Anda di halaman 1dari 24

1.

Huraikan konsep-konsep yang berikut :


a) Linguistik Linguistik bererti ilmu bahasa. Perkataan linguistik berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bererti bahasa. Bidang ilmu yang menkaji bahasa secara saintifik dengan mengkaji data yang sah menggunakan prinsip dan kaedah yang tertentu. b) Bahasa Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol-simbol yang dikodkan untuk kegunaan perhubungan sesama manusia. c) Wacana Wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa ba -hasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

2. huraikan konsep kohesi dan koheren dan tulis satu perenggan karangan yang menggambarkan kohesi dan koheren.
Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh:
(a) Apakah yang dilakukan oleh si Minah? (b) Dia memukul anaknya. (c) Apakah yang dilakukan oleh si Minah? (d) Jahanam itu memukul anaknya.

Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk pengguna an kata ganti nama dia yang merujuk si Minah. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu si Minah. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna. Koherensi juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:
(a) Angkat telefon itu, Man! (b) Aku sedang mandi, Ziz! (c) OK!

Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik. Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Ziz!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu . Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya. Perbedaan antara kohesi dengan koherensi itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh:
(a) Siapakah yang dipukul ol eh Ali? (b) Ali memukul budak kecil itu .

Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu. Kohesi dapat dikenal pasti berdasarkan hubungan unsur ayat. Unsur ayat ini dihubungkan melalui kata hubung: Pertentangan yang dinyatakan dengan kata tetapi atau namun. Contoh: Ayahnya bersetuju, ia ke bulan, tetapi ibunya tidak membenarkannya pergi. Pengutamaan yang dinyatakan dengan kata malahan atau bahkan. Contoh : Anak itu tidak serik, malahan saudaranya yang tua dilawannya. Pengecualian yang dinyatakan dengan kata kecuali. Contoh : Mahasiswa itu setiap hari makan budu, kecuali hari Jumaat. Penyetujuan yang dinyatakan dengan kata walaupun atau meskipun. Contoh : Wanita itu amat dicintainya, walaupun tidak pernah diucapkannya. Tujuan yang dinyatakan dengan kata agar atau supaya. Contoh : Mahasiswi itu belajar dengan tekun agar beroleh kejayaan cemerlang. Kohesi ditandai juga oleh pengulangan kata atau frasa, baik secara tuntas atau sebahagian. Contoh: Abang membelikan adik ayam serama. Abang tahu bahawa adik amat suka akan ayam serama. Pak Asraf telah meninggal dunia pada tahun lalu. Pak Asraf merupakan satu satunya tokoh bahasa yang tekal dalam perjuangannya. Oleh itu, Pak Asraf dihormati dan disegani ramai.

Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh: (a) Anak penyair terkenal itu se makin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh. (b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu. rajin

Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan. Sejajar dengan penggantian leksikal ialah penggantian bentuk yang tidak menuju ke acuan yang sama, tetapi ke kumpulan yang sama. Contoh: (a) Jiran saya memiliki unta. Pak Hassan juga memiliki seekor. (b) Mahasiswi itu bersiar-siar di taman Mawar. Sewaktu ke pintu keluar, ia memetik sekuntum dan disematkannya ke sanggulnya. Kata unta dan seekor merujuk kumpulan yang sama. Demikian juga kata mawar dan sekuntum merujuk kumpulan yang sama, iaitu bunga. Keadaan ini dikatakan sebagai hubungan penyesuaian alami, kerana bentuk ekor dan kuntum merupakan penggolongan binatang dan bunga. Hubungan penyesuaian alami ialah hubungan yang bersifat gramatikal. Hubungan yang bersifat gramatikal tentulah kohesi dan menjadi asas koherensi. Hubungan anaforis ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh: (a) Apakah yang dipandang oleh emak? (b) Dia memandang bulan di langit. Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak. Hubungan kataforis ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh: (a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia. (b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu, diajak mengelilingi bandar Kajang. Busro

Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anaforis.

Contoh ayat :
TRAGEDI TREN LAJU DI CHINA

Dua buah tren laju berlanggar di China malam semalam apabila tren pertama yang hilang kuasa akibat dipanah petir dirempuh dari belakang oleh tren yang kedua, menyababkan dua gerabak tre n pertama terhumban dari jambatan. Setakat ini tragedi di Wenzhou, Wilayah Zhejiang itu mengorbankan sekurang -kurangnya 43 orang dan mengakibatkan 200 lagi cedera.

