Anda di halaman 1dari 85

1

2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures


Anak-anak di sana,

Di kala manusia serata dunia


masih terbelenggu,
Ayahmu hanya mampu berdoa
matahari terus bersinar,
Kasih sayang terus terlimpah,
Dan rahmatNya tidak terputus.

Kerana rindu itu pasti.

***

Teruskan bersenyum pada


mereka yang tertarik kepada
setiap dirimu.

SETH UMAIR FIRDHAUS


AMELIE IMAN FIRDHAUS
NADINE AISHA FIRDHAUS
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

1 Memang Saya Sengaja Tidak Mahu Buat


Template Sebab Saya Pemalas Orangnya 6
2 “Dah Kau Pun Nak Tulis Pasal
Copywriting?” 12
3 Surat Cinta Pertama 18
4 Risau Apa Tak Tere Buat Copywriting?
Kita Sebenarnya Buat Tiap-Tiap Hari Kot! 27
5 Lupakan Format Karangan SPM Yang
Anda Belajar Dulu 34
6 Copywriting Ni Takde Betul Atau Salah.
Hanya Ada Orang Nak Click Atau Tak. 43
7 Nak Pandai Buat Copywriting, Bukan Saja Tulis
Tiap-Tiap Hari. Kena Juga Membaca Tiap-Tiap Hari. 47
8 Takde Istilah Nabi Copywriting. Semua Orang
Punya Draf Pertama Buruk Nak Mati! 51
9 Apa Langkah Pertama Kita Tadi? Faham,
Faham Dan Faham Pembaca Kita. 59
10 Tiga Baris Pertama Dalam Facebook Ads
Tu Tolong Buat Elok-Elok. 64
11 Memang Takde Nabi Copywriting Tapi Kau
Jangan Tulis Macam Setan! 73
12 Akhir Kata 81
13 Sejenis Upsell Yang Memang
Tak Malu! 84
4
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

NOTA
Memang niat saya.

Untuk ebook ini, saya sengaja menulis seperti mana ramai yang
suka menulis di Facebook, Instagram dan portal-portal sensasi.

Tapi saya cuba untuk tidak menulis seperti di dalam Whatsapp dan
WeChat.

Memang perbezaannya sangat ketara.

Ebook ini ialah sebuah eksperimentasi bahawa kita lebih mudah


untuk mengenali dan memahami satu sama lain tanpa batasan
penggunaan bahasa.

Saya memang tidak ada niat untuk menyinggung sesiapa yang


membaca ebook ini.

Dan saya sangat setuju dengan peribahasa orang lama,

‘Orang berbudi, kita berbahasa.’

Dah bayar, dah beli.

Terima kasih banyak-banyak, boss.

5
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
1

MEMANG SAYA
SENGAJA TIDAK
MAHU BUAT
TEMPLATE SEBAB
SAYA PEMALAS
ORANGNYA
1
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Betul.

Memang saya malas nak berikan template-template copywriting


sebab saya malas.

Lagi satu - copywriting ni subjektif.

Boleh jadi.

Boleh tak jadi.

Asyik tiru je kalau semua tak jadi, camana tu?

Daripada saya tipu diri sendiri dan tipu anda, baik saya cakap awal-
awal ebook ini memang takde teknik dan template yang boleh jana
sales untuk anda.

(Kejap, sebenarnya aku yang malas ke kau yang malas?

7
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
1
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Nak tiru je kan?

Gurau je boss.

Tapi memang tak boleh refund.

Huhu!)

Saya memang nak ciptakan ‘ruang pemikiran’ untuk kita semua.

Saya nak anda sedar kalau saya boleh tulis copywriting yang dapat
hasil - anda pun boleh.

Saya nak anda tolak tepi skrip, “Alamak… susahnya nak buat
copywriting ni….”

Ebook ini memang takde bonus video-video macam Masterclass


Video Facebook Ads atau Panduan Tiru Audience Facebook Ads
saya.

Tolong mula membaca.

Dengan membaca ni, kita boleh perbaiki frasa kata, penggabungan


dan susunan ayat.

Kita jadi pandai olah ayat jadi lebih menarik.

Kita boleh ambil perkataan-perkataan yang sesuai dalam membina


sebuah ayat yang sangat-sangat relevan.

Contohnya:

Perh, dia punya goyang boleh sampai subuh! Boleh patah tulang
pinggul!

Atau yang ini;

8
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
1
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Sang isteri lebih mahu beradu bersama dengan anda. Masih mekar
sehingga ke subuh hari!

Dua-dua bestkan?

Cuma mungkin yang kat atas lebih ‘kasar’ dan yang bawah ada
sedikit ‘classy’ walaupun kita tau la apa benda orang ni nak jualkan....

Tak kira la penggunaan bahasa tu bukan yang diiktiraf oleh Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Saya nak kongsi pasal copywriting dalam Facebook dan Instagram


kot.

Bukan nak ajar anda buat cerpen Marilah Sayang.

Ebook ini jugak takda teknik.

Ebook ini pembuka minda tentang copywriting.

Anda pernah pergi seminar motivasi Bara Bara Bere Bere?

9
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
1
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Ah, ebook ini memang macam tu.

Macam seminar motivasi anda.

Sejenis motivasi yang konon-konon boleh tampar muka kau yang


asyik tiru template je.

Anda kena baca ebook ini.

Kalau boleh anda baca ebook ini dari awal sampai akhir.

Dari kulit muka depan sampai ke kulit muka belakang.

Dah habis baca ebook ini - percayalah anda akan lihat copywriting ini
ialah kerja yang;

KENA buat.

MESTI buat.

Dan akhirnya….

SENANG buat.

Ke kalau pergi seminar tu, tengah ramai menari korang balik dah?

Sebenarnya lepas ebook ini - saya ada sebuah lagi ebook Copywriting
yang betul, penuh dengan teknik (nantikan!) dan tips - saya janji
terus jadi kacang.

Eh betul la macam seminar!

Ada upsell!

10
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
1
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

:P
.
.
.
.
.

Saya tipu.

Dalam ni ada teknik sikit-sikit.

Biarlah murah pun, tapi kasih sayang cenggini!

Semoga membantu!

11
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
2

“DAH KAU
PUN NAK
TULIS PASAL
COPYWRITING?”
2
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Tergelak saya.

Bisik hati,

“Kenapa tak boleh pulak?

Masa aku kerja dengan Dealmates.com dulu aku tulis press release
bagi kat Bernama kot.

Kau tak tau berapa banyak copy aku tulis ngan edit masa aku kerja
Go Shop dulu?

Copywriting campaign semua aku belasahkan.

Copywriting kat website dan campaign Pizza Hut semua aku buat.

Aku belajar Copywriting dulu B+ kot!”

13
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
2
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Tapi tu bisik hati lah.

Dia tak tau pun saya kutuk dia dalam ebook ni.

Ada orang nak beli pulak tu.

“Kau tunggu.

Cukup tiga bulan, aku screenshot sales aku.

Baru kau tau, siapa Firdhaus Muntazar.”

Bisik hatilah…. Hati orang kena jaga.

Saya menjawab.

“Tapi aku nak kasi free lah. Paling mahal pun RM9.90!”

“Serius ah…. Kau dah kenapa?”

“Kenapa tak boleh?”

“Kau jangan buat content sampah please.”

Saya diam je la.

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hidup saya ni penuh


dengan penulisan.

Sejak dari kecil saya suka baca.

Adik-beradik lain dapat mainan, saya dapat buku.

Saya suka bersajak, berpuisi since dari time sekolah lagi.

Saya wakil zon Bangsar untuk Pertandingan Pantun Sirih Pulang ke


Gagang pada tingkatan 3.

14
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
2
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Masa kat MRSM Muar, saya wakil sekolah pulak.

