Anda di halaman 1dari 13

KPR3012 : SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TAJUK

STRATEGI PdP DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PdP

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : HISYAM B SHAMSUDIN

NO MATRIK : D20131064017

NAMA PENSYARAH : EN MOHAMMAD B HASSAN

KUMPULAN : AT20C
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA/SURAT
1 ABSTRAK 1

2 2
REFLEKSI PENGAJARAN LALU
3 3
ISU KEPRIHATINAN
4 3-4
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5 4
OBJEKTIF
6 5
KUMPULAN SASARAN
7 5-7
PERLAKSANAAN KAJIAN
8 8
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
9 RUMUSAN 9

10 10
RUJUKAN
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meninjau strategi pengajaran dalam meningkatkan fokus pelajar.

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk memilih strategi pengajaran yang baik semasa

mengajar. Selain itu, guru ingin mendapatkan maklum balas pelajar terhadap isi pengajaran selepas

menggunakan beberapa strategi pengajaran. Sampel kajian ini ialah 14 orang pelajar Tingkatan 4 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung, Kedah, Malaysia. Kajian ini menggunakan

teknik pemerhatian sebagai salah satu cara untuk mengumpul data. Dapatan kajian mendapati

bahawa sesetengah strategi pengajaran tidak menglibatkan pelajar dan menyebabkan pelajar kurang

berminat. Cadangan telah diberikan pada akhir kajian sebagai cara untuk mempertingkat mutu

pengajaran guru di dalam kelas.


KAJIAN TINDAKAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4, saya mendapati para pelajar tidak turut serta dalam
pembelajaran. Para pelajar kurang memberikan maklum balas kepada saya apabila diajukan
soalan. Sepanjang pengajaran saya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru dan
pelajar. Namun kerana tiada respon daripada pelajar, sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi
berpusatkan guru semata-mata.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, hanya beberapa orang pelajar
sahaja yang bertanya soalan apabila mereka tidak faham akan sesuatu. Malah apabila saya
bertanya soalan, maklum balas yang saya terima adalah kurang memuaskan. Pelajar seoalah-olah
takut dan kurang yakin dengan jawapan mereka, walhal jawapan mereka itu adalah benar. Ini
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran hanya perpusatkan guru. Pelajar adalah sangat
pasif.

Oleh itu, kelemahan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah pada
strategi yang saya gunakan. Walaupun saya menggunakan strategi berpusatkan guru dan pelajar,
para pelajar tidak terlibat secara aktif semasa belajar. Oleh itu saya perlu mencari kaedah
alternatif agar pelajar terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara aktif

2.0 ISU KEPERIHATINAN


Setelah saya membuat pemerhatian dan penilaian, saya mendapati penglibatan pelajar
dalam kelas secara aktif adalah bergantung pada strategi pengajaran yang dipilih oleh guru, iaitu saya
sendiri. Strategi pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam PdP
adalah berkait rapat. Ini bermaksud, aktiviti yang dilaksanakan perlulah bersesuaian dengan strategi
yang digunakan. Strategi PdP dan aktiviti yang saya lakukan adalah tidak bersesuaian dan ini
menyebabkan pelajar saya tidak aktif dalam kelas. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini agar pelajar
dapat terlibat dalan sesi pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan guru juga dapat menilai
kefahaman pelajar, strategi yang sesuai perlu digunakan oleh guru. Oleh itu, saya mencari maklumat
secara terperinci berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran

2.1 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam menyusun perjalanan PdP agar
penyampaian ilmu berlangsung dengar baik.

Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabungan dan beberapa pendekatan dan
juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran.
Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-
pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecendurangan, bakat serta minat selain
mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.
Contohnya bagi Kelas pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap
penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran
yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan bagaimana untuk mengintegrasikan
serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar-pelajarnya.

2.2. Klasifikasi Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran terbahagi kepada tiga (3) iaitu :

i. Berpusatkan Guru
ii. Berpusatkan Pelajar
iii. Berpusatkan Bahan

Strategi berpusatkan guru, guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dimana guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran. Guru bertindak
sebagai fasilitator dan pelajar adalah sebagai penonton. Interaksi yang berlaku adalah sehala sahaja,
dan pelajar pasif dan tidak kreatif. Guru banyak memberikan penerangan kepada para pelajar. Ciri
kepimpinan guru bersifat autokratik.

