Anda di halaman 1dari 4

Contoh Soalan Ujian Bertulis Temuduga Guru

Kafa
Bismillah.

Dalam artikel sebelum ini, kami ada berkongsi tentang Cara Memohon


Jawatan Guru Kafa. Dalam artikel ini kita akan menyambung lagi artikel
berkenaan topik Guru Kafa ini.

Kami yakin sekiranya anda baru pertama kali menghadiri temuduga Guru
Kafa, artikel ini pasti sedikit sebanyak akan membantu anda untuk
membuat persediaan bagi menghadiri temuduga anda.

Insyaallah.

Temuduga Guru Kafa


Persediaan menghadapi temuduga sangat penting. Ia membolehkan anda
hadir ke temuduga dengan penuh yakin sekaligus menaikkan lagi kredibiliti
anda di mata panel penemuduga.

Temuduga Guru Kafa terbahagi kepada 2 bahagian. Iaitu:

 Ujian bertulis Guru Kafa


 Ujian lisan Guru Kafa

Dalam artikel ini, kita akan fokus pada topik ujian bertulis terlebih dahulu.
Dalam artikel seterusnya, kita akan fokus pada topik ujian lisan pula.

Ujian Bertulis Guru Kafa


Dalam ujian bertulis Guru Kafa, soalannya adalah berbentuk soalan
subjektif. Soalan ujian akan ditulis dalam tulisan jawi dan juga arab.

Anda perlu menjawab dalam tulisan jawi dan diberikan tempoh masa
selama 1 jam untuk menjawab soalan.

Soalan ujian boleh merangkumi topik-topik berikut:


 Sirah
 Al-quran
 Tajwid
 Akhlak
 Fekah
 Tauhid
 Jawi
 Bahasa Arab
 Sahsiah

Contoh Soalan Al-Quran


Dalam bahagian ini anda akan diminta untuk menulis ayat Al-Quran beserta
barisnya sekali.

Contoh:

 Tuliskan ayat 1-5 surah Al-Fatihah dengan resam Uthmani.


 Tuliskan ayat 1-5 surah Yasin dengan resam Uthmani.

Contoh Soalan Sirah


Banyak topik yang boleh ditanya berkaitan sirah.

Antaranya, kisah-kisah nabi, hijrah nabi Muhammad, peperangan dalam


Islam, wahyu pertama dan kiblat orang Islam.

Contoh:

 Bila nabi Muhammad s.a.w menunaikan haji widak?


 Siapakah sahabat nabi yang telah menggantikan nabi ditempat
tidurnya sewaktu nabi berhijrah?

Soalan Bahasa Arab


Dalam bahagian ini anda boleh diminta untuk:

 Menterjemahkan bahasa arab ke bahasa melayu atau sebaliknya.


 Buat ayat berdasarkan perkataan arab yang diberikan.
Soalan berkaitan dengan mufrat, musanna dan jamak juga boleh tanya
dalam bahagian ini.

Soalan Jawi
Dalam bahagian ini, anda akan diminta untuk menjawikan perkataan yang
diberi.

Contoh:

Jawikan perkataan berikut:

 Universiti
 Internet
 Transformasi

Soalan Lain Yang Boleh Ditanya


Kebanyakan soalan yang akan ditanya adalah berkaitan dengan
pengetahuan asas agama Islam.

Contoh:

 Bila solat difardhukan


 Hukum ibadah korban
 Beza korban dan akikah
 Dalil dosa dan pahala
 Rukun iman dan rukun Islam
 Sifaf wajib bagi Allah
 Hujum tajwid
 Tuliskan doa qunut beserta baris
 Nabi ulul-azmi

Ebook Guru Kafa!
Download ebook Guru Kafa secara percuma!

Berita baik buat anda! Kami telah menyusun artikel berkaitan Guru Kafa
dalam satu ebook ringkas.
Ebook ini mengandungi:

Contoh soalan ujian lisan


Contoh soalan ujian bertulis

Anda mungkin juga menyukai