Entah mana mak saya simpan pingat-pingat tu semua.

Buat kumpul habuk.

Saya memang suka menulis.

Tapi sejak kebelakangan ini saya baru sedar segala penulisan kita ni
adalah untuk satu sebab je...

Nak sampaikan satu mesej.

Dan mesej tu sebenarnya untuk penerima, menerima.

Menerima cadangan kita.

Menerima penolakan kita.

Menerima apa yang kita nak jual.

Menerima pelawaan kita.

Menerima cinta kita.

(Korang tunggu kejap lagi saya ada satu love story.)

Menerima maklumat kita.

Menerima persetujuan kita.

Menerima apa segala kita nak sampaikan.

Saya fikir balik, saya tulis apa jenis karya sekali pun - pantun, sajak,
press release, nama kempen, iklan dan sebagainya - semuanya amik
tiga langkah penting iaitu;

15
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
2
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Langkah Pertama:
Penyampai menyampaikan satu mesej melalui penulisan
(memanglah, geng. Duh….)

Langkah Kedua:
Penerima menerima apa yang nak disampaikan.

Langkah Ketiga:
Kedua-dua penyampai dan penerima, bersetuju dan faham pada
satu mesej yang sama.

Simple kan?

Itulah definisi copywriting yang paling simple sekali dalam segala


sejarah, penulisan dan pembelajaran copywriting.

Anda rasa kena kreatif ke?

Kreatif bagai nak rak, tapi mesej tak sampai, apa pun tak dapat geng.

Tapi saya rasa ada satu benda tertinggal kat sini.

Simple sangat kan?

“Kalau simple macam ni, apasal ramai je orang buat ads tak jadi-
jadi?”

Member saya ni memang nak kena tampar rasanya.

Sebab sememangnya tak semudah itu.

Sepatutnya ada satu langkah lagi sebelum Langkah Pertama kita


tadi, iaitu;

Penyampai MESTI;

Faham dulu keadaan, situasi dan perasaan penerima.

16
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
2
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Faham?

Langkah-langkah ini saya nama Empat Langkah Asas Copywriting


ataupun ELAC.

Jadi kalau kita buat susun balik langkah-langkah yang saya kasi tadi,
dia jadi macam ni:

Langkah Pertama:
Penyampai perlu faham keadaan, situasi dan perasaan penerima.

Langkah Kedua:
Dah faham, baru penyampai menyampaikan mesej melalui
penulisan yang nyata, terang dan penuh keyakinan.

Langkah Ketiga:
Barulah, penerima menerima apa yang disampaikan dengan
mudah.

Langkah Keempat:
Kedua-dua penyampai dan penerima, bersetuju dan faham pada
satu mesej yang sama.

Ingat okay Empat Langkah Asas Copywriting ni!

Penat aku fikirkan langkah-langkah ni.

Ini magic ni.

Paling kena ingat ialah Langkah Pertama.

Kena faham pembaca atau prospek dulu.

The end.

17
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3

SURAT CINTA
PERTAMA
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Zaman saya sekolah dulu memang takde internet, email atau


Whatsapp.

Paling hebat masa time tu kitorang tak hack internet.

Saya suka hack public phone.

Pernah tengok public phone?

Rasanya yang muda-muda ni jangan cakap tengok, dengar pun tak


pernah.

“Apa public phone tu doooooww?”

(Aku tak bodoh, doooow.)

Saya belajar kat Maktab Rendah Sains Mara Muar pada tahun 1995.

Girlfriend first saya sebenarnya jiran kat kawasan rumah.

Tapi entah macam mana, dapat tahu dia Sekolah Menengah Sains
Muar.

19
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kira rival school la kat Muar tu.

Tapi kitorang macam Romeo and Juliet.

Orang lain bergaduh kat bus stand.

Kitorang main-main kaki.

Gitteeeeeeew….

So kalau takde Whatsapp, takde handphone, kitorang selalu tulis


surat la.

Pada mulanya hanya berkawan dan lama-lama ‘cintaku terhadap


dirinya berputik’.

Saya ingat lagi surat cinta pertama saya.

Memang berbunga.

Bermadah bagai.

Tulis memang dalam English la geng - barulah orang impressed.

Pada saya tulis love letter untuk kali pertama tu macam kontrak
hidup pertama.

Mana taknya.

Memang satu proposal kan?

Memang satu permintaan persetujuan antara penyampai dan


penerima.

Saya nak kasi cinta saya kat orang ni.

Tinggal cinta tu diterima atau tidak je.

20
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Memula tanya khabar dulu.

Memang kena tanya khabar sebab kita kena tunjuk kita care kat dia.

Kita kena tunjuk kita sentiasa teringat kat dia dari ayat pertama lagi.

Lepas tu saya cerita pasal dia.

Ini penting, guys.

Nak perempuan suka kat korang?

Bukan cerita pasal diri kau.

Cerita pasal dia.

Pasal dia je.

Dia. Dia. Dia.

Dia je lah betul.

Eh, ini dah cerita lain.

Kita teruskan...

21
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Saya tulis, kenapa dia selalu buat saya tersenyum sorang-sorang


kalau teringat kat dia.

Saya cakap dia cantik manis, tahi lalat kat bibir dan sebagainya la!

Saya cakap dia cakap sopan santun tapi kalau part nak bergaduh
mulut kalah kaki mabuk depan nightclub.

(Kelakar itu penting, guys! Perempuan suka laki kelakar. Lagi-lagi


kelakar comel.)

Saya cakap la kenapa saya selalu jadi excited tiap-tiap kali dapat surat
dia.

Dan semuanya yang best tentang dia lah.

Kasi dia happy dulu.

Kasi dia rasa, “Oh my god… this guy knows me well!”

Rasa special kan?

Macam burger spesel tepi jalan telur balut double.

Lepas tu baru saya buka cerita apa saya sanggup buat demi cinta
pada dia.

Takde nak merepek - lautan api sanggup aku renangi - semua tu


takde.

Saya tau masa tu saya takde apa pun.

Saya budak sekolah je kot.

Memang takde bulan bintang la geng.

Tapi saya cakap la saya sanggup panjat pagar hujung minggu, naik
bas pergi jumpa dia kat wayang.

22
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Lepas tu perempuan walau macam mana pun, biarlah tak


materialistik, tapi diorang ni suka ada sense of security.

Saya cakap la tiap-tiap malam saya study.

Saya nak belajar kat US.

Nak amik Architecture.

Dan paling last sekali, ayat paling cliche (ini kira ayat last call):

“Hati saya hanya satu dan saya letakkan awak di dalam tempat yang
paling istimewa di dalam hati yang sentiasa kosong ini.”

Itu komitmen dan gerenti saya pada si girlfriend, walaupun takde


apa.

Kemudian, saya berikan soalan yang dinanti-nantikan.

‘Would you like to be my girlfriend?’

Saya roll up lagi beberapa ‘faedah’ kalau dia betul jadi girlfriend saya.

Benda bonus!

Masa tu mak ayah ada satu kereta extra di rumah.

23
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kereta lama Mitsubishi Colt, manual.

Gear ada 4 je.

Saya janji dengan dia, lepas SPM, saya nak amik lesen dan bawak dia
jalan-jalan Sungai Wang dan Lot 10 kat KL.

Bonus beb.

Kau hado?

Akhir sekali, saya tutupkan dengan satu call-to-action.

“I guess, that is what I have always wanted to ask. I hope you would
say yes and accept my love.

I look forward to hearing from you soon.

And I pray, the next letter, with my heart in your hands.”

Dia reply boss!

Girlfriend selama empat tahun.


.
.
.
.

Je.

24
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kalau cerita pasal copywriting untuk Facebook dan Instagram Ads


pun sama jugak ikut empat langkah tadi.