Berpusatkan pelajar pula, pelajar memainkan peranan utama manakala guru hanya sebagai
pemimpin yang membimbing pelajarnya menjalankan aktiviti pembelajaran. Dalam strategi ini,
pelajar terlibat secara aktif dalam PdP dan berlaku interaksi dua hala diantara guru dengan pelajar
dan pelajar dengan pelajar. Kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi ini ada seperti
perbincangan dalam kumpulan, main peranan dan sumbangsaran.

Manakala strategi berpusatkan bahan bergantung sepenuhnya kepada Bahan Bantu


Mengajar. Guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan.
Pelajar boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau berkumpulan
tanpa kehadiran guru. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran pelajar menggunakan
bahan. Kaedah yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer
dan sebagainya.

4 Penggunaan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Untuk memilih strategi yang sesuai digunakan guru perlu meniliti aspek-aspek berikut:

a) Tahap Pemikiran Pelajar Adalah penting bagi seorang guru untuk mengetahui tahap
pemikiran pelajar- pelajarnya. Tidak semua orang mempunyai tahap pemikiran yang sama.
Oleh itu, guru perlu tahu cara untuk mengendalikan tahap pemikiran pelajar yang berbeza
dalam sesebuah kelas.

b) Subjek Yang Diajar Subjek yang diajar juga menentukan pemilihan strategi yang sesuai. Ini
kerana terdapat subjek yang memerlukan penerangan guru lebih berbanding dengan penglibatan
pelajar, seperti Sejarah dan Biologi.

c) Topik Yang Diajar Sesetengah topik yang diajar oleh guru dalam mata pelajaran tertentu
memerlukan strategi PdP yang berbeza untuk memahamkan para pelajar.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki kelemahan saya dalam memilih
strati pengajaran dan pembelajaran serta memastikan pelajar terlibat dengan aktif semasa PdP
berlangsung.

Oleh itu, saya perlu memilih strategi yang bersesuaian dengan topik yang diajar serta merancang
aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran pelajar agar pelajar lebih aktif dalam kelas serta cepat
faham dengan silibus yang mereka belajar

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada empat belas(14)
orang pelajar lelaki dan enam belas (16) orang pelajar perempuan Tingkatan 4 Teknologi
Maklumat. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung hanya terdapat satu kelas
teknologi maklumat bagi tingkatan 4 dan satu kelas teknologi maklumat bagi tingkatan 5

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Bagi kajian ini saya telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis atau dikenali sebagai kaedah
gelungan. Model ini bermula dengan perancangan, kemudian tindakan serta pemerhatian dan
kemudian mereflek tindakan yang dilaksanakan. Sekiranya objektif kurang tercapai, maka proses
yang sama akan berulang lagi.

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis

5.1. Gelungan 1
5.1.1. Merancang Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, strategi yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tidak sesuai. Strategi pengajaran dan
pembelajaran adalah penting dalam proses menyampaikan ilmu oleh guru dan penerimaan
ilmu oleh pelajar. Melalui pembacaan dan analisis yang telah dibuat, strategi pengajaran dan
pembelajaran terbahagi kepada tiga jenis dan ketiga-tiga strategi tersebut mempunyai ciri-
ciri yang tersendiri.

Antara aspek yang dirancang:


I. Masa kajian
Menetapkan masa kajian untuk melakukan pengajaran iaitu selama 80 minit, dengan
menukar strategi dan kedah pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih sesuai.

II. Murid yang terlibat Menggunakan pelajar Tingkatan 4 Delta, pelajar ICT untuk proses
pengajaran ini. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai lima belas (15) orang
juga, tidak berubah. I

III. Kemahiran fokus Guru mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan sebelum iaitu berpusatkan kepada guru kepada berpusatkan kepada
pelajar. Dimana sesi PdP adalah berfokuskan kepada pelajar dan guru bertindak
sebagai pemimpin.

