Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI APRAXIA Apraxia adalah di mana keadaan seseorang itu hilang kemampuan untuk melakukan gerakan bagi tujuan

pembelajaran meskipun mereka mempunyai keinginan dan mampu untuk bergerak. Terdapat gangguan pada motor yang menyebabkan pergerakan mereka terbatas dan ia bu kan kerana mereka tidak mempunyai koordinasi, hilang sensori mahupun gagal untuk memahami arahan yang mudah. Ia juga boleh dikatogerikan sebagai motor speech disorder . Apraxia sering dikaitkan dengan Aphasia dan Dysarthria kerana

berpunca daripada keced eraan atau kerosakan pada nervous system namun terbukti ianya berbeza sama sekali.

Aphasia adalah masalah bahasa yang disebabkan oleh

kerosakan yang berlaku pada nervous system. Mereka yang mengalami Aphasia ini selalunya tidak mampu untuk menghasilk an atau memahami bahasa secara lisan mahupun bertulis. Manakala Dysarthria merupakan masalah pertuturan motor atau motor speech disorder yang berlaku akibat daripada kecederaan neorologi. Dalam kata yang lain, kelemahan otot atau ketidakmampuan untuk m engawal aspek neuromaskular dalam bercakap. Otot yang lemah itu memberi kesan terhadap penghasilan pertuturan seseorang. Terdapat beberapa jenis yang boleh dikatogerikan sebagai Apraxia seperti Apraxia of speech dan Limb Apraxia. Apraxia of speech turut dikenali sebagai Verbal Apraxia atau Dyspraxia. Apa yang dimaksudkan dengan Apraxia of speech ini adalah ia sejenis masalah pertuturan di mana seseorang itu menghadapi masalah untuk menyebut atau bercakap apa yang mereka mahu den gan betul dan konsisten. Dalam erti kata yang lain, mereka yang menghadapi Apraxia of speech ini tidak berupaya untuk bercakap atau menyebut sesuatu dengan betul walau kenyataannya perkataan yang hendak disebut itu amat ringkas dan tidak sepatutnya salah ketika disebut. Contohnya, apabila diberi satu

perkataan untuk disebut, mereka menyebutnya dengan tidak konsisten yakni kadangkala betul dan kadangkala ia salah sebutannya. Dan sekiranya mereka diminta untuk menyebut sesuatu perkataan secara berulangkali , pasti ada kesilapan sebutan sama ada di awal, tengah atau akhir sebutan. Selain itu, ada pendapat lain yang mengatakan Apraxia of speech ini sebagai gangguan pada pengaturcaraan arahan sensori dan motor yang diperlukan untuk bercakap ataupun untuk mengel uarkan suara . Apraxia of speech juga dikaitkan dengan

ketidakmampuan seseorang untuk menghasilkan kehendak pertuturan baik dalam bentuk arahan mahupun peniruan . Mereka yang mengalami masalah ini bukan tidak faham pada arahan yang diberi tetapi mereka tid ak mampu melaksanakan arahan tersebut dengan betul.

PUNCA APRAKSIA Seperti yang diketahui, Apraks ia ini adalah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan, kesusahan atau ketidakupayaan dalam berkomunikasi dan pertuturan. Mereka yang mempunyai penyakit ini juga tidak dapat menghasilkan pertuturan dengan betul dan konsisten apabila berkomunikasi dengan orang lain. Mereka juga tidak dapat menghasilkan kehendak pertuturan samada berbentuk arahan dan peniruan. Namun, kanak-kanak Apraksia ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk bercakap, tetapi mereka tidak dapat menghasilkan pertuturan dengan betul . Mereka tidak berupaya menghasilkan pertuturan walaupun mereka berusaha untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kebanyakan kes, punca penyakit Apraksia masih lagi tidak diketahui. Pelbagai kemungkinanyang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku. Sesetengah p engkaji

mengatakan bahawa, Apraks ia mungkin berlaku disebabkan kecederaan pada hemisfera kiri otak seseorang. Kecederaan yang d ialaminya mungkin juga meliputi bahagian -bahagian tertentu seperti frontal lobe , pariantal lobe , bansal nuclei dan juga insula. Selain itu juga, kerosakan pada Sistem Saraf Pusat juga mungkin menjadi punca atau penyebab kepada penyakit Apra xia. Apabila bahagian ini terjejas , ia mungkin akan memberi masalah dan kesan kepada bahagian otak seseorang dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menghasilkan pertuturan dengan betul. Faktor genetik juga menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit Apraks ia. Kanak-kanak yang mengalami Apraksia mungkin juga disebabkan oleh penyakit keturunan yang diperoleh i daripada ibubapa atau nenek mereka yang pernah mempunyai latar belakang masalah pembelajaran dan komunikasi. Terdapat banyak kemungkinan seseorang itu akan mendapat penyakit Apraksia ini. Ia mungkin adalah disebabkan oleh seseorang yang mengalami Stroke, Dementia, Tumor, Trauma, Alzheimer, dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan ke cederaan pada otak. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang mengetahui gejala -gejala awal yang boleh menyebabkan Apraksia berlaku supaya kita mendapat rawatan dengan lebih awal.