Anda di halaman 1dari 19

KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH


84

KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Zakaria bin Saad, Baskaran Subramaniam,
Malar Muthiah, Abdul Malek Yaakub,
Chin Soo Fong, Othayakumaran a/l Kandasamy
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
Zakaria_saad@ipsah.edu.my , baskaran_subramaniam@ipsah.edu.my
malar@ipsah.edu.my , malek@ipsah.edu.my
soofong@ipsah.edu.my , othaya@ipsah.edu.my

ABSTRAK

Kertas kerja ini merupakan kajian tinjauan terhadap kesediaan penggunaan Google Meet dalam talian bagi
siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH). Penggunaan Google Meet
dalam pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara intensif selepas pihak kerajaan
memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan
tahap kesediaan siswa guru menggunakan Google Meet dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif dan soal selidik di-emelkan kepada responden. Seramai 100
orang siwa guru daripada 6 kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016
dipilih secara persampelan mudah (convenience sampling) sebagai responden kajian. Soal selidik ini telah
diadaptasi daripada Teacher Readiness for Online Learning Meassure (TROLM). Data kajian dianalisis
dengan menggunakan SPSS(Statistical Package for Social Science) Versi 19. Dapatan kajian dipaparkan
dalam bentuk min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan kesediaan siswa guru menggunakan
Google Meet sebagai platform pengajaran dan pembelajaran (PdP) berada di tahap yang tinggi (min =3.34
dan sisihan piawai =0.669). Manakala isu dan cabaran berada di tahap sederhana (min =2.22 dan sisihan
piawai =0.842). PdP dalam talian yang mengadunkan elemen teknologi, pedagogi dan kandungan sejajar
dengan keperluan pembelajaran abad ke-21(PAK21) sesuai diamalkan mengikut keperluan semasa.
Usaha ini harus diteruskan selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana
PdP dalam talian menggunakan platform Google Meet telah menunjukkan kejayaan. IPGKSAH dan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu menambahkan kursus Peningkatan Profesionalisme secara
berterusan dalam talian supaya proses pembelajaran sepanjang hayat mencapai matlamatnya.

Kata kunci: dalam talian, Google Meet, Kesediaan, siswa guru, isu dan cabaran

ABSTRACT

This paperwork is a survey on the readiness of using Google Meet by the trainee teachers of Institute of
Teacher Education, Sultan Abdul Halim Campus (IPGKSAH). The use of Google Meet for online teaching
and learning is being carried out intensively when the Movement Control Order (MCO) was introduced by
the goverment. This research is carried out to identify the readiness of the trainee teachers in using Google
Meet as online teaching and learning platform. This research was the quantitative methodology.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
85

Questionnaires were emailed to the respondents. A total of 100 trainee teachers from six groups of Bachelor
in Education Degree Program June 2016 intake were selected by convenience sampling as the
respondents of this research.The questionnaire was adapted from Teacher Readiness for Online Learning
Measure (TROLM). The gathered data was analyzed using the SPSS (Statistical Package for Social
Science) Version 19. The research findings were presented in the form of mean and standard deviation.
The results show that the trainees readiness in using Google Meet as an online Teaching and Learning
(TnL) platform was high (mean =3.34 with standard deviation =0.669). The issues and challenges faced
were moderate (mean =2.22 with standard deviation = 0.842). Online TnL which combines the elements of
technology, pedagogy and content is in line with the current needs of the 21st Century Learning. This effort
must be continued after the Recovery Movement Control Order (RMCO) ends as the online TnL carried out
using the Google Meet platform was a success. IPGKSAH and the Malaysian Institute of Teacher Education
(IPGM) need to carry out more Professional Development courses online.

Key words: online, Google Meet, readiness, trainee teachers, issues and challenges

PENGENALAN

Pendidikan merupakan pencetus kepada pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara
dalam persaingan global. Justeru, pendidikan terkini merupakan pelengkap kepada generasi
baharu pada masa depan dalam arus perkembangan teknologi yang semakin moden telah
menyuntik pembelajaran sistem pendidikan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang telah mengenal pasti sebelas anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan
seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Fokus utama anjakan adalah untuk
memastikan sistem pendidikan yang berkualiti, iaitu setiap anjakan memberi impak kepada
sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan (KPM,2013). Anjakan ke 7 dalam PPPM menekankan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) bagi
menjamin kualiti pembelajaran di Malaysia. Menurut Ghavifekr dan Mohammad Sani, 2015 PPPM
bertindak sebagai platform untuk menghasilkan pelajar yang mahir teknologi, tenaga kerja yang
yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis yang dapat melibatkan diri dalam ekonomi
global pada abad ke-21. Ini menunjukkan kesungguhan KPM untuk meningkatkan kemenjadian
murid melalui pembelajaran berasaskan TMK. Antara langkah yang diambil oleh KPM adalah
melengkapkan 10,000 sekolah seluruh Malaysia dengan platform 1 Bestari Net dengan
memperkenalkan Virtual Learning Environment (VLE) yang memberi peluang kepada pelajar
mengakses 4G melalui 1 Bestari Net (KPM,2013).

Penggunaan TMK merupakan antara kemahiran pembelajaran abad ke-21(PAK21) yang perlu
digarap dalam kalangan pelajar demi memenuhi tuntutan masa depan. Justeru, kebanyakan
kursus yang ditawarkan di pusat pengajian tinggi pada masa ini lebih berfokus kepada
pembelajaran dalam talian (Abdul Hadi bin Harun, 2014). Perkembangan Revolusi Industri 4.0
(IR4.0) turut mempengaruhi perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidik
(Rosnani,2018). Pembelajaran dalam talian merupakan sesuatu aktiviti yang melibatkan
penyambungan kepada sesuatu sistem bagi alatan teknologi seperti kemampuan dan sistem ini

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
86

biasanya internet (Ahmad Zaki bin Amiruddin et.al 2014). Pembelajaran dalam talian dapat
membentuk masyarakat bermaklumat, malah memberi peluang kepada orang dewasa untuk
meningkatkan kemahiran sepanjang hayat dalam dua elemen iaitu, elemen pembelajaran kendiri
dan melalui bahan kursus (Zakiah bt Kassim dan Abdul Razaq bin Ahmad 2010). Kebanyakan
pendidik masih lagi mengamalkan pembelajaran konvensional (Chalk and talk) berpusatkan guru
yang lebih memberi tumpuan kepada guru sebagai sumber utama untuk bantuan dan maklumat
(Asmita,2013 dan Maidin Shah,2004). Menurut Valentina Arkorful dan Nelly Abaido (2014)
kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian pula lebih berpusatkan pelajar dan masa
pembelajaran adalah lebih fleksibel. Menurut kedua-dua pengkaji pelajar memperoleh ilmu
sesuatu topik perbincangan secara mendalam, bermotivasi dan berpeluang berinteraksi antara
fasilitator dengan rakan sekuliah.