IV. Kaedah pengajaran Menggunakan strategi berpusatkan pelajar, dimana pelajar


terlibat secara aktif dalam sesi PdP. Kaedah yang digunakan adalah perbincangan
dalam kumpulan berdasarkan topik yang diberikan. Pelajar dikehendaki bincang dan
mencari jawapan bagi soalan yang diberikan. Topik 4.2.1 Perkakasan dan Perisian
diajar menggunakan strategi berpusatkan pelajar. Pelajar dikehendaki mencari
maklumat berkaitan perkakasan dan kriteria yang diberikan. Pelajar hanya perlu
mengisi maklumat sahaja. Setelah memperolehi maklumat berkaitan dengan kriteria
setiap perkakasan, pelajar dikehendaki menulisnya di papan putih di hadapan kelas.
Dari aktiviti ini, guru juga dapat mengetahui tahap kefahaman para pelajar terhadap
topik tersebut.

V. Alat bantu Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti Chromebook, marker,
papan putih, nota “Buku COMPLETE” dan Google Search. Kesemua alat bahan bantu
mengajar ini adalah mudah digunakan oleh pelajar. Pelajar menggunakan
Chromebook untuk akses pada Google Search bagi mencari maklumat. Guru
membuat table di papan putih bagi nama perkakasan dan kriteria-kriteria bagi
memudahkan pelajar memahami dan mencari maklumat. Seterusnya pelajar hanya
perlu untuk mengisi ruang kosong pada table di papan putih.

VI. Alat yang digunakan untuk memungut data Alat yang digunakan untuk memungut
data ialah Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP).
Saya gunakan kaedah pemerhatian untuk menilai kajian ini. Saya telah menyediakan
borang pemerhatian bagi memudahkan saya menyemak pemerhatian saya. Skop
yang nilai adalah:

 Penglibatan pelajar
 Peranan guru

Borang pemerhatian yang digunakan bersifat kepada komen pemerhati bagi situasi
dalam kelas. Borang tersebut di lampirkan di Lampiran 1

VII. Perancangan pengajaran Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
digunakan pada subtopik 4.2.1 Perkakasan dan Perisian. Strategi yang saya pilih
adalah berpusatkan pelajar. Saya telah merancang aktiviti kumpulan untuk para
pelajar lakukan dalam kelas. Pelajar akan berbicang bersama-sama dengan ahli
kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Manakala guru
hanya akan bertindak sebagai intruktor atau pemimpin sahaja. Proses PdP
berlangsung dalam tempoh lapan puluh (80) minit.

5.1.2. Melaksanakan Pengajaran dan Mencerap

Saya melaksanakan sesi PdP seperti yang dirancang. Saya memberikan sedikit penerangan berkenaan
aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar. Semasa pelajar melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya
bertindak sebagai instruktor dan sambil saya mengawal aktiviti pelajar, saya menjalankan
pemerhatian saya pada strategi yang saya gunakan dan juga penglibatan pelajar dalam PdP. Saya
menggunakan borang pemerhatian yang telah saya buat.

5.1.3. Menganalisis data dan mereflek Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menganalisis
dan mereflek hasil pemerhatian yang telah saya catat dalam borang.

Sepanjang PdP, strategi yang digunakan adalah berpusatkan pelajar. Pelajar aktif
sepanjang sesi PdP. Pelajar bekerjasama dalam kumpulan, membahagi tugasan antara mereka.
Masing-masing mencari maklumat menggunakan Chromebook yang diberikan. Apabila
menghadapi kemusykilan, pelajar tidak segan untuk bertanya lebih lanjut kepada guru. Pelajar
juga berjaya memberikan maklumat yang betul pada perkakasan dan perisian yang diberikan.

Manakala guru bertindak sebagai pemimpin. Memimpin pelajar sepanjang sesi PdP.
Membantu pelajar apabila pelajar mengalami kesukaran dan kemusykilan. Berlaku interaksi dua
hala antara guru dan juga pelajar serta pelajar dengan pelajar. Guru juga dapat mengawal masa
yang diambil oleh pelajar untuk mencari maklumat.

Daripada pemerhatian saya sendiri, pelajar bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan


yang diberikan. Malah hasil yang mereka perolehi adalah lebih baik dari silibus pelajaran mereka.
Dimana mereka mendapat maklumat lebih dan berguna untuk pengetahuan mereka. Ilmu yang
mereka perolehi tidak bertumpu pada skop kecil sahaja malah lebih luas. Dari ini saya yakin
semua pelajar faham dengan jelas ilmu yang mereka perolehi.