3.

Huraikan sumbangan penting tokoh-tokoh berikut dalam

bidang linguistik
A)
E.sapir

 Sapir mendapat pengetahuan asas dalam bidang Fonologi di Jerman tetapidipengaruhi oleh F.Boas. Beliau turut mengkaji bahasa -bahasa orang asli Amerika. Beliau menulis bukunya yang pertama Language (1881).  Buku ini mementingkan pendekatan kajian dari segi antropol ogi dan melihat bahasa dan fungsinya daripada segi sesuatu masyarakat yang menggunakannya. B)

Ferdinand de Saussure

 Beliau hidup pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke -20.  Beliau membuat kajian linguistik perbandingan .  Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik deskriptif struktur.

Pengaruh beliau terlihat dalam dua hal.

- Pertama, tulisannya di antara 1878 -1924 yang dikarang dalam bentuk sebuah memoir, membicarakan dari hal sistem vokal primitif dalam bahasa proto Indo Eropah. - Beliau membezakan kajian llinguistik secara sin kronik dan dikronik. Sinkronik bermaksud kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa. -Manakala, dikronik ialah kajian mengenai sistem bahasa. - Kedua , beliau menimbulkan perbezaan antara langue dan parole. Istilah langue bererti bahasa manakala parole sama pengertiannya dengan loghat. -Parole terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang sama terdapat dalam pertuturan beberapa penutur loghat yang sama. Kita penutur individu. -Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole daripada bahasa yang sama. - De Saussure juga mengatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan bentuk. Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis -garis lakar dikatakan bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa. Bantuk pula ialah pola -pola perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa itu ke atas bahannya. Apabila kita mengkaji fonetik atau bunyi bahasa Melayu, kita mengkaji pola -pola pembentukan perkataan daripada baha n bunyi ini, kita mengkaji bentuknya. Begitu jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk -bentuk dalam bahasa. dapat melihat ciri - ciri yang dikongsi

bersama oleh penutur-penutur tersebut, di samping ciri-ciri yang membezakan setiap

C)

Noam Chomsky

 Tatabahasa transformasi diperkenalkan oleh Chomsky pada tahun 1957 dalam bukunya bertajuk Syntactic Structures. Dalam tatabahasa transformasi ini kita perlu memahami beberapa konsep am. Kita perlu menerima apa yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis dan yang tidak gramatis dalam bahasa kita menurut ukuran seorang penutur bahasa ibunda.

 Ini kerana, bahasa diertikan seba gai mengandungi ayat-ayat yang diterbitkan. Pada hakikatnya ayat dapat dipanjangkan seberapa yang mungkin. Ayat-ayat ini dibentuk daripadaunsur -unsur yang terhad bilangannya. Berkaitan dengan ini kita menganggap bahawa ada beberapa proses operasi delam membentuk ayat-ayat tersebut dengan menggunakan rumus-rumus tertentu.

4.

Huraikan secara ringkas Teori Behavioris dan Teori Mentalis

dan implikasi teori tersebut kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa.


TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TEORI BEHAVIORIS

Ahli-ahli behavioris berpendapat bahawa otak manusia ini merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku didalam situasi atau keadaan tersebut adalah tidak dapat diamati dengan sempurna. Ini bermakna, apa sahaja yang ada di dalam kotak tersebut adala h tidak berkaitan dengan penyelidikan linguistik, dan apa yang penting ialah bahasa dalam bentuk kalimat -kalimat yang merupakan perangai atau kebiasaan yang terdapat secara langsung untuk diamati dan diselidiki.

(http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model%20P&P.pdf ) Skinner (1904-1990) menganggap ganjaran merupakan faktor penting dalan belajar. Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal mengawal tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga murid akan lebih rajin. Teori ini juga disebut dengan operant conditioning. . Operans conditioning adalah suatu proses penguatan perilaku operans yang dapat mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau menghilang sesuai dengan keinginan..

