Anda di halaman 1dari 15

PENGURUSAN KEAHLIAN PANCARAGAM

Strategi pemilihan ahli baru.


Sebelum tertubuhnya pasukan pancaragam, lazimnya guru akan menghadapi masalah untuk mendapatkan ahli baru. Berbagai cara strategi dan langkah telah diambil untuk memperolehi ahli baru. Antaranya adalah

1. Mengadakan promosi ke sekolah-sekolah rendah pada penghujung semester kedua bagi pelajar-pelajar tahun 6 yang telah menamatkan peperiksaan UPSR. Dengan cara ini dapat memberi pendedahan serta menarik minat pelajar untuk menyertai pancaragam. 2. Promosi ,demonstrasi serta taklimat aktiviti pasukan pancaragam semasa minggu orientasi atau minggu suaikenal pelajar-pelajar baru. Secara tidak langsung , sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar baru untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang aktiviti pancaragam dan mereka juga dapat membuat pemilihan instrument yang mereka suka. 3. Ujibakat muzikaliti dijalankan bagi memudahkan lagi guru pancaragam meninjau potensi pelajar yang mana berbakat atau berminat. Melalui tinjauan serta uji ini , secara tidak lansung dapat memastikan atau melihat atau mengesan latar belakang muzikal pelajar. Dengan cara ini juga dapat meyakinkan lagi pelajar untuk menyertai pasukan pancaragam sekolah. 4. Menghantar surat untuk memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga mengenai pencapaian anak mereka setelah ujibakat muzikaliti. Dengan ini dapat meraih sokongan dan galakan secara tidak langsung dari ibubapa serta penjaga tersebut.

5. Guru pancaragam harus memastikan kesediaan ahli seperti minat dan kecenderungan pelajar tersebut terhadap pasukan pancaragam yang akan diceburi. Bagi ahli yang sudah ada latar belakang pendidikan muzik , minat dan bakat maka masalah mendapatkan ahli baru tidak lagi menjadi bebanan bagi guru pancaragam. 6. Kriteria dalam pemilihan ahli baru juga haruslah mengenal pasti fizikal seseorang pelajar sebelum menentukan apa alat yang sesuai mereka . Misalnya , saiz badan yang kecil tidak sesuai untuk bermain bass drum atau tuba.

Strategi Pengekalan Ahli.


Sebagai seorang guru pancaragam , haruslah berperanan dan berusaha untuk mengekalkan ahli dalam sesebuah pasukan pancaragam. 1. Galakan dan motivasi haruslah sentiasa diberikan kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat memanfaatkan apabila memasuki ke dalam sesebuah pasukan pancaragam. Antaranya adalah cenderamata , elaun atau ganjaran ke atas sumbangan mereka dalam menaikkan nama pasukan dan persembahan di dalam atau di luar kawasan sekolah. 2. Kebolehan , bakat , kreativiti atau kesungguhan seseorang guru pancaragam adalah satu faktor dalam menarik minat ahli agar memberi ruang menjalankan aktiviti muzikal khususnya pancaragam. Di sini , seseorang guru pancaragam harus pandai menarik minat pelajar khususnya semasa sesi latihan agar pelajar atau ahli tidak mudah rasa bosan atau jemu.

3. Sesebuah pasukan pancaragam juga boleh mengadakan sesi perjumpaan dengan semua ahli baru dan ahli lama . Melalui perjumpaan ini , ia dapat mengeratkan persahabatan antara ahli lama dan ahli baru . Dengan ini juga dapat membentuk sikap kerjasama dan tolong menolong antara mereka sesama ahli . 4. Pelbagai aktiviti sampingan berbentuk muzikal dan bukan muzikal juga dapat dilakukan . Dengan ini , ia dapat mengelak dari kebosanan di kalangan pelajar dengan aktiviti yang sama secara berterusan. Antara aktiviti bukan muzikal adalah perkhemahan , jamuan dan lain-lain. Aktiviti muzikal pula adalah mengadakan konsert di dalam atau di luar sekolah. Melaui aktiviti ini dapat membentuk semangat berpasukan dan membentuk peribadi serat sahsiah secara menyeluruh.

PENGURUSAN KEWANGAN PANCARAGAM


Wang memainkan peranan yang amat penting untuk menghasilkan kejayaan pasukan pancaragam. Penyelewangan dan pengurusan kewangan yang tidak cekap akan memberi kesan negatif kepada keseluruhan kelab atau persatuan. Setiap persatuan atau kelab mestilah menguruskan sumber kewangan dengan baik dan teratur.Guru atau pengurus mestilah bijak menguruskan sumber kewangan yang sedia ada atau yang bakal diterima. Kenapa pengurusan kewangan secara persatuan lebih baik ? 1. Menjadikan persatuan lebih efektif dalam segala pengurusan yang melibatkan kewangan. 2. Meningkatkan budaya kerja yang lebih beretika dan berdaya maju tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak. 3. Kemajuan sesebuah pancaragam adalah terletak di bawah pengurusan sendiri.

