Anda di halaman 1dari 13

Tajuk:

BAGAIMANA KONSEP PERANCAHAN ATAU SCAFFOLDING DALAM TEORI

VYGOTSKY DAPAT DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN

PENCAPAIAN AKADEMIK MURID BERPENCAPAIAN RENDAH.

GGGB 5222 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Kumpulan 9

Semester 1, 2022/2023

Nama Pelajar: Nur Fatin Syafikah Binti Mohd Pabir (P122478)

Norizalina Binti Mohamad Azli (P124483)

Shamini A/P M.Sasetharan (P122214)

Farhana Nadia Bt Ahmad Azhari (P122371)

Anbu Alagi A/P Bala (P124099)

Nama Pensyarah: Dr. Manisah Mohd Ali


1.0 PENGENALAN

Sektor pendidikan telah menghadapi modifikasi yang sangat pantas bersama dengan era
yang lebih maju. Generasi zaman ini mempunyai banyak perbezaan berbanding dengan
generasi lepas. Hal ini menyebabkan, kaedah mengajar juga mengubahsuai dengan keadaan
semasa. Menurut Sonia (2019), penguasaan dalam bidang pendidikan amat penting dari segi
ilmu pengetahuan untuk era globalisasi ini. Hal ini tercetus apabila pendidikan merupakan
salah satu perkara utama dalam pembangunan negara. Dengan ini, mendapatkan pendidikan
yang secukupnya adalah hak rakyat yang tidak kira agama, bangsa, jantina, dan latar
belakang sosio-ekonomi. Berdasarkan Shah Bin Mohamed Arip (2018), pendidikan yang
secukupnya akan melahirkan generasi muda yang berilmu dan cemerlang dalam semua aspek
yang diceburi oleh mereka. Oleh itu, kerajaan telah mengambil banyak daya usaha untuk
memastikan semua lapisan masyarakat mampu untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat
yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, ada segelintir pelajar yang masih mendapat pencapaian akademik
yang rendah. Hal ini berlaku kerana, pelajar-pelajar tersebut tidak menunjukkan minat dalam
bidang akademik, malas membaca dan membuat latihan, menghadapi kesusahan dalam
mengingati fakta, dan tidak menguasai teknik menjawab (Shahrul, 2018). Oleh hal yang
demikian, terdapat pelbagai cabaran termasuklah pengendalian murid-murid yang lemah
dalam pembelajaran. Justeru, terdapat banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menarik
minat pelajar yang lemah supaya dapat pencapaian akademik yang baik.

Dalam pada itu, pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan konsep dan teori akan
membantu pelajar untuk mendapatkan pencapaian akademik yang baik. Contohnya, teori Jean
Piaget, teori Lev Vygotsky, dan teori Kohlberg, manakala dari segi konsep seperti konsep
perancahan atau scaffolding, konsep perkembangan bahasa, konsep Zon Perkembangan
Proksimal (ZPD), dan sebagainya. Teori dan konsep tersebut boleh memberi panduan kepada
guru-guru untuk mengetahui cara pengendalian pelajar yang lemah dalam akademik.
2.0 DEFINISI TEORI DAN KONSEP

2.1 TEORI VYGOTSKY

Vygotsky adalah seorang ahli psikologi perkembangan yang sealiran dengan Piaget.
Teori perkembangan yang dijelaskan olehnya amat berguna dalam memberikan refleksi
tentang perkembangan mental, bahasa, dan sosial kanak-kanak (Alexander, 2021).
Vygotsky memberikan penekanan kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan
perkembangan bahasa dan sosial kanak-kanak. Menurut Asnawi dan Fauziah (2021),
pembelajaran bukan hanya dengan proses asimilasi dan akomodasi tetapi melalui
hubungan sosial antara kanak-kanak.

Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-


tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam
perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan
pada aras individu. Beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk
menerangkan teorinya.Antaranya ialah pendekatan sosio-budaya,zon perkembangan
proksimal,bantuan perancah(scaffolding) dan perkembangan bahasa.

