Anda di halaman 1dari 3

BAB 1 MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR

Masyarakat Jahiliah
MASYARAKAT Zaman Nabi Muhammad SAW
Masyarakat Islam
Zaman Khalifah al-Rasyidin

Sistem Pemerintahan di Madinah


 Piagam Madinah
 Ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW

Institusi khalifah
 Khalifah Abu Bakar
PEMERINTAHAN Sumbangan  Khalifah Umar al-Khattab
Khalifah  Khalifah Umar Abdul Aziz
 Khalifah Harun al-Rasyid

Bentuk
 Pemerintahan pusat dan wilayah
pemerintahan
 Pemerintahan raja/sultan dan amir

PERTAHANAN DAN Jihad


PEMBUKAAN WILAYAH
Peperangan
Salehuddin al-Ayyubi
Kepemimpinan

Sultan Muhammad al-Fatih

 Zaman Nabi Muhammad SAW


Diplomatik  Zaman Khalifah al-Rasyidin

PERHUBUNGAN  Zaman Khalifah al-Rasyidin


LUAR Naungan  Zaman Khalifah Bani Umayyah
(abad ke-7 hingga ke-8)

 Zaman Khalifah Abbasiyah


Perjanjian (Abad ke-9 hingga ke-13)
 Zaman Khalifah Uthmaniyah
 (abad ke-17 hingga ke-19)

1
1.1 MASYARAKAT JAHILIAH

- Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman jahiliah. Perkataan Jahiliah berasal
daripada kalimah Arab iaitu jahala yang bermaksud bodoh dan sesat.
- Zaman Jahiliah dikatakan bermula pada tahun 300 Masihi selepas kejatuhan kerajaan Saba dan
berakhir pada tahun 610 Masihi, iaitu apabila Nabi Muhammad SAW menjadi nabi dan rasul.
- Zaman jahiliah ialah zaman tidak terdapatnya nabi-nabi, rasul-rasul dan kitab suci sebagai
petunjuk atau pedoman. Masyarakat jahiliah juga tidak mempunyai tamadun kerana akal fikiran
kurniaan Allah SWT tidak digunakan malah mereka menggunkan naluri dan emosi. Sifat simpati
dan belas kasihan tidak wujud dalam diri dan mereka mementingkan diri sendiri.
MASYARAKAT MAKKAH -Makkah terletak di bahagian barat berhampiran dengan Laut Merah di
barat selatan Tanah Arab. Makkah telah didiami oleh manusia sejak 2 400
tahun yang lalu.
-Penduduk asal dikenali kaum Amaliq. Selepas itu, kaum Jurhum datang
mendiami Makkah dan menguasai pemerintahan Makkah. Pada masa ini,
Nabi Ibrahim a.s bersama puteranya, Ismail a.s diperintah oleh Allah s.w.t
untuk mendirikan Kaabah.
-Selepas itu, Makkah diperintah oleh Bani Khuzaah. Bani Khuzaah
memerintah Makkah selama 3 kurun. Pada kurun ke-5 M., iaitu kira-kira 100
tahun sebelum lahirnya Nabi Muhammad saw, kaum Quraisy di bawah
pimpinan Qusai bin Qilab menduduki Makkah dan menguasai tampuk
pemerintahan.
-Pada masa itu Makkah muncul sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan
dan pusat kebudayaan serta bebas daripada pengaruh asing seperti Parsi
dan Byzantine. Makkah lebih dikenali dengan panggilan kota Makkah dan
masyarakat Quraisy berkuasa dalam semua aspek di kota Makkah.
MASYARAKAT YATHRIB -sebelum nabi Muhammad saw ke Madinah, nama Madinah ialah Yastrib.
(MADINAH) Selepas nabi berhijrah ke Madinah, nama Yastrib ditukar kepada Madinah
al-Munawarah yang bermaksud kota bercahaya.
-Madinah terletak di tengah perjalanan antara Sham di sebelah utara dan
Makkah di sebelah selatan.
-Di Madinah terdapat sebuah wadi yang luasnya kira-kira 32km persegi
yang membekalkan kawasan pertanian yang subur di Madinah. Justeru,
kesuburan tanah untuk kegiatan pertanian dan penternakan telah
menjadikan Madinah tumpuan masyarakat Arab untuk menetap seperti
kaum Yahudi dari selatan Tanah Arab. Keadaan ini menyebabkan
penduduk Madinah terdiri daripada dua kaum besar iaitu Arab (Bani Aus
dan Khazraj) dan Yahudi (Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qunaiqa’)
MASYARAKAT AUS DAN -Suku Aus dan Khazraj berasal dari selatan Tanah Arab, Himyar (Yaman)
KHAZRAJ dan dikenali sebagai Bani QAilah, nama datuk perempuan mereka.
Pengkaji sejarah menyatakan kau mini berhijrah dan menetap di YAstrib
(Madinah) disebabkan pecahnya Empangan Maarib di Himyar.
-Suku Khazraj lebih besar dan berpengaruh berbanding dengan suku Aus.
Untuk mengangkat pengaruh suku Aus, orang Aus telah menandatangani
perjanjian dengan orang Yahudi yang menetap di Madinah.
-Orang YAhudi mengambil kesempatan daripada perpecahan antara suku
Aus dan Khazraj disebabkan iri hati dengan kejayaan suku Aus dan Khazraj
menduduki dan menguasai Madinah melalui bantuan orang Kristian dari
Syam yang merupakan musuh orang Yahudi.
-Usaha orang Yahudi memecahkan-belahkan suku Aus dan Khazraj berjaya
dengan mencetuskan peperangan Bu’ath. Dengan bantuan orang Yahudi,

2
suku Aus berjaya dalam peperangan tersebut. Kesannya, bangsa Arab
Madinah menjadi lemah dan berpecah dan orang Yahudi berkuasa semula
di Madinah.
MASYARAKAT YAHUDI -Melalui bukti arkeologi, pengkaji sejarah menyatakan orang Yahudi yang
berada di Palestin telah melarikan diri ke Yathrib (Madinah) disebabkan
tersebarnya agama Nasrani di bumi Palestin. Di Yastrib, orang Yahudi telah
mengasimilasikan budaya hidup mereka dengan budaya hidup orang Arab
Yathrib.
-Terdapat 3 kaum Yahudi yang berada di Madinah iaitu Bani Qunaiqa’, Bani
NAdhir dan Bani Quraizah.

Anda mungkin juga menyukai