5.2. Gelungan 2 Dan Selanjutnya

Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan cuba perbaiki lagi kaedah yang saya gunakan
dalam strategi berpusatkan pelajar dengan aktiviti yang lebih menarik agar semua pelajar lebih
aktif dan ceria dalam menimba ilmu baru serta tidak hanya berfokuskan pada skop silibus mata
pelajaran sahaja agar mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

6.0 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA


Berdasarkan kajian ini, saya mendapati bahawa strategi pengajaran sememangnya sangat berguna

dan penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memilih strategi pengajaran yang

paling sesuai .. Penggunaan strategi pengajaran yang baik dapat menarik minat dan perhatian

pelajar serta merangsang pelajar dengan sifat ingin tahu terhadap sesuatu topik. Selain itu, saya

berpendapat bahawa jika guru kreatif dalam melaksanakan strategi pengajaran, hal ini akan

meningkatkan lagi motivasi para pelajar untuk terus belajar sesuatu topik tersebut. Ini kerana, tanpa

motivasi dalam diri pelajar, proses pembelajaran akan menjadi tidak bermakna.

Selain daripada strategi pengajaran yang baik, penyampaian daripada guru itu sendiri juga

memainkan peranan yang penting. Seorang guru itu haruslah membawa perwatakan yang boleh

menjadi contoh. Ini merujuk kepada cara komunikasi guru yang menjadi perhatian para pelajar. Jika

guru mampu berkomunikasi dengan baik dan disenangi oleh pelajar maka apa yang cuba

dipersembahkan dan disampaikan oleh guru akan dapat diterima oleh pelajar.

7.0 RUMUSAN
Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah
penting dalam PdP. Oleh itu, seseorang guru perlu memilih strategi yang tepat dan
bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar, subjek yang diajar dan juga topik yang akan
diajar. Hal ini kerana pemilihan strategi yang betul sebenarnya membantu guru untuk
menyampaikan ilmu dan mengawal keadaan kelas serta membantu para pelajar untuk faham
dengan lebih mudah dan cepat dan juga belajar dengan ceria.

Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan oleh
guru-guru kerana melalui kajian sebegini, guru dapat menilai keupayaan mereka sendiri
dalam memastikan hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran mereka tercapai. Guru
merupakan tunggak utama dalam menghasilkan kejayaan pelajar dan atas sebab itulah,
orang yang pertama yang disalahkan atas kegagalan pelajar adalah guru. Maka, untuk
memperbaiki kelemahan inti, kajian tindakan seperti ini perlu diteruskan dan semoga kajian
seperti ini mendapat sokongan dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan mutu
pendidikan negara sentiasa dipertingkat selaras dengan hasrat kerajaan.
12. RUJUKAN

1. N. Nabilahhuda. M & Rosmani A. (2013). Keberkesanan Bintang Mencari Bintang


Meningkatkan Tingkah Laku Positif Murid Tahun 5 Dalam Pembelajaran. Seminar
Penyelidikan Tindakan PISMP 2013. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
2. Othman Lebar. (2011). “Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan”. Tg
Malim, Penerbit UPSI.
3. Pedagogi dalam Pendidikan (2014), Strategi Pengajaran dan Pembelajaran,
http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/strategi.html diakses pada 1 April 2015.
4. Slideshare (2013), Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Bahasa,
http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-strategi-pendekatan-kaedah-teknik-
pengajaran diakses pada 31 Mac 2015.

LAMPIRAN 1
Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP)

1. Strategi PdP yang dipilih oleh guru

Strategi berpusatkan guru

Strategi berpusatkan pelajar

Strategi berpusatkan bahan

YA TIDAK
2. Adakah pelajar memainkan peranan utama?

3.Adakah guru bertindak sebagai instruktor atau pemimpin

4. Pelajar aktif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

5. Pelajar berbincang dengan ahli kumpulan mencari maklumat.

6. Pelajar bertanya kepada guru apabila tidak faham.

7. Guru membantu pelajar apabila pelajar bertanya.

8. Pelajar aktif untuk menjawab tugasan yang guru berikan.

Cadangan / rancangan penambahbaikan :

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai