Anda di halaman 1dari 1

Doa Program Selangakh Ke Menara Gading

Alhamdulillahi rabbil alamin wasola tu wasalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin..wa
ala alihi wasohbihi ajmain

Ya Allah, Ya Qaadialhaajat, Ya Raafiaddarajaat,


Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
Program Ceramah Pendidikan Selangkah ke Menara Gading pada pagi ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah..Kami berkumpul untuk
mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,


Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang
penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu.

Ya Allah,Ya Mujibassailin.
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri ini akan
menjadi negeri yang cemerlang, terbilang, negeri yang disegani dan dihormati, mempunyai
sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana,


Jadikanlah pelajar-pelajar yang hadir dalam program pada hari ini sebagai pelajar-pelajar
yang bersyukur, pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi
yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar
program ini akan menjadi wadah dan sumber inspirasi kepada kami untuk terus bersemangat
meneruskan perjuangan menimba ilmu ke menara gading

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,


Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami, guru –
guru kami , barisan penceramah jemputan serta seluruh warga sekolah SMK Pengiran Omar
II Sipitang

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan.

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina


azabannar..wasalallahu ala saidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi wasallam
walhamdulillahi rabbil alamin…

Anda mungkin juga menyukai