Anda di halaman 1dari 11

MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

TAJUK 1 SUKATAN PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHAP 1 DAN 2

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi peluang kepada pelajar membincangkan kandungan


kurikulum muzik sekolah rendah, memberi pendedahan kepada sukatan
pelajaran pendidikan muzik KBSR.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Menganalisa kandungan kurikulum yang dipelajari dengan melihat kepada


struktur sukatan (4 aspek), kandungan sukatan pelajaran KBSR, kandungan
huraian sukatan KBSR.

1.2 KERANGKA TAJUK

Sukatan Pendidikan Muzik


KBSR Tahap 1 & 2

dan 2
Struktur Sukatan KBSR

Kandungan Sukatan KBSR

Kandungan Huraian
Sukatan KBSR

1
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

TEORI

1.3 Penelitian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR

Pendidikan Muzik KBSR

Matlamat

Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan


dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum
dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat
menghargai dan menikmati estetika muzik serta dapat mengamalkan nilai murni.

Objektif KBSR

Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat:

 Mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi


muzik.
 Mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik.
 Membaca dan menulis notasi muzik.
 Mengetahui dan memahami teknik menyanyi.
 Memperkembang kemahiran menyanyi dengan mengamalkan teknik yang
betul.
 Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik.
 Memperkembang kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul.
 Memperkembang ekspresi diri dan daya kreatif.
 Memperkembang daya penghargaan estetik terhadap karya dan
persembahan muzik.
 Menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan
dengannya.
 Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin
mencuba.

2
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

Struktur sukatan - 4 aspek

 Persepsi estetik

Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik. Dalam aspek ini, murid

mengetahui dan memahami konsep bagi unsur- unsur asas dalam muzik dan

selanjutnya murid berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik.

Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi

respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan

menulis.

a) Irama
o Detik, Tekanan dan Meter

2, 3, 4, 6

4 4 4 8

o Tempo

Pelbagai tempo: lambat; cepat; sederhana.

o Nilai Not dan Nilai Tanda Rehat

Nilai not: semibrif; minim bertitik; minim; krocet; kuaver; semi kuaver

Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver.

o Corak Irama

Corak irama pada rentak: Mac; Waltz; Masri; Zapin; Inang; Joget;
Sumazau. Corak irama pada ostinato: ostinato irama.

b) Melodi
o Pic

Aras pic: pic tinggi; pic rendah.

3
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar; bertangga;


melompat. Solfa: do re mi fah soh lah ti do’ re’.

o Skel

Skel diatonik: major; minor harmonik.

o Warna Ton

Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik; perkusi


badan; bahan improvisasi; bunyi alam sekitar.

c) Harmoni

Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato


bermelodi. Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk
menghasilkan bunyi.

d) Tekstur

Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan: tebal;


nipis. Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron.

e) Bentuk

Pembinaan bentuk : frasa. Jenis bentuk muzik: AB; ABA.

f) Ekspresi
o Dinamik

Aras dinamik: kuat; lembut.

Perubahan dinamik: beransur kuat; beransur lembut.

o Mud

4
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat; cemas;


takut; tenang.

g) Sistem Notasi
o Lambang Not Muzik dan Tanda Rehat

Not muzik

Tanda rehat

h) Ekspresi

o Tanda Isyarat dan Istilah

5
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

 Pengalaman muzikal

Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat


muzik. Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan
permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan bermain alat
muzik mengikut teknik yang betul secara amali.

a) Pengetahuan Teknik
 Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran ton;
sebutan.
 Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang; cara
memainkan.
 Teknik dalam permainan rekoder: postur; pernafasan;
penjarian; penglidahan; penghasilan ton.
 Kriteria persembahan: keseimbangan; kesepaduan; koordinasi;
etika.

b) Pengalaman muzik
 Menyanyi - menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada lagu
kanak-kanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat Malaysia.
 Memainkan alat perkusi - memainkan alat perkusi ringan; dram
getar; dram tenor; dram bes bagi mengiringi nyanyian atau muzik
instrumental.
 Memainkan rekoder:
 Memainkan not
 Memainkan rekoder bagi mengiringi nyanyian atau muzik
instrumental.