Sama jugak macam tulis surat cinta tadi.

Memang kena faham dulu audience kita.

Faham yang baca tu guna bahasa apa.

Faham masalah, kesulitan, kerisauan dan ketakutan diorang ni.

Faham juga kejayaan diorang.

Barulah copywriting kita paling best dalam post dan ad yang boleh
kasi hasil.

Hasilnya seperti yang macam saya ada sebutkan di dalam ebook dan
Masterclass Video Facebook Ads dan ebook-ebook lain iaitu clicks,
messages, leads dan sebagainya.

Bukan sales ya boss.

Tak pernah sales.

Facebook Ads bukan mesin ATM.

Copywriting dalam Facebook samada pada post atau ad tidak boleh

25
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
3
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

menjanjikan satu persetujuan untuk sales.

Ianya boleh berikan satu call-to-action untuk penerima click kat link
dan button je.

Apsal pulaaaaak?

Sebab Facebook, Instagram, Tik Tok, Twitter dan sebagainya ni


tempat bersosial.

Untuk menulis copywriting yang menjual saja, orang boleh turn off,
boss.

Biarlah you tulis PERCUMA 1, FREE 2 - orang mungkin tak mahu


click.

Dia jadi ragu-ragu.

(Tapi mungkin juga dia click, sebab dia nak tahu sangat apa yang
free.

Tapi leads tu mungkin tak berkualiti la.)

26
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
4

RISAU APA TAK


TERE BUAT
COPYWRITING?
KITA SEBENARNYA
BUAT TIAP-TIAP
HARI KOT!
4
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

“Aku tak macam kau, bro.

Kau tulis, orang nak baca.

Kau bila cakap, orang nak dengar.”

Serius ke boss?

Mula-mula sekali set kat dalam kepala...

Zaman sekarang, semua orang DAH jadi penulis.

Zaman dulu proses nak terbitkan satu karya tu - ya Rabbi….

Jadi pengarang profesional pun tak tentu boleh cari makan.

Tak tentu buku tu jadi bestseller la.

Saya tau benda ni sebab saya kerja tiga tahun dalam industri
penerbitan majalah dan buku.

Sekarang tulis macam apa je.

Dapat 5.4K likes, comments dan shares - fuh, rasa macam New York
Times Bestseller la.

Rasa macam content viral kau tu dah menyelamatkan seluruh dunia


la.

28
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
4
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Point saya yang PERTAMA ialah, kalau


anda rasa anda tak boleh menulis - itu
tipu.
Sebab kita menulis setiap hari.

Kita tulis kat Facebook dan Instagram.

Kita cuba nak sampai satu mesej, satu nasihat, satu cerita yang
produk kita ni dah menolong ramai rakyat Malaysia ni dalam satu
post untuk satu benda je.

Untuk penerima (Audience, Followers dan Fans) engaged


dengan kita.

Lagi best, kita nak dia komen PM.

Lagi lagi best, kita nak dia click button Learn More tu.

Jangan cakap tak boleh menulis.

Lagi?

29
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
4
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kita tulis kat Whatsapp.

Kita reply setiap mesej dalam Whatsapp tu cuba nak close sales.

Kita buat skrip.

Memang last-last kita sendiri pandai-pandai modified skrip tu ikut


rentak bualan dalam Whatsapp, kan?

Tak follow pun skrip tu 100%.

Kita memang seorang penulis tanpa kita sedar.

Nak lagi?

Orang sibuk komen, kutuk, dengki - saja nak trigger kau.

Saja nak buat kita down.

Kita reply elok-elok.

PM dia balik kat Messenger.

Sampai dia beli.

Itu menulis tu.

Cuma, mungkin… MUNGKIN kita rasa penulisan kita tak best.

Copywriting tak kreatif.

Copywriting tak menjentik emosi.

30
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
4
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Saya nak anda ingat balik Empat Langkah Asas Copywriting yang
berbuih cakap awal-awal tadi.

Takde saya sebutkan kita kena kreatif bersajak, bermadah puisi nak
buatkan pembaca faham apa kita nak sampaikan.

Kita faham pembaca.

Kita sampaikan mesej.

Pembaca faham.

Kita dan pembaca setuju pada mesej.

Point KEDUA ialah kalau nak jadi


copywriter yang selalu dapat clicks -
memang satu je cara dia.
Kena menulis tiap-tiap hari.

Tapi anda jangan tulis sebab anda rasa ini kerja anda.

31
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
4
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Nanti jadi beban.

Memang secara semulajadinya menulis ini lumrah seorang peniaga.

Kita berniaga, kita kena pandai pujuk hati prospek supaya...

Dengar cakap kita.

Baca penulisan kita.

Tengok video kita.

(Copywriting bukan pada penulisan kat post atau ad tau boss? Kat
video skrip pun juga penting!)

Dan jangan buat suka-suka ja.

Kita lakukan, sesuatu biar ada objektif dan matlamat.

Customer lari la geng.

Bayangkan orang muka masam kat counter KFC, dalam hati kita
cakap, “Kau ni kalau tanak kerja, jangan kerja. Muka masam kau
boleh rasa sampai kat ayam spicy aku la.”

32
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
4
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kena practise tiap-tiap hari.

Kita ada sentuh pasal kreativiti sikit dalam point pertama tadi.

Kalau cakap pasal perbaiki, boleh letak sedikit kreativiti.

Benda paling senang ialah menggunakan perkataan-perkataan


yang relevan dan trending.

Contohnya:

Gitteeeeew…

Hai sis!

Bossku!

Memang tak lari, geng.

Bagi pembaca lebih menerima dan lebih relaks.

Tapi, jangan over use.

Dan kena selalu tengok siapa Audience kita.

Kau jangan “bro” kan pakcik pergi surau lima waktu sehari.

Dia mungkin tak faham.

Tak pasal kena sekolah kat dalam Whatsapp tu nanti.

33
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5

LUPAKAN FORMAT
KARANGAN SPM
YANG ANDA
BELAJAR DULU
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Masa kat MRSM dulu, Cikgu Sheikh ialah cikgu Bahasa Melayu saya.

Dia memang baik.

Tapi dia ganas geng.

Kau terlelap sesaat, memang hinggap marker pen kat muka.

Pernah kena?

Format SPM tahun 1995, dia ajar kena ada:

Pembuka hujah.

Perenggan pertama ialah hujah pertama.

Perenggan kedua ialah hujah kedua.

Perenggan ketiga ialah hujah ketiga.

Penutup hujah.

Siap.

Masa SPM dia ajar format macam tu sebab nak senang semak.

Boleh bayangkan tiap-tiap tahun ada 400,000 orang amik SPM.

Macam-macam style dan format.

Tak sakit cikgu nak menyemak?

Lagi satu sebab ialah senang nak score kalau ikut format.

Buat format macam tu je confirm dapat markah!

Kalau guna format sama untuk letak kat Facebook dan Instagram -
jadi tak?

35
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Tak jadi boss.

Melainkan anda buat ucapan untuk politician.

Chedet tulis post pun tak ikut format SPM.

Cuba tengok contoh post dia:

Ramai cikgu copywriting kat luar sana ajar beberapa teknik dan
format.

Bila dilihat semula teknik-teknik ni semua, memang semuanya ada


enam elemen penting yang saya panggilkan sebagai...

36
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

6 Elemen Penting Copywriting


(Wow, original sangat nama ni...Macam takde nama lagi kreatif.)

Memahami - ini penting!

Memujuk - pujuk orang dengan faedah atau memberi jalan


penyelesaian.

Membantu - dah pujuk rayu bagai, kasi jalan penyelesaian untuk


membantu dengan produk.

Meyakinkan - ini part susah sebenarnya. Sebab nak yakinkan orang


ada macam-macam cara.