2.2 SCAFFOLDING ATAU PERENCAH

Perancahan atau scaffolding merujuk kepada panduan yang diberikan oleh


seseorang dewasa (guru) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan
yang tertumpu dan menggunakan interaksi yang bersifat positif (Raja Nadia, 2021).
Guru yang menggunakan konsep perancahan atau scaffolding perlulah memberi
sokongan minimum yang penting sahaja untuk membuatkan pelajar tersebut mencapai
kejaayan. Andaikata pelajar tersebut telah pun dikuasai kemahiran, maka guru boleh
berhenti membantu mereka. Ia juga penting untuk orang yang memberi bimbingan
perlulah mempunyai kemahiran yang tinggi daripada pelajar untuk mencabar mereka
untuk berusaha mencapai ke tahap kebolehan seterusnya.

‘Scaffolding’ dapat membantu murid bergerak melalui zon perkembangan


proksimal (Zon of Proximal Development) dengan membolehkan pelajar
menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain. Jadi, melaluinya tindak
balas dan keperluan pelajar akan dapat dipenuhi dengan cara mengubahsuaikannya
kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar.

3.0 Bagaimana konsep perancahan atau scaffolding dalam Teori Vygotsky dapat
digunakan untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik murid
berpencapaian rendah.

3.1 SOKONGAN DAN BIMBINGAN

Seorang guru perlulah memberikan sokongan dan bimbingan kepada pelajar


semasa mereka mempelajari sesuatu yang baharu. Ia juga perlu bersesuaian dengan
usia pelajar tersebut atau boleh sedikit melebihi apa yang pelajar boleh lakukan secara
sendiri.

Apabila pelajar mempelajari sesuatu kemahiran, pemberian sokongan akan


berkurang apabila kebolehan mereka berkembang dan sehingga mereka boleh
menggunakan kemahiran tersebut secara sendiri. Perancah adalah salah satu fungsi
yang paling baik apabila pendidik menggunakan kaedah dengan cara yang berbeza.
Sebagai contoh, seorang guru boleh:

a. Tanya soalan yang menyelidik: Ini menggalakkan pelajar menghasilkan jawapan


secara bebas. Contohnya, dalam pembinaan menara dengan blok, guru boleh bertanya
dengan pelajar, “apa yang anda fikir akan berlaku jika kami membina menara yang
sangat tinggi?”
b. Berikan cadangan: Guru boleh memberi cadangan jika pelajar menghadapi masalah
menyiapkan sesuatu tugasan. Guru juga boleh menawarkan cara penyelesaian yang
dapat membantu kepada pelajar tanpa memberikan jawapan. Contohnya, “menara
blok itu terus runtuh. Terdapat satu cara yang kita boleh membaikinya iaitu dengan
meletakkan semua blok yang lebih besar di bahagian bawah. Apakah cara lain yang
anda fikir kami boleh membantunya kekal di atasnya?”
c. Perkenalkan prop: Selain itu, guru boleh menggalakkan kanak-kanak menggunakan
sumber yang berbeza untuk membantu menara blok kekal berdiri dan berfikir di luar
kotak dengan menghasilkan penyelesaian yang kreatif. “apakah yang anda lihat di
dalam bilik darjah kami yang akan membantu menyokong menara blok kami?
Mungkin jika kami terbalikkan pemegang pensel itu, itu boleh membantu. Bolehkah
anda memikirkan apa-apa lagi?”
d. Tawarkan galakan: Memuji kanak-kanak kerana mencuba atau menyelesaikan
tugasan, walaupun dengan ucapan “bagus!” Meningkatkan keyakinan dan rasa
kebolehan diri pelajar.
e. Kemukakan soalan jawapan terhad: Jika pelajar menghadapi masalah untuk
menjawab soalan secara sendiri, guru yang berperanan boleh memberikan banyak
pilihan jawapan untuk dipilih bagi membantu pelajar tersebut untuk menghasilkan
jawapan yang betul secara bebas.
f. Berikan sokongan: Apabila tugasan yang diberi adalah sukar untuk menyelesai, guru
boleh membantu pelajar dari segi pemikiran alternatif. Atau, mereka boleh memberi
panduan kepada pelajar untuk bergerak dengan betul. Ia boleh dilaksanakan melalui
perbincangan langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan.
g. Gunakan tunjuk cara: Dalam contoh menara blok, seorang pendidik yang
menggunakan konsep perancah boleh membuat versi menara blok mereka sendiri
yang lebih kecil untuk menunjukkan cara blok berfungsi dengan baik kepada pelajar.

