Anda di halaman 1dari 4

 KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi
menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha
adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr
radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

َ ‫ص َد‬
ٌ ‫ق‬
‫ة‬ َ ‫َحمِي َد ٍة‬ ُّ ‫ك‬
ْ ‫لت‬ ُ ‫ة َو‬ َ ‫ص َد‬
ٌ ‫ق‬ َ ‫ة‬
ٍ ‫ح‬
َ ‫َس ِبي‬ ُّ ‫ك‬
ْ ‫لت‬ َ ‫ة‬
ُ ‫ف‬ َ ‫ص َد‬
ٌ ‫ق‬ َ ‫ُم‬
ْ ‫دك‬ َ ‫ِن َأ‬
ِ ‫ح‬ َ َ ‫سال‬
ْ ‫مى م‬ ُ ‫ل‬ ُ ‫ح عَ لَى‬
ِّ ‫ك‬ ُ ‫ص ِب‬
ْ ‫ُي‬

‫ة‬ َ ‫ص َد‬
ٌ ‫ق‬ َ ‫ك ِر‬ ُ ‫عَن ا ْل‬
َ ‫م ْن‬ ْ ‫ي‬
ٌ ‫ة َون َْه‬ َ ‫ص َد‬
ٌ ‫ق‬ َ ِ‫م ْع ُروف‬ ْ ‫ة َوَأ‬
َ ‫م ٌر بِا ْل‬ َ ‫ص َد‬
ٌ ‫ق‬ ُّ ‫ك‬
ْ َ‫ل ت‬
َ ‫ك ِبي َر ٍة‬ َ ‫ص َد‬
ٌ ‫ق‬
ُ ‫ة َو‬ ٍ َ‫ل ت َْهلِيل‬
َ ‫ة‬ ُّ ‫ك‬
ُ ‫َو‬

‫حى‬ ُّ ‫ِن ال‬


َ ‫ض‬ ْ ‫ما م‬
َ ‫ع ُه‬ َ ‫عتَانِ يَ ْر‬
ُ ‫ك‬ َ ‫ك َر ْك‬ َ ‫ِن‬
َ ِ‫ذل‬ ْ ‫ج ِزُئ م‬
ْ ‫ َو ُي‬.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan
sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid
(Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap
takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan
mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat
Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa
Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari


Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa
mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin
Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

‫خ َر ُه‬ َ ‫ك َأ ْك ِف‬
ِ ‫كآ‬ َّ ‫كعَاتٍ فِي َأ‬
َ ‫ولِ نَ َها ِر‬ َ ‫ِن َأ ْربَعِ َر‬
ْ ‫م ال َ تُ ْعجِ ْزنِي م‬
َ ‫د‬
َ ‫نآ‬
َ ‫يَا ا ْب‬.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat
rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan
kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-
Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah


Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam
masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya
matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas
radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

‫س‬
ُ ‫م‬
ْ ‫الش‬
َّ ‫ع‬ ْ َ‫ح َّتى ت‬
َ ُ‫طل‬ َ ‫ه‬ ُ ‫ع َد يَ ْذ‬
َ َّ‫ك ُر الل‬ َ ‫م‬
َ ‫ق‬ ٍ َ‫ماع‬
َّ ُ‫ة ث‬ َ ‫غدَا َة فِي‬
َ ‫ج‬ َ ‫صل َّى ا ْل‬
َ ‫ن‬
ْ ‫م‬
َ

َ َّ‫سل‬
‫م‬ ِ ‫َّه عَ لَ ْي‬
َ ‫ه َو‬ ُ ‫صل َّى الل‬ ِ َّ‫ول الل‬
َ ‫ه‬ ُ ‫س‬ُ ‫ل َر‬ َ ‫ل‬
َ ‫قا‬ َ ‫م َر ٍة‬
َ ‫قا‬ ْ ‫ع‬
ُ ‫ة َو‬
ٍ ‫ج‬
َّ ‫ح‬ ْ ‫كَأ‬
َ ‫ج ِر‬ ُ َ‫َت ل‬
َ ‫ه‬ ْ ‫ن كَان‬ َ ‫صلَّى َر ْك‬
ِ ‫ع َت ْي‬ َ ‫م‬
َّ ُ‫ث‬

‫ة‬
ٍ ‫م‬
َّ ‫ة تَا‬
ٍ ‫م‬
َّ ‫ة تَا‬
ٍ ‫م‬
َّ ‫تَا‬.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di
masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian
solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan
umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang
Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat


Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat
Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha.
Baginda lalu bersabda:

‫ال‬
ُ ‫ص‬َ ‫ض ا ْل ِف‬
ُ ‫م‬
َ ‫ِين تَ ْر‬
َ ‫ين ح‬ َّ ‫صال َ ُة اَأل‬
َ ِ‫واب‬ َ .
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha


Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik
sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah
matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga
sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu
Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh
al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada
awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah
dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

‫س‬
ُ ‫م‬
ْ ‫الش‬
َّ ‫ع‬ ْ َ‫ح َّتى ت‬
َ ُ‫طل‬ َ ‫ه‬ ُ ‫ع َد يَ ْذ‬
َ َّ‫ك ُر الل‬ َ ‫م‬
َ ‫ق‬ ٍ َ‫ماع‬
َّ ُ‫ة ث‬ َ ‫غدَا َة فِي‬
َ ‫ج‬ َ ‫صل َّى ا ْل‬
َ ‫ن‬
ْ ‫م‬
َ

