Anda di halaman 1dari 14

BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN PERKEMBANGAN BAHASA Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu

meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan. 1.1. DEFINISI BAHASA: Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya. 1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA 1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat. 1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain. 1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi. 1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri. 1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial. 1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami. 1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU a. Kemahiran Lisan b. Kemahiran Bacaan c. Kemahiran Tulisan d. Kemahiran Ejaan

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik.Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. .µ audingµ . Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan µsuprapenggalanµ ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan.1 PENGENALAN Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. . mengenal dan mengamatinya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh: . Bagi setengah-setengah bahasa. konsep dan kemahiran mendengar perkataan. . Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.Memahami perkataan. licin dan lancar.Mengikut arahan. perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN KEMAHIRAN MENDENGAR Apabila seseorang itu mendengar. 1.Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyibunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. .Mendengar secara kritikal.Memahami urutan atau sekuan.Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. nada (tekanan suara ). Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. . dia seharusnya dapat mengecam.Mengingat kembali. . jeda serta helaan yang betul. KEMAHIRAN BERTUTUR Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi. . .KEMAHIRAN LISAN 1.Menentukan idea utama / terpenting. Jika ditinjau dengan teliti. . .Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

3: KEPENTINGAN LISAN Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka. . Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. .Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. Dengan itu mereka akan lebih berani. .4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas. mengajuk dan seterusnya bercakap.Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa. 1. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.Melakukan µaudingµ yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran. sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.1. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan . Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. . Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar. intonasi dan tekanan suara. sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.Mendengar secara kritikal. membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk: . pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu. Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan.Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. Struktur ayat. Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman -rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.

1. tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. 1. 1. 1. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri.1.1.5.5.3.5. 1.5.5. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.5.6.5.2.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.5.1..6. Ketika menyampaikan pengajaran.7. 1.3. 1.item-item soalan yang khusus berkaitan µaudingµ.1. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN 1. penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan : .1.6.6. 1. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk. 1.1.6. Pilih. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan. 1.4. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.4.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN 1. 1. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. 1. perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : 1.1.2. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang. 1.6. pertandingan dan sebagainya. bernas dan mudah.6.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan.6.6.

1. 1.6. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.1. guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan. Semasa murid-murid meniru sebutan.6. o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.6. Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.1. Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. 1. KESIMPULANNYA: Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara. o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur. KEMAHIRAN BACAAN 2.o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.8. 2. mengamati serta memahamkan kandungannya. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja.9.1. pembetulan hendaklah dibuat secara spontan. .1 DEFINISI MEMBACA Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.7.

2.2.Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang. .Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu. Turutan : Memahami giliran.3.1. 2.3. urutan dan sekuan. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman. . MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK) a.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF) a.3. . Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA 2.4.1. mencari dan membezakan / mengasingkan. d. 2. 2. e. c. Seni bahasa : Mendengar.2.