Anda di halaman 1dari 8

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK

Seri Ampang Tahun 2021


Pages:

 1 - 50
 
 51 - 56
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Seri Ampang Tahun 2021
Keywords: MAKSA2021,SERIAMPANG
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SERI AMPANG

CABARAN MASA KINI PENCETUS KECEMERLANGAN DI MASA HADAPAN

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

SMK SERI AMPANG


2021

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

10.00 pagi : Aluan daripada pengacara majlis


10.15 pagi : Bacaan Doa
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
10.30 pagi
10.45 pagi : Ucapan Aluan Pengetua - Pn Badrul Nisak bt Ahmad
11.00 pagi : Ucapan YDP PIBG - En Md Isa Bin Hashim
: Ucapan Perasmian
11.30 pagi Yang Berusaha Pn Fazilah Binti Mat,

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam.

: Penyampaian Anugerah Kokurikulum

: Penyampaian Anugerah Bakti

: Penyampaian Anugerah Kurikulum


❖ Anugerah Kehadiran Penuh PDPR
❖ Anugerah Cemerlang Matapelajaran
❖ Anugerah Pelajar Harapan
❖ Anugerah Pelajar Terbaik Tingkatan 5
❖ Anugerah Bintang Gemilang Pendidikan Khas
❖ Anugerah Peningkatan GP SPM (Panitia)
❖ Anugerah Peningkatan GPS Terbaik SPM 2020
❖ Anugerah Peningkatan GP SPM (GURU)
❖ Anugerah Cemerlang SPM

: Majlis Bersurai

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

LAGU SEKOLAH :

BESTARI LESTARI

Semarak azam membara


Bertekad setulus hati
Menuju ke puncak jaya

Impian pasti bersemi

Bersatu berganding tangan


Ke puncak kemuliaan

Bestari Lestari, jadikan pegangan


Melangkah penuh keagungan
Sejiwa sehati untukmu pertiwi
Terkota segala janji

Sekolah Menengah Seri Ampang


Cemerlang terbilang

Melangkah terus maju


Menuju menara ilmu

Bersatu berganding tangan


Ke puncak kemuliaan

Bestari Lestari jadikan pegangan


Melangkah penuh keagungan
Seia sekata berbudi berjasa

Demi agama, bangsa dan negara

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN PENGETUA

Bismilahirrahmanirrahim…..

Terima Kasih Pengacara Majlis


Yang Berbahagia, Puan Fazilah binti Mat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam
Yang Setia, ASP Noor Hazlie bin Md Yusoh, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah
Yang Setia, Sarjan Nor Hasimah binti Ahmad Hamdi
Yang Berusaha, Encik Md Isa bin Hassim,Yang Dipertua PIBG SMK Seri Ampang
Yang Berusaha, Barisan Penolong Kanan, barisan guru kanan bidang, barisan kaunselor sekolah, guru-

guru, para waris serta anak-anak SMK Seri Ampang yang diraikan

Assalamualaikum Warahmarullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera


Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya saya dapat merakamkan sepatah dua kata dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Seri
Ampang kali ke-14. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli
jawatankuasa majlis yang berjaya menganjurkan majlis ini secara atas talian. Sekalung penghargaan

juga saya ucapkan kepada ibu bapa, para waris dan putera-puteri SMK Seri Ampang yang sudi
meluangkan masa berkumpul dan bersiaran secara maya dalam majlis yang amat bermakna ini.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini merupakan kemuncak pengiktirafan pihak sekolah kepada
pencapaian pelajar yang cemerlang khususnya dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2020.

Walaupun berada dalam norma baharu, pihak sekolah tidak melupakan penghargaan kepada pelajar-
pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua
penerima hadiah. Semoga anugerah yang diperoleh akan terus membakar semangat anak-anak pelajar
untuk terus cemerlang dunia dan akhirat.

Berbekalkan moto ‘Bestari, Lestari’ pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan daya fikir, tindakan
dan sahsiah warga SMK Seri Ampang. Ditambah dengan semangat ‘GAH AMPANG’ yang menjadi prinsip
warga sekolah ini untuk terus mengorak langkah dalam melahirkan generasi cemerlang walaupun
terpaksa mendepani pendidikan norma baharu.