Menakutkan - takutkan orang kalau tak beli benda alah ni, memang
rugi la.

Menyuruh - ini omputih panggil Call-To-Action. Suruh orang click


button sekarang!

Tidak semestinya di dalam copywriting ini kena ada semua elemen


ni.

Cukup kalau ada minimum empat elemen.

Contohnya:

Memahami, memujuk, meyakinkan, menyuruh.

Atau boleh begini:

Memahami, memujuk, menakutkan, menyuruh.

Nampak tak saya selalu mula dengan memahami dan last sekali
saya menyuruh.

Sekali lagi dari Empat Langkah Asas Copywriting, kita kena faham.

37
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Bila faham baru prospek akan stop dan berhenti baca copywriting
anda.

Dan saya mesti suruh dia click pada button Learn More atau link.

Sebab saya nak sales, saya kena suruh dia click untuk pergi ke
website atau Whatsapp la.

Ada banyak format dan teknik di luar sana dalam membentuk


sebuah copywriting.

Salah satu teknik yang orang selalu pakai dan paling simple ialah:

Teknik AIDA
Attention atau Awarenes - Untuk perenggan pertama, pastikan
ayat-ayat boleh buat pembaca berhenti scroll kat Facebook dan
baca. (Memahami)

Interest atau Inspire - Perenggan kedua, mesti memberikan


inspirasi untuk pembaca membeli atau menaikkan minat untuk
mengetahui lebih lanjut. (Memujuk)

Desire - Perenggan ketiga membuatkan pembaca rasa kagum dan


memang nak sangat beli. (Membantu dan Meyakinkan)

Action - Perenggan terakhir menyuruh pembaca click pada button,


PM, message dan sebagainya (Menyuruh)

Kalau saya berikan satu contoh copywriting menggunakan teknik


AIDA ini, boleh je tengok kat bawah:

COPYWRITING AIDA ELEMEN

“Kain MEWAH ORANG Attention Memahami


BANGSAWAN. Cutting slimfit suit
BAGAI ANAK RAJA. Tapi harga
MARHAEN.Siapa nak kasi? Sekali
MEMANG BETUL memang ada
betul anak Raja beli!

38
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

COPYWRITING AIDA ELEMEN

.
Kami dari RQAL EXCLUSIVE
memang berani kongsi
dan cakap - harga kami lagi
berpatutan dari jenama yang
lain.

BAJU MELAYU RQAL EXCLUSIVE Inspire Memujuk dan


- BAGAI SEORANG RAJA - membantu
SEMESTINYA PALING SEGAK,
ANGGUN DAN EKSKLUSIF.
.
■ HARGA MARHAEN - Orang
ingat harga beribu tapi
rupanya…

BAJU MELAYU RQAL EXCLUSIVE


- BAGAI SEORANG RAJA -
SEMESTINYA PALING SEGAK,
ANGGUN DAN EKSKLUSIF.
.
■ HARGA MARHAEN - Orang
ingat harga beribu tapi
rupanya… Sendiri click kat
bawah, kita check sendiri.
.
■ Cutting slimfit suit - memang
segak, terletak kain pada badan
- BAGAI BANGSAWAN DAN
RAJA
.
■ Memang padan dengan kain
sejuk dan selesa - KAIN MEWAH
SEPERTI BERADA
.
■ Senang nak ambil wudu’ - ada
zip dan senang lipat
.

39
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

COPYWRITING AIDA ELEMEN

. Inspire Memujuk dan


■ PERCUMA BUTANG membantu
EKSKLUSIF! - Bertatah batu.
memang terbaik! Ada class, ada
edge!
.
■ PERCUMA PIN LOGO
EKSKLUSIF! - Ada jenama lain
buat macam ni? Takde kan?
Sekadar sulam? Ini pin bossku.
.
■ PERCUMA KAIN SAMPING
EKSKLUSIF SEKALI! - Ada
jenama lain kasi? Takde
kaaaaan?

Sudah bos? Desire Menakutkan


.
Jangan lambat!
.
Tahun lepas sekejap je habis.

Tahun ini semua orang beli


online.
.
LAGI LAJU HABIS!
.
AMARAN: LAST CALL
PENGHANTARAN 16 MEI 2020.

Jom bossku!” Action Menyuruh


.
https://www.rqalexclusive.com.
my/rq/promosiraya/

Ada satu lagi teknik copywriting yang ramai pakai tapi dia macam
sedikit kasar.

40
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Sebab ada elemen menyucuk jiwa sikit.

Saya suka sangat pakai teknik ini bila buat Retargeting Campaign
saya.

Tu pasal korang jadi sakit hati sampai ‘ter’beli.

Huhu!

Teknik PAS
Problem - Kita ceritakan problem pembaca ni dulu. (Memahami)

Agitation - Kita berikan ayat-ayat yang menyucuk jiwa sampai


tak tahan, pembaca nak kena ambil jugak produk atau servis kita.
(Memujuk ke Menyucuk?)

Solution - Kita berikan jalan penyelesaian kita iaitu produk dan servis.
Tapi kena juga berikan faedah, bonus dan sebagainya. (Membantu
dan Menyuruh)

Cuba tengok contoh kat bawah ni sebagai rujukan:

COPYWRITING PAS ELEMEN

Stalk saya ke teeeeeewww? Agitation Memahami (dan


Assalamualaikum! menyucuk jiwa)
What’s up boss!

Jangan close video ni, please. Problem Memujuk


Saya dah ulang berkali-kali. Boss
dah jumpa video saya berkali-kali
tapi masih tak percaya? Masih
nak stalk saya? Masih mencari
cara-cara macamana saya boleh
target boss?

Boss... you jangan pening Solution Membantu


kepala stalk saya keluar masuk

41
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
5
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

COPYWRITING PAS ELEMEN

Instagram dan Facebook saya


tu... you terus dapatkan Kelas
Online FB Ads Bootcamp
Revolusi Online.

Saya sendiri ajar! Saya sendiri


akan kongsi macam mana
syarikat-syarikat besar buat
Facebook Ads! Macamana
mereka kejar prospek.
Macamana mereka dapatkan
repeat customers. Macamana
mereka sentiasa buat prospek,
leads, customers sentiasa
teringat kat produk dan jenama
mereka.

Apa lagi?
Klik di bawah sekarang. Kita terus
closing. #sayajual.
Swipe up. Kita terus closing.
#sayajual.

Jangan stalk saya lagi. Sebab Agiation Menakutkan


iklan saya akan sentiasa
mengekori anda...
Thank you very much!

Ada banyak lagi sebenarnya teknik dan format yang anda boleh
gunakan.

Tapi memang confirm lah teknik karangan SPM tu tak boleh pakai.

Kadang-kadang takde teknik pun jalan je.

Janji ada elemen-elemen yang saya dah cakapkan tadi.

Nampak dah kan?

42
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
6

COPYWRITING
NI TAKDE BETUL
ATAU SALAH.
HANYA ADA
ORANG NAK CLICK
ATAU TAK.
6
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kalau ada orang cakap kat anda, copywriting anda tak best
langsung, anda tolong cakap kat dia, #silameninggal.

Sebab sedap pada dia membaca, tidak semestinya sedap pada


orang lain.

Ini baru cakap sedap.

Sekadar sedap je tak jadi apa boss.

Orang nak, sedap dan convert.

Convert kepada clicks.

Convert kepada sales.

Kan?

44
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
6
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kalau orang tanya saya, copywriting ni


kena panjang ke pendek?
Saya sebenarnya tak tau nak jawab macam mana.

Sebab copywriting yang paling bagus ialah yang convert.

Tak kreatif takpe.

Tak bermadah takpe.

Tapi nak penerima atau pembaca atau prospek kita ni FAHAM dan
take action.