Kini, musibah penularan wabak COVID-19 telah memberi impak terhadap penggunaan
pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian dilaksanakan secara drastik di
kebanyakan Institut Pendidikan Tinggi di Malaysia (Berita Harian:19/4/2020). Berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), KPM menyarankan murid menggunakan medium komunikasi dan
aplikasi yang sesuai dengan menggunakan pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM
iaitu MOE-DL atau pelantar pembelajaran yang lain yang disediakan oleh JPN,PPD dan pihak
lain.(Surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia: Bilangan 3 tahun 2020). Aplikasi dalam
talian dalam kajian ini melibatkan kesediaan penggunaan Google Meet sebagai platform
pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim.

PERNYATAAN MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui PPPM (2013-2025) telah membelanjakan lebih RM60
billion untuk meningkatkan penguasaan TMK dalam kalangan warga pendidik, tetapi potensi ini
belum dizahirkan sepenuhnya oleh guru-guru terutamanya menguasai kemahiran pengajaran
dalam talian. Kajian yang dibuat oleh Nor Aniza dan Lay Nee Chua, 2015 di sebuah Institut
Pendidikan Guru mendapati siswa guru kurang memanfaatkan segala kemudahan internet dan
TMK untuk menguasai pembelajaran dalam talian. Fauziah Sulaiman, 2014 dalam kajiannya
terhadap penggunaan peralatan teknologi mendapati pensyarah tidak bersedia menggunakan
pengajaran dan pembudahcara (PdPc) dalam talian tetapi lebih selesa dengan pengajaran
bersemuka. Kefahaman guru-guru dan penggunaan teknologi dan persekitaran pembelajaran
masih tidak jelas dan tidak berkembang. Menurut Thanh Thi Ngoc Phan dan Ly Thi Thao Dang,
2017 kekurangan masa menyebabkan guru-guru tidak bersedia mengamalkan pembelajaran
dalam talian. Guru-guru juga tidak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pembelajaran
dalam talian kerana kekurangan latihan, masalah pengurusan masa dan tidak ada perancangan
untuk meningkatkan kemudahan infrastrktur (Zuraida Baharuddin et.al 2019). Pengkaji
mendapati masih kurang kajian yang memfokuskan kepada kesediaan guru-guru menjalankan
PdPc dalam talian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesediaan siswa guru
menggunakan platform Google Meet dalam PdPc dalam talian. Dapatan kajian ini akan dijadikan
input yang penting dalam usaha mempertingkatkan kualiti program pembangunan
profesionalisme guru.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
87

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap kesediaan siswa guru menggunakan platform
Google Meet dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, dua persoalan kajian telah dibina iaitu;


1. Apakah tahap kesediaan siswa guru terhadap penggunaan Google Meet sebagai
platform pengajaran dan pembelajaran dalam talian?
2. Apakah tahap isu dan cabaran yang dihadapi oleh siswa guru semasa melaksanakan
PdPc dalam talian dengan menggunakan platform Google Meet?

KEPENTINGAN KAJIAN

Maklumat berkaitan kesediaan penggunaan Google Meet sebagai platform pengajaran dan
pembelajaran dalam talian dalam kalangan siswa guru dapat memberi gambaran secara
langsung tentang kesediaan guru-guru melaksanakan PdPc dalam talian. Maklumat ini akan
memberi faedah kepada pelbagai pihak seperti sekolah, PPD, JPN dan KPM yang berperanan
secara langsung dalam membantu guru mempertingkatkan penyampaian PdPC dalam talian.
Jika didapati guru-guru tidak bersedia mengubah amalan pengajaran lama, tindakan segera perlu
dilakukan oleh pihak KPM untuk menangani masalah ini.

BATASAN KAJIAN

Data kajian dikumpulkan menerusi instrumen tinjauan melalui soal selidik yang dihantar dalam
talian kepada 104 orang siswa guru semester 8 Ambilan Jun 2016. Hasil tinjauan seharusnya
disusuli dengan pengumpulan data kualitatif menerusi temu bual dan pemerhatian sewaktu
pelaksanaan PdPc dalam talian. Namun, disebabkan kekangan masa, kaedah temu bual dan
pemerhatian sewaktu PdPc dalam talian tidak dapat dijalankan. Oleh itu, penyelidik mengakui
kelemahan kajian ini dari aspek ini.

TINJAUAN LITERATUR

Di bawah Gelombang 1 PPPM 2013-2025, KPM akan memastikan infrastruktur asas dan
kompetensi sentiasa tersedia dalam seluruh sistem dan tidak terikat dengan mana-mana
landasan teknologi yang khusus. Keutamaan yang diberi adalah untuk memastikan murid dan
guru mendapat akses yang cukup kepada peralatan TMK. Guru adalah penggerak kepada
kesinambungan kurikulum. Dalam erti kata lain, keberkesanan PdPc diukur berdasarkan sejauh
mana objektif yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru (KPM,2013). Keberkesanan PdPc
dalam talian memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam memastikan visi dan misi
pendidikan tercapai. Banyak kajian telah dijalankan terhadap kesediaan guru melaksanakan
PdPc dalam talian. Dapatan kajian Wandler dan Imbriale, 2017 mendapati apabila pelajar diberi

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
88

latihan kemahiran dan teknikal yang mencukupi mereka akan mula menunjukkan minat untuk
menggunakan pembelajaran dalam talian. Dalam hal ini, guru sebagai pemudahcara boleh
membimbing pelajar untuk belajar secara terarah kendiri untuk memperoleh ilmu baharu. Ansong,
2015 dari Universiti Ghana mendapati infrastruktur TMK, kerjasama daripada penyedia
perkhidmatan TMK menggalakkan pelajar menggunakan pembelajaran dalam talian dengan lebih
yakin. Berlaku anjakan paradigma dalam kalangan guru yang sanggup berubah dari
pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid apabila berubah
daripada penggunaan Web 2.0 kepada Web 3.0. Ini dapat dilakukan dengan menggabungkan
rakaman suara dan video dalam pengajaran (Lokken and Mullins, 2014).