Anak-anak pelajar SMK Seri Ampang tetap didedahkan dengan aktiviti yang mendidik kematangan
mereka dalam mendepani cabaran dunia global melalui pembelajaran di rumah atau PdPr secara atas

talian. Pendek kata, ujian dan cabaran pendamik Covid 19 ini bukanlah penghalang kepada para pelajar
melakarkan kecemerlangan akademik. Bahkan, guru-guru juga disarankan sentiasa berusaha
menyesuaikan bahan pembelajaran mengikut keupayaan capaian murid.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN PENGETUA

Hadirin yang dihormati sekalian,

Keputusan SPM 2020 telah membuktikan kesungguhan dan komitmen para pelajar, waris serta guru
walaupun terpaksa menempuh dugaan dan cabaran pengajaran dan pembelajaran era pandemik Covid 19.

Alhamdulillah berkat keizinan Allah, para pelajar SPM 2020 telah memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Izinkan saya membentangkan keputusan yang telah dilakarkan secara rasmi di sini.

Keputusan peperiksaan SPM, SMK Seri Ampang telah mencapai Gred Purata Sekolah sebanyak 5.26 pada
tahun 2020 berbanding 5.96 pada tahun 2019. Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.70. Sekolah
memperoleh 100% lulus dalam mata pelajaran Ekonomi, Sains Tambahan, Grafik Komunikasi Teknikal,
Tasawwur Islam, dan Pendidikan Seni Visual.

Peningkatan terbaik dicatatkan bagi mata pelajar Tasawwur Islam iaitu GPMP 4.30 berbanding tahun 2019
iaitu 6.60. Mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik,
Ekonomi, Sains, Sains Tambahan, dan Pendidikan Seni Visual juga masing-masing menunjukkan
peningkatan GPMP. Dengan kejayaan tersebut, sekolah ini berjaya meletakkan nama setanding dengan
sekolah di sekitar.

Seramai empat orang pelajar berjaya mencapai keputusan 6A. Mereka ialah Jazmina binti Nor Azham, Alia
Aleesha binti Md Saad, Ku Qaisarah binti Ku Mohamad Fuad dan Nur Qistina binti Baharuddin. Manakala
Nur

Atikah binti Abdul Razak dan Nurul Ain binti Shukri masing-masing berjaya memperoleh 5A.Tahniah
diucapkan.

Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah,
pihak
PIBG dan kerjasama serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa. Semoga kejayaan ini
terus menjadi pemangkin untuk warga SMK Seri Ampang terus mengorak langkah menyemarakkan budaya
ilmu demi melakarkan kejayaan yang lebih cemerlang.

Hadirin yang dimuliakan,

Fokus sekolah juga bukanlah sekadar dalam bidang akademik, tetapi sekolah turut menyasarkan
penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan koakademik secara maya. Misalnya penyertaan pelajar

dalam program Girl Scout International e-camp, tempat kedua dalam pertandingan Online Public Speaking
peringkat daerah, johan Pertandingan Menulis Cerpen Menengah Atas peringkat daerah, penyertaan dalam
pertandingan The Online English Language Essay and Poetry Competation, pertandingan Cabaran Kadet
Polis,
Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan National Science Challenge.

Penglibatan pelajar dalam program-program yang dianjurkan secara atas talian ini dapat memberi
keseimbangan dalam melahirkan pelajar yang bijak dan intelek, mampu menguruskan emosi serta memiliki
kesihatan rohani dan jasmani.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN PENGETUA

Dalam masa yang sama pihak sekolah turut melaksanakan ujian Psikometrik Inventori Minat Kerjaya. Ujian
ini
sangat membantu pelajar dalam menentukan hala tuju atau bidang yang wajar dpilih mereka. Pada
keseluruhannya, didapati pelajar-pelajar sekolah ini lebih cenderung terhadap tiga bidang, iaitu bidang
sosial
sebanyak 43.9%, Konvensional 15.8% dan Artistik sebanyak 13.3%. Untuk makluman para waris, bidang
sosial ini memaparkan keperibadian anak tuan-tuan dan puan-puan yang cenderung kepada kebajikan,
suka
menolong dan suka memperkembangkan ilmu. Mereka bersifat murah hati, peramah, pandai memujuk,
bertanggungjawab dan saling memahami. Kerjaya yang sesuai dalam bidang sosial adalah guru, pensyarah,
jururawat, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain lagi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Selain pelajar aliran perdana, pihak sekolah juga tidak pernah mengabaikan anak-anak istimewa aliran
Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga turut menggalakkan pelibatan mereka dalam pelbagai aktiviti serta
turut
mengiktiraf kejayaan akademik mereka.