(Ingat lagi balik Empat Langkah Asas Copywriting saya tadi!)

Kalau panjang-panjang tulis tapi tak faham, tak nampak kemahuan


dan keperluan untuk membeli, tak convert lah.

Kalau tulis pendek-pendek tapi tak padu atau tak meyakinkan pun
tak convert jugak.

Jadi nak panjang ke pendek?

Jawapannya ialah biarlah copywriting anda menyentuh sedikit


sebanyak elemen-elemen penting copywriting yang saya kongsikan
tadi.

Kalau boleh masuk 2-3 elemen (Memahami, Membantu dan


Menyuruh) dalam tiga ayat - kau hebat, boss.

Kalau convert - KAU BEST!

Oh lupa.

Tulis panjang-panjang ni tak salah cuma jangan melebihi 2,200


characters termasuk huruf, nombor, simbol, emoji dan space.

45
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
6
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kalau lebih, tak lepas nak masuk dalam Instagram Ads.

Dalam Facebook Ads okay.

Kalau orang cakap copywriting anda tak


menjentik emosi, tolong jentik dia please?
Jentik tang mana tu, pada anda.

Huhu.

Sebabnya ialah mungkin dah terlampau ramai yang buat percubaan


men’jentik’ emosi ni.

Tapi cuba buat copywriting tiga ayat yang biashe-biashe camni:

Kau tak kuat semalam.


Aku kasi kuat nak? Confirm memang kuat.
Kalau berani nak jadi kuat, tekanla. Aku cabar.

Lagi sekali, tapi kali ini saya letak elemen yang saya sebutkan tadi.

Kau tak kuat semalam. (Memahami)


Aku kasi kuat nak? Confirm memang kuat. (Membantu dan
Memujuk)
Kalau berani nak jadi kuat, tekanla. Aku cabar. (Menyuruh)

Saya rasa, lagi ramai orang nak tekan kot.

Sebab direct to the point.

Tak payah nak bermadah, nak berbunga.

Ayat biashe-biashe je.

Tapi dia jadi standout sebab kalau 10 copywriting berbunga, tiba-tiba


ada satu yang biasa dan direct to the point - MUNGKIN orang akan
click.

Logik mungkin?

46
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
7

NAK PANDAI BUAT


COPYWRITING,
BUKAN SAJA
TULIS TIAP-TIAP
HARI. KENA
JUGA MEMBACA
TIAP-TIAP HARI.
7
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Memang kena membaca.

Tak kisahlah nak baca apa pun.

Kalau cita-cita nak buat copywriting yang best dan convert untuk
Facebook Ads, kita cuba banyak baca post orang.

Banyak baca ads orang.

Jangan baca saja suka-suka.

Tapi baca dan telaah kenapa post dan ads


diorang banyak engagement.
Nak tau dia banyak click tu memang tak dapat la.

Apa topik dia tulis?

Bagaimana struktur penulisan?

Bagaimana flow atau jalan cerita yang dia aturkan?

Ada lawak tak?

Ada sinis, ada sindir?

Lengkap tak elemen-elemen yang saya sebutkan tadi?

Lepas tu ada tak 4 langkah yang saya kongsikan dari awal lagi?

Sampai tak mesej dia?

Setuju tak?

Soalan cepu emas - ada rasa nak click tak?

48
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
7
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Rasa-rasa nak belajar lebih banyak lagi,


baca website-website atau artikel-artikel
sensasi, gosip dan retis.
Sebab apa?

Sebab penulis-penulis artikel sebegini memang pandai goreng.

Memang pandai olah sebuah cerita yang sekecil api mancis sampai
marak membakar.

Cerita dia kecik je - boleh jadi masalah negara.

Baca dan belajar bagaimana diorang ni tulis headline.

Bagaimana headline tu boleh buat orang nak click baca.

Guna headline tu untuk olah tiga baris pertama anda.

Sama juga dengan cara kita study post dan ad orang tadi, cari
penggunaan elemen-elemen dan langkah-langkah yang saya
kongsikan.

Dan paling penting, mesejnya sampai atau tidak?

Tergerak tak hati tu nak mengutuk retis tu?


.
.
.
.
Kalau tergerak sedikit pun, bahaya.

Pegi istighfar banyak-banyak.

49
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
7
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Mudah terhibur betul la kau ni.

50
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
8

TAKDE
ISTILAH NABI
COPYWRITING.
SEMUA ORANG
PUNYA DRAF
PERTAMA BURUK
NAK MATI!
8
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Takde orang yang sempurna dalam dunia ni.

Itu je.

Walaupun orang tu penulis atau pengarang tersohor - dapat royalti


berjuta-juta pun - draf pertama dia BURUK.

BURUK NAK MATI.

Draf pertama memang BURUK.

Jadi kalau anda rasa down sebab draf pertama BURUK (dah empat
kali aku cakap buruk), jangan risau.

Semua orang pun down.

Eh.

Semua orang punya pun BURUK.

Jadi kalau buruk tu nak buat macam mana?

Rilek je.

Buat tak tau.

52
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
8
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Serious.

Buat tak tau.

Baca sekali.

Lepas tu buat benda lain.

Tak perlu fikir atau stress.

Lepas tu tengok balik dan edit mana yang perlu.

Lain orang lain caranya.

Macam saya, saya suka buat 3 draf sebelum ke draf muktamad.

Draf PERTAMA, memang saya akan tulis


ikut hati dan tanpa henti.
Dah faham pembaca, segala unique selling points, faedah dan
sebagainya, saya terus menulis tanpa henti.

Saya tak kisah ejaan dulu.

(Ejaan tu penting boss. Ejaan ialah skill yang membezakan anda


lebih bijak daripada peniaga lain.)

Saya tak kisah tatabahasa.

Saya tulis mengikut aliran dalam kepala.

Draf pertama hanya menangkap aliran dan struktur jalan cerita.

Saya tuliskan segala yang perlu.

Draf pertama sepatutnya sudah menyampaikan mesej walaupun


tidak berapa jelas.

53
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
8
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Dan draf pertama sepatutnya sudah mengandungi faedah-faedah


dan unique selling points.

Oh, satu lagi saya lupa nak cakap.

Selalu draf pertama ni saya akan buat pada bila-bila masa.

Bila terlintas di kepala.

Bila idea datang tiba-tiba.

Dan saya selalu tulis draf ni dalam phone saya dulu.

Dah settle draf pertama?

Baca, dan biarkan dulu.

Pergi buat benda lain.

Draf KEDUA selalunya saya akan buat


segala edit, pertukaran, pengurangan dan
penambahan.
Perasan tak kadang-kadang bila kita postkan sesuatu dalam
Facebook dan Instagram, lepas dah post rasa menyesal.

Konon-konon mencurahkan segala isi hati yang tak pernah puas ni,
kan?

Sekali baca balik, menyesal.

Delete post.

54
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
8
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Nasib baik boleh delete post.

Tapi kalau post tu nak buat ad?

Atau lagi teruk, guna terus buat ad?

Tak rugi duit kat situ?

Okay begini.

Dah rehat sedikit, saya akan baca semula draf pertama tadi.

Kenapa saya jauhkan diri buat sementara waktu?

Sebab selalunya kita mungkin berada keadaan tergesa-gesa dan tak


sabar nak habiskan copywriting terhebat di dunia.

Tapi bila baca balik - BURUK NAK MATI!

Itu pasal saya suka taip saja dulu dalam handphone, kemudian buat
benda lain.

55
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
8
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Sampai masa, buka balik untuk kita edit.

Buang mana yang meleret dan tak masuk akal.

Tambahkan mana yang tertinggal.

Perjelaskan lagi mesej kita.

Dan masa ini kita boleh jadi kreatif.

