Anda di halaman 1dari 7

BIDANG TUGAS PPM

Fungsi Dan Peranan Pembantu Pengurusan Murid


 Pembantu Pengurusan Murid  juga bertanggungjawab dalam mengawasi dan membantu
kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti-aktiviti prasekolah sama ada di dalam atau di
luar bilik
 Pembantu Pengurusan Murid adalah juga sebagai contoh ikutan dan pengganti ibu bapa
kepada kanak-kanak
 Peranan utama pembantu pengurusan murid ialah membantu guru prasekolah dan
menjadi fasilitator dalam menjalankan hal-hal yang berkaitan dengan asuhan dan
bimbingan.

Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid

1) PENDAFTARAN MURID.
 Menerima senarai nama murid yang Berjaya.
 Menyemak dan melengkapkan maklumat murid.
 Merekod maklumat dalam buku rekod pendaftaran murid dan buku rekod kedatangan.
 Menyimpan maklumat murid dalam fail.
 Menghantar sesalinan ke pejabat.

2) PENYEDIAAN MAKANAN.
 Menguruskan pembelian bahan mentah dan menyediakan makanan mengikut menu
yang dirancang.
 Meghidang makanan dengan kemas dan teratur serta melayan murid sewaktu makan.
 Menyedia dan menghidang makanan serta minuman yang bersih, berzat dan seimbang
bagi murid-murid prasekolah.
 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan
dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
3) MENGURUS KEBERSIHAN MURID.
 Melayan karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid
sentiasa berkeadaan bersih.
 Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan
kekemasan diri.
 Berbincang dengan guru tentang aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian.
 Memerhati setiap aspek kebersihan murid.
 Membimbing murid tentang cara menjaga kebersihan.
 Membuat pemantauan berterusan.

4) PENGURUSAN FIZIKAL DAN KECERIAAN KELAS


 Menerima arahan daripada guru.
 Berbincang dengan guru tentang kebersihan fizikal dan keceriaan kelas.
 Mengenal pasti kawasan yang perlu diambil tindakan di dalam dan luar kelas dari
pelbagai aspek.
 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid
sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di
bawah jagaannya.
 Pemantauan dan pemerhatian tentang arahan yang diterima.
 Pemantauan berterusan dilaksanakan.
 Menyedia dan mengemas kelas sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu,
mengunci dan menjaga kebersihan kelas. 
 Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran
di dalam kelas.

5) PENGURUSAN KESIHATAN MURID


 Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-
murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
 Membantu murid dalam adab sebelum dan selepas makan seperti memastikan murid
membaca doa, membasuh tangan dan menggosok gigi.
 Menerima arahan daripada guru tentang penekanan aspek kesihatan.
 Berbincang dengan guru tentang aspek kesihatan yang perlu diberi perhatian.
 Menyemak rekod kesihatan murid dan fail peribadi.
 Mengenalpasti tahap kesihatan murid.
 Membimbing murid yang menghadapi masalah kesihatan.
 Pemantauan berterusan dijalankan.

6) PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN MURID


 Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan
murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
 Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah.
 Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
 Menerima arahan daripada guru.
 Berbincang dengan guru tentang keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas
sekolah.
 Sentiasa mengawasi tahap keselamatan murid.
 Memberi bimbingan kepada murid tentang aspek keselamatan.
 Pemantauan berterusan.

7) PENGURUSAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBB)


 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan
keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.
 Menerima arahan daripada guru.
 Berbincang dengan guru tentang Bahan Bantu Belajar (BBB) yang perlu disediakan.
 Mengenalpasti bahan yang diperlukan untuk membina BBB.
 Menyediakan peralatan.
 Membina Bahan Bantu Belajar (BBB).
 Perbincangan dengan guru tentang kesesuaian BBB yang disediakan.
 Penyerahan BBB kepada guru.

8) PENGURUSAN MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
 Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
merancang bimbingan dan asuhan.
 Membantu mewujudkan dan merancang naluri ingin tahu dan untuk meneroka dan
menjelajah dikalangan murid prasekolah.
 Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia
untuk belajar.
 Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran.
 Menerima arahan daripada guru.
 Berbincang dengan guru tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam P&P.
 Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.
 Melaksanakan tugasan yang diberikan.
 Mengenalpasti sejauh mana keberkesanan dalam membantu P&P.
 Melaksanakan tugas secara berterusan.

