiradial dan fleksor karpiradial. Semasa melakukan menyangga, lengan bawah perlu diangkat separa. Ini menyebabkan otot triseps mengendur dan otot biseps mengecut. iikuti dengan lengan bawah diangkat sepenuhnya. Sejajar dengan itu, otot triseps akan mengendur sepenuhnya dan otot biseps akan mengecut sepenu hnya, Akhirnya, lengan bawah kembali ke keadaan rehat dan otot triseps dan biseps kembali ke fasa rehat. Karpi ulnaris adalah otot yang terletak di lengan bawah manusia yang bertindak untuk melanjutkan pergelangan tangan. Sehubungan itu, pergelangan tangan akan dilanjutkan semasa kita melakukan teknik menyangga. Aspek yang seterusnya ialah bahagian belakang tubuh, ia melibatkan otot trapezius dan otot latisimus dorsi. Otot trapezius merupakan otot segi tiga yang besar di belakang leher, bahu da n bahagian atas di belakang dada. Ia membantu dalam gerakan sendi bahu semasa melakukan sanggaan bola tampar. Otot latisimus dorsi pula berada di belakang dada ke bahagian atas tulang pangkal lengan. Apabila kita melakukan cantas ping pong, otot ini memban tu menurun lengan ke sisi badan selepas lengan diangkat.

Bagi bahagian paha pula, ia melibatkan otot sartorius, kuadriseps dan hamstrings. Otot sartouris terletak di bahagian sendi lutut. Apabila berada dalam posisi persediaan, otot sartouris membantu me mbengkokkan sendi lutut, mengangkat dan memutar sendi paha ke luar bagi melakukan pukulan cantas ping pong. Otot kuadriseps pula terdiri daripada empat otot -otot kecil iaitu rektus femoris, astus lateral, astus medial dan astus intermedius. Ia juga berp eranan untuk melunjurkan sendi lutut setelah lutut dibengkokkan. Otot hamstrings memainkan peranan penting dalam kegiatan seharian seperti berjalan, melompat dan mengendalikan beberapa pergerakan asas dalam permainan ping pong. Ia juga berperanan sebagai a ntagonis untuk paha depan dan bermatlamat perlambatan perpanjangan lutut. Bahagian yang seterusnya ialah bahagian kaki, ia melibatkan otot gastoknemius, soleus, tendon akiles, peroneus longus dan anterior tibia. Semasa melakukan pukulan cantas ping pong, otot gastoknemius dan soleus akan membengkokkan sendi lutut dan tapak kaki ke bawah. Otot peroneus longus pula terdiri daripada tiga otot yang menarik tapak kaki ke hala sisi luar. Teknik menyangga bola tampar juga melibatkan jantung. Jantung merupakan organ yang penting bagi manusia , sekiranya jantung seseorang manusia tiada

denyutan atau balasan , ia bermakna seseorang itu akan mengalami kematian . Jantung manusia adalah begitu ghaib , ia menpunyai rentak dunyutan yang tetap , tetapi sekiranya kita melakukan sesuatu akti iti seperti berlari , main bola keranjang , main bola ping pong dan sebagainya akan menyebabkan rentak denyutan jantung kita berubah . Ia akan berdenyut dengan lebih cepat daripada biasa . Seterusnya mari kita mengkaji cara denyutan jantung berlaku dan fungsi jantung semasa kita menjalankan akti iti bermain bola tampar. Jantung berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata dan berulang-ulang . alam jantung terdapatnya atrium dan entrike l kanan dari atrium dan entrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen daripada campur. Injap antara atrium dan entrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke entrikel. Ventrikel adalah bahagian jantung yang men gepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. inding entrikel adalah lebih tebal berbanding atrium dan pengecutan dinding entrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. arah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 sal ur iaitu ena kava superior(superior vena cava) dan vena kava inferior(inferior vena cava). arah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. ari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu. Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen kepada jantung. arah ini dibekalkan oleh arteri pulmonari kiri dan kanan yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah pulmonari . Ini merupakan proses dan fungsi jantung . Semasa kita menjalankan sesuatu aktiviti , segala proses jantung akan dipercepatkan dan inilah menyebabkan rentak denyutan jantung berubah . Secara kesimpulannya, otot bukan sahaja digunakan bagi menghas ilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untukmenstabilkan sendi dan menghasilkan haba.