Jangan lupa elemen-elemen yang saya kongsikan tadi sudah ada


dalam copywriting.

Letaklah unsur lawak, takut, sedih dan sebagainya.

Ha, time ni nak jentik emosi ke, nak jentik telinga ke, nak jentik
___________ ke - suka hati kau!

Janji mesejnya jelas!

Dan boleh dapat persetujuan penerima.

Dah siap?

Baca semula dan edit lagi sampai puas hati.

Dah puas hati? Betulkan struktur ayat dan


ejaan dalam draf KETIGA.
Tak pandai tatabahasa - takpe.

Janji pandai la sikit-sikit, bila nak pakai ‘daripada’ dan ‘dari’.

Bila nak pakai ‘ke’, ‘kepada’ dan ‘pada’.

Bila ‘di’ tu kena rapat dan jarak.

Bila ‘ke’ tu kena rapat dan jarak.

56
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
8
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Sikit je.

Benda basic.

Nak tulis guna bahasa pasar, guna slang trending sekarang - takde
hal la boss…

Tapi struktur dan susunan ayat tu kena jaga.

Biar mudah baca, mudah tangkap, mudah ikut lenggok dan tona
kita.

Ejaan tolong jaga, please?

Ish, sebenarnya ada satu bab cerita pasal benda alah ni saja, boss.

Saya tanak tulis panjang-panjang kat sini.

Tapi point saya di sini, draf ketiga ialah masa untuk perbetulkan
struktur ayat dan ejaan supaya senang baca dan mesej tu sampai.

Akhirnya dah sampai draf yang TERAKHIR!


Selalunya bila dah draf akhir ni, memang dah takde benda nak
betulkan dah.

Kalau saya, saya akan kasi orang lain baca.

Sorang, dua cukup.

Kau kasi kat semua orang - semua orang nak jadi copywriter
terhebat.

Kan dah susah?

Semua orang nak sibuk komen.

Buat sendiri tanak.

57
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
8
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Yang penting ialah…

Sampai ke tidak mesej tu.

Faham ke tidak.

Rasa nak click tak button tu.

Lagi best, rasa nak beli ke tidak produk ni?

Jangan lupa satu benda.

Ramai lupa benda ni bila dah siap draf.

Jangan lupa letak Call-To-Action atau elemen Menyuruh.

Kalau rasa-rasa nak pakai baju pengantin dengan penuh keyakinan -


click je pada button di bawah sekarang! Saya sendiri jawab you! Hiks!

Nak lagi best?

Cuba letakkan copywriting anda sebagai post dulu, kita tengok dia
pegi macam mana?

Kalau ada mesej masuk, sila ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab
anda memang copywriter terhebat.

58
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
9

APA LANGKAH
PERTAMA KITA
TADI? FAHAM,
FAHAM DAN
FAHAM PEMBACA
KITA.
9
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Saya suka bab ini.

Pada saya seorang marketer terhebat ialah apabila dia faham target
market dan pandai cara untuk berkomunikasi dengan mereka.

Pembaca ialah prospek ialah manusia.

Manusia ni tak habis-habis nak orang lain faham dia je.

Dia je tanak fahamkan orang lain.

Dah kata manusia.

Tak percaya?

Berapa kali dalam hidup anda, manusia ni cakap tepat kat muka;

Kau tak faham…. Kau apa tau?

Awak tak faham-faham lagi ke?

Faham ke tak?

Dalam ebook ni je, berapa kali dah saya tulis perkataan ‘faham’

Nak jadi copywriter terhebat memang kena faham pembaca.

Sifat faham pembaca ini ialah sifat empathy.

60
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
9
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Empathy bermaksud faham akan situasi, keadaan dan perasaan


seseorang.

Bukan simpati.

Simpati ialah berasa kasihan dan sedih atas situasi, keadaan dan
perasaan seseorang.

Jadi empathy ni boleh kesemua dan apa saja perasaan.

Suka, gembira, sedih, marah, risau dan sebagainya.

Susah nak faham prospek atau pembaca?

Saya nak kongsikan dua cara paling senang untuk mula tanam sifat
empathy dalam copywriting.

Yang PERTAMA ialah fikirkan segala


soalan lazim yang selalu prospek akan
tanya.
Apa benda ni?

Benda ni boleh buat apa?

Kalau pakai benda ni jadi apa?

Benda ni dari mana?

Senang ke nak pakai?

Ada warranty ke, gerenti ke?

Kalau tak jadi camana?

Apasal mahal sangat?

Ada halal Jakim ke?

61
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
9
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Ada KKKM ke?

Ini baru 10 soalan.

Berderet.

Ada soalan yang menunjukkan prospek ragu-ragu.

Ada soalan yang menunjukkan prospek memang ada masalah.

Ada soalan yang menunjukkan dia dah berminat nak beli.

Yang KEDUA ialah bermula dengan


faedah-faedah dan unique selling points
(USP) produk atau servis anda.
Ini memang paling senang la.

Setiap faedah dan USP produk atau servis, sepatutnya


menyelesaikan masalah prospek.

Sebagai contoh faedah dan USP produk suplemen makanan ialah


boleh menguruskan badan, mengawal pemakanan yang berlebihan
dan detoks.

Dari tiga USP ni saya suka buat kajiselidik lebih sikit pasal:

Masalah berat badan

Masalah pemakanan yang tidak terkawal

Masalah toksin dalam badan

Dari tiga masalah ini saja, saya cuba buat kaji lebih dalam tentang:

Depresi tentang berat badan

62
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
9
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Depresi faktor luaran yang menyebabkan tiada kawalan


pemakanan

Sakit-sakit yang muncul kerana terlampau banyak toksin di dalam


badan

Nampak tak proses saya di sini?

Dari sini, saya sudah dapat macam-macam fakta dan saya makin
faham kenapa orang ada masalah obesiti, toksin badan dan
sebagainya.

63
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10

TIGA BARIS
PERTAMA DALAM
FACEBOOK ADS
TU TOLONG BUAT
ELOK-ELOK.
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kalau anda baca ebook saya sekarang, saya rasa anda memang
pernah atau sedang buat Facebook Ads.

Tak pun baru nak buat.

Tapi takut-takut nak buat.

(Ke korang saja je beli ebook saya ni nak check out siapa Firdhaus
Muntazar sebenarnya? Giteeeeew….)

Dulu Facebook Ads bagi chance nak tunjuk 7 baris untuk placement
Facebook Feed.

Sekarang tiga baris je.

Jadi tiga baris ni sangat penting untuk membuat pembaca click See
More dan terus baca copywriting kita.

Jom kita pergi ke website;

https://beautifulnara.com/
https://gempak.com/
https://ohbulan.com/
https://murai.my/

Cuba tengok headline-headline atau tajuk-tajuk artikel diorang ni.

Memang nak buat kita click kan?

Omputih panggil ‘click-baiting’ atau mengumpan click.

Rasa memang nak click dan baca.

Dari sini saja saya nampak ada 3 teknik headline yang mereka ni
suka pakai, iaitu:

65
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Testimoni Sensasi

Senarai Mesti-Tahu

Tajuk Panas

Bila dah tau style headline selalu macam ni, tau tak apa saya suka
buat?

Saya copy, lepas tu saya ubah ikut produk, servis dan cara saya.

Jom kita cuba copy-ubah (bukan copy-paste, okaaay... Kita tak main
tiru-tiru ni boss) untuk setiap teknik ni!

Teknik Testimoni Sensasi


Ramai yang buat Facebook Ads ni sukaaaaa sangat pakai testimoni.

Sampai dah tak masuk akal testimoni-testimoni yang dia buat.

Tak tau la betul ke tipu.

Ada setengah tu, siap dengan gambar orang pegang duit berkepuk-
kepuk.