Pada tahun 2020 dalam pertandingan e-Mahabbah Pendidikan khas, Muhammad Naufal bin Ishak telah
menjadi johan hafazan peringkat daerah dan tempat ketiga di peringkat negeri Kedah. Manakala Nurul
Nadia
pula menjadi johan bagi ketegori perempuan dalam acara yang sama di peringkat daerah. Seterusnya
Muhammad Khodri bin Ahmad pula mendapat tempat ketiga dalam acara syarahan di peringkat daerah.
Anak-
anak istimewa ini juga aktif bersukan terutama dalam acara larian, merentas desa, lompat tinggi dan
lompat
jauh. Dalam pertandingan Olahraga pendidikan Khas peringkat Negeri Kedah, Muhamad Alif Loqman bin
Mohd
Noor telah mendapat pingat gangsa dalam acara lompat tinggi kategori pembelajaran.

Tuan-tuan, puan-puan serta para pelajar,

Sesungguhnya, aspek disiplin menjadi cerucuk utama dalam pembinaan jati diri murid-murid di sekolah ini
mencapai kejayaan khususnya dalam bidang akademik. Saya juga percaya kekuatan disiplin yang dibina
dalam
kalangan murid di sekolah ini akan mampu menuai hasil yang membanggakan. Semoga kita terus kekal
istiqamah dalam mendepani dan mengharungi hikmah pendidikan norma baharu.
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan sekalung
terima kasih kepada Yang Berbahagia, Puan Fazilah binti Mat, KPP Sektor Pendidikan Islam, ASP Noor Hazlie
bin Md Yusoh, Sarjan Nor Hasimah binti Ahmad Hamdi, pihak PIBG dan kakitangan SMK Seri Ampang,
waris-
waris serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis
Anugerah Kecemerlang, SMK Seri Ampang tahun 2021 secara maya. Saya juga mengambil kesempatan
untuk
memohon ribuan maaf sekiranya majlis kami pada hari ini terdapat cacat celanya.

Sekian, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN YDP PIBG

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha Pn. Badrul Nisak Bt Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang,
Yang Dihormati Pn Fazilah Bt Mat Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Yang Setia
ASP Noor Hazlie b. Md Yusof Pegawai Perhubungan Sekolah, Penolong-penolong Kanan, Ahli -ahli
Jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan waris, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana pada petang ini dapat kita bersama-
sama menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Seri Ampang tahun 2021. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya menghadiri
majlis ini. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah serta AJK
Anugerah Kecemerlangan kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan jayanya .Walaupun kita
tidak dapat meraikan kejayaan guru dan pelajar secara bersemuka tetapi dengan kewibawaan
guru-guru majlis ini dapat diteruskan dengan perjumpaan secara dalam talian.Syabas dan tahniah
diucapkan. Pembudayaan norma baru ini bukanlah penghalang bagi pihak sekolah memberi
pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang
akademik dan koakademik. Selain memberi pengiktirafan majlis ini juga diharapkan dapat
menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

Para hadirin yang dihormati,

Saya mewakili AJK PIBG mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan merasa bertuah kerana
pihak sekolah menjemput ibu bapa dan waris untuk turut sama meraikan majlis ini. Besarlah
harapan saya agar SMK Seri Ampang dapat melahirkan pelajar- pelajar yang cemerlang di masa
hadapan. Kepada penerima anugerah syabas dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya merintis
kejayaan yang cemerlang. Kejayaan yang pelajar-pelajar perolehi ini adalah hasil daripada usaha
gigih yang telah dilaksanakan selama ini. Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa atas galakan
,didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperolehi
kecemerlangan.Walaupun pelajar-pelajar berjaya memperolehi pelbagai anugerah tetapi pelajar-
pelajar janganlah merasa bangga dan selesa dengan apa yang telah dicapai kerana cabaran
sebenar masih lagi jauh di hadapan. Sesungguhnya pelajar mempunyai tugas berat untuk
memastikan kecemerlangan yang dibina selama ini dapat dipertahankan.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN YDP PIBG

Selaku YDP PIBG juga,segala pandangan dan pemikiran yang membina kearah membantu
pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik
amat diperlukan. Semua pihak termasuk para guru, ibu bapa dan pelajar patut memberi
sokongan padu kepada pengetua dan pentadbir sekolah supaya semua mimpi indah tentang
kecemerlangan dapat direalisasikan. Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada pihak
sekolah yang telah menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan
syabas kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang menerima anugerah pada hari ini.
Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kerjaya dalam semua bidang
yang sedang dan yang akan diceburi.