3.2 MENYEDARI KEUNIKAN SETIAP PELAJAR

Konsep scaffolding yang berkesan hanya boleh dilaksanakan mengikut kebolehan


seseorang pelajar dalam menerima sesuatu pembelajaran di rumah atau sekolah.
Walau bagaimanapun, tahap pengajaran yang berkesan bergantung kepada
pengalaman guru dan juga kebijaksana guru. Hal ini berpunca daripada penggunaan
cara dan teknik yang berkesan untuk mengajar setiap pelajar tersebut ikut
keunikannya. Oleh itu, ia juga akan menarik minat pelajar dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut Zahar (2018), Konsep scaffolding yang
dilaksanakan seharusnya mudah berubah mengikut keadaan supaya pelajar dapat
menyesuaikan dirinya dengan keadaan tersebut.

Selain itu, guru boleh mengadakan kelas tambahan untuk pelajar yang lemah demi
membantu mereka mendapat pencapaian yang baik dalam akademik. Hal ini demikian
kerana, guru boleh mudah mengenal pasti cara pengendalian pelajar yang lemah
tersebut mengikuti keunikannya. Dengan ini, guru boleh membantu pelajar yang
berpencapaian rendah dengan menggunakan konsep scaffolding dengan mengikuti
keunikan pelajar tersebut. Sebagai contohnya, seorang pelajar yang lemah mempunyai
pemikiran kreatif, maka guru boleh membantu pelajar tersebut dengan memberi
tugasan yang berkaitan dengan pemikiran. Jelaslah bahawa, guru yang sentiasa
menghiringi pelajar akan memudahkan interaksi antara mereka. Jadi, pelajar akan
bermotivasi dan berkeyakinan diri untuk belajar di dalam kelas (Roslan, S, 2019).

Seterusnya, kaedah pengajaran yang beraneka oleh guru akan membangkitkan minat
pelajar terhadap pelajaran. Kaedah pengajaran merujuk semua tindakan yang
dilaksanakan oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikuti
keunikan setiap pelajar di dalam kelas. Contoh kaedah yang digunakan oleh guru di
dalam kelas seperti tunjuk ajar, simulasi, projek, latih tubi, dan sumbang saran
perlulah memberi mengikuti tahap penguasan setiap pelajar. Guru juga boleh
membantu pelajar hingga menguasai sesuatu tugasan, kemudian guru perlu biarkan
mereka melakukannya sendiri.

Di samping itu, pembelajaran yang paling berkesan adalah apabila guru mengetahui
potensi, minat, bakat, dan tahap pengetahuan setiap pelajar. Maka, ia membantu guru
untuk menyediakan pembelajaran yang disesuaikan dengan keunikan pelajar.
Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap
pelajar. Guru perlu memberi tugasan atau latihan yang mempunyai kesukaran yang
berbeza. Dengan ini, guru akan menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi
kepada setiap pelajar. Guru juga boleh membantu pelajar bila diperlukan bantuan.
Dalam pada itu, guru juga boleh memberi galakan dan semangat untuk pelajar
mencuba dan mengaplikasikan kemahirannya supaya mendapat pencapaian akademik
yang baik.

