Anda di halaman 1dari 11

Tarikh Dibaca: 18 Februari 2022M l 16 Rajab 1443H

Tajuk:

“FITNAH DAN TUDUHAN PALSU


DI MEDIA SOSIAL”

***

Terbitan:
Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
0
Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor

“FITNAH DAN TUDUHAN PALSU DI


MEDIA SOSIAL”
ْ ‫َّ َ َ َ ح‬ ‫َّ َّ َ ح ُّ َ َ َ َ ۡ َ َٰ َ ح‬ َ ْ َّ ُ ْ َ ْ َ
‫حشة ِِف ٱَّلِين ءامنوا‬ ِ ‫شيع ٱلف‬ ِ ‫ إِن ٱَّلِين ُيِبون أن ت‬:‫‌الحمد ِلل ِ ‌ه القائِل‬
َ ‫َ َ َّ ح َ ۡ َ ح َ َ ح ۡ َ َ ۡ َ ح‬ َ َ ۡ ُّ ٞ َ ٌ َ َ ۡ ‫َح‬
1
١٩ ‫خرة ِِۚ وٱَّلل يعلم وأنتم َل تعلمون‬ ِ ‫لهم عذاب أ ِِلم ِِف ٱدلنيا وٱٓأۡل‬
ً‫يك َل ُه َو َأ ْش َه ُد َأ ان ُم َح امدا‬ ‫َ َُْ َْ ا ََ ا ا‬
َ ‫الل ُِه َو ْح َد ُه ََّل َشر‬ ‫أشهد أ ِن َّل إل ِه إَّل‬
َ َ َ َ ‫َ ْ ُ ُ َ َ ُ ْ ُ ُ َ ا ُ ا َ ِّ َ َ ِّ ْ َ َ َ ِّ َ ُ َ ا‬
‫ اللهم صل وسلم على سيدنا محم ٍد ِوعلى ءاله‬.‫عبده ورسوله‬
َ.‫ص َحابه َأ ْج َمع ْي ِن‬
ْ ‫َو َأ‬
َ ْ َ َ ‫ا‬ َ ْ ُ ْ ُ َ ‫َ ا َ ْ ُ َ َ َ ُّ َ ْ ُ ْ ُ َ ا ُ ْ ا‬
‫ فيآ ِأيها اْلسلمون! اتقوا الله! أوصيكم وإياي بتقوى‬،‫أما بعد‬
َ‫َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ن‬
ِ . ‫هللا فقد فاز اْلتقو‬
‫َ َ َ ح ح َّ ا‬ َ ‫َ َ ا ُ َ َ َ َ َٰ َ ُّ َ َّ َ َ َ ح ْ َّ ح ْ َّ َ َ َّ ح‬
‫ يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱَّلل حق تقاتِهِۦ و َِّل تموتن إ ِ َِّل‬:‫قال الله تعالى‬
َ ‫َ َ ح ُّ ۡ ح‬
2
١٠٢ ‫وأنتم مسلِمون‬
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Saya mengingatkan diri saya dan mengajak tuan-tuan, marilah


sama-sama kita berusaha meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah
SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita di dunia dan akhirat
berada dalam reda Allah SWT.

Pada hari yang berbahagia ini, marilah kita muhasabah diri kita
melalui khutbah yang bertajuk “FITNAH DAN TUDUHAN PALSU DI
MEDIA SOSIAL.”

1
Al-Nur : 19.
2
Ali Imran : 102.

1
Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor

Hadirin yang berbahagia,

Fitnah membawa banyak maksud, antaranya membuat sebarang


tuduhan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan seseorang atau
pihak lain hingga membawa kepada porak-peranda. Penyebaran fitnah,
tuduhan palsu atau khabar angin pada zaman yang serba maju dan
moden hari ini amat mudah untuk dilakukan melalui teknologi media
massa menerusi whatsapp, facebook, youtube dan sebagainya. Ia sengaja
diada-adakan bertujuan untuk mencetuskan fenomena yang
mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Jari yang digunakan
untuk syahadah semasa tahiyyat dalam solat digunakan untuk forward
bahan fitnah dan dosa.

Kebebasan bersuara yang diberikan telah disalahgunakan oleh


mereka yang jahat dan tidak bertanggungjawab bagi tujuan kepentingan
peribadi. Biarpun kebebasan bersuara diamalkan diseluruh negara di
dunia namun fungsi internet seharusnya mendidik dan ia tidak harus
disalahgunakan sehingga mendatangkan kesusahan kepada pihak lain.
Jiwa kotor yang suka menabur fitnah ini tidak mengendahkan kecaman
keras Rasulullah SAW terhadap mereka melalui hadith yang diriwayatkan
oleh Huzaifah Radhiallahu’anhu:

ٌ‫ِ ََّل َي ْد ُخ ُل ْال َج ان َة َن امام‬


‫‏‬
“Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu
domba).”
(Riwayat Muslim).

