Anda di halaman 1dari 4

Menurut Kohn, Nasionalisme merupakan satu fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan

semua anggotanya; negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan kesejahteraan ekonomi. Ini kerana kesetiaan ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya, kerana kehidupannya sendiri adalah dipercayai berdasarkan kepada kebajikan bangsanya. (Abdul Hamid Abas, 1999 : 10).

Smith A.D pula berpendapat bahawa Nasionalisme itu adalah pergerakan ideologi bagi pencapaian dan pemeliharaan pemerintah sendiri dari satu kelompok, beberapa anggotanya menerimanya sebagai suatu negeri yang aktual dan potensial. Apa yang dapat difahami daripada pentakrifan ini adalah semangat Nasionalisme adalah adanya satu gagasan yang mendorong seseorang untuk melakukan tindakan-tindakan yang sudah disusun untuk meraih hasrat atau citacita bagi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan ia adalah tergantung kepada kesetiaan seseorang itu kepada tanahairnnya. Di samping itu dengan adanya nasionalisme juga mendorong ke arah kemodenan dalam negara. (Hj.Dzulkiflee bin Haji Abd Latif, 1990/1991 : 97)

KONSEP NASIONALISME

Dalam kamus Dewan, nasionalisme membawa erti perasaan cintakan bangsa sendiri, perasaan mencintai negara dan sendiri. (Dr. Teuku Iskandar,1970: 767) Semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai kesedaran sekumpulan masyarakat manusia, yang lazimnya mempunyai bahasa, agama, kebudayaaan dan pensejarahan yang sama, yang hendakkan entiti kenegerian atau kenegaraan yang sama, supaya dapat mencapai serta mengekalkan kebebasan,

kemerdekaan, kesatuan, identiti, kewibawaan, keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negeri mereka. (Muhammad Hadi Abdullah, 1991:1)

Pendapat lain mengatakan bahawa nasionalisme adalah sebagai satu gerakan ideologi ke arah mencapai dan mempertahankan hal kekuasaan dan keperibadian sendiri sesuatu kumpulan sosial yang setengah-tengah ahlinya mengganggapnya sebagai sesuatu bangsa yang sebenar. (R.Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985: 3)

Menurut Hans Kohn pula dalam karyanya The Idea of Nationlism, nasionalisme ialah satu keadaan fikiran, yang menyerap masuk ke kalangan semua anggotanya; mengiktiraf negarabangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul dan bangsa sebagai penyebab bagi kehidupan yang membina dan penyebab kesejahteraan ekonomi. Konh menambah bahawa

kesetiaan manusia adalah tertumpu kepada bangsanya, kerana dipercayai kehidupan berdasarkan kepada kebajikan bangsanya. (R. Sunthralingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985 : 3) Karl Marx pula mensifatkan nasionalisme sebagai ciptaan kelas borjuis (demokrasi), ianya sebuah jawatankuasa bagi pentadbiran hal-ehwal borjuis secara keseluruhannya. Manakala Walter Theimer dalam bukunya, Encyclopedia of World Politics, pula mengatakan nasionalisme adalah sebagai satu sentimen kepuakan yang didasarkan atas ciri-ciri bangsa, terutama bangsa dan kebudayaan. (Ahmad Boestaman, 1971: 25)

Di Eropah pergerakan nasionalisme dikatakan sudah wujud pada abad ke 18 lagi. Kohn menyatakan bahawa perjuangan nasionalisme adalah dipelopori oleh kelas pertengahan dan melihat bagaimana kelas ini memainkan peranannya. (R.Suntharalingam dan Abdul Rahman

Haji Ismail, 1985: 8) Bagi negara-negara di Asia Tenggara pula, pengertian nasionalsime adalah berbeza dengan negara-negara Barat. Nasionalisme bagi negara-negara Asia terutamanya di Asia Tenggara adalah untuk melepaskan diri daripada penjajah.

Menurut pemikiran Hans Kohn dalam karyanya yang bertajuk, The Idea of Nationalism menyatakan bahawa nasionalisme sebagai satu keadaan fikiran, yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk ke kalangan semua anggotanya, dia mengiktiraf Negara-bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Oleh itu, kesetiaan ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya, kerana kehidupannya sendiri adalah dipercayai berdasarkan kepada dan dimungkinkan oleh kebajikan bangsanya ( R.Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail, 1985 : 2-3 ).

Bagi Keedourie pula, nasionalisme adalah satu doktrin yang lahir di Eropah pada awal abad ke-19. Keedourie menyifatkan nasionalisme sebagai pretends to supply a criterion for the determination of the unit of population proper to enjoy a government exclusively its own, for the legitimate exercise of power in the state, and for the right organization of a society of states.

Sepertimana yang dijelaskan daripada beberapa konsep nasionalisme diatas , telah memperlihatkan sifat nasionalisme yang mempunyai beberapa ciri atau tujuan yang tertentu. Apakah sebenarnya perkara yang mendorong kepada pembentukan semangat nasionalisme ini? Secara umumnya, perkara ini berlaku adalah berdasarkan daripada tekanan sosial dan ekonomi

yang diperlihatkan melalui sikap penjajah yang suka menindas secara kekerasan kepada rakyat tempatan.

Buku yang dapat dijadikan rujukan :

Dorothy Pickles. (1984). Pengantar Ilmu Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Dzulkiflee Bin Hj. Latif, (1991), Asal-Usul Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Universiti Brunei Darussalam : Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Please check website : www.polarhome.com/../000450.html atau search google : Benedict Anderson : Nationalisme kini dan masa depan

maybe you can refer to : Kahin, George Mc Turnan. 1980. Nasionalisne dan Revolusi di Indonesia. Terjemahan Isnail bin Muhammad, Zaharom bin Abdul Rashid. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. DS644 K3415 1980 c.11

Kohn, Hans. 1984. Nasionalisme : arti dan sejarahnya. Terjemahnya Sumantri Mertodipuro. Jakarta : P.T Pembangunan : Erlangga. JC311 K567516 1984 c.1