J.J Arias et.al (2018) yang membuat kajian perbandingan antara pembelajaran secara bersemuka
dan pembelajaran dalam talian merumuskan bahawa kos pengendalian pembelajaran dalam
talian lebih murah dan pelajar yang tinggal jauh di kawasan pedalaman juga dapat mengikuti
pembelajaran secara berkesan. Kajian Ismael K.Forson (2019) merumuskan bahawa pelajar
yang mengikuti PdPc dalam talian mempunyai pengetahuan, boleh membentuk kumpulan
perbincangan, memberi maklum balas secara konstruktif dan boleh berkolaborasi secara efektif
dengan rakan-rakan sekelas. Kajian Alanazy (2018) tehadap kesediaan guru-guru
mengintegrasikan pembelajaran dalam talian di universiti Ajjouf mendapati efikasi kendiri (self-
eficacy), sikap terhadap teknologi menunjukkan sikap yang positif (nilai min =3.0 dan sisihan
piawai = 0.33) bersedia berubah dari pembelajaran bersemuka ke pembelajaran dalam talian.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi menunjukkan purata pencapaian nilai
min yang tinggi dan mempunyai kesediaan tinggi dalam pembelajaran dalam talian (Melih
Engin,2017)

KERANGKA KONSEPTUAL DAN TEORITIKAL KAJIAN

Jean Piaget(1976), dalam bukuya To Understand is to Invent: The Future Of Education


menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan pengetahuan individu
selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekankan pengetahuan semasa bersifat
sementara dan bertukar mengikut masa. Ini merupakan sebuah proses secara berterusan dan
sentiasa disusun semula. Konstruktivisme dipelopori oleh Vygotsky (1978), iaitu seorang ahli
psikologi melalui bukunya Mind and Society. Beliau menumpukan kepada Zon Perkembangan
Proksimal (ZPD) yang relevan dengan teknologi pengajaran. Pendekatan konstruktivisme dalam
pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran masa kini.
Konstruktivisme mentransformasikan pelajar yang pasif menerima maklumat kepada peserta
yang aktif dalam proses pengajaran. Bhattacarjee, 2015 menyatakan pelajar akan mengkonstrak
ilmu melalui pengalaman yang dilaluinya. Guru pula bertindak sebagai pembimbing yang
mereflek hasil dapatan pelajar dan memberi teknik mengadaptasikan strategi kognitif dalam
usaha penambahbaikan. Lazimnya guru memberi motivasi kepada pelajar dari segi
pemahamanan sesuatu isu dan teknik penyoalan yang berkesan. Menurut Nurul Haida bt
Redzuan et.al (2018) konsep konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menerangkan bagaimana manusia belajar dengan cara pengetahuan
disusun dalam minda manusia. Dalam pendekatan konstruktivisme pelajar memperolehi
pengetahuan baharu dengan menguji hipotesis dan mencipta pengetahuan baharu daripada
pengetahuan lama. Pelajar juga memberi fokus kepada aktiviti yang berinovatif dan mengaitkan
dengan isu semasa dalam usaha pemerolehan ilmu (Rajendra Kumar Shah, 2019).

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
89

Melalui pendekatan konstruktivisme pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif


melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu.
Dalam hal ini, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang
melalui aktiviti kolaborasi bersama rakan sekuliah dan pensyarah. Technology Acceptance Model
(TAM) digunakan sebagai model dalam kajian ini. Model ini menyatakan bahawa penggunaan
sebenar sesuatu sistem seperti sistem berasaskan komputer ditentukan oleh sikap dan
kesediaan pengguna terhadap sesuatu sistem tersebut (P.C.Lai, 2017). Model TAM sesuai
digunakan dalam kajian ini kerana dapat mengenal pasti penerimaan siswa guru terhadap
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdPc. Dalam kajian ini teori
konstruktivisme dan model TAM sesuai digunakan dalam PdPc dalam talian bagi siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (PGKSAH) kerana pembelajaran dalam
talian dapat membina konsep kendiri dan menghubungkaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

METODOLOGI

Menurut Siti Sarah (2015), metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong
sesuatu kajian. Dengan kata lain, metodologi atau kaedah yang digunakan dalam sesebuah
kajian merupakan suatu bentuk kawalan dalam memperolehi data dan maklumat supaya mampu
menjawab objektif-objektif yang digariskan dalam kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan.

REKA BENTUK KAJIAN

Penggunaan kaedah kajian tinjauan merupakan satu cara terbaik bagi mengukur persepsi, sikap,
kepercayaan, pendapat, praktis dan orientasi untuk saiz populasi yang besar (Creswell, 2012).
Menurut Chua, 2014 kajian tinjauan boleh digunakan untuk memungut data yang cepat dan
penggunaan saiz sampel yang besar berbanding dengan kajian eksperimental. Dalam kajian ini
pengkaji telah memilih teknik persampelan secara mudah kerana pengkaji mengambil kira
kumpulan kajian yang memang tersedia ada (Koerber & McMichael,2008).

PERSAMPELAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dalam kalangan 100 orang siswa guru semester 8 Ambilan Jun 2016 dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Rasional pemilihan siswa guru sebagai
responden kajian kerana mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran dalam
talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, mereka juga pernah didedahkan
dengan beberapa perisian dalam talian oleh pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat.

INSTRUMEN KAJIAN

Untuk mengumpulkan data, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik. Menurut Mohd Majid
Konting, 1998, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta,

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
90

kepercayaan, kehendak dan sebagainya. Ia juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran
gerak balas atau jawapan yang diberikan oleh responden dan tidak dipengaruhi oleh personaliti
atau tingkahlaku penyelidik. Responden juga terasa dirinya selamat untuk memberikan jawapan
yang tepat dan berani. Wan, Narimah dan Nooriah (2014), berpendapat instrumen soal selidik
merupakan salah satu cara yang mudah untuk mengumpulkan maklumat. Borang soal selidik
dijadikan instrumen kajian disebabkan ia merupakan cara persampelan yang praktikal untuk
mendapatkan sampel yang ramai jika dibandingkan dengan kaedah pemerhatian dan temu bual.
Soal selidik untuk kajian ini telah diadaptasikan daripada Teacher Readiness for online learning
meassure (TROLIM) oleh Min Ling Hung (2016). Kesemua item soal selidik telah disemak oleh
seorang pakar dalam bidang analisis data dari Jabatan Sains Sosial Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A
mengandungi Demografi Responden mengandungi 7 item. Bahagian B mengandungi 20 item
yang melibatkan kesediaan siswa guru melaksanakan PdPc dalam talian dengan menggunakan
platform Google Meet. Manakala Bahagian C mengandungi 10 item yang menerangkan apakah
isu dan cabaran yang dihadapi siswa guru semasa melaksanakan PdPc dalam talian dengan
menggunakan platform Google Meet.
Kesemua item digubal dengan menggunakan skala Likert, paparan adalah dalam jadual di
bawah;

Jadual 1
Skala Likert
Skala Keterangan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Setuju
4 Sangat Setuju

Daripada jadual di atas “1” untuk sangat tidak setuju, “2” untuk tidak setuju, “3” untuk setuju,
manakala “4” untuk sangat setuju. Instrumen kajian ini diubahsuai daripada kajian AnkurJoshi
dan Saket Kale (2015). Berdasarkan skala ini, jika item yang berorientasikan positif diberi 4 mata
untuk pilihan sangat setuju dan 1 mata untuk sangat tidak setuju.