Golongan ini berpendapat bahawa bahasa merupakan proses perilaku hasil operasi stimulus/ ransangan dan tindak balas yang bergantung semata -mata kepada ciri naluriah yang ada pada manusia. Oleh sebab manusia memiliki alat biologis yang berfungsi untuk menghasilkan bahasa, maka dapatlah manusia menggunakan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi sesama mereka. Teori ini berasakan teori pelaziman klasik, iaitu kanak -kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Mereka menolak sebarang pendapat yang mengaitkan proses penghasilan bahasa dengan operasi kognitif. A berulang -ulang pula memainkan peranan yag penting dalam member peneguhan terhadap perlakuan bahasa murid. Pengukuhan, pemerhatian, sifat -sifat ingin tahu, dan aktiviti meniru menjadi factor utama dalam pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan, pujian , tepukan, dan sebagainya. Jika sekiranya setiap perlakuan bahasa yang betul diikuti dengan gerak balas positif akan mengukuhkan lagi penguasaan bahasa murid / kanak -kanak tersebut. Akhirnya ia akan membentuk kebiasaan. Proses ulangan dan peneguhan positif yang berpanjangan ser Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. Bahan pelajaran di susun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;. Tiap -tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang

diberikannya telah benar;. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan. Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iaitu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya .

Antara implikasi teori terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa ialah kemahiran lisan lebih penting daripada menulis, menulis merupakan kemahiran kedua, oleh itu guru mesti mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi penekanan kepada latihan lisan dan kemudiannya diikuti dengan kemahiran menulis. Selain itu, dalam memastikan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran, guru harus mengutamakan latih tubi yang dilakukan secara intensif dan pembelajaran dan pengajaran harus bermula dengan pola yang mudah baru bertambah dengan yang lebih sukar. Guru juga harus menyediakan ransangan untuk membolehkan murid bertindak balas dan diikuti dengan ganjaran kepada tindakan yang betul sehingga menjadi tindakan yang bersifat automatis. Implikasi yang terakhir ialah b ahasa guru adalah sebagai model, oleh itu guru harus menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi oleh murid.( nota ZMZ/BM2/ibmm 2001 0leh Puan Zainiyah Bt Md Zain)
TEORI MENTALIS

Menurut Noam Chomsky penutur pendengar mempunyai kamapuan dan prestasi otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang diperolehi semula jadi. Setelah 5 tahun membentuk tatabahasa generatif pada taraf kemampuannya. Bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa ransangan luar. Skim ini dikenali S-O-R (stimulus-organism-response). Beliau juga memperkenalkan Transformational Grammar(TG). (http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI -PEMEROLEHAN-BAHASA) Kajian oleh Smith (1973) pula mendapati urutan pemerolehan fonologi tidaklah begitu tetap dan teratur seperti anggapan ahli -ahli Behaviouris. Menurutnya pada peringkat awal wujud homonim (kesamaan sebutan). Contohnya perkataan ship dan sheep, kedua-duanya disebut ship. Pada peringkat kedua, hanya ship disebut ship, manakala sheep disebut ship dengan ujaran yang lebih panjang. Seterusnya wujudlah sebutan yang tepat bagi kedua -dua perkataan yang berbeza di atas tadi.

Golongan mentalis men gangggap penguasaan bunyi bahasa tidak berlaku menerusi proses pemerolehan semata-mata, sebaliknya melibatkan organisasi minda. Bagi golongan ini pemerolehan fonem bahasa tidak boleh ditafsir sebagai hasil hubungan psikososio kanak-kanak dengan persekitaran sahaja. Mereka menekankan kepentingan faktor-faktor dalaman seperti yang disarankan oleh Noam Chomsky (1981). Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak. Chomsky menegaskan kematangan saraf, kematangan pemikiran, dan kematangan bertindak penting dalam proses mempelajari bahasa. Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Menurut Chomsky lagi, setiap manusia yang dilahirkan ke dunia sudah dibekalkan dengan keupayaan untuk membolehkannya berbahasa apabila tiba masanya. Potensi ini ialah sifat akal/mental yang boleh menerbitkan perkataan tau ayat-ayat yang tidak terbatas. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa akan terbatas kepada apa yang dialami sahaja. Setiap penutur dan pendengar mempunyai dua bahagian penting iaitu kemampuan (competence) dan peraturan (performance) yang ada dalam otak manusia merupakan satu system rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang terbatas. Antara implikasi teori ini dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ialah semua pelajar seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan jaya kerana mereka mempunyai LAD. Pengajaran bahasa pula adalah secara dedukif dan tatabahasa dipelajari secara lansung dan berstruktur. Pelajar perlu digalakkan dan diberi peluang untuk berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat membina konsep atau makna. Selain itu, guru harus mendedahkan bahan - bahan sebenar kepada dan bukan bahan- bahan yang diadakan. Latihan - latihan yang diberikan seharusnya membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur . ( nota ZMZ/BM2/ibmm 2001 0leh Puan Zainiyah Bt Md Zain)