Akhirnya, guru boleh memberi tugasan yang berkaitan penyelesaian masalah dengan
menggunakan konsep scaffolding. Dengan ini, boleh mengenal pasti keunikan pelajar
dari segi kemahirannya iaitu bahasa, pemikiran, dan penaakulan. Maka, ia boleh
membina pemahaman baharu kepada guru untuk tahap bimbingan dan sokongan
kepada setiap pelajar.
3.3 PENGAJARAN BERPERINGKAT

Konsep scaffolding diperkenalkan sebagai aspek pelaksana kurikulum dan menjadi


aspek yang diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Konsep
scaffolding berperanan untuk memastikan keseragaman dan keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Konsep ini juga dapat membantu pihak guru
untuk menyampaikan pengajaran dengan efektif dan mencapai matlamat yang
digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Selain itu, teori Vygotsky membincangkan tentang tanggungjawab guru untuk


melaksanakan amalan scaffolding semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Berdasarkan teori Vygotsky konsep scaffolding dapat digunakan untuk membantu
meningkatkan pencapaian akademik murid berpencapaian rendah melalui pengajaran
berperingkat. Pengajaran berperingkat boleh dilaksanakan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara berperingkat mengikut tahap penguasaan pelajar dan
tahap pembelajaran berdasarkan DSKP. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat pelajar yang mempunyai tahap pemahaman dan kepandaian yang berbeza.

Dalam pada itu, melalui pengajaran berperingkat , pihak guru boleh memastikan
pelajar yang berpencapaian lemah menguasai sesuatu tahap kandungan pembelajaran
yang asas sebelum beralih ke tahap yang berikutnya(Barrington 2017). Perkara ini
dapat membantu pihak guru untuk memastikan pelajar yang berpencapaian lemah
tidak mempunyai ketinggalan dalam pembelajaran. Pihak guru boleh melaksanakan
pengajaran berperingkat dengan mengadakan kelas khas dalam kalangan pelajar yang
lemah tanpa menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Justeru, pihak guru juga boleh mengendalikan pelbagai jenis kaedah bagi pengajaran
berperingkat supaya dapat meningkatkan pemahaman pelajar yang berpencapaian
lemah. Sebagai contohnya, guru-guru boleh melaksanakan aktiviti berpusatkan pelajar
seperti aktiviti pembentangan, perbincangan dalam kumpulan, kuiz, soal jawab,
aktiviti bermain yang berkaitan dengan pembelajaran.
Menurut teori Vygotsky, interaksi sosial yang berlaku di antara pelajar dengan pihak
guru melalui pengajaran berperingkat dapat menjadi petunjuk dan dorongan kepada
pelajar yang berpencapaian lemah untuk meningkatkan tahap kebolehan dalam
pembelajaran (Hazilah Mohd Amina et al. 2013). Pelaksanaan amalan scaffolding
dalam pembelajaran dapat membantu pihak guru untuk mentaksir dan memantau
tahap perkembangan pelajar yang berpencapaian lemah. Pengajaran beperingkat juga
meningkatkan tahap pemahaman dan pengetahuan asas pelajar yang lemah supaya
boleh meningkatkan tahap kecemerlangan dalam akademik.

3.4 MURID DIBERIKAN RUANG UNTUK BERPERAN AKTIF DALAM


PEMBELAJARAN. 

Salah satu teori Vygotsky yang diperkenalkan adalah “scaffolding “. Scaffolding


merupakan suatu istilah pada proses yang digunakan guru untuk membimbing murid-
murid melalui Zone of Proximal Developmentnya (ZPD). Scaffolding adalah guru
memberikan bantuan kepada seseorang murid daripada tahap awal pembelajaran dan
kemudian mengurangkan bantuan tersebut dan memberikan peluang kepada murid
untuk mencuba melakukanya sendiri dengan bimbingan guru tanpa perlu guru terus
memberikan jawapan. Bantuan yang diberikan guru seperti modelling, memberi
penerangan, menanya soalan, adaptasi bahan instruksional dan sedia membantu dan
memberi panduan yang membolehkan murid dapat berdikari.

Guru boleh mengadakan aktiviti permainan yang berpusatkan kepada murid yang
memerlukan keterlibatan semua murid dan mengumpulkan pelajar yang bercapai
rendah untuk bergabung dengan murid yang berpencapain tinggi. Hal ini akan dapat
membantu pertumbuhan murid yang berpencapain rendah dengan bantuan rakan
sebaya. Mereka akan lebih mudah menonjolkan diri apabila berinteraksi dengan rakan
sebaya. Guru akan memberi semua pelajar peluang untuk mereka mencuba sendiri
aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid bagi membantu pertumbuhan
perkembangan murid yang sihat.