َ َّ‫سل‬
‫م‬ ِ ‫َّه عَ لَ ْي‬
َ ‫ه َو‬ ُ ‫صل َّى الل‬ ِ َّ‫ول الل‬
َ ‫ه‬ ُ ‫س‬ُ ‫ل َر‬ َ ‫ل‬
َ ‫قا‬ َ ‫م َر ٍة‬
َ ‫قا‬ ْ ‫ع‬
ُ ‫ة َو‬
ٍ ‫ج‬
َّ ‫ح‬ ْ ‫كَأ‬
َ ‫ج ِر‬ ُ َ‫َت ل‬
َ ‫ه‬ ْ ‫ن كَان‬ َ ‫صلَّى َر ْك‬
ِ ‫ع َت ْي‬ َ ‫م‬
َّ ُ‫ث‬

‫ة‬
ٍ ‫م‬
َّ ‫ة تَا‬
ٍ ‫م‬
َّ ‫ة تَا‬
ٍ ‫م‬
َّ ‫تَا‬.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di
masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian
solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-
Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

‫ال‬
ُ ‫ص‬َ ‫ض ا ْل ِف‬
ُ ‫م‬
َ ‫ِين تَ ْر‬
َ ‫ين ح‬ َّ ‫صال َ ُة اَأل‬
َ ِ‫واب‬ َ .
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa
batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis
berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil
yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas
rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

َ ‫ك‬
‫ة‬ َّ ‫م‬ َ ‫م‬
َ ِ‫ف ْتح‬ َ ‫ل بَ ْي َت َها يَ ْو‬
َ ‫خ‬
َ ‫د‬ َ َّ‫سل‬
َ ‫م‬ ِ ‫َّه عَ لَ ْي‬
َ ‫ه َو‬ ُ ‫صل َّى الل‬
َ ‫ي‬ َ ‫فِإن َّ َها‬
ْ َ‫قال‬
َّ ‫ت ِإنَّ ال َّن ِب‬ َ ‫هانٍِئ‬ ِّ ‫ُأ‬
َ ‫م‬

‫ت‬ َ ‫ِي َر‬


ٍ ‫كعَا‬ َ َ‫صل َّى ث‬
َ ‫مان‬ َ ‫ل َو‬
َ ‫س‬ ْ ‫ف‬
َ ‫اغ َت‬ َ .

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di
Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu
Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan
menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha
sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud,
no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat
seperti dibawah:

َ ‫ِن اَ ْلغَافِل‬
‫ِين‬ ْ ‫بم‬
ْ ‫ك َت‬ ْ َ‫ن ل‬
ْ ‫م ُي‬ َ ‫حى َر ْك‬
ِ ‫ع َت ْي‬ ُّ ‫صل َّى اَل‬
َ ‫ض‬ َ ‫ن‬
ْ ‫م‬ ً ‫م ْرف‬
َ ‫ُوعا‬ َّ ‫ث َأبِي اَل‬
َ ‫د ْردَا ِء‬ ِ ‫حدِي‬
َ ‫ِن‬ ّ ‫ع ْند اَلطَّبَ َران‬
ْ ‫ِي م‬ ِ ‫ َو‬,

َ ‫ك اَ ْليَ ْو‬
‫م‬ َ ‫ِي‬
َ ِ‫ذل‬ َ ‫ستًّا ُكف‬
ِ ‫صل َّى‬
َ ‫ن‬
ْ ‫م‬ َ ِ‫ِن اَل َّتاِئب‬
َ ‫ َو‬, ‫ين‬ ْ ‫ِب م‬
َ ‫كت‬ ً َ‫صل َّى َأ ْرب‬
ُ ‫عا‬ َ ‫ن‬
ْ ‫م‬
َ ‫ َو‬,

‫ة‬ َ ‫ه بَ ْيتًا فِي اَ ْل‬


ِ ‫ج َّن‬ ُ َ‫َّه ل‬
ُ ‫عَش َرة بَ َنى اَلل‬
ْ ‫ي‬
ْ ‫صل َّى ثِ ْن َت‬
َ ‫ن‬
ْ ‫م‬ َ ‫ِن اَ ْلعَابِد‬
َ ‫ َو‬, ‫ِين‬ ْ ‫ِب م‬
َ ‫كت‬ َ َ‫صل َّى ث‬
ُ ‫مانِيًا‬ َ ‫ن‬
ْ ‫م‬
َ ‫َو‬

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan:
Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai,
barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat,
barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu,
barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan
barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. –
rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no:
1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-
Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun
dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini
lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya
sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan
yang tertentu adalah:

‫َّه عَ ْن َها‬
ُ ‫ِي الل‬ َ ‫عَاِئش‬
َ ‫ة َرض‬ َ ْ َ‫سَأل‬
‫ت‬ َ ‫ذ ُة َأن َّ َها‬
َ ‫معَا‬
ُ :
‫حى؟‬ ُّ ‫صال َ َة ال‬
َ ‫ض‬ َ ‫صلِّي‬ َ َّ ‫سل‬
َ ‫م ُي‬ ِ ‫َّه عَ لَ ْي‬
َ ‫ه َو‬ ُ ‫صلَّى الل‬ ِ َّ ‫ول الل‬
َ ‫ه‬ ُ ‫س‬ُ ‫َم كَانَ َر‬
ْ ‫ك‬

‫شا َء‬
َ ‫ما‬
َ ‫يد‬
ُ ‫كعَاتٍ َويَ ِز‬ َ َ‫ َأ ْرب‬:‫ت‬
َ ‫ع َر‬ َ .
ْ َ‫قال‬

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia
kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa
Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Anda mungkin juga menyukai