5. Apakah yang dimaksudkan dengan semantik? Huraikan konsep perluasan dan penyempitan makna dengan merujuk kepada contoh yang sesuai.
Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud
isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud

bererti.Kemudian semainein diinggeriskan menjadise mantics , dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal, 1900. Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang maknadalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripad a Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak,2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Setiap kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya. Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek -aspek berikut: a. makna denotasi dan dan makna konotasi b. Makna dalam konteks c. Hubungan makna dengan kebudayaan d. Perubahan makna e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat . Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang bermakna ini . Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata.

Perubahan Makna

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit. Terdapat juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna. i. Peluasan makna Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata. Contoh: menternak, taman, rawat,belayar, menyeberang. 1. Menternak (makna lama : memelihara binatang darat) (makna baru: termasuk memelihara hidupan air seperti ikan dan udang) 2. Taman (makna lama : tempat indah dengan tumbuhan bunga) (makna baru : termasuk kawasan perumahan dan perindustrian) 3. Rawat (makna lama : menjaga orang sakit) (makna baru : termasuk memulihkan pokok sakit, barang -barang lama, barang rosak, air kumbahan) 4. Menyeberang (makna lama : dulu hanya untuk menyeberang sungai) (makna baru : termasuk menyeberang jalan, dll) 5. Belayar (makna lama : pada masa dahulu semua kapal menggunakan layar) (makna baru : tidak ada layar pun disebut belayar)

ii. Penyempitan makna Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus. Contoh: madrasah, khalwat, tuan
khalwat (makna lama : menyendiri dalam masjid/tempat suci untuk beribadat

kepada Allah) (makna baru : berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di tempat sunyi untuk tujuan maksiat).

Tuan (makna lama : untuk lelaki dan perempuan. Contoh Tuan kadi dan Tuan puteri)

(makna baru : lelaki sahaja)

iii. Perubahan Makna Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial dalam masyarakat.

6.

Huraikan

konsep

sintagmatik

dan

paradicmatic

dengan

mengemukakan contoh yang sesuai.

Konsep Sintagmatik

1. Hubungan sintagmatik adalah hubungan antara unsur -unsur yang terdapat dalam suatu tuturan, yang tersusun secara berurutan dan bersifat linear. Hubungan sintagmatik ini terdapat baik dalam tataran fonologi, morfologi, mahupun sintaksis. Hubungan dalam tataran fonologi boleh dil ihat pada urutan fonem -fonem pada sebuah kata yang tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna kata itu. Umpamanya pada kata kita, terdapat hubungan fonem -fonem dengan urutan k, i, t, a. Apabila urutannya diubah, maka maknanya akan berubah, atau tidak berma kna sama sekali.
Contoh: y y y y

kita kiat kati kait

2. Hubungan dalam tataran morfologi boleh dilihat pada urutan morfem -morfem pada suatu kata, yang juga tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna daripada kata tersebut. Ada kalanya maknanya berubah dan ada kalanya tidak mempunyai makna langsung.
Contoh : y y y y

segi tiga tiga segi barang kali kali barang

3. Hubungan sintagmatik pada tataran sintaksis boleh dilihat pada urutan kata -kata yang mungkin dapat diubah, tetapi mungkin juga tidak dapat diubah tanpa menguba h makna ayat tersebut, atau menyebabkan tak bermakna sama sekali.

Contoh : y y y

Hari barangkali dia sakit Barangkali dia sakit hari ini Dia sakit hari ini barangkali

Konsep pragmatik

1. Pragmatik adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji struktur bahasa sevara luaran aiatu bagaimana unit kebahasaan itu digunakan dalam komunikasi. Leech (1993), pragmatik adalah studi mengenai makna ujarandalam situasi

tertentu.Sementara Levinson (dalam Siregar 2002) men-definisikan pragmatik sebagai telaah mengenai hubungan antara bahasa dan konteksyang merupakan asas bagi suatu nota atau laporan pemahaman bahasa. Dengan demikian ia merupakan telaah mengenai kemampuan pengguna bahasadalam menyambung serta menyerasikan kalimat-kalimat dan kontekssecara tepat.