Selepas aktiviti modeling, penerangan dan soal jawab, guru akan memberi pelajar
ruang untuk mencuba aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kefahaman dan
bimbingan guru. Hal ini akan memberi pelajar belajar pengalaman baru dengan usaha
sendiri dan bimbingan guru. Murid yang mencuba sendiri akan membuatkan bereka
lebih memahami aktiviti pembelajaran tersebut dan secara tidak lansung akan
membuatkan pelajar mengingati pembelajaran dari pengalaman mereka yang berani
mencuba sesuatu yang baru.

Dengan menggunakan konsep scaffolding dalam teori lev vygotsky ini, guru
menguasai pelbagai teknik dan cara untuk mengajar murid dari tahap awal
pembelajaran murid. Sehingga tercipta persekitaran pembelajaran yang aktif, kreatif,
efektif dan menyeronokkan. Pengwujudan persekitaran pembelajaran yang
menyokong dan menerima murid akan membuatkan murid berasa terlibat dalam
pembelajaran dan akan meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Murid akan
berasa lebih yakin untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga membantu
mainggkatkan tahap pencapaian mereka.

3.5 MENGENALI EMOSI DAN TINGKAH LAKU PELAJAR

LS Vygotsky (1896-1934), ahli psikologi terdapat kehendak semula jadi dan juga
termasuk kehendak manusia. Semula jadi merujuk kepada naluri dalam kalangan
kanak-kanak. Ia juga bermaksud kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan
cara mereka sendiri dan mendesak. Dengan ini, terdapat beberapa pelajar yang pada
mulanya keras kepala dan bertekad untuk selalu mengikuti kehendak sendiri. Mereka
akan bersikap menukar mood mereka berubah-ubah. Mereka ditarik dan mereka
menjangkau. Mereka tidak difikirkan berusahaanya dalam satu arah, sama seperti
tidak disangka dan tanpa berfikir mereka tiba-tiba tergesa ke arah yang lain. Mereka
ditarik oleh benda yang lain atau yang lain mereka sekarang sama sekali tidak
menjangkau untuk yang lain atau yang lain.

Selain itu, pemikiran LS. Vygotsky menerangkan proses menguasai kelakuan anak

sendiri dan proses pembentukan tingkah laku yang kuat pada pelajar. Pelajar mesti
belajar untuk melakukan apa yang diarahkan oleh guru. Sebagai contoh, para pelajar
digalakkan untuk mendengar arahan yang disampaikan oleh guru dan harus
menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan. Pelajar mesti
belajar bertindak mengikut arahan guru.

Seterusnya, pelajar itu mula mengarahkan dirinya dan memberi semangat kepada
dirinya untuk berusaha dengan keras. Sebagai contoh, pelajar perlu mempunyai sifat
kesungguhan dalam melakukan apa yang diarahkan dan arahan dari seorang guru
haruslah terang dan jelas supaya senang untuk pelajar terima dan fahami.

Justeru, pelajar perlulah membiasakan dirinya untuk melakukan apa yang mereka
diberitahu, kemudian sebagai seorang guru haruslah memberi bimbingan kepada
pelajar itu dengan tangannya sendiri. Sebagai contoh, guru harus memberikan tunjuk
ajar, sokongan dan juga bimbingan untuk pelajar supaya mereka lebih terbuka dan
yakin dengan arahan dan mampu menyelesaikan masalah dengan sempurna.