Hadirin yang berbahagia,

Kini, alam siber sebagai tempat menyebar fitnah adalah didorong


oleh sifat tamak, iri hati dan mementingkan diri sendiri. Tambahan pula,

2
Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor

alam siber adalah alam tanpa sempadan dan kos penggunaannya sangat
rendah. Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya antara medium
yang seringkali digunakan untuk menyebarkan fitnah. Fitnah yang
disebarkan secara serta-merta dan begitu pantas boleh mencetuskan
permasalahan besar terhadap ummah. Contohnya, pemimpin-pemimpin
masyarakat, organisasi, pentadbir-pentadbir masjid dan surau, pertubuhan
parti-parti politik dan lain-lain kumpulan termasuk individu-individu tertentu
yang menggunakan internet untuk kepentingan diri sendiri dalam
memperjuangkan kesinambungan agenda politik dan kepentingan mereka.
Ada sesetengah daripada mereka tidak kira yang menyokong kerajaan
ataupun di pihak pembangkang sanggup menggunakan berita dalam talian
untuk menabur fitnah, membuat tuduhan palsu dan hasutan bagi meraih
keuntungan bahkan melemahkan pihak lawan mereka. Hal ini akan
mendatangkan pelbagai kesan buruk dan membawa kerosakan yang amat
dahsyat ke atas masyarakat dan negara. Tanpa kita sedari fitnah
memecahkan perpaduan masyarakat hingga melahirkan golongan yang
terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan dengan golongan yang
mempertahankannya. Perpecahan ini secara tidak langsung akan
merugikan umat Islam itu sendiri.

Hadirin sekalian,

Perlu diingatkan bahawa perbuatan menabur fitnah ini akan


mengundang kepada perpecahan serta menjadi punca kepada timbulnya
salah faham dan perselisihan dalam kalangan masyarakat. Begitu juga
perseteruan dalam kalangan pemimpin yang menggunakan senjata fitnah
akan menjerumuskan negeri dan negara ke lembah kemusnahan.

Bahaya fitnah dan adu bomba juga boleh menghancurkan harapan


rakyat kepada pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan untuk
mengharmonikan antara satu sama lain dalam mentadbir negara dengan
lebih baik, bahkan budaya fitnah mesti dihindari kerana ucapan dan

3
Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor

tulisannya boleh melahirkan sangkaan dan persepsi salah, membawa


kebencian, persengketaan sesama sendiri serta mencetuskan
permasalahan, membunuh identiti dan menyebabkan kehinaan kepada
seseorang. Hakikatnya pembuat fitnah bukannya bimbang dengan
kegagalan seseorang tapi sangat takut dengan kejayaan orang lain.

Muslimin yang dirahmati Allah SWT.

Kita semua telah menyedari bahawa dalam ajaran agama ada


menyebut tentang keburukan fitnah dan hukum fitnah jelas haram dan
ditegah. Banyak pandangan ulama berkenaan keburukan fitnah ini.
Ingatlah amaran Nabi SAW melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah Radiallahu’anhu bahawa baginda SAW bersabda:

َ َُْ ُ َ ْ ُ َْ ََ ُ ْ ْ ُ َ ْ َُ ُ َ‫ََ َ َ ُ ا‬
‫يتقارب الزمان ويقبض العلم وتظهر الفتن ويلقى‬
ُ‫ال ِِ" ْال َق ْتل‬
َ ‫ َق ُالوا َو َما ْال َه ْر ُج َق‬.ِِ‫الش ُّح َو َي ْك ُث ُر ْال َه ْر ُج‬
ُّ
“Zaman akan semakin dekat, dicabutnya ilmu, akan timbul fitnah-
fitnah, dimasukkan ke dalam hati sifat kikir dan akan banyak al-harj.
Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah al-harj, wahai Rasulullah?.”
Baginda menjawab : “Al-harj itu Pembunuhan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadirin yang berbahagia.

Sesungguhnya tabiat tuduh menuduh dan memfitnah itu membawa


kepada kehancuran sesama sendiri dan langsung tidak mendatangkan
sebarang manfaat. Ia menyebabkan ketidakharmonian dalam kehidupan
masyarakat kita hari ini. Merosakkan hubungan silaturahim sesama umat
manusia. Timbulnya sifat dendam dalam diri manusia dan kehidupan
masyarakat menjadi huru hara bahkan ramai yang sengsara. Segala-
galanya adalah berpunca daripada sifat mazmumah.