2. Pragmatik dan tindak tutur memandang konteks sebagai pengetahuan bersama antara pembicara dan pendengar dan pengetahuan tersebutmengarah pada interpretasi suatu tuturan.Pengetahuan atau konteks tertentu dapatmengakibatkan manusia mengenalpasti jenis-jenis tindak tutur yang berbeda.Berbicara tentang pragmatik di dalam mangupa bererti bercakap tentang penggunaan peranti tindak tutur dalam tuturan. Kehadiran perangkattindak tutur ini ada yang wajib dan ada pula yang bersifat pilihan bergantungkepada kepentingannya. 3. Pragmatik berkaitan dengan kemudahan implementasi dan kecekapan. Dalam hubungannya dengan bahasa pemrograman, seorang programmer harus bisa memastikan kecekapan dalam melakukan peng-coding-an. Dalam bahasa C, programmer diberikan kuasa untuk memperuntukkan ingatan. Sebagai akibatnya, apabila programmer lalai dalam mengawal pembolehubah-pembolehubah yang dihasilkan dari hasil assignment pointer, maka akan berlaku kebocoran memori. Ini disebabkan apabila seorang programmer mengcreate sebuah variabel pointer, dan kemudian memadamnya, maklumat tersebut masih ada dalam ingatan, hanya saja sudah tidak boleh diakses lagi.

4. Sesuatu unit linguistik itu dikatakan boleh memasuki kedua -dua jenis hubungan itu iaitu paradigmatik. Dengan menyelidik kedua -duanya bagi sesuatu jenis unsur, kita akan dapat mengetahui penyebaran unsur itu, iaitu kedudukannya dalam pola sesuatu bahasa. Seterusnya, ini memungkinkan kita untuk mengetahui dan menjelaskan sistem dan struktur bahasa yang ingin dihuraikan itu. Hubungan paradigmatik ini dapat dijelaskan melalui contoh berikut.

Contoh :
y saya kaya.

Oleh sebab / s / dan / k / yang merupakan unit linguistik berada pada konteks( di tempat) yang sama dalam suatu struktur, maka unit linguistik ini berada pada hubungan paradigmatik. Dengan kata lain, kedua-dua unsur ini dikatakan sefungsikerana berada di tempat yang sama dalam struktur bahasa. Manakala unsur / s /dalam kata saya berada pada hubungan sintagmatik dengan / a /, / y / dam / a /.Hubungan paradigmatik dan sintagmatik bukan sah aja dapat diperlihatkanpada peringkat perkataan, malah pada semua peringkat

penghuraian linguistik misalnya, rangkai kata sebuah buku. Kata buku berada pada hubungan sintagmatik dengan kata sebuah. Jika dibandingkan dengan rangkai kata sebuah kereta, dan sebuah rumah pula, kata buku tadi berada pada hubungan paradigmatik dengan kereta dan rumah.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan variasi bahasa? Huraikan konsep tersebut dengan merujuk kepada contoh yang sesuai.
Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Di mana, variasi bahasa merupakan suatu pengajian fitur (ciri/bentuk/sifat) bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur yang berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Menurut Haliday (1968), beliau menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu pengguna dan penggunaan. Aspek-aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk berbahasa yang sama dan bukannya perbandingan antara dua bahasa. Selain itu, variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Contoh: i. Perbezaan di antara bahasa istana (Raja) dengan bahasa rakyat biasa.
-

Bahasa istana = beta, patik, tuanku, tu an hamba Bahasa rakyat biasa = saya, awak, aku

ii.

Dialek.
-

Orang utara = buah mempelam Orang pantai timur = buah pauh Orang selatan = buah mangga

8. Huraikan sistem panggilan dalam masyarakat Melayu


Sistem panggilan merupakan satu kaedah panggilan yang melambangkan pertalian di antara individu dengan individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Sistem panggilan juga menunjukkan perhubungan dalam kalangan masyarakat tertentu dan nilai di kalan gan anggota masyarakat dalam masyarakat tersebut. Budaya yang berbeza mempamerkan sistem panggilan yang berbeza. Penggunaan sistem panggilan bergantung pada beberapa aspek yang menentukan jenis panggilan sekali gus menentukan laras basada yang digunakan ketika berkomunikasi. Antara aspek tersebut ialah 1. kata ganti nama diri Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri seseorang,iaitu diri pertama, kedua dan ketiga. Kata panggilan juga menggantikan kata ganti nama bagi memuliakan seseorang. Terdapat dua kategori iaitu melibatkan penggunaan bahasa diraja dan penggunaan bahasa biasa atau orang kebanyakan. Sistem panggilan Bahasa diraja Patik Baginda Beta anakanda Bahasa biasa / kebanyakan Saya Kamu Mereka Beliau

2. Kekeluargaan Kata panggilan keluarga masyarakat Melayu merangkumi beberapa sistem tertentu. Setiap sistem mempunyai tatacara yang tersendiri. Istilah persanakan atau istilah kekerabatan (bahasa Indonesia) atau kinship terms (bahasa Inggeris) ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada orang dalam sesuatu keluarga (Yule, 2010:268). Semua bahasa mempunyai istilah persanakan tetapi yang ditakrifkan sebagai keluarga berbeza mengikut kelompok bangsa dan masyarakat yang berbeza. Pemilihan sesuatu sistem untuk diamalkan dalam sesebuah keluarga bukanlah sesuatu yang tegar dan mesti. Setiap keluarga mempunyai amalan dan cara tersendiri dalam sistem panggilan yang harus dan hendak diamalkan ketika memanggil anak-anak mereka atau ketika menetap panggila n yang harus digunakan dalam kalangan adik-beradik dalam sesebuah keluarga. Biasanya sistem ini ditentukan dan dimulakan oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Sistem yang pakai dalam sesebuah keluarga bertujuan bukan sahaja untuk membezakan urutan anak, iaitu yang tua, yang tengah atau yang paling kecil tetapi, sistem panggilan yang diamalkan dalam sesebuah keluarga secara tidak langsung memupuk perasaan hormat kepada yang lebih tua. Sistem panggilan kekeluargaan dibahagi kepada nama kekeluargaan asas (berasaskan umur dan pangkat seperti Pak, Mak, Tok, abang, kakak, dan adik) serta jenama kekeluargaan (berasaskan pertalian darah seperti Long, Ngah, Alang, Anjang, Andak, Teh, Cik dan Busu dan ikatan perkahwinan seperti menantu,mentua, ipar, besan, biras. 3. Panggilan Diraja / Panggilan temurun Sistem panggilan diraja melibatkan gelaran keturunan untuk raja atau sultan yang memerintah. Gelaran ini telah wujud berkurun lamanya. Zaman kegemilangan Melayu Melaka merupakan zaman gemilang termasuk dengan gelaranny a. Gelaran ini berbeza mengikut negeri seperti raja ( Perak dan Selangor ), Tunku / Ungku ( Johor & Kedah ), Tuanku (Negeri Sembilan), Tengku / Engku ( Kelantan, Pahang & Terengganu) dan Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran muda (Brunei). Panggilan temurun juga melibatkan keturunan diraja atau warisnya seperti Ku, Raja, Ungku, Tunku dan sebagainya.

Mereka menggunakan panggilan Yang Mulia. Begitu juga dengan keturunan Syeikh dan Sharifah turut menggunakan panggilan Yang Mulia. Sistem Panggilan hormat yang digunakan berdasarkan ketinggian pangkatnya dan kuasanya. Antaranya :
Panggilan hormat Pangkat

Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia Duli Yang Amat Mulia Yang Maha Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia

Yang di-Pertua Agong & Permaisuri Sultan Pahang, Sultan Kelantan Sultan Johor Sultan Perak Pemangku RajaTerengganu Raja Mudah Kedah, Raja Mudah Perak Tunku Mahkota Pahang Bekas Permaisuri Agong Anak-anak Raja Pemerintah Ku, Raja

4. Gelaran / jawatan Bagi golongan tertentu yang mempunyai jawatan dan gelaran, sistem panggilan hormatnya akan digunakan bergantung pada jawatan dan gelarannya. Bagi golongan yang menyandang jawatan berdasarkan atas pelantikan kerajaan sama ada bergelar/atau tidak, disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Antara contoh lain ialah Panggilan hormat Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Tuan Yang Terutama Jawatan Pengarah, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Menteri, Setiausaha menteri Perdana Menteri, Timbalan PM Yang di-Pertua Negeri

