Anda di halaman 1dari 15

ALAT-ALAT BERFIKIR

Cognitive Research Trust 1 (CoRT 1)


Untuk menjadikan kita seorang pemikir yang boleh berfikir secara sistematik, berpandangan jauh dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah, memerlukan panduan atau alat-alat yang khusus. Begitu juga seorang guru memerlukan alat bantu mengajar untuk menjadikan pengajarannya menarik dan berkesan. Dalam kemahiran berfikir, terdapat alat-alat yang boleh digunakan untuk berfikir.

Jawab lima soalan. SOALAN 1(A), 1(B), 1(C), 1(D), 1(E).

1(a) Seseorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam.apakah PMI ke atas idea ini?

PMI
(Plus, Minus, Interesting)

Merupakan cara untuk kita melihat sesuatu idea,saranan atau cadangan tersebut dengan lebih teliti dan menolong kita supaya lebih terbuka Terhadap sesuatu isu dan mengelakkan kita dari pemikiran yang sempit dan beremosi.

PLUS

= PERKARA YANG DIFIKIRKAN BAIK TENTANG SESUATU IDEA.APA YANG KAMU SUKA MENGENAI IDEA TERSEBUT?

MINUS

= PERKARA YANG TIDAK BAGUS MENGENAI IDEA TERSEBUT.KENAPA KAMU TIDAK SUKA IDEA TERSEBUT?

INTERESTING

= PERKAra yang menarik mengenai sesuatu idea yang tidak boleh digolongkan sebagai plus dan minus.

SOALAN. a) Seseorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam.apakah PMI ke atas idea ini? P plus =

1 ) perbuatan seseorang anak dapat dikawal malah had pengunaan televisyen dapat dikurangkan sekiranya pengunaan ditetapkan mengikut had masa. 2) penggunaan televisyen dapat dikurangkan jika wang anak-anak sudah habis. 3) mengajar anak-anak supaya tidak menbuang masa menonton perkara yang tidak berfaedah. 4) penggunaan tabung syiling dianggap bernas kerana melalui kaedah ini duit syiling dapat dikumpulkan daripada dibiarkan merata-rata malah ini secara tidak langsung mengajar anak-anak berdikari,berjimat dan menabung.

5) Anak-anak tidak akan terikut dengan sikap-sikap negatif dalam sesuatu rancangan.

minus = 1) Tidak member kebebasan kepada anak-anak untuk membuat perkara yang mereka suka. 2) Anak-anak nungkin menggunakan duit sekolah yang diberi kepada mereka semata-mata untuk menonton. 3) Minda anak-anak tidak berkembang

interesting = 1) Penggunaan elektrik dapat dikurangkan jika penggunaan televisyen. 2) Agak menarik kerana ia menunjukkan masa itu emas dan tidak boleh dibeli melalui wang ringgit. 3) Melalui kaedah bayaran ini ibu bapa dapat membataskan penggunaan televisyen tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya menggunakan psikologi. 4) Mendisiplinkan sikap anak-anak.

Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

1 (b)

Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempet kerja.

CAF

CONSIDER ALL FACTORS.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DI AMBIL KIRA SEBELUM MEMBUAT SESUATU TINDAKAN. JIKA DITIGGALKAN SEBAHAGIAN FAKTOR-FARTOR INI, SESUATU PILIHAN

MUNGKIN DILIHAT SEMPURNA PADA MULANYA, NAMUN AKAN MENJADI BURUK KEMUDIANNYA.

Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.

SOALAN. Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempet kerja. JAWAPAN 1) Lebih relaks. Ketegangan dan kegelisahan biasanya mencengkam pemandu yang bersendirian. Tetapi bagi mereka yang berkongsi kereta, mereka berpeluang untuk relaks, membaca atau berkongsi cerita dengan penumpang yang lain.