11. Lokasi dan lekatan otot -otot dalam pergerakan menyangga Otot Lokasi Lekatan Lekatan distal proksimal Leher Sternokleidomastoid Leher Sternum dan Temporal(proses klavikel mastoid)

Bahu/Lengan Deltoid

Bahu

Trapezius, klavikel dan skapula

Humerus

Biseps braki

Anterior lengan

Skapula

Radius

Triseps braki

Posterior lengan

Skapula dan humerus

Ulna

Paha

Sartorius Kuadriseps -rektus femoris -vastus lateral -vastus medial -vadus intermedius

Anterior paha - anterior paha - lateral paha - medial paha intermediu s paha - posterior paha - posterior paha - posterior paha

Ilium - Ilium - Femur -Femur -Femur

Patela -Patela -Patela -Patela -Patela

Hamstrings -biseps femoris -semitendinosus -semimembranosus

-Femur -Femur -Femur

-Fibula dan tibia -Tibia -Tibia

Kaki

Gastroknemius

Betis

Femur

Kalkaneus

Soleus

Betis

Fibula dan tibia

Kalkaneus

Jadual : lokasi dan lekatan otot -otot dalam pergerakan menyangga

12.1 Satah Pergerakan

Jenis satah yang telah digunakan dalam pergerakan menyangga bola tampar ialah jenis satah rontal. Apabila menyangga bola, bahagian siku hingga bahagian tapak tangan berada pada satah rontal. Manakala bahagian axis terletak pada bahagian siku apabila menyangga bola dalam keadaan lurus dari bahagian belakang ke hadapan. angan diluruskan dan ditolak ke hadapan apabila menyangga bola tampar. 12.2 Aksi Pergerakan

Aksi pergerakan yang digunakan dalam pergerakan meny angga bola tampar ialah aksi ekstensi -hyperekstensi-fleksi.Aksi gerakan ekstensihyperekstensi-fleksi terlibat dalam pergerakan menyangga bola tampar kerana terdapat gerakan anggota badan dari hadapan ke belakang dan ke hadapan secara berulangan semasa mel akukan pergerakan menyangga bola tampar. ontohnya semasa meluruskan tangan ke hadapan dan badan dibengkokkan sedikit semasa melakukan pergerakan menyangga bola tampar. 13.0 Kesimpulan: Kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara. Kemahiran menyangga ini melibatkan otot -otot seperti triseps braki, sternokledomastoid, biseps femoris, semimembranus dan sebagainya. Sendi sendi yang terlibat semasa melakukan kemahiran menyangga ini juga termasuklah sendi paksi, sendi engsel, sendi lesung, sendi gelongsor, sendi pelana,dan sendi kondil. Bagi tulang -tulang yang terlibat pula termasuk ulna, scapula, humerus, patella, tibia dan sebagainya. Aspek keselamatan semasa melakukan kemahiran menyangga harus dititikberatkan. Jenis kecederaan yang biasa berlaku ialah ketegangan dan terseliuh. Selalunya, ligamen dan tendon pada tangan atau kaki mudah tergeliat ketika melakukan pergerakan menyangga. Sen di pada kaki pula mudah terseleliuh apabila ligamen di sekelilingnya mengalami tekanan berlebihan contohnya apabila tergelincir atau menukar arah pergerakan

dengan cepat. Oleh itu, aspek keselamatan adalah sangat penting bagi melindungi otot-otot,tulang-tulang dan sendi-sendi pada badan kita. Walau bagaimanapun, permainan ini lebih sesuai untuk pemuda dan bukannya untuk orang tua. Hal ini disebabkan permainan ini melibatkan penggunaan sendi dan otot yang banyak dan kecederaan sendi -sendi mudah berlaku. Kesimpulannya, kemahiran menyangga merupakan satu kemahiran yang melibatkan otot -otot, tulang-tulang dan sendi-sendi pada badan.

14.0

ujukan

Pusat Perkembangan Kurikulum 2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum 2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. sivanesan bala. 22 January 2010). Anotomi & Fisiologi . ilayari pada 12 April 2010, darihttp://www.scribd.com/doc/25575108/Anotomi -Fisiologi __________. 4 April 2010). angka manusia. ilayari pada 12 April 2010, darihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rangka_manusia Han. 12 August 2009). Sistem Otot. ilayari pada dari http://xfitnessworld.com/blog/bina -badan/sistem-otot/ 12 April 2010,

wongyk1512888. 13 ecember 2009). Sistem Otot.Dilayari pada 12 April 2010, darihttp://www.scribd.com/doc/24025827/sistem -otot Herfen Suryati. 23 Oktober 2008). Sistem rangka manusia. Dilayari pada 12 April 2010, darihttp://prestasiherfen.blogspot.com/2008/10/sistem -rangkamanusia.html