Sekian .. wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN TETAMU KEHORMAT

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Pengacara Majlis.


Yang Berusaha Puan Badrul Nisak binti Ahmad, Pengetua SMK Seri Ampang,
Yang Dihormati Encik Md Isa bin Hassim Yang Dipertua PIBG SMK Seri Ampang,
Yang dihormati Penolong-penolong Kanan SMK Seri Ampang,
Ahli Jawatankuasa PIBG, Penyelaras Program,guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang diraikan dan
dikasihi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada tahun ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Ampang, khasnya kepada Puan Badrul Nisak binti Ahmad selaku pengetua kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Seri Ampang pada kali ini. Saya
juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program
seumpama ini sebagai pembakar semangat kepada anak-anak pelajar untuk bersaing mencipta
kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para pelajar cemerlang
sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, sejak penularan wabak Covid-19 ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah
dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya, bersemuka dengan pelajar di dalam kelas kepada penggunaan
pelbagai kaedah alam maya untuk memastikan kesinambungan pembelajaran anak-anak kita. Bermula
pada tahun 2020 ketika penularan Covid-19 pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan
bahawa sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) dijalankan menggunakan
pengajaran secara maya menerusi pelbagai platform dan medium. Hal ini untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP), dapat diteruskan untuk memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan
dalam pelajaran dan juga tidak berlaku keciciran pembelajaran sehingga berlakunya senario generasi
keciciran (lost generation). Oleh itu, saya berharap pelajar-pelajar sekolah ini kekal mengikuti sesi PDPR
yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh guru-guru SMK Seri Ampang. Komitmen, kerjasama dan
bantuan ibu bapa juga amat penting ketika ini untuk memastikan anak-anak mengikuti semua
pembelajaran,tugasan dan penilain yang disediakan oleh guru-guru sama ada secara online mahupun off
line agar anak - anak kita terus bermotivasi tinggi dalam pelajaran demi mencapai kecemerlangan.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN TETAMU KEHORMAT

Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar merupakan tiang negara, pewaris bangsa yang bakal
menjadi pemimpin negara satu hari nanti. Para pelajar ini bukan sahaja belajar semata-mata untuk
belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak
mulia. Hal ini selari dengan sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di
peringkat antarabangsa yang perlu digalas oleh semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform
meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan
komuniti dengan sekolah. Inisiatif ini seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, merupakan salah satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi
menyediakan pendidikan yang berkualiti adalah kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
secara meluas.

Lantaran Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu pentaksiran
yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangaan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan pada tahun 2016. Dengan kata lain, kita perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan
kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda negara.

Hadirin sekalian,

Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari ini adalah selari dengan matlamat
memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang. Saya yakin SMK Seri Ampang di bawah pimpinan yang ada ini cukup berkemampuan
dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja cukup cemerlang dalam bidang
akademik malah cukup cemerlang dalam kegiatan sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat daerah,
negeri, kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada setiap
anak didik, para guru dan warga SMK Seri Ampang. Semoga program seumpama ini dapat berterusan pada
masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang
tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang
akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian cemerlang tersebut
tidak
berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SERI AMPANG TAHUN 2021

ALUAN TETAMU KEHORMAT


Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini.
Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak
mudah berputus asa, berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin
berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada setiap masa dan
bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim. Saya percaya jika para
pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di
tempat tersebut pada tahun akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua guru kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada tahun ini.
Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada pantun ini;

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Ikan sembilang, sepat dan kelah,


Guna bubu biasa di hujung;
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan
nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
SMK Seri Ampang tahun 2021.

Anda mungkin juga menyukai