"Jika anda membuat kanak-kanak sering melakukan sesuatu tentang akaun itu" satu,
dua, tiga ", maka dia sendiri akan terbiasa melakukan seperti yang sama, contohnya,
kita bergegas ke dalam air." (Masalah kemahuan dan perkembangannya pada zaman
kanak-kanak., LS Vygotsky., Kerja-kerja Dikumpulkan, Moscow, 1982. S. 465)

"Tindakan voltan tiga kali ganda yang biasa dalam situasi yang sama adalah tiga
perkara berikut: 1) perlu berdiri (motif), 2) tidak mahu (motif), 3) kiraan diri: satu,
dua, tiga (motif bantu) dan 4) tiga "pendakian, ini adalah pengenalan motif
pembantu, penciptaan keadaan dari luar yang membuat saya berdiri." Pernyataan
tersebut sama dengan cara kita berkata kepada seorang anak: "Nah, satu, dua, tiga
ubat minum." Inilah kehendak yang benar Dalam contoh dengan kenaikan saya
bangun kerana isyarat "tiga" (refleks conditioned), tetapi saya sendiri terlebih
dahulu melalui isyarat dan sambungan dengannya OD A Y itu sendiri, iaitu. E. Saya
menguasai tingkah laku mereka melalui insentif tambahan atau motif tambahan
"(Masalah wasiat dan perkembangannya di zaman kanak-kanak.
KESIMPULAN

Perancah atau scaffolding amat berkesan dalam mengajar pelajar kemahiran baharu
dengan mengembangkan perkara yang telah mereka ketahui. Sama ada mereka sedang belajar
membaca, mengikat kasut mereka atau menguasai kemahiran lain, dengan memecahkan
tugasan kepada bahagian yang lebih mudah diurus, guru bukan sahaja membantu membina
keyakinan mereka tetapi juga memberikan mereka cara yang lebih berkesan untuk menguasai
kemahiran baharu.

Guru boleh memasukkan perancah ke dalam perkara yang pelajar ingin pelajari. Pada
akhirnya, guru mungkin mendapati bahawa ia bukan sahaja mengurangkan tekanan,
kebimbangan, dan kekecewaan pelajar tetapi ia juga sangat berkesan.

  Vygotsky percaya bahwa kanak-kanak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi
dengan orang lain. Kanak-kanak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional
formal tanpa bantuan orang lain. Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian
bagaimana kanak-kanak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi
kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan.

Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi


pada kanak-kanak. Perkembangan sebenar ditentukan, apakah seorang anak dapat melakukan
sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi
membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah
dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.
RUJUKAN

Haibaa s. (2022). Apakah scaffolding dalam pendidikan awal kanak-kanak?

Http://medmalay.com/apakah-scaffolding-dalam-pendidikan-awal-kanak-kanak

Azman s. (2018) jurnal kepimpinan. Zon perkembangan proximal (zone of proximal

Development) dalam konteks pembangunan kompetensi guru dan pembelajaran


murid.

Dr. M. Syaubari O. (2022) Tahap kepandaian berbeza tingkatkan motivasi belajar

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/03/931387/tahap-kepandaian

berbeza-tingkatkan-motivasi-belajar

Suzie, R. (2019, January 17). PELAJAR PRESTASI LEMAH.


https://www.academia.edu/10201118/PELAJAR_PRESTASI_LEMAH

Zahar, M. A. (2018, May 24). Scaffolding : Kunci untuk Mentafsir Perhubungan.


https://www.academia.edu/5611544/Scaffolding_Kunci_untuk_Mentafsir_Perhubung
an

Barington, M. (2017). Assessing the link between grit and academic achievement in reading,
mathematics, and wirting among 4th graders: An explanatory sequential mixed
methods inquiry Texas A&M University Corpus Cristi

Saleha, A. (2015). Keterlibatan, sokongan pembelajaran dan pencapaian pelajar


berdasarkan gender peringkat persekolahan dan lokasi Tesis Dr . Fal, Fakulti
Pendidikan , Univeristi Kebangsaan Malaysia.

Ed AM. . Matyushkina (1983). Vygotsky, LS Collected Works: TZ Masalah pembangunan


jiwa (Pembentukan tingkah-limpah voltan mengikut Vygotsky). Psichiatria
Organization.
https://ms.psichiatria.org/pembentukan-tingkah-limpah-voltan-mengikut-vygotsky/

Anda mungkin juga menyukai