Sesetengah pangkat yang dianugerahkan, mempunyai ejaan yang berlainan walaupun membawa maksud yang sama iaitu Datuk dan Dato. Bagi Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Melaka, ejaannya ialah Datuk manakala ejaan Dato pula bagi semua negeri beraja serta di Pula u Pinang ialah Dato. Manakala gelaran pula digunakan berdasarkan anugerah darjah kebesaran yang diterimanya di peringkat persekutuan atau negeri. Bagi yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan kerajaan, panggilan hormat kepada gelar yang dimilikinya seperti Dato disapa panggilan hormat Yang Berbahagia. Panggilan hormat Yang Amat Dimuliakan Darjah kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) Yang Amat Berbahagia Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) Seri Setia Mahkota (S.S.M) Yang Berbahagia Panglima Mangku Negara (P.M.N) Panglima Seri Mahkota (P.S.M) Panglima Jasa Negara (P.J.N) Panglima Setia Diraja (P.S.D) Datuk, Datin Tan Sri, Puan Sri Tun, Toh Puan Gelaran -

5. Masyarakat Kita dikelilingi oleh masyarakat yang pelbagai latar belakangnya sama ada dari segi pendidikan, pekerjaan, umur, jantina dan sebagainya. Maka, panggilan hormat untuk individu tersebut perlu dipandang dari latar belakangnya. Panggilan hormat Cik Latar belakang Panggilan berkahwin Encik Tuan Puan Bagi lelaki yang berpangkat orang lelaki seorang haji, doktor, profesor wanita bekerja Saudara Untuk lelaki / perempuan yang seumur atau lebih muda, rujukan dalam mesyuarat atau aktiviti lain Saudari Sahibus Samahah Sahibul Fadilah Al-Fadil Untuk perempuan sahaja Mufti Kadi Besar / Kadi Tuan Guru / Ustaz yang sudah berkahwin atau bagi wanita yang belum

6. Protokol rasmi Masyarakat Melayu mempunyai satu aturan atau sistem tertentu berhubung dengan bahasa sapaan dan panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara rasmi yang dihadiri oleh kenamaan tertentu. Penyusunan adalah mengikut keutamaan dan menjadi asas kepada penghormatan, adab dalam majlis. Penyusunan tersebut termasuklah sebutan gelaran atau panggilan hormat. Pastikan panggilan hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu tepat dan betul. Penggunaan panggilan hormat yang salah akan menyinggung perasaan atau merendahkan martabat VIP yang berkenaan.

9. Maksud linguistik sinkronik dan linguistik diakronik


-

Linguistik sinkronik (synchronic linguistics) Pendekatan dalam cabang linguistik yang mengkaji bentuk satu bahasa atau lebih pada peringkat atau satu masa perkembangan tertentu. (Kamus Linguistik, 1997:153). Linguistik sinkronik mengkaji bahasa pada masa terbatas. Misalnya mengkaji bahasa Indonesia pada tahun dua puluhan. Studi linguistik sinkronik ini biasa disebut juga linguistik deskriptif. Linguistik diakronik (diachronic linguistics) Pendekatan pengkajian linguistik yang mengkaji perubahan yang dilalui dalam tempoh sejarah yang lama. (Kamus Linguistik, 1997:150) Cabang linguistik ini dinamakan juga linguistik sejarah. Sedangkan teras linguistik teori adalah berkenaan dengan mengkaji bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini), linguistik diakronik memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa, kekadang selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik tumbuh daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa. Linguistik diakronik berupaya mengkaji bahaasa (atau bahasa -bahasa) pada masa yang tidak terbatas; bisa sejak awal kelahiran bahasa itu sampai zaman punahnya bahasa tersebut. Kajian linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komperatif.

10. konsep-konsep berikut:


a) Lingusitik am

Linguistik am ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan secara teratur menurut rumus -rumus yang tertentu.

b) Linguistik bandingan

Linguistik bandingan ini sering dihubungkan dengan kajian lingustik sejarah. Linguistik perbadingan ini melihat cirri -ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa daripada segi bunyi, perkataan dan imbuhan, ayat dan makna. Oleh itu, linguistik bandingan ini melihat perbezaan antara bahasa bahasa yang digunakan oleh penutur dari segi se gi bunyi, perkataan dan imbuhan, ayat dan makna.

c) Sosiolinguistik

Sosiolinguistik ialah satu bidang yang mengkaji perhubungan atau bahasa yang digunakan dalam masyarakat. Secara khususnya bidang sosiolinguistik ini melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasanya dalam konteks yang berlainan.

d) Psikolinguistik

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa.