Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS KURSUS KEPIMPINAN MUDA

SK BANDAR SERI ALAM


Alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Saying pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbahdi pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Yang dihormati,
Encik Yusri Bin Zakariah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Seri
Alam.
Puan Nor A’zura Binti Ahsain, GPK Petang, SK Bandar Seri Alam
Puan Noor Afizah Binti Ali, GPK Hal Ehwal Murid, SK Bandar Seri
Alam
Puan Yokhanah Palani, selaku penyelaras majlis, guru-gur dan rakan
murid sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah rahmatNya,
dapat kita berkumpul di sini bagi meraikan Majlis Kursus Kepimpinan
Muda bagi tahun 2022.
Nyanyian Hadiri diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor,
lagu Bangsa Negaraku dan juga lagu sekolah.
Johor,
Negaraku dan ********
lagu sekolah
Hadirin dipersilakan duduk.
Bacaan doa Dari Perlis puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat
Tangan ditadah doa dipohon
Semoga majlis mendapat berkat.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita memanjatkan doa
ke hadrat Ilahi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Ustaz Muhammad Iqbal Bin Shahidan untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Muhammad Iqbal atas bacaan doa itu tadi.
Sebelum meneruskan acara/majlis, untuk makluman hadrini sekalian,
Kursus Kepimpinan Muda ini mengumpulkan pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber, pengawas musolla, ketua dan penolong kelas
serta pembimbing rakan sebaya denga tujuan untuk mencungkil bakat
serta memupuk keperibadian pemimpin dalam setiap peserta.

Ucapan
penyelaras
Kursus
Kepimpinan

Ucapan
penutup
kursus
Penyampaian
sijil kepada
peserta
Majlis
bersurai

Anda mungkin juga menyukai