Organisasi Pengurusan Pancaragam

Ajk boleh dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu .. - AJK Peringkat Guru - AJK Di Kalangan Pelajar

AJK Peringkat Guru


Penaung
Diterajui oleh pentadbir sekolah. Pengesah dan meluluskan segala pengurusan kewangan persatuan. Memperakukan segala tuntutan dan menetap segala kutipan yuran. Peneraju untuk mendapatkan sokongan dan punca-punca kewangan untuk persatuan.

Pengerusi
Guru yang diberi mandat oleh pihak sekolah untuk menguruskan pancaragam. Harus tahu tentang muzik dan pancaragam seperti instrument2 dan cara mengendalikan instrument. Ianya penting kerana setiap penyelenggaraan memerlukan kos bagi tujuan baik pulih dan membeli aksesori.

Setiausaha
Sebagai pembantu pengerusi dalam setiap urusan yang berkaitan dengan perkeranian atau urusan yang formal. Menjadi orang tengah yang berurusan mengeluarkan surat atau resit rasmi persatuan.

Bendahari
Diamanahkan untuk menguruskan keluar/masuk duit. Merekod perbelanjaan untuk menyenangkan pengauditan dibuat. Berhak mengeluarkan resit rasmi untuk sebarang pembayaran yang diterima.

Juruaudit dalaman.
Menerima laporan tentang penyata kewangan bulanan dan tahunan. Buat tinjauan ke tempat simpanan alatan.

AJK Di Kalangan Pelajar


AJK di kalangan pelajar dilantik agar dapat melatih dan memberi peluang kepada mereka supaya dapat memahirkan diri menguruskan kewangan dengan cara yang formal. Ianya lebih kepada tugas-tugas sambilan yang diamanahkan kepada wakil guru. Contohnya : Bendahari pelajar boleh menyerahkan kutipan yuran,denda atau kutipankutipan lain kepada guru bagi pengeluaran resit. dll

Keperluan Perbelanjaan Dan Pengurusan Pancaragam

1. Baik pulih dan membeli aksesori instrumen.


Guru dan jurulatih harus mengajar ahli-ahli cara menyelenggara instrument agar tidak mudah rosak. Semua perbelanjaan haruslah menggunakan tabungan persatuan pancaragam dan kos yang tinggi bolehlah memohon dari pihak pentadbir. Peruntukan ini haruslah dimasukkan didalam anggaran bajet tahunan pada bahagian bajet wajib pada penyata kewangan tahunan .

Aksesori seperti minyak valve, minyak rotery dan krim slide memerlukan peruntukan khas kewangan bulanan.

2. Perjumpaan dan mesyuarat.


Selalunya sedikit kos perlu dikeluarkan dari tabungan untuk.. a) Membuat salinan laporan mesyuarat b) Membuat salinan panggilan mesyuarat c) Jamuan ringan dan lain-lain. Perkara ini haruslah dikemukakan oleh setiausaha dalam bentuk penyata perbelanjaan sebelum hari mesyuarat dan perlu mengambil voucher atau resit bagi tujuan rujukan perbelanjaan.

3. Perbelanjaan Semasa Membuat Persembahan.


a) Wang RUNCIT untuk perbelanjaan luar jangka. b) Makanan dan minuman untuk ahli, guru serta jurulatih. c) Kos pengangkutan. d) Kos penginapan e) Kos perubatan dan kecemasan f) Kos penyelenggaraan instrument

Sumber Kewangan Persatuan Pancaragam Sekolah.


Yuran keahlian PIBG

Ibu bapa dan penjaga (persendirian) Badan kerajaan Sektor swasta/korporat Individu Persembahan/Jemputan Hasil jualan barangan keluaran persatuan Hadiah kemenangan Penyewaan alat Bapa Angkat

Pendekatan untuk menarik perhatian penyumbang


1. Kecemerlangan pancaragam. 2. Keyakinan ibubapa. 3. Promosi. 4. Hubungan dua hala. 5. Hubungan baik dengan pentadbiran sekolah. 6. Hubungan baik dengan masyarakat setempat. 7. Cenderahati kepada penyumbang.