 Ekspresi kreatif

Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif. Dalam aspek ini murid
meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka,

6
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih,


mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk
bahan muzik.

a) Penerokaan
 Pengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi.

b) Improvisasi
 Pengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama,
dan melodi
c) Reka Cipta
 Pengalaman kreatif: mereka cipta corak irama.

 Penghargaan Estetik

Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik masyarakat


Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya secara lisan
dan bertulis. Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap
bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam,
mengenal pasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis,
menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan
bertulis.

 Nyanyian

Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau


persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk,
ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik
persembahan.

Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan; nyanyian


dua lapisan suara.

 Muzik instrumental

7
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan


muzik instrumental seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk
ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik
persembahan.

Pelbagai muzik instrumental - solo dan berkumpulan.

1.4 Kandungan Sukatan Pelajaran KBSR

(Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR- Tahun1)

8
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

1.5 Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik

Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ini disusun mengikut aspek seperti


berikut: Kandungan setiap aspek tersebut dibentangkan dalam lajur-lajur utama
iaitu lajur ITEM, lajur HASIL PEMBELAJARAN (HP), dan lajur CADANGAN
AKTIVITI / CATATAN.

a) Lajur ITEM

Lajur ini menyenaraikan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu
dikuasai murid.

b) Lajur HASIL PEMBELAJARAN (HP)

Pada asasnya pernyataan HP mengandungi butiran berikut:

 Perlakuan;
 Faktor;
 Kualiti / standard; dan
 Situasi / syarat.

Bagi setiap item disediakan HP yang harus dicapai oleh murid. Dalam pada
itu, terdapat item yang dilengkapkan dengan dua atau tiga aras pencapaian.
Kebanyakan item disediakan dengan tiga aras pencapaian. Walau
bagaimanapun, bagi item yang merupakan konsep asas kemahiran muzik
yang fundamental kepada amalan yang berterusan dalam bidang muzik,
murid perlu mencapai satu tahap penguasaan sahaja. Demikian juga, bagi
item yang difikirkan pencapaiannya adalah pada tahap maksimum untuk
sesuatu peringkat pembelajaran, maka hanya satu aras di sedia.

Penjelasan tentang aras pencapaian adalah seperti berikut:

9
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

Jadual 1.1

Aras Pencapaian Penjelasan


Aras I Tahap umum yang disasarkan untuk dicapai oleh semua
Aras II Tahap
murid yang lebih maju daripada pencapaian umum yang
Aras III Tahap pencapaian yang lebih tinggi menuju ke arah
ditetapkan.
pencapaian maksimum murid.

Bagi tujuan pentafsiran, semua murid hendaklah mencapai ARAS 1.

c) Lajur CATATAN

Lajur ini mengandungi maklumat dan panduan am yang merangkumi contoh


aktiviti dan peringatan am. Keempat-empat aspek dalam program
pembelajaran Pendidikan Muzik KBSR hendaklah dilihat secara
menyeluruh sebagai perkara-perkara yang saling berkaitan. Susunan
aspek dan item dalam dokumen ini hanyalah bagi kemudahan merujuk
dan mengesan item dan bukanlah sebagai satu urutan yang mesti dipatuhi.

Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan pada mana-mana aspek


atau unit item yang difikirkan sesuai oleh guru dengan mengambil kira
konteks, latar belakang murid, kesediaan aptitud mereka.

Rumusan

Peranan guru sangat penting dalam menentukan tahap keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh yang demikian guru
adalah pemudah cara, penggalak dan pembimbing dalam proses pembelajaran
Pendidikan Muzik. Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang
muzik tetapi juga mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi
dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Dengan
itu guru Pendidikan Muzik perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka

10
MZU3142 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

dalam pengetahuan muzik dan Peranan guru sangat penting dalam menentukan
tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh
yang demikian guru adalah pemudah cara, penggalak dan pembimbing dalam
proses pembelajaran Pendidikan Muzik.

Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi juga
mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi dalam menguruskan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Dengan itu guru Pendidikan
Muzik perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka dalam pengetahuan
muzik dan metodologi mata pelajaran ini dari masa ke semasa.

AMALI

Perancangan Tahunan

 Menuliskan rancangan kerja tahunan

11

Anda mungkin juga menyukai