4
Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor

Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu bahawa


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Takbur itu ialah sombong dengan tidak mahu menerima kebenaran


dan memandang hina orang lain.”
(Riwayat Muslim).

Justeru sebagai muslim, kita seharusnya berhati-hati terhadap setiap


perkara yang kita tuturkan mahupun yang kita tuliskan dan sebarkan,
kerana ia akan memberi kesan yang amat besar kepada orang lain.
Bahkan yang lebih penting lagi, kesemuanya itu akan diperhitungkan oleh
Allah SWT di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam surah Yasin, ayat 65:

َ ‫ۡ َ ۡ َ َ ۡ ح َ َ ٰٓ َ ۡ َ َٰ ۡ َ ح‬
َ‫كل ِ حم َنا ٓ َأيۡ ِديه ۡم َوت َ ۡش َه حد أَ ۡر حجلح حهم بما‬ ‫ٱِلوم َنتِم لَع أفوهِ ِهم وت‬
ِ ِ
َ ‫َ ح ْ َ ۡ ح‬
٦٥ ‫سبون‬ ِ ‫َكنوا يك‬
“Pada waktu itu kami paterikan mulut mereka (sejurus), dan
(memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu kami
(kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang
apa yang mereka telah usahakan.”

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita hayati


perkara-perkara berikut:

1. Umat Islam perlu yakin bahawa menyebarkan fitnah berdosa


besar dan melakukannya boleh menjerumuskan diri kelembah kehinaan.
2. Umat Islam hendaklah sedar bahawa fitnah dan adu domba itu
boleh memecah belahkan perpaduan dalam masyarakat dan akhirnya
merosakkan sesebuah organisasi malahan kepada negara.

5
Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor

3. Umat Islam perlu sedar bahawa diam itu lebih baik, kita
bercakap apa yang perlu dan sebarkan hanya perkara yang
mendatangkan manfaat sahaja.
4. Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga lisan dengan baik dan
bijak supaya tergolong dalam kalangan orang-orang yang dilindungi Allah
SWT di dunia dan akhirat.
5. Umat Islam hendaklah berhati-hati dalam menerima sesuatu
khabar berita yang belum pasti kebenarannya, agar tidak terperangkap
dan membawa kepada fitnah.

ْ‫الرجي ِم‬
َّ ‫الشيْ َطان‬َّ َ َّ ‫َ ح ْ ح‬
ِ ِ ‫أعوذ بِاَّللِ مِن‬
ْ ‫َ ٓ َ ح ۡ َ ح ُۢ َ َ َ َ َ َّ ح ٓ ْ َ ح ح‬ ْ ٓ ‫َ َ ُّ َ َّ َ َ َ ح‬
‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا إِن جاءكم فا ِسق بِنبإ ٖ فتبينوا أن ت ِصيبوا‬ ٰٓ
َ َٰ َ ۡ ‫َ ۡ َ ُۢ َ َ َٰ َ َ ح ۡ ح ْ َ َ َٰ َ َ َ ۡ ح‬
٦ ‫قوما ِِبهلةٖ فتصبِحوا لَع ما فعلتم ن ِدمِني‬
“Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.

‫( ‏‏‬Surah al-Hujurat : 6).