Prosedur Penerimaan Sumber Kewangan


1) Cek
a) Mestilah kepada BENDAHARI PACARAGAM SEKOLAH atau

BENDAHARI SEKOLAH. b) Haruslah dimasukkan ke dalam akaun bank persatuan dengan KADAR SEGERA

2) Wang Tunai
a) Perlulah dimasukkan ke dalam tabung persatuan pancaragam sekolah b) Guru hendaklah mengeluarkan voucher bayaran sebagai akuan penerimaan tunai. Satu salinan kepada pembayar dan satu salinan untuk bendahari untuk rujukan sumber yang masuk

PENGURUSAN DISIPLIN PANCARAGAM


Antara aspek disiplin yang perlu ditekankan di dalam sesebuah pasukan pancaragam adalah seperti sikap , kehadiran , muzik , pengurusan dan penjagaan harta. Kebaikan aspek disiplin dalam pengendalian pancaragam adalah 1. Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur. 2. Pembelajaran berlangsung dengan suasana tenang dan mesra. 3. Pelajar-pelajar menjadi lebih produktif. 4. Keselamatan pelajar dijamin dengan adanya peraturan-peraturan persatuan pancaragam. 5. Nilai-nilai moral dapat dipupuk.

BUKU KAEDAH PANCARAGAM


Buku kaedah merupakan satu panduan bagi guru pancaragam untuk merancang kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Buku kaedah ini juga dijadikan sebuah

rujukan oleh pelajar-pelajar dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran asas alat-alat pancaragam dari segi teknikal dan praktikal. Terdapat beberapa jenis buku kaedah yang sesuai untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran pancaragam. Bil 1. 2. Tajuk Buku Yamaha Band Student Standard Of Excellence 3 All For String Penerbit Alfred Publishing Nell A,Kjos, Music Company Nell A,Kjos, Music Company Pengarang Jenis Buku/

Bersiri Feldstain S Bersiri 1,2,3

& OReilly J Bersiri 1,2,3 Bruce Pearson Gerald E.Anderso n & Robert S.Frost Bruce Pearson Jack Bullock & Anthony Maiello
Bersiri 1,2,3 Bersiri 1,2,3 Bersiri 1,2,3

Best In Class

Nell A,Kjos, Music Company Warner Bros Publication

Belmin 21 Century
st

Band Method

Kelebihan Penggunaan Buku Kaedah Pancaragam.


1. Guru dapat mempraktikkan aspek-aspek pedagogi dan teknik-teknik pengajaran dengan lebih berkesan. 2. Sebagai satu sumber rujukan di dalm merancang program latihan jangka pendek dan jangka panjang.

3. Sebagi panduan bagi perkara-perkara asas seperti penjagaan alat , latihan teknikal ,pernafasan perangkaian serta artikulasi . 4. Ia amat menarik kerana ia mengikut urutan dan langkah yang sesuai dengan pelajar dan mengambil kira kemampuan pelajar. 5. Memberi keyakinan kepada guru baru kera buku kaedah ini mengandungi bahanbahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan dalam latihan awal sesebuah pancaragam.

PENGURUSAN KEJURULATIHAN PANCARAGAM

Kriteria Jurulatih Pancaragam


1. Mempunyai kelulusan , pengalaman dan kemahiran yang meliputi pengetahuan tentang cara mengendalikan alatan muzik yang digunakan dalam sesebuah pancaragam. 2. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan , misi dan focus yang jelasyang ingin di capai dalam jangkamasa pendek dan panjang. 3. Bertanggung jawab dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan dan perancangan yang telah dibuat. 4. Komited dan berdisiplin yang tinggi dan dapat diteladani dan diikut oleh setiap ahli. ( role model ) . 5. Tegas dalam menangani setiap masalah disiplin dan tidak pilih kasih. 6. Berfikiran terbuka dalam menerima cadangan , pandangan dan kritikan dengan senang hati . 7. Kreatif dan inisiatif dari segi pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang sesuai mengikut situasi. Unsur jenaka sense of humor juga berperanan supaya latihan tidak terlalu sunyi dan pelajar tidak berasa jemu dalam sesi latihan yang diadakan .

Peranan Seorang Jurulatih Pancaragam.

10

1. Memastikan sesi latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2. Memberi ilmu pengetahuan serta kemahiran semaksima mungkin. 3. Memastikan pelajar dapat menguasai alat yang dipilih. 4. Mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah dengan instrument yang dimainkan. 5. Mengatasi masalah dan memberi bimbingan kepada pelajar yang bermasalah. 6. Sentiasa mengikuti perkembangan muzik terkini yang berkaitan dengan tugas. 7. Menerapkan pelajar agar feel semasa bermain alat pada waktu latihan dan persembahan . 8. Memastikan pasukan yang dilatih sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.

LATIHAN PANCARAGAM.

Aktiviti semasa sesi latihan.


Semasa setiap sesi latihan , terdapat lima elemen asas yang perlu dijalankan iaitu

A. Latihan pemanasan ( warm-up )


Ianya bertumpu kepada peralatan teknikal dan kandungan aktiviti pemanasan seharusnya bertumpu kepada 7 elemen muzik dan penghasilan ton yang baik , potur badan dan kedudukan tangan yang betul dan lain-lain. Terdapat beberapa sebab kenapa latihan pemanasan di dalam sesi latihan harus dilakukan. Antaranya adalah 1. Membuat peralatan panas dan pemain dapat mencapai pic yang sesuai. 2. Menyediakan embouchure pemain dan juga dapat membetulkankedudukan dan respon reed. 3. Melengkapkan kemahiran mendengar dan menggalakkan pendengaran secara aktif di kalangan pemain.

B.

Latih tubi teknikal.

11

Bagi pemain junior , latihan latih tubi tertumpu kepada kelemahan yang timbul di dalam aspek teknikal seperti aspek artikulasi iaitu cara tiupan dengan embouchure yang betul. Bagi pelajar senior pula , guru atau jurulatih lebih menekankan aspek muzikaliti seperti transposisi , improvisasi , harmoni dan lain-lain. Guru atau jurulatih juga harus menjadikan aktiviti ini tidak membosankan. Ini akan dapat memantapkan kemahiran individu tersebut dengan lebih baik.

C. Latihan bacaan semerta.


Ianya sangat penting kerana ia dapat melancarkan lagi bacaan semerta seseorang pemain alat muzik tersebut. Guru perlu menyediakan skor latihan yang mudah dan seterusnya tahap yang lebih sukar. Kesukaran penjarian dan renj yang sesuai digunakan semasa latihan ini. Jika pelajar sudah dapat menguasai bacaan semerta dengan baik , ia dapat mengurangkan pengenalan lagu baru yang bakal diajar.

FORMASI DALAM PERSEMBAHAN PANCARAGAM


Untuk membuat formasi persembahan pancaragam merupakan satu perkara yang sukar dan beberapa aspek dan criteria haruslah dititikberatkan. Antara perkaraperkara tersebut adalah .. 1. Jumlah ahli haruslah ditetapkan terlebih dahulu mengikut kesesuaian majlis atau pertandingan. Jurulatih biasanya memainkan peranan yang penting dalam memilih ahli ahli dalam satu-satu pertandingan atau majlis. 2. Bentuk formasi haruslah bersesuaian dengan konsep atau tema persembahan. Selain dari mendapatkan bentuk formasi dari internet , Jurulatih juga menggunakan daya kreativiti sendiri dalam menyediakan bentuk-bentuk formasi. 12

3. Pemilihan lagu haruslah sesuai dengan formasi. Selalunya , jurulatih menggunakan lagu yang berentak joget , bosanova , cha-cha , mambo dan beberapa rentak latin yang lain untuk menghasilkan formasi yang unik dan menarik. Lagu march juga masih dimainkan dan selalunya dimainkan sewaktu perbarisan dan menggunakan tradisional formasi. 4. Kemahiran bermain alat adalah amat diutamakan. Oleh sebab itu , jurulatih harus menitikberatkan mutu muzik semasa membuat formasi . Elemen-elemen muzik seperti tempo , harmoni , tone , kelancaran dan dinamik haruslah ditekankan dalam sesuatu persembahan. 5. Pakaian juga menjadi peranan di dalam menghidupkan bentuk formasi. Kadangkala , identity sesebuah pancaragam terletak pada pakaian. Pakaian yang seragam akan menjadikan formasi lebih menarik.

6. Formasi di dalam persembahan haruslah seragam dari segi gerakan. Elemen muzik seperti tempo dan corak irama semasa membuat formasi mestilah dikuasai oleh ahli pancaragam

PENGURUSAN STOK PANCARAGAM


Apa yang perlu ada di dalam pengurusan stok adalah sebuah buku yang boleh menyimpan segala maklumat yang berkaitan dengan keluar masuk barang. Ia dikenali sebagai buku stok yang mana ia mengandungi rekod mengenai semua asset pancaragam termasuk alat dan aksesori instrumen pancaragam. . Ia mesti mempunyai beberapa item sebagai bahan rujukan. Iaitu..

13

a) Borang inventori - Butiran lengkap tentang sesuatu asset . b) Buku inventori uniform c) Rekod semakan stok Merekod jumlah serta kondition asset. d) Borang pinjaman peralatan.

BIBLIOGRAFI
1. Sulaiman Ngah Razali 1991 , Penggunaan Statistik Dalam Penyelidikan Pendidikan , Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. 2. Jenson , Art , 1996 Learning Unlimited : A complete Beginning Band Method Level I & II , Hall Leonard Publishing Corporation , Milwaukee.

14

3. Anthony Balness (1993). Brass Instruments, Their History And Development. Dover Publications,inc. New York. 4. Jack Lee (1995) Modern Marching Band Techniques, Hal Leonoard Music, Inc. United States Of Amerika. 5. Zaharul Lailidin Saidon . Nota Kuliah SM3212 . UPSI , Perak.

15