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis dijalankan dengan tujuan untuk membiasakan pengkaji dengan situasi sebenar dan
memastikan kebolehpercayaan serta kesahan kajian. Justeru kajian rintis perlu dijalankan bagi
mendapatkan kebolehpercayaan instrumen kajian sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian
rintis dijalankan dengan menggunakan sebilangan kecil individu yang mempunyai latar belakang
demografi yang serupa dengan responden kajian. Justeru, kajian rintis telah dijalankan terhadap
22 orang pelajar program Diploma Pascasiswazah (PDPP) yang juga mendapat pendedahan
pembelajaran dalam talian. Kesahan soal selidik diuji dengan menggunakan Statistical Package
For Social Sciences (SPSS) versi 19. Koefisyen kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah
Alpha Cronbach. Kesahan dan kebolehpercayaan adalah penting untuk mempertahankan
kejituan dan kebenaran instrumen daripada terdedah dan terbuka kepada kecacatan terhadap
sesuatu kajian yang dijalankan (Lim Chap Sam dan Chee Kim Mang, 2010). Analisis
kebolehpercayaan menunjukkan nilai alpha bagi soal selidik ialah 0.940. Nilai ini menunjukkan
kebolepercayaan yang tinggi terhadap instrumen yang digunakan oleh penyelidik. Menurut Uma

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
91

Sekaran (2016) nilai Alpha Cronbach antara 0.50-0.80 ke atas adalah yang baik dan boleh
diterima. Soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan dalam
kajian sebenar.

ANALISIS DATA

Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 19 dengan menggunakan statistik deskriptif, iaitu dalam bentuk min dan sisihan
piawai. Menurut Creswell (2008) penggunaan nilai min ialah kaedah yang digunakan untuk
menggambarkan respons responden kajian terhadap item dalam sesuatu instrumen. Pasukan
pengkaji telah menggunakan garis panduan tahap min yang diadaptasi daripada Ling, S.K. (2017)
seperti dijadual di bawah;

Jadual 2: Interpretasi skor min skala likert empat mata

Skor min Interpretasi min


0.00 - 1.33 Rendah
1.34 - 2.66 Sederhana
2.67 - 4.00 Tinggi

Sumber : Ling (2017)

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berkaitan demografi, kesediaan penggunaan


Google Meet sebagai platform pengajaran dan pembelajaran bagi siswa guru dan isu dan
cabaran.

DATA DEMOGRAFI SAMPEL KAJIAN

Jadual 3-7 menunjukkan maklumat sampel kajian dari segi jantina, umur, program pengajian,
amalan PdPc dalam talian dan kekerapan penggunaan dalam masa seminggu.
Jadual 3: Menunjukkan jantina responden

Jantina Frekuensi Peratus


Lelaki 25 25
Perempuan 75 75
Jumlah keseluruhan 100 100

Berdasarkan jadual, data menunjukkan bahawa 25 orang atau 25% siswa guru yang terlibat
dalam penyelidikan ini adalah siswa guru lelaki dan 75 orang atau 75% adalah siswa guru
perempuan.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
92

Jadual 4 : Menunjukkan taburan responden mengikut umur

Umur Frekuensi Peratus


23 tahun 59 59
24 tahun 36 36
25 tahun 5 5
Jumlah keseluruhan 100 100

Jadual 4 menunjukkan 59 orang atau 59% siswa guru berumur 23 tahun, 36 orang atau 36% siswa guru
berumur 24 tahun dan 5 orang atau 5% siswa guru berumur 25 tahun.

Jadual 5 : Menunjukkan program pengajian siswa guru

Program Pengajian Frekuensi Peratus


PISMP Pengajian Melayu 11 11
PISMP Pengajian Bahasa Inggeris 27 27
PISMP Pengajian Pendidikan Islam 13 13
PISMP Pengajian Pendidikan Sejarah 14 14
PISMP Pengajian Pendidikan Awal Kanak-kanak 23 23
PISMP Pengajian Pendidikan Bahasa Arab 12 12
Jumlah Keseluruhan 100 100

* PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

Jadual 5 menunjukkan kumpulan siswa guru PISMP Pengajian Melayu sebanyak 11 orang siswa
guru atau 11%, kumpulan PISMP Pengajian Bahasa Inggeris sebanyak 27 orang siswa guru
atau 27%, kumpulan siswa guru PISMP Pengajian Pendidikan Islam 13 orang siswa guru atau
13%, kumpulan PISMP pengajian Pendidikan Sejarah 14 orang siswa guru atau 14%, kumpulan
PISMP pendidikan Awal Kanak-kanak 23 orang siswa guru atau 23% dan kumpulan PISMP
pengajian Bahasa Arab 12 orang siswa guru atau 12%.

Jadual 6: Adakah Pengajaran dan Pemudahcara diamalkan dalam talian?

PdPc dalam talian Frekuensi Peratus


Ya 98 98
Tidak 2 2
Jumlah keseluruhan 100 100

Jadual 6 menunjukkan seramai 98 orang siswa guru atau 98% menyatakan PdPc dilaksanakan
dalam talian manakala 2 orang siswa guru atau 2% menyatakan PdPc dalam talian tidak
dilaksanakan. Hasil kajian menunjukkan siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Abdul Halim melaksanakan PdPc dalam talian dengan baik. Cuma ada 2% sahaja yang
menghadapi masalah untuk akses internet.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
93

Jadual 7: Kekerapan pensyarah mengendalikan PdPc atas talian

Kekerapan mengendaliakan PdPc Frekuensi Peratus


kurang dari 2 jam 31 31
lebih dari 4 jam 62 62
1 hari 7 7
Jumlah keseluruhan 100 100

Jadual 7 menunjukkan kekerapan pensyarah mengendalikan PdPc dalam talian. 31 orang siswa
guru atau 31% menyatakan kurang dari 2 jam, 62 orang siswa guru atau 62% menyatakan lebih
dari 4 jam dan cuma 7 orang siswa guru atau 7% menyatakan PdPc dilaksanakan selama 1 hari.
Secara purata kebanyakan pensyarah mengendalikan PdPc dalam talian lebih dari 4 jam dalam
masa seminggu.

Jadual 8: Kesediaan siswa guru melaksanakan PdPc dalam talian dengan menggunakan platform Google
Meet.