9) PENGURUSAN FAIL DAN REKOD


 Menerima arahan daripada guru.
 Mengenalpasti fail dan rekod yang perlu disediakan.
 Mendapatkan maklumat yang perlu difailkan.
 Melaksanakan tugasan.
 Menghantar sesalinan ke pejabat.
 Simpan dalam fail dan rekod.
10) PENGURUSAN STOK/INVENTORI/HARTA MODAL
 Menerima arahan daripada guru.
 Menerima barang atau peralatan.
 Menetukan spesifikasi barang tersebut.
 Merekod stok.
 Merekod harta modal.
 Merekod inventori pada barang atau peralatan tersebut.
 Meletak di tempat yang sesuai.

11) PENGURUSAN SURAT-MENYURAT


 Menerima arahan daripada guru.
 Merekod surat yang diterima.
 Berbincang dengan guru tentang tindakan yang perlu diambil.
 Menjawab surat.
 Menghantar surat kepada pihak yang berkenaan.
 Menyimpan sesalinan dalam fail.

Perlaksanaan Tugasan Ppm

A. TUGASAN HARIAN
 Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
 Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
 Menyediakan persiapan minum pagi
 Menyambut kedatangan murid
 Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
 Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
 Memasak makanan
 Membantu guru dalam P&P
 Menyedia dan menghidang makanan
 Mengawasi murid makan/gosok gigi (rehat)
 Membantu guru dalam P&P
 Membantu guru mengurus murid ketika pulang
 Membantu mengawasi murid yang pulang lewat

B. TUGAS MINGGUAN PPM


 Menyapu sawang
 Mencuci kipas angin
 Mencuci tingkap
 Mengemaskini stok bahan basah dan kering
 Mengemas taman permainan
 Mencuci peti sejuk
 Mencuci tempat ambil wuduk
 Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

C. TUGAS BULANAN PPM


 Mengemaskini stok inventori
 Mencuci akuarium
 Membantu menyediakan penyata perbelanjaan

D. TUGAS SEMASA CUTI


18. Skop Tugas Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas
18.1      Membantu guru dalam proses perkembangan akademik murid.

1. Membantu memastikan murid-murid memberikan tumpuan kepada guru yang


mengajar.
2. Membantu guru memilih dan menyediakan bahan / peralatan yang bersesuaian
dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan.
3. Membantu guru meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan merangsang
naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan mencari maklumat.
4. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan mengembirakan
kepada murid untuk menyelesaikan sesuatu tugasan / arahan yang diberikan
oleh guru.
5. Membantu guru mengemas/menyimpan bahan dan peralatan mengajar secara
sistematik dan selamat di tempat yang bersesuaian.
6. Membantu guru menyediakan alat bantu mengajar (ABM)
7. Membantu guru dalam urusan penyediaan, rakaman, semakan dan
pembacaan       bahan-bahan akademik / ilmiah (terutamanya bagi guru kurang
upaya,
Contoh : guru bermasalah penglihatan yang mengajar di sekolah)

18.2      Membantu menguruskan mobility murid (pergerakan murid)

1. Membantu menguruskan murid-murid yang tidak mampu berjalan / bergerak


dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat ( Contohnya bergerak ke tandas atau
kantin sekolah )
2. Membantu pergerakan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu.
(Contohnya penggunaan kerusi roda atau tongkat)
3. Membantu guru menjalankan aktiviti terapi kepada murid ( Contohnya terapi
berkuda)
4. Membantu guru menyelaraskan pergerakan murid semasa sesuatu aktiviti
sekolah dijalankan (Contohnya : perhimpunan guru dan aktiviti kokurikulum)
18.3      Membantu menguruskan murid dan menyelia kelas pembelajaran
1. Membantu guru melayani kerenah murid agar mereka sentiasa selesa dan
tenang ketika berada dalam kelas. ( murid-murid dengan kecacatan tertentu
kadangkala memerlukan lebih perhatian/belaian).
2. Memastikan keadaan persekitaran dalam / luar kelas sentiasa bersih, tersusun
dan selamat (Contohnya : pastikan suis elektrik ditutup, tiada objek tajam
sekitar kelas)
3. Membantu guru menguruskan murid-murid yang sakit / mengalami kecederaan
mendapatkan rawatan.
4. Membantu guru memastikan pakaian murid sentiasa kemas dan mengikut
peraturan sekolah.
5. Membantu guru membimbing, melatih dan mengasuh murid dalam aspek
akhlak, adab dan sopan serta kebersihan melalui perbuatan, pertuturan dan
tingkah laku yang baik.
6. Membantu dan membimbing murid ketika di kantin dalam urusan pembelian
makanan dan adab sebelum dan selepas makan.
7. Menguruskan keadaan pelajar di kelas ketika ketiadaan guru.
8. Membantu guru memeriksa kesihatan murid apabila diperlukan.
9. Membantu guru menjalankan urusan keceriaan kelas.
10. Memerhati dan mengawal keselamatan murid.
 

Anda mungkin juga menyukai