Tak kisahlah kau nak pegang duit berkepuk, nak letak testimoni:

Masuk RM31K dalam masa 3 hari!

Tapi kalau testimoni ni ada bau-bau menipu - orang tekan Report Ad.

Lepas tu ad account disabled.

Adan uke.

Jadi kalau nak buat testimoni sebagai headline kena buat cara baru
sikit.

66
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kreatif sikit.

Sikit je tak banyak.

Cuba kita tengok cara kita boleh olah headline-headline kat bawah
ni untuk dijadikan kita punya sendiri.

“Antara musibah terbesar ialah lipas dan tikus mula muncul sampai
jadi geli geleman dan tak senang tido!” - Cikgu Azman cerita
experience beliau pasal sinki tersumbat.

“Antara benda best ialah nak amik air semayang, confirm


sah semayang.” - Zarina Azman yang berkhidmat di Jabatan
Keselamatan Negara.

“Antara layanan yang saya selalu tunggu bila barber crack leher,
urut kepala dan tepuk-tepuk leher. Memang terbaik bro!” - Firdhaus
Muntazar, regular customer selama 2 tahun di Joe Barber.

“Ni bukan saja mendidih! Sedap gila! Memang tuang kat mangkuk
panas lagi!” - first-time customer cuba Laksa Sarawak Eva-K bila
cabar #laksacepatchallenge

67
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

“Ni bukan mendidih! Ini terbakor namanya! Kain murah mana dia
rembat buat baju melayu ni?!” - pengakuan menyesal beli baju
melayu murah #kauyangpakaikauyangpanas

“Ni bukan 30 minit! Ni dah 3 jam! Kenapa abang kita ni


tanak stop lagi? Lutut dah goyang.” - bisik hati sang isteri
#tolongjanganchallengeabang

#PMtepikakferry: “Saya tak tau ini anugerah atau ujian dari Tuhan”
- Surirumah keliru kenapa suaminya seperti ramah seperti mula
berkahwin dulu.

#PMtepijeboss: “Saya tak pasti ini betul ke tipu - sales masuk laju!
Alhamdulillah!” - pemuda 23 tahun terkejut tengok Maybank2u ada
masuk RM15,342!

#PMlajulaju: “Saya tak percaya memula steam iron tu 3 minit boleh


siap satu baju. Tapi sebab murah, beli je. Sekali betul you!” - Akak
gomen dah tak stress gosok baju laki pagi-pagi.

Teknik Senarai Mesti-Tahu


Haih, ini paling kacang dan paling senang.

Tips dia cuba pergi ke Murai.my.

Di menu, pergi ke kategori Bisnes, Gaya Kehidupan dan Kesihatan.

Memang bersepah headline senarai mesti-tahu ni.

68
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Artikel-artikel begini, omputih panggilnya listicals.

Jangan tiru!

Jangan copy-paste!

Tolong ubah mengikut produk, servis dan kesesuaian.

Kalau boleh buat lagi best!

3 petua cara jaga rambut supaya panjang, ikal dan bersinar dengan
Shampoo Babydoll!

3 petua memasak guna Air Fryer Gekko supaya rasa macam resipi
kampung!

3 petua special nak kuruskan badan dengan Herbalife - tanpa sakit


jiwa!

69
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Selain best untuk rambut, ini 3 lagi benda best akan jadi kalau ambil
Jamu Makteh.

Selain rumah sentiasa nampak kemas, ini 5 lagi cara nak gunakan
Vacuum Padu.

Selain kereta bau wangi macam baru, ini 3 lagi faedah


menggunakan Carspray More!

3 risiko pecah rumah jika tidak menggunakan CCTV menurut pakar


“pecah rumah” sendiri.

2 benda akan jadi jika abaikan servis aircond rumah bertahun-tahun


menurut doktor dan pakar respiratori.

3 gejala bahayakan mata jika melihat laptop tanpa henti selama tiga
hari menurut pakar mata.

Teknik Tajuk Panas


Yang ini kena fikir lebih sikit.

Sebab ada unsur gembar-gembur.

Ada unsur panas dan sensasi.

Kekadang tu bila baca macam tak masuk akal.

Nampak nau menipu.

70
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Tapi nak jugak tau part mana menipunya tu, click jugak.

Manusia dia memang suka benda sensasi ni.

Pantang ada isu panas, tak kisah la politician ke, retis ke, selebriti ke,
bangsawan, marhaen - artikel tu macam luar biasa je, kita nak click
baca.

Jangan tipu.

Kau baca.

Jom kita tengok beberapa headline sensasi di bawah dan kita cuba
modified untuk kita guna dalam Facebook Ads.

Nafi ada masalah di kamar, Bakar (bukan nama sebenar) menyesal


ditinggal isteri.

Nafi pergi buat pembedahan kosmetik, Sheera tegas hanya ambil


Mirekel selama 7 hari.

Nafi ada sugardaddy, Aimie akui titik peluh jadi Health Planner
Kowei selama 12 bulan untuk beli kereta idaman.

Temui Genshin Rice Cooker baru, Malik gesa para suami jangan
mengeluh tak pandai masak nasi lagi!

Temui krim muka baru, Eva saran wanita di Malaysia pakai untuk
lindungi kulit dengan cuaca Khatulistiwa.

Temui cinta baru, Hanum gesa wanita-wanita single untuk hadir ke


kelas grooming supaya digilai jejaka.

71
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
10
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Diserang lipas dan tikus, customer kini takut nak masuk dapur sebab
geli geleman.

Dikecam pakai susuk jarum emas, customer tak pasti nak cakap apa
sedangkan hanya memakai Gold Cream Mirekel setiap hari.

Dipuji meletop, bergetah, Firah kini bangga dapat body yang


diidamkan dengan program BodyFit Combat 40-hari!

Okay dahlah…

Otak saya jammed.

Bukan sebab tak boleh pikir pasal copywriting headline atau 3 baris
pertama ni.

Tapi BANYAK SANGAT LA IDEA TAK BERENTI!

Okay bai!

72
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
11

MEMANG
TAKDE NABI
COPYWRITING TAPI
KAU JANGAN TULIS
MACAM SETAN!
11
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Struktur ayat, penggunaan simbol dan ejaan pada saya itu penting.

Sebab pada saya, (saya laa… orang lain saya tak tau) orang yang tak
pandai jaga tatabahasa dan ejaan ni, dia buat copywriting cincai.

Buat tangkap muat.

Saya rasa semua orang boleh mengeja betul-betul.

Atau paling kurang pun, boleh tulis ayat tu betul-betul.

Tiga benda yang saya akan sebutkan ni, ianya akan memudahkan
orang nak baca.

Tak kisah cara tulis tu macam kita bercakap macam biasa tapi
tolonglah jaga kurang-kurang tiga benda ni.

Ini, nampak orang lain punya, tiru je.

Nampak template orang lain, tiru je.

Orang lain salah eja.

Kau pun salah eja.

Sampai ke sudah 10 orang tiru - semua salah eja.

74
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
11
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Susunan dan struktur ayat kita kena jaga.


Sebenarnya lagi bagus ialah kita pandai menggunakan dan
aplikasikan tatabahasa yang betul dalam copywriting.

Tapi tak ingatkan?

Jadi tak perlulah tatabahasa tu sampai nak dapat SPM Bahasa


Malaysia A.

Tak payahlah nak skema Dewan Bahasa dan Pustaka.

Janji orang faham, boleh baca mengikut ‘tona’ dan ‘lenggok’ anda.

Kalau kita nak tulis copywriting menggunakan bahasa pasar atau


slang atau dialek negeri, jaga struktur ayat dan jalan cerita.

Betul, kita kena tulis macam tu sebab nak tunjuk ini brand
personality anda.

Betul, kita kena tulis macam tu sebab target audience cakap dan
tulis macam tu.

Tapi ginilah boss….

CoW aSe 0wranG Far-HaM keW Rpe CoW cuBer Car-cub nIy?

(Kau rasa orang faham ke apa kau cuba cakap ni?)

75
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
11
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Tak boleh ke tulis elok-elok?

Kalau tulis post biasa dalam Page pun susah nak baca, apa lagi kalau
letak dalam Ad?

Orang susah nak faham, orang tanak baca.

Prospek susah nak baca, prospek tanak click.

Lagi satu...

Masalah kalau tulis bahasa pasar ni, secara tak sengaja, kita akan tulis
macam kita cakap.

Perasan tak kadang-kadang kita menulis, ada perkataan tertinggal?

Ini disebabkan otak kita “bercakap” lebih laju dari tangan yang
menulis atau menaip.

Kadang-kadang ayat tu berpusing-pusing.

Yelah, dah sedap menulis macam cara kita bercakap.

Segala carut dan karut keluar.

Bahaya.

Ebook ni saja berapa kali saya edit untuk pastikan anda baca ikut
lenggok dan ‘nada’ saya bercerita.

Baca semula dan betulkan struktur ayat.

76
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
11
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Tau tak benda paling sakit hati kalau baca


penulisan bahasa pasar ni?
Penggunaan simbol yang salah.

Dia ada dua je.

Samada dia tak pakai langsung atau dia pakai berlebihan.

Contoh, tak pakai simbol:

Dah nak ke pasar kita kena naik keter keter mesti busuk masuk balik
camana tu Jom kita dapatkan spray wangi keter sekarang sebelum
lambat Jangan lambat sebab cepat habis sebab stock sampai je laju
je orang order bertin-tin buat stok setahun Klik je sekarang

Eh bila nak habis daaaaa….

Kita ubah sikit.

Sikit je.

Dah nak ke pasar, keter mesti busuk. Camana tu? Jom kita dapatkan
Spray Wangi keter sekarang! Sebelum lambat! Stock sampai, laju je
orang order bertin-tin. Klik je sekarang!

77
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
11
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Kan sedap sikit nak baca?

Ni satu lagi contoh:

!!!!!!HALAMAK!!!!! KENAPA TAK BELI AWAL2?!!!!?!?! KAN DAH


HABIS!!! DAPATKAN SEKARANG!!! HARGA RUNTUH TERGOLEK!!!
PADIAAAA?!!!?!?

Ini nak baca dalam hati camana ni?

Nak terjerit-jerit dalam hati atau nak kena baca kuat-kuat kasi akak
sebelah dengar?

Mana tau akak sebelah pun nak beli sekali kan?

Saya memang pantang orang tulis macam ni.

Seriously, bila tengok macam ni, saya tau dia iklan.

Cuba kita maniskan sikit:

“Alamak… kenapa tak beli awal-awal? Tapi jangan risau. Kita baru
restock. Sekarang memang kita buka harga murah by-popular-
demand! Jom?”

Sweet je.

Boleh bayangkan yang tulis tu perempuan penuh keayuan.

Kita nak orang relaks, hati tenang untuk membaca dan beli dari kita.

Bukan macam nak setengah mati guna !!!!???? (terjerit?) dan paksa
membeli.

Bayangkan kalau depan mata kita, kita customer nak beli barang
dengan orang yang steady, confident dan tenang atau nak beli
dengan orang yang kecoh tak tentu pasal ni?

78
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
11
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Ejaan tu biarlah betul-betul.


Ku xkesahla ka xnak dgr ckp ku / x. Tp ka x saket hati ke bace ceni?

Ni br 1 ayt. Klu ada 1000 ayat?

Pada saya, ‘itu’ jadi ‘tu’, ‘ini’ jadi ‘ni’, ‘tak nak’ jadi ‘tanak’ - okay lagi.

Itu normal.

Sebab kita cakap pun macam tu.

Tapi kalau nak taip ‘AKU’ jadi ‘KU’.

‘Tanak’ jadi ‘xnak’.

Itu malas sangat tu.

Kalau kau malas nak tulis, orang jadi malas nak baca.

Malas nak baca, tak beli boss.

Lepas tu target audience kau 40 tahun ke atas.

Saya dah 40 tau.

Saya yang habis cool ni pun (cool ke?) struggle nak habis baca satu
ayat.

Dia punya sakit hati nak baca macam apa tau?

Macam, kau dah tulis panjang-panjang mesej Whatsapp kat


girlfriend, lepas tu dia jawab...

Ada rasa nak baling handphone tak?

79
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
11
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Cuba sedar, yang kita ni tulis copywriting iklan.

BUKAN TULIS KAT WHATSAPP ATAU WECHAT!

Saya punya point di sini, setelah kongsi tiga benda ni ialah….

Tolong senangkan orang membaca.

Bila orang senang baca, jadi senanglah orang nak hadam dan faham.

Jangan ingat semua orang boleh baca shortform dan struktur ayat
anda senang-senang.

Baca dalam Whatsapp pun boleh salah faham, ini lagilah untuk iklan.

Seriously, jaga, jaga dan jaga.

Pada saya, copywriting yang lenggoknya cantik dan senang, prospek


boleh bayangkan anda seorang yang elok dan senang untuk
membeli.

Omputih panggil, ‘approachable’.

80
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
12

AKHIR KATA
12
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Cepat terhibur kan korang ni?

Tapi ini memang realiti, peniaga buat copywriting Facebook dan


Instagram Ads zaman sekarang ni.

Kalau boleh, saya nak je kasi ebook saya ni free.

Tapi saya dan anda la rugi nanti.

Tiba-tiba semua orang tere copywriting.

Dah susah pulak nak carik makan.

Ye tak?

(Biasala, tamak.)

Tapi sebenarnya….

Memang niatnya kalau boleh, nak menolong setiap peniaga yang


buat Facebook dan Instagram Ads ni tulis copywriting yang terhebat
- sampai orang baca terus nak kasi duit.

Sebab kita buat iklan guna duit.

Ramai je yang tanya saya,

82
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
12
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

“Boss, settings semua dah okay. Audience rasanya dah tepat. Tapi
kenapa tak dapat message pun?”

Ramai boss.

Tiap-tiap hari saya dapat message macam ni.

Salah satu faktor penting orang nak beli ialah produk atau offer yang
kita berikan.

Tapi pada saya sebenar-benarnya ialah faham prospek dan cekapkan


cara kita bertutur, memujuk, menulis dan menjual.

Kalau betul-betul faham prospek….

Kalau hebat memujuk dengan kata-kata dan pertuturan….

Kalau hebat memujuk dengan penulisan...

InsyaAllah - segala benda dalam dunia ni pun kita boleh jual.

Sampai jumpa lagi, wahai sang copywriter terhebat!

83
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures
13

SEJENIS UPSELL
YANG MEMANG
TAK MALU!
13
Ini Bukan Template Copywriting Jana Duit

Dalam masa anda sedang baca ebook ini, saya sedang menyediakan
sebuah lagi ebook dan video-video copywriting yang lebih
komprehensif.

InsyaAllah, dalam ebook itu akan mengandungi:

7 TEKNIK UNTUK PROSPEK BACA DAN CLICK

7 TEKNIK UNTUK FACEBOOK APPROVE COPYWRITING ANDA

BONUS! 7 TEKNIK-TEKNIK PANTAS COPYWRITING

BONUS! 200 CONTOH COPYWRITING

BONUS! 20 VIDEO COPYWRITING

Saya tak ambil duit sekarang.

Dan saya janji macam-macam produk-produk saya yang lain - ianya


mampu milik.

Nantikan.

85
2020 Copyrights of Bootcamp Revolusi Online and Finesse Digital Ventures

Anda mungkin juga menyukai