Item Pernyataan Min Sisihan Tahap


Piawai
1 Saya bersedia menerima PdPc dalam talian 3.57 0.590 Tinggi
dengan menggunakan platform Google Meet

2 Saya suka perbincangan atas dalam talian 3.25 0.744 Tinggi


dengan menggunakan platform Google Meet

3 Saya memahami maklumbalas yang


disampaikan oleh pensyarah semasa sesi 3.47 0.594 Tinggi
perbincangan dalam talian melalui platform
Google Meet

4 Saya bersedia berkomunikasi dengan


pensyarah dan rakan kuliah melalui audio 3.44 0.656 Tinggi
dan video semasa PdPc dalam talian

5 Saya selalu menyemak pengumuman yang


dibuat oleh pensyarah melalui WhatsApp 3.56 0.608 Tinggi
atau e-mel sebelum perbincangan dalam
talian

6 Saya bersedia menggunakan online tools


seperti Google Drive dan Dropbox semasa 3.62 0.508 Tinggi
PdPc dalam talian

7 Saya mempunyai motivasi dan rasa ingin tahu


untuk mempelajari sesuatu yang baharu 3.36 0.689 Tinggi
melalui PdPc dalam talian

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
94

`8 Saya mempunyai masa yang mencukupi


untuk melaksanakan PdPc dalam talian 3.29 0.715 Tinggi

9 Saya mempunyai bilik yang khusus yang


dilengkapi dengan kemudahan internet di 2.83 0.943 Tinggi
rumah
10 Saya lebih selesa memberi maklum balas
secara terus semasa PdPc dalam talian 2.98 0.853 Tinggi

11 Saya tahu menggunakan platform seperti


Google Meet dan Google Classroom semasa 2.86 0.895 Tinggi
PdPc dalam talian
12 Saya pernah mengikuti kursus dalam talian
yang pernah dikelolakan oleh pensyarah 2.86 0.895 Tinggi
Jabatan Teknologi Pendidikan

13 Saya mendapati opsyen yang berkaitan di


menu akan berfungsi dengan baik seperti 3.33 0.652 Tinggi
diharapkan

14 Saya bersifat konsisten dan tidak mudah


putus asa dengan perubahan teknologi yang 3.41 0.637 Tinggi
mewajibkan pembelajaran dalam talian

15 Saya mendapati pensyarah menyediakan


pelbagai asas pembelajaran dalam talian 3.44 0.641 Tinggi
dengan menggunakan Google Meet

16 Saya melibatkan diri secara aktif semasa


pelaksanaan PdPc dalam talian dengan 3.40 0.636 Tinggi
memberi pandangan melalui forum atau chat
17 Saya mendapati informasi yang disediakan
dalam Google Meet membantu memahami isi 3.36 0.674 Tinggi
kandungan PdPc dalam talian

18 Saya suka menggunakan pautan Google


Meet yang disediakan kerana mudah diakses 3.27 0.694 Tinggi
semasa PdPc dalam talian

19 Saya sering menggunakan elemen-elemen


dan ikon dalam Google Meet yang sangat 3.14 0.841 Tinggi
interaktif sewaktu PdPc dalam talian

20 Saya selalu menggunakan Google Meet


kerana perisian ini adalah mesra pengguna 3.74 0.441 Tinggi

Skor keseluruhan 3.34 0.669 Tinggi

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
95

Dapatan kajian ini dianalisis dan dibincangkan mengikut persoalan kajian iaitu;
1. Apakah tahap kesediaan siswa guru terhadap penggunaan Google Meet sebagai
platform pengajaran dan pembelajaran dalam talian?

Dapatan kajian menunjukkan kesediaan siswa guru melaksanakan PdPc dalam talian dengan
menggunakan Google Meet sebagai platform dalam talian berada pada tahap yang tinggi dengan
min keseluruhan 3.34 dan sisihan piawai ialah 0.669. Item 20 “saya selalu menggunakan Google
Meet kerana perisian ini adalah mesra pengguna mempunyai min yang paling tinggi (min = 3.74
dan sp = 0.441). Min yang paling rendah adalah pada item 9, “saya mempunyai bilik yang khusus
yang dilengkapi dengan kemudahan internet di rumah”(min=2.83 dan sp= 0.943).Ini menunjukkan
kebanyakan responden kajian tidak mempunyai kemudahan yang lengkap seperti komputer,
kemudahan internet dan bilik yang khusus untuk melaksankan PdPc dalam talian. Walaupun tidak
ada kemudahan bilik yang lengkap tetapi akibat desakan untuk belajar dalam talian disebabkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19, siswa guru telah
berusaha menambah ilmu baharu dengan jayanya. Item 6 “ saya bersedia menggunakan online
tools seperti Google Drive dan Dropbox semasa melaksanakan PdPc dalam talian menunjukkan
nilai min yang kedua tinggi (min=3.62 dan sp= 0.508). Lazimnya siswa guru menggunakan
pelantar Google Drive untuk menyimpan, berkongsi bahan-bahan kuliah dan tutorial dan agak
mudah untuk dikendalikan aktiviti PdPc seharian. Dapatan ini seiring dengan kajian oleh Michael
Rowe et.al, 2013 yang menyatakan Google Drive membolehkan aktiviti PdPc dalam talian
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Tindakan ini merupakan salah satu strategi ke arah
menyediakan diri pelajar ke arah pembelajaran secara berkolobarasi, menjana pemikiran kritikal
dan hubungan sosial yang baik sewaktu berinteraksi dalam talian dengan menggunakan platform
Google Meet.

Item 12 iaitu “saya pernah mengikuti kursus dalam talian yang pernah dikelolakan oleh pensyarah
Jabatan Teknologi Pendidikan” menunjukkan nilai min 2.86 dan sisihan piawai 0.895 juga
dikategorikan sebagai rendah berbanding dengan item-item yang lain. Kumpulan siswa guru ini
dikenali sebagai “digital natives” yang memang cekap dari segi mengendalikan peralatan
teknologi walaupun tidak mendapat kursus dalam talian secara formal. Menurut Hye Jeong Kim
et.al 2019, walaupun siswa guru cekap dalam mengendalikan peralatan teknologi tetapi mereka
perlu ada kemahiran digital yang kuat untuk melaksanakan tugas-tugas akademik dalam
persekitaran pembelajaran dalam talian.