2) Mengurangkan pencemaran udara. Dengan berkongsi kereta, para pemandu boleh membantu mengurangkan pencemaran udara berikutan berkurangnya bilangan kenderaan di jalan raya.

3) Berkurangnya penggunaan kereta Setiap orang harus memahami bahawa dengan berkurangnya kereta di jalan raya bermakna tahap pencemaran juga rendah, pemuliharaan persekitaran yang lebih baik dan pengurangan permintaan untuk tempat meletakkan kereta.

4) Budaya berkongsi kereta merupakan cara wajar untuk menjimatkan kos perjalanan, terutama bagi mereka yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja melalui perjalanan yang jauh dan juga sesuai untuk mereka yang mempunyai pilihan terhad terhadap kemudahan pengangkutan atau mereka yang langsung tiada pilihan pengangkutan

5) Merupakan pilihan bijak kepada pemilik kenderaan berikutan kenaikan harga petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). Keputusan:

Idea ini amat berguna kerana melalui perkongsian ini, kita boleh menjimatkan kos, masa, dan sebagainya. Malah ia dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Contohnya, di kawasan Bandar, penduduknya kurang pergaulan walaupun jiran sendri. Kaedah ini boleh merapatkan hubungan sesama sendiri. Pencemaran- pencemaran lain seperti pencemaran bunyi juga dapat dikurangkan.

1(C)
Pada sesetengah Negara pengguna jalan raya membayar tol.apakah cara-cara lain untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya.Buat APC.

APC (Alternative, Possibilities, Choices) - Alternatif, Kemungkinan, dan Pilihan.


Bila ingin membuat sesuatu tindakan atau keputusan kita mungkin pada mulanya berfikir kita tidak lagi mempunyai pilihan namun begitu jika dilihat dengan lebih teliti terdapat alternatif lain daripada apa yang difikirkan.Samalah dengan melihat sesuatu keadaan ,biasanya akan terdapat penerangan-penerangan yang ketara namun jika dikaji dengan lebih teliti sudah tentu kita akan menjumpai penerangan-penerangan lain yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan.

Soalan

Pada sesetengah Negara pengguna jalan raya membayar tol.apakah cara-cara lain untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya. Buat APC. Jawapan 1) Tinggikan harga cukai jalan bagi menggantikan harga tol. Hasil daripada kutipan jalan tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat lebuhraya yang sebelum ini menyediakan pengkhitmatan tol. 2) Mengutip bayaran daripada hasil pemotongan gaji bulanan. 3) Wujudkan bayaran penkhidmatan jalan raya untuk setiap pengguna.Pengguna tidak prlu membayar tol tetapi hasil duit daripada pengkhidmatan itu digunakan untuk membuat jalan raya.

1(D)
Para pekerja sebuah kilang menuntut kenaikan gaji kerana sara hidup kian meningkat.pihak pengurusan enggan berbuat demikian kerana pesaing luar Negara sedang menurunkan harga produk yang sama..lakukan OPV untuk situasi ini.

OPV = ( OTHER PEOPLES VIEWS. ) PANDANGAN ORANG LAIN.


Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

Pandangan persatuan pengguna terhadap idea ini. - Persatuan pengguna berpendapat kos sara hidup pada masa kini meningkat walhal gaji yang diberikan kepada pekerja kilang tidak mampu menaggung kos sara hidup pada masa kini yang serba canggih oleh itu para majikan harus berfikir secara positif terhadap kebajikan para pekerja. Gaji perlu ditingkatkan untuk menampung hidup yang lebih sempurna. Orang lain akan berpendapat idea ini sedikit sebanyak akan membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Pandangan pekerja kilang. - Kos hidup tinggi. - Ingin menampung hidup keluarga dan memastikan kebajikan anak-anak terjamin.