6
‫‪Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫هللا ل ْي َو َل ُك ْم في ْال ُق ْرآن ْال َعظ ْيم‪َ ،‬و َن َف َعن ْي َوإ اي ُاكمْ‬
‫َبا َر َك ُ‬
‫الذ ْكر ْال َحك ْيم َو َت َق اب َل م ِّن ْي َوم ْن ُكمْ‬ ‫َ َ َ ِّ‬
‫ب َما ف ْيه من اآليات و‬
‫السم ْي ُع ْال َعل ْيم‪ُ.‬‬
‫الو َت ُه‪ ،‬إ ان ُه ُه َو ا‬
‫ت َ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ُ ُ َ ْ ْ َ َ ََ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ََ ُ‬
‫هللا العظيم لي ولكم ولسآئر‬ ‫أقول قولي هذا وأستغفر ِ‬
‫اس َت ْغف ُر ْو ُه إ ان ُه ُه َو ْال َغ ُف ْو ُر ا‬
‫الرح ْي ِمُ‬ ‫ْاْلُ ْسلم ْي َن َو ْاْلُ ْسل َمات‪َ ،‬ف ْ‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬
‫َا ْل َح ْم ُدل اله االذ ْي َج َع َل َنا م َن ْاْلُ ْسلم ْي َن‪َ ،‬و َر َز َق َنا منَ‬
‫الط ِّي َباتِ‪َ .‬أ ْش َه ُد َأ ْن اَّل إ َل َه إ ا َِّل ُِ‬
‫هللا َو ْح َد ُه ََِّل َشرْي َك َله‪ُ،‬‬ ‫ا‬
‫ص ِّل َو َس ِّلمْ‬‫َو َأ ْش َه ُد َأ ان ُم َح ام ًدا َع ْب ُد ُه َو َر ُس ْو ُل ُه‪َ .‬ا الل ُه ام َ‬
‫ص ْحبه َو َم ْن َتب َع ُهمْ‬ ‫َو َبار ْك َع َلى َس ِّيد َنا ُم َح ام ٍد َو َع َلى آلهِ َو َ‬
‫اُ ْ‬ ‫َ‬ ‫ِّ ْ َ ا َ ْ ُ َ‬ ‫َ‬
‫بإ ْح َس ٍان إلى يوم الدين‪ .‬أما بع ِد‪ ،‬فيا عباد هللا‪ ،‬اتقوا‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ْ نَ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫اَ ُ‬
‫الله‪ ،‬أوصيكم وإياي بتقوى هللا فقد فاز اْلتقو ‪.‬‬
‫‪Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,‬‬

‫‪Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan‬‬


‫‪melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada perbuatan‬‬

‫َّ َّ َ َ َ َ َ َ ح ح َ ُّ َ َ َ َّ َ َ ُّ َ َّ َ َ َ ح ْ َ ُّ ْ‬
‫‪keji dan maksiat.‬‬

‫بي يَٰأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا‬


‫لئِكتهۥ يصلون لَع ٱنل ِ ِ‬ ‫إِن ٱَّلل وم ٰٓ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َ َۡ َ َ ح ْ َ‬
‫عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫ا ُ ا َ ِّ َ َ ِّ ْ َ َ َ ِّ َ ُ َ ا َ َ َ‬
‫اللهم صل وسلم على سيدنا محم ٍد وعلى آله ِوأص ِحابه‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫أجمعي ِن‪ِ .‬‬
‫َ‬ ‫َ ُْْ ْ َ َ ُْْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ا ُ ا ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ُْ‬
‫اللهم اغفر للمسلمين واْلسلمات واْلؤمنين واْلؤمناتِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ٌ‬ ‫ْ‬ ‫ا َ َ ٌْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ ْ َ ُْ ْ َ َ‬
‫الحياءِ منهم والمواتِ‪ ،‬إنك سميع قريب مجيب الدعوات‬ ‫ِ‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫سلِمِ ِْي ِن‪َ،‬‬ ‫اْلُ ِْ‬ ‫َ اُ ا َ ا ْ ْ ََ َ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ََ َ َ ْ‬


‫س ِال ِم ِو ِ‬ ‫ال ِ‬‫ويا قاض ي الحاجات‪ِ .‬ا ِلل ِه ِم ِأعِ ِز ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ َ َ َ َ ُْْ َ َ َ َ ُْ ْ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬
‫وأهلك الكفرة واْلبتدعة واْلشركين‪ِ .‬‬
‫الم ْين‪َ ،‬و َن ْس َأ ُلكَ‬ ‫َ ا ُ ا ا َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ ا ُ َ ْ َ َ ِّ َ َ‬
‫ك ِ‬ ‫اللهم إنا نسألك ونتوسل إليك بنبي ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُْ َْ َْ َ َْ َ‬
‫بأسمآئك الحس ِنى‪ ،‬وصفاتك العظمى‪ ،‬أن تحفظ بعين‬
‫َ ََ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫ا‬ ‫َ‬
‫الرابان ايةِ‪َ ،‬وبحفظ وقايتك الصمدانية‪ ،‬ج ِاللة‬
‫َ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ع َن َايت َك اِ‬
‫ِّ‬ ‫َ َ ُ‬ ‫ُْ َ‬ ‫ُ‬ ‫ُْ َ‬ ‫َ َ ُْ َ ا‬
‫ملكنا اْلعظمِ‪ ،‬سلطان س ِال ِڠور‪ ،‬سلطان شرف الدين‬
‫ِّ‬ ‫ُ‬ ‫َ َ‬ ‫ُْ َ‬
‫ادريس شاه الحاج ابن اْلرحوم سلطان ص ِالح الدين عبد‬
‫الت ْوف ْيق‪َ،‬‬ ‫العزيز شاه الحاج‪َ .‬ا الل ُه ام َأدم ْال َع ْو َن َو ْاله َد َاي َة َو ِا‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ِّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ِّ ا َ َ ا َ َ‬
‫والصحة والسالمة منك‪ ،‬لولى عهد س ِال ِڠور‪ ،‬تڠكو أمير‬
‫الدين ادريس شاه الحاج‪ ،‬فِ ِيْ‬ ‫الس ْل َطان َش َر ُف ِّ‬ ‫َشاه ا ْبن ُّ‬
‫َ‬ ‫َ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ِّ َ َ َ َ َ َ َ ْ‬
‫أم ٍن وص ِال ٍح وعافي ٍة بمنك وكرمك يا ذاالجالل والكرام‪.‬‬
‫َ اُ ا َ ْ ُْ َُ َ ُ ْ َْ ُْ َ ا ْ َ َ ا ا َ ْ َ‬
‫اللهم أطل عمر ِهما مصلحين للموظفين والرعية والب ِالد‪،‬‬
‫ُْ َ َ ا َ‬ ‫َ ِّ ْ َ َ َ ُ َ َ‬
‫وبلغ مقاصدهما لطريق اله ِدى والرشاد‪.‬‬
‫ِ‬