Item-item yang lain juga menunjukkan nilai min berada pada tahap tinggi. Sebagai contoh item
16 menunjukkan pelajar melibatkan diri secara aktif semasa pelaksanaan PdPc dalam talian
dengan memberi pandangan melalui forum dan Chat (min= 3.40 dan sp =0.636). Ini seiring
dengan pembelajaran Abad ke-21 yang mengaplikasikan ‘konsep 4C’ iaitu kreativiti, pemikiran
kritis, kolaboarasi dan komunikasi (YM Raja Abdullah Raja Ismail dan Daud Ismail, 2018). Kajian
ini selari dengan kajian Ismail K.Forson dan Essivuopala, 2019 dalam kalangan pelajar yang
mengikuti kursus Jarak Jauh di Ghana. Menurut kedua-dua pengkaji pelajar-pelajar mempunyai
sikap positif, suka berkolaboratif dan bersedia untuk mengikuti kursus dalam talian. Kajian ini
turut disokong oleh Khadijah Abdul Rahaman et.al 2018, yang mendapati guru-guru agama di
Selangor bersedia mengikuti PdPC dalam talian dan bersikap positif terhadap penggunaannya.
Menurutnya lagi semasa melaksanakan PdPc dalam talian, guru perlu mengambil kira kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman. Kajian yang dilakukan oleh Al-Maqtri M.A.T (2014)
mendapati pelajar-pelajar yang mengambil kursus bahasa Inggeris di King Khalid Universiti, Arab

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
96

Saudi menyatakan pelajar-pelajar mempunyai sikap yang negatif dan tidak bermotivasi untuk
menjalankan forum, kuiz dan perbincangan dalam talian dan menyukai teknik pembelajaran
bersemuka. Kajian Al-Maqtri juga seiring kajian Perisha Mehran et.al, 2017 di Universiti Osaka
Jepun yang memberi fokus kepada kesediaan pelajar-pelajar yang mengambil kursus Bahasa
Inggeris terhadap pembelajaran dalam talian. Kajian pengkaji ini dan rakan-rakan mendapati
pelajar-pelajar ini walaupun suka kepada penggunaan bahan-bahan teknologi seperti sosial
media tetapi tidak mahu mempelajari PdPc yang dikendalikan dalam talian. Kumpulan pelajar ini
lebih berminat pembelajaran secara bersemuka (face-to-face) daripada pembelajaran dalam
talian.

Jadual 9: Isu dan cabaran yang dihadapi siswa guru semasa melaksanakan PdPc atas talian dengan
menggunakan platform Google Meet.

Item Pernyataan Min Sisihan Tahap


Piawai
1 Saya sering menghadapi kesukaran
mengakses internet untuk mengendalikan 2.46 0.915 Sederhana
PdPc dalam talian
2 Saya mendapati kelajuan rangkaian jalur lebar
yang kurang menyeluruh menganggu PdPc 3.31 0.884 Tinggi
dalam talian
3 Saya kurang mendapat pendedahan dari
aspek latihan dan kemahiran untuk 2.06 0.839 Sederhana
mengendalikan PdPc dalam talian

4 Saya tidak tahu apakah apps yang ada


dipasaran yang boleh digunakan untuk PdPc 0.841 Rendah
dalam talian 1.79

5 Saya tidak begitu menghiraukan untuk


meneroka pembelajaran dalam talian yang 0.751 Sederhana
ditugaskan oleh pensyarah 1.61
6 Saya malas untuk mencuba menggunakan
platform Google Meet untuk PdPc dalam 1.36 0.659 Sederhana
talian

7 Saya mendapati penilaian dan petaksiran


yang dilakukan dalam talian tidak tepat 2.06 0.827 Sederhana

8 Saya menghadapi kesukaran memahami


bahan-bahan dalam talian menggunakan 1.70 0.823 Sederhana
Bahasa Inggeris

9 Saya mendapati suara yang tidak jelas


semasa penyampaian dalam talian 0.998 Tinggi
menjejaskan PdPc dalam talian 2.93

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
97

10 Saya menghadapi kesukaran untuk mengikuti


PdPc dalam talian kerana masa yang 2.93 0.998 Tinggi
diperuntukkan agak terhad

Skor keseluruhan 2.22 0.842 Sederhana

Dapatan kajian ini dianalisis dan dibincangkan mengikut persolan kajian iaitu;

1. Apakah tahap isu dan cabaran yang dihadapi oleh siswa guru semasa melaksanakan
PdPc dalam talian dengan menggunakan platform Google Meet?

Dapatan kajian menunjukkan dimensi isu dan cabaran yang dihadapi oleh siswa guru semasa
melaksanakan PdPc dalam talian dengan menggunakan platform Google Meet berada di tahap
yang sederhana dengan min keseluruhan 2.22 dan sisihan piawai ialah 0.842. Nilai min yang
paling tinggi adalah dari item 2 iaitu “saya mendapati kelajuan rangkaian jalur lebar yang kurang
menyeluruh menganggu PdPc dalam talian”( Nilai min =3.31 dan sp =0.884). Dari pemerhatian
dan pengalaman pengkaji sendiri mendapati masalah capaian internet kadang-kadang ada dan
terlalu perlahan. Ini menyebabkan PdPc dalam talian tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pelajar dan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim menggunakan
broadband ataupun hotspot sendiri untuk mengakses internet. Kenyataan ini disokong oleh kajian
Mohd Amiruddin Ag Damit dan Muhd Khaizar Omar, 2019 di kolej Vokasional Zon Tengah
mendapati capaian internet yang kurang menyeluruh dengan kelajuan jalur lebar yang kurang
memuaskan menyebabkan aktiviti PdPc dalam talian tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

Item 10 “saya menghadapi sukar untuk mengikuti PdPc dalam talian kerana masa yang
diperuntukkan agak terhad dengan nilai min =2.93 dan sisihan piawai = 0.998 berada ditahap
tinggi. Hali ini, kerana masa yang diperuntukkan untuk sesuatu sesi pengajaran adalah diantara
1-2 jam didapati tidak mencukupi untuk satu sesi PdPc dalam talian dan menjadi rungutan siswa
guru. Ini diperhatikan oleh pengkaji dalam ruangan chat semasa sesi soaljawab dijalankan
semasa melaksanakan PdPc dalam talian dengan menggunakan platform Google Meet. Kajian
yang dilakukan oleh Mansureh Kebritchi et.al, 2017 juga sependapat pengurusan masa menjadi
satu faktor penghalang pelaksanaan PdPc dalam talian. Kajian ini mendapati pensyarah
mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan PdPc dalam talian. Keadaan ini
menyebabkan kebanyakan pensyarah beralih kepada PdPc bersemuka (face-to-face).Kajian ini
seiring dengan kajian Haslina Hashim et.al, 2016 terhadap pelaksanaan persekitaran
pembelajaran maya Frog VLE mendapati kebanyakan responden berpendapat bahawa aktiviti
PdPc pembelajaran maya membuang masa kerana capaian internet yang rendah menyebabkan
guru-guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk melaksanakan satu sesi pengajaran.

