Anda di halaman 1dari 1

Peranan Generasi Muslim Dalam Mengembalikan Kegemilangan Ilmu dan Ilmuan Di antara peranan yang perlu digembeling oleh

umat Islam bagi mengembalikan :kegemilangan ilmu adalah Menghidupkan budaya ilmu .1 Adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin untuk mendidik rakyatnya menghidupkan budaya ilmu dan menyekat budaya hedonisme dan konsumerisme yang menjalar dalam kalangan masyarakat. Kebebasan intelektual adalah elemen yang sangat penting. Justeru, pemimpin umat Islam tidak perlu gusar dan marah jika dikritik dan ditegur oleh para ilmuan kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan masyarakat bersama. Para pemimpin perlu faham bahawa para ilmuan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan, kerana jika tidak mereka akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan kelak. 2. Membangunkan masyarakat yang bermoral Tujuan pendidikan seperti yang dijelaskan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah mencipta generasi yang beradab. Moraliti yang tinggi juga akan menghalang tamadun itu dari mengalami kejatuhan. Jika hari ini kita melihat bahawa ramai masyarakat yang terdidik ternyata tidak memiliki moraliti yang tinggi, maka ini bermakna terdapat kekeliruan dan kepincangan dalam falsafah dan pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan selama ini. Pendidikan sewajarnya menyebabkan manusia semakin berakhlak dan beretika kerana memahami matlamat asal menuntut ilmu. 3. Penghormatan apresiasi yang murni terhadap para ilmuan Universiti-universiti perlu memberikan penghargaan yang tinggi kepada para ilmuan berdasarkan kepada pencapaian mereka. Penghargaan tidak seharusnya diberikan berdasarkan kepada kuantiti atau populariti karya mereka tetapi dinilai kepada kepentingan dan keperluan hasil karya mereka. 4. Mewujudkan persekitaran yang kondusif Usaha untuk membangun tradisi keilmuan yang unggul perlu disokong oleh infrastruktur dan bahan yang berkesan. Contohnya pembinaan perpustakaan umum yang nyaman dan selesa. Merancakkan aktiviti-aktiviti ilmiah (ceramah, seminar, bengkel, wacana dan sebagainya) dan menyekat budaya hedonisme. Peruntukan untuk membina institusiinstitusi pendidikan yang lengkap dan serba moden hendaklah diberi keutamaan agar usaha menyubur minat kepada ilmu dapat menangkis tarikan hedonisme. Justeru itu, pemimpin, masyarakat dan orang perseorangan perlu memikul tanggungjawab ini secara bersepadu agar usaha mengembalikan kegemilangan ilmu dan ilmuan ini tercapai.