‫‪Ya Allah, kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat‬‬


‫‪fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui Lembaga‬‬
‫‪Zakat Selangor, mewakaf harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan‬‬
‫‪menginfakkan harta pada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor‬‬
‫‪(TIJARI) dan kepada anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan‬‬
‫‪(YIDE).‬‬

‫‪9‬‬
‫‪Khutbah Jumaat 18 Februari 2022M /16 Rajab 1443H: “Fitnah Dan Tuduhan Palsu Di Media Sosial”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫َا الل ُه اِم َيا َداف َع ْال َب َالء‪ ،‬ا ْد َف ْع َع انا َه َذا ْال َو َب َاء َو ْال َب َال َِء َو ْاْلَ َرضَ‬
‫ف إ ان َك َع َلى ُك ِّل َش ى ٍءْ‬ ‫َ ا َ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ ْ ُ‬
‫والشدائد واْلحن‪ ،‬بلطفك يا لطي‬
‫َقد ْي ٌر َوب ْال َج َابة َجد ْير‪ٌ.‬‬
‫ب َنلَا م ِۡن أَ ۡز َوَٰج َنا َو حذر َّيت َنا قح َّرةَ أَ ۡع حني َو ۡ‬
‫ٱج َع ۡل َنا ل ِۡل حم َّتقنيَ‬ ‫َر َّب َنا َه ۡ‬
‫ِ‬ ‫ٖ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫خ َرة ِ َح َس َن ٗة َوق َِنا َع َذابَ‬ ‫َ‬ ‫ُّ ۡ َ َ َ َ ٗ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ ً َ َّ َ ٓ‬
‫إِماما‪ .‬ربنا ءات ِنا ِِف ٱدلنيا حسنة و ِِف ٱٓأۡل ِ‬
‫ٱنلَّارِ ‪.٢٠١‬‬
‫ۡ ح ۡ ََٰ‬ ‫َٓ‬ ‫َ َ َّ َّ َّ َ َ ۡ ح ح ۡ َ ۡ َ ۡ ۡ ََٰ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب‬ ‫عِباد اَّللِ‪ ،‬إِن ٱَّلل يأمر بِٱلعد ِل و ِ‬
‫َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ح َ َ ۡ َ ۡ َ ح ح ۡ َ َ َّ ح ۡ َ َ َّ ح َ‬
‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ‫وينه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ِۚ‬
‫‪٩٠‬‬
‫اش ُك ُر ْو ُه َع َلى ن َعمه َيز ْد ُكم‪ْ،‬‬‫َ ْ ُ ُوْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ ْ ُ ْ َ ْ‬
‫فاذكر ا هللا العظيم يذكركم و‬
‫ََُْ َ ا‬
‫الل ُه َي ْع َل ُم ماَ‬ ‫ُ‬ ‫َ ْ َُ ْ ُ ْ َ ْ ُ ْ ُ ْ ََ ْ‬
‫واسألوه من فضله يعطكم ولذكر هللا أكبر و‬
‫َ ْ َ ُ نَ‬
‫ت ص نع و ‪‌ .‬‬

‫‪10‬‬

Anda mungkin juga menyukai