Suara yang tidak jelas juga merupakan satu isu yang dapat diketengahkan semasa PdPc dalam
talian dijalankan. Item 9 “ saya mendapati suara yang tidak jelas semasa penyampaian dalam
talian menjejaskan PdPc dalam talian” menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 2.93 dengan
sisihan piawai 0.998. Penyelidik sendiri menghadapi masalah gangguan suara semasa
mengendalikan kelas dalam talian untuk siswa guru. Menurut Anika Jokiaho et.al, 2018 semasa
mengendalikan PdPc dalam talian perkakasan seperti, komputer, laptop, tablet dan speaker yang
tidak berfungsi dengan baik menganggu sesi perbincangan dalam talian. Kumpulan penyelidik ini

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
98

mencadangkan perlu ada seorang juruteknik yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat
berada bersama sewaktu PdPc dalam talian berlangsung. Nurul Islam et.al, 2015 turut
mengutarakan isu teknikal yang sama dalam kajian menyatakan suara, fungsi dan paparan pada
skrin laptop meganggu semasa melaksanakan PdPc dalam talian. Kajian ini turut disokong oleh
Olukayede Solomon Aboderin (2015) yang mengkaji terhadap pelaksanaan PdPc dalam talian
dalam kalangan pelajar di universiti Nigeria menyatakan perkakasan yang kurang, gangguan
tenaga elektrik, suara yang tidak jelas dan harga kos yang tinggi untuk membeli perkakasan
komputer menjejaskan pengajaran. Isu teknikal lazimnya dihadapi oleh kebanyakan kursus yang
dikendalikan dalam talian dan dicadangkan seorang juruteknik Teknologi Maklumat sepatutnya
membantu menangani masalah ini sewaktu PdPc dalam talian dilaksanakan.

Siswa guru tidak menghadapi masalah dari segi penguasaan bahasa Inggeris untuk mencari
bahan-bahan dalam talian. Min 1.70 berada di tahap yang sederhana dengan sisihan piawai
0.823. Kajian ini berbeza dengan kajian Chan Yuen Fook dan Gurnam Kaur Sidhu, 2014 yang
membuat kajian terhadap pelajar Institut Pengajian Tinggi mendapati 13 daripada 54 orang
pelajar yang terlibat dalam kajian menghadapi masalah dari segi penguasaan bahasa Inggeris
untuk mencari konsep-konsep dan istilah berkaitan teknologi dan kerap merujuk kamus untuk
mencari maksud. Ini merupakan satu cabaran kepada pelajar malah kepada fasilitator yang
mengendalikan kursus dalam talian. Husni et.al, 2018 telah mengenal pasti dalam Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK21) kesediaan guru, kemudahan infrastruktur, penggunaan teknologi dan
capaian internet menjadi penghalang dalam usaha melaksanakan PdPc dengan berkesan. Jika
kesemua isu dan cabaran yang dibincangkan dapat diatasi sudah pasti PdPc yang dikendalikan
dalam talian dapat berjalan dengan lancar.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian dan berupaya menjawab
persoalan kajian yang dikemukakan. Hal ini dibuktikan melalui dapatan kajian daripada aspek
kesediaan siswa guru melaksanakan PdPc dalam talian menggunakan platform Google Meet
berada di tahap tinggi manakala dimensi isu dan cabaran berada di tahap sederhana. Kajian ini
menjelaskan bahawa inisiatif untuk mentransformasikan pendidikan mengikut acuan PAK21
berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan. Namun begitu, kajian oleh Hanan
Tawid, 2018 menunjukkan pembelajaran teradun (blended learning) merupakan kaedah PdPc
yang terbaik dalam abad ke-21. Menurut beliau, pelajar akan memperolehi kemahiran teknologi,
ada kemahiran komunikasi, hubungan sosial yang baik, koloborasi dengan rakan sekelas dan
pensyarah dan berupaya memberi pandangan secara kritikal semasa sesi perbincangan secara
bersemuka dan dalam talian. Pandangan ini disokong oleh Patricia Ananga dan Kofi Biney, 2019
yang mengatakan fasilitator mempunyai peluang untuk menyelesaiakan masalah pelajar
semasa PdPc dalam talian dan apabila bertemu secara bersemuka (face-to-face) dapat
membimbing dengan lebih berkesan. Kajian kedua-dua penyelidik ini juga memberi fokus kepada
pembelajaran teradun dapat mewujudkan unsur kecindanan, membangunkan sifat kepimpinan
semasa sesi perbincangan dan mewujudkan interaksi sosial yang baik.
Berdasarkan kepada penelitian daripada penyelidikan ini, saya sebagai penyelidik berpendirian
bahawa PdPc secara teradun adalah paling sesuai dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) dalam menghadapi cabaran abad ke-21. IPGKSAH
sebagai pusat latihan yang melahirkan bakal-bakal guru perlu mengadunkan elemen teknologi,
pedagogi dan kandungan semasa melaksanakan PdPc. Ini secara tidak langsung dapat

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
99

mempertingkatkan kemahiran kritikal pelajar apabila pembelajaran teradun diamalkan oleh


semua pensyarah.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, bagi mencapai aspirasi pendidikan negara untuk membangunkan insan
yang mempunyai kemahiran abad ke-21, pembelajaran dalam talian mempunyai potensi untuk
dilaksanakan di semua Institut Pendidikan Guru (IPG). Usaha ini harus dilaksanakan secara
berterusan dan diharapkan tidak terhenti selepas tamatnya PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan). Siswa guru juga harus sentiasa bersikap proaktif, menilai diri, bersedia,
berkeyakinan dan mengambil inisiatif menguasai kemahiran TMK dalam kehidupan harian. Pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) serta Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) perlulah menambahkan kursus Peningkatan Profesionalisma secara berterusan
dalam talian bagi siswa guru dan pensyarah. Sementara itu, pihak KPM perlu membuat
pemantauan secara berterusan agar pelaburan besar dalam bidang TMK di bawah PPPM (2013-
2025) tidak berakhir dengan kegagalan.

RUJUKAN

Abd Hadi bin Harun.(2014). Kesan Pembelajaran berasaskan projek secara atas talian ke atas
sikap, pengetahuan dan tingkah laku pelajar terhadap tenaga diperbaharuhi. Tesis yang
diserahkan untuk memenuhi keperluan Ijazah Doktor Falsafah USM.

Aboderin,O.S.(2015).The challenges and prospect of e-learning in National Open University of


Nigeria, Journal of Education and Learning, 9(3), 207-216

Alnazy,S.M.(2018). Factors affecting faculty attitude for adopting online learning at Aljouf
University, Saudi Arabia. Journal of Education and learning. 7( 1 ), 154-162.

Anika Jokiaho, Birgit May, Marcus Specht and Slavi Stoyanov.(2018). Barries to using
E-learning in an Advanced way, International Journal of Advanced Corporate learning
(IJAC).

Ankur Joshi, Saket Kale, Satish Chandel dan D.K. Pal. (2015). Likert Scale: Explored and
Explained. British Journal of Applied Science and Technology. 7(4), 396-403

Ahmad Zaki bin Amiruddin, Dr Ahmed Thalal bin Hassan, Ahmad bin Abdul Rahman, Mohd
Sariman bin Abu Bakar. (2014). Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan kepada Quizlet.com.
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan (INSAN 2014).

Asmita, H.D.(2013). Colaborative learning as effective teaching. Global Online Electronic


International Interdisciplinary Research Journal. 2(1), pg 400-403.

