Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI DAN PENGGUNAAN BONEKA

Boneka membawa maksud sebarang benda atau objek yang digerakkan dilakonkan oleh seseoramg atau lebih dipanggil sebagai pemain melalui sentuhan atau arahan. Ianya bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada pendengar dan penontonnya. Oleh itu apa sahaja objek yang boleh digerakkan ia dipanggil sebagai boneka. Untuk menghidupkan watak, seseorang pemain itu akan menghasilkan dialog yang dituturkan semasa persembahan. Selain itu boneka juga boleh dipertontonkan melalui aksi t anpa menggunakan sebarang dialog. Selain itu boneka juga merujuk kepada model dari manusia. Ia merupakan tiruan dari bentuk manusia dan juga bentuk binatang. Malahan i a dianggap sebagai dekorasi atau koleksi untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Tambahan lagi

boneka telah digunakan sebagai alat bantu mengajar. Ia bertujuan untuk memudahkan penyampaian cerita dengan lebih berkesan dan mudah untuk difaham dan senang untuk diingati. Dengan itu pendengar mahupun penonton dapat menghayati perjalanan cerita. Secara tidak langsung pendengar juga dapat melibatkan diri melalui penggunaan boneka ini. Terdapat beberapa jenis boneka yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah boneka sarung tangan, boneka tongkat, boneka jari, wayang kuli t dan boneka mobail. Pada masa kini penggunaan boneka semakin digemari ramai. Tujuan utama penghasilan boneka ialah untuk memenuhi fitrah naluri kanak -kanak yang gemar bermain. Melalui bermain, pemikiran dan daya fikiran kanak -kanak dapat diasah agar berfikiran lebih kreatif dan berinovasi dalam kehidupan. Selain itu penggunaan boneka juga turut terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kesannya timbullah konsep pembelajaran yang berasaskan permainan. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Disamping itu ia juga dapat mengelakkan pelajar cepat bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.