Pandangan masyarakat. Idea ini boleh dijadikan tindakan kerana ia berguna kepada pekerja sektor-sektor bawahan. Mereka memerlukan wang yang lebih untuk menampung kehidupan mereka di kota atau bandar yang besar. Wang dipandang sebagai satu alat pertukaran yang amat penting untuk mendapatkan sesuatu barangan lain. Tanpa wang, masyarakat atau individu tidak dapat memenuhi kehendak masing-masing.

1 (e)
Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat C & S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.

C & S (consequence and sequel ) Kesan mengikut jangka masa.

Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.dalam memikirkan sesuatu tindakan, kesan-kesannya patut diambil kira. Terdapat 4 kesan.
1) Kesan serta merta. 2) Kesan jangka pendek ( 1- 5 tahun ) 3) Kesan jangka sederhana ( 5-25 tahun ) 4) Kesan jangka panjang ( lebih daripada 25 tahun )

Soalan Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat C & S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini. JAWAPAN 1) Produktiviti sebuah Negara susah untuk meningkat disebabkan semua aktiviti dilakukan oleh robot dan bukan hasil pemikiran manusia.Robot-robot di tentukan tahap-tahap pemikiran dan batasan masing-masing. 2) Manusia menjadi malas. Peratusan manusia berpenyakit meningkat. 3) Semua pemprosesan tergendala sekiranya robot rosak Dan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan diperlukan sekiranya robot rosak. 4) Kewangan syarikat tergugat sekiranya produk yang dihasilkan oleh robot tidak berkualiti. 5) Masalah Obesity di kalangan masyarakat meningkat.

PENGHARAGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan Kemahiran Berfikir yang telah diamanahkan kepada saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah mata pelajaran Kemahiran Berfikir iaitu Encik manas bin lehan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Terima Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas kepada saya untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Pelbagai masalah yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, semangat dan dorongan yang bersungguh dari semua membuatkan saya lebih gigih mengumpul maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, semoga tugasan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Sekian, terma kasih.

REFLEKSI
Pada 05/ 10/2009, merupakan tarikh mula untuk menyiapkan tugasan ini.Pensyarah matapelajaran Kemahiran Berfikir Encik Manas telah memberi tugasan ini. Tugasan in perlu disiapkan secara individu.pada hari penyerahan tugasan tersebut saya tidak hadir kerana sakit.segala maklumat mengenai tugasan ini diterangkan oleh rakan saya.namun begitu saya bersyukur kerana saya menghadiri kelas di mana Encik Manas telah menerangkan tentang Alat-Alat berfikir jadi ia memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Dalam tugasan individu, saya dikehendaki menjawab soalan-soalan dan memberi idea-idea yang sewajarnya berdasarkan alat-alat untuk berfikir. Tugasan ini memerlukan saya berfikir dengan lebih teliti dan berhati-hati terhadap kesan-kesan yang akan berlaku. Perhatian juga perlu diberikan terhadap kesan yang akan berlaku kepada alam sekitar, masyarakat dan sosial. Soalan soalan yang diberikan juga agak mencabar minda namun begitu di atas dorongan keluarga dan bantuan rakan-rakan, Tugasan ini dapat disiapkan juga.Saya amat berharap kerja yang saya lakukan bertepatan dengan soalan yang diberi kerana soalan-soalan ini perlu di jawab dengan kreatif dan relevan.Namun saya bersyukur kerana akhirnya semua kerja saya, telah saya siapkan.Alhamdulillah.

Bibliography
kemahiran berfikir. (n.d.). Retrieved from www.scribd.com: www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir Kemahiran Berfikir dan Bistari Mental Aritmetik. (n.d.). Retrieved from www.tripod.com: kemahiranberfikir.tripod.com/berfikir_alat.html Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. (n.d.). Retrieved from mahirkbkk.com: mahirkbkk.tripod.com/alat.htm Perspektif Bestari: Alat-Alat Berfikir. (n.d.). Retrieved from www.myqalam.Com: www.myqalam.net/didik/news

Anda mungkin juga menyukai