Berita Harian online bertarikh :Diakses pada :19/4/20

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
100

https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2020/03/664849/terkini-mengenai-covid-19-
di-seluruh-d

Bhattacharjee, (2015). Constructivist Approach to Learning- An Effective Approach of Teaching


Learning. International Research Journal of Interdiciplinary and Multidisciplinary studies,
116, 65-74

Chua, Y.P.(2014). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Creswell, J.W.(2008). Educatioanl research: Planning, conducting and calculating, and


evaluating quantitative and qualitative research (3rd ed.) Upper Saddle River,NJ:
Pearson Education, Inc

Chan,S, Singh,T.K.R. (2014). Teachers readiness on ICT integration in teaching-learning: A

Chan Yuen Fook, Gurnam Kaur Sidhu.(2014). Investigating Learning Challenges faced by
students in Higher Education. 5th World Conference on learning, Teaching and
Educational Leadership. Social and Behavioral Sciences 186.

Fauziah Sulaiman. (2014). Online learning in Higher Education in Malaysia: A case study of
students Future Expectations. International Journal of Humanities and Social Science.
Vol 4, N0 8.

Ghavifekr, S., & Mohammad Sani, I.(2015). Effectiveness of ICT Integration in Malaysian
Schools: A Quantitative Analysis. International Research Journal for Quality in Education
2(8),1-12.

Hye Jeong Kim, Ah Jeong Hong & Hae Deok Song.(2019). The roles of academic engagement
and digital readiness in students’ achievements in university e-learning environments.
International Journal of Educational Technology in Higher Education. 16:21.

Hung,M. L.(2016) Teacher readiness for online learning: Scale development and teacher
perceptions. Computers and Education, 94, 120-133

Ismael K. Forson, Essi Vuopala.(2019).Online learning readiness: Perspective of students


enrolled in Distance Education in Ghana. The online Journal of Distance Education and
e-learning .Volume 7, Issue 4.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2013-


2025. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.
.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2020).Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 3 Tahun 2020:
Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
101

Khodijah Abdul Rahman, Siti Zaharah Mohid dan Roslinda Romli. (2018). Kesediaan guru
menggunakan Teknologi Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah agama di Selangor. 4th International Conference on Information Technology and
Society.

Lodico, M.,Spaulding, D.T.,& Voegtle , K.H.(2010). Methods in educational research: From


theory to practice. San Francisco,CA: John Wiley & Sons.

Ling, S.K.(2017). Keberkesanan Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah


rendah Daerah Sibu. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, v18 pg134-146

Lim Chap Sam & Chee Kim Mang. (2010). Kesahan dan kebolehpercayaan Penyelidikan
Dalam Noraini Idris, Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Mansureh Kebritchi, Angie Lipschuetz, Lilia Santiague.(2017). Issues and challenges for
Teaching Successful online courses in Higher Education: A Literature Review : Journal
of Educational Technology Systems.Vol 46 (1 ) , 4-29.

Melih Engin.(2017). Analysis of students’ online learning Readiness Based on Their Emotional
Intelligence level. Universal Journal of Educational Research 5(12A): 32-40.

Mohd Amiruddin Ag Damit dan Mohd Khaizer Omar. (2019). Meneroka impak dan cabaran
pensyarah terhadap pelaksanaan E-pembelajaran di Kolej Vokasioanal Zon Tengah,
Malaysia. The 5th International Conference on Educational Research and Practice.
(ICERP).

Mohd Majid Konting.(1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Nor Aniza Ahmad dan Lay Nee Chua. (2015). Technology and Higher Education: Using an
E-learning tutorials as a pedagogy for Innovation and flexible Learning. Malaysian
Journal of Distance Education. 17( 1 ), 21-31.

Norul Haida Bt.Redzuan, Zulkifli Osman, Abdullah Yusof. (2017). Keberkesanan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21(ICLEHI).9th International Conference on
Language, Education, Humanities and Innovation 10-11 May 2018.

Nurul Islam, Martin Beer, Frances Slack. (2015). E-learning challenges Faced by Academis
in Higher Education: A literature Review. Journal of Education and Training Studies.
Vol 3, N0 5.

Olukayede Solomon Aboderin. (2015). Challenges and Prospects of E-learning at National


Open University of Nigeria. Journal of Education and Learning. Vol 9(3), pp 207-216.

Patricia Ananga, Isaac Kofi Biney.(2018).Comparing face-to-face and online teaching and
learning in Higher Education.MIER Journal Of Educational Studies, Trends and
practices.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA GURU DI IPGKSAH
102

Perisa Mehran, Mehrasa, Alizadeh, Ichiro Koguchi and Haruo Takemura. (2017). Are Japanese
digital natives ready for learning english online? a preliminary case study at Osaka
University. International Journal of Educational Technology in Higher Education. 14:8

Lai,P.C.(2017). The Literature Review Of Technology Adoption Models And Theories For The
Novelty Technology. Kuala Lumpur: Help University

Rajendra Kumar Shah.(2019). Effective Constructivist Teaching Learning in the


classroom. International Journal of Education. Volume 7, issue 4

Raja Ismail, Daud Ismail.(2018).Aplikasi “konsep 4c” pembelajaran abad ke-21 dalam
kalangan guru pelatih pengajaran Agama Institut Pendidikan Guru kampus Dato’
Razali Ismail. Asian People Journal volume1, issue 1

Siti Sarah. (2015). Bab 3 Metodologi Kajian. Diakses pada 20 Mei 2020
https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-
kajian-sarah/

Thanh Thi Ngoc Phan & Ly Thi Thao Dang.(2017).Teacher Readiness for online Teaching:
A critical Review.International Journal of Distance Learning.Vol 3. N0 1.

Uma Sekaran, Roger Bougie. (2016). Research Methods for Business: A skill-Building
Approach, 6th Edition. John Wiley and sons.

Valentina Arkorful, Nelly Abaido.(2014). The role of e-learning, the advantages and
disadvantages of its adoption in Higher Education. International Journal of Education
and Research. Vol 2, No12.

Vygotsky, L.S.(1978). Mind in Society: The development of higher psychological processes.


Cambridge, Mass: Harvard University Press.

Zakiah bt Kassim dan Abdul Razaq bin Ahmad. (2010). E-pembelajaran: Evolusi internet dalam
Pembelajaran Sepanjang hayat. Proceeding of Regional Conference on Knowledge
Integration in ICT 2010.

Zuraida Baharuddin, Shahrir Jamaluddin, Mohd Shahril Nizam Shaharom dan Sumaia
Mohammed Radzman Zaid. (2019). The Role of teacher Readiness as Mediator in the
Development of ICT Competency in Pahang Primary School. Journal of Educational
Research and Indigeneous Studies.Volume 2(1).

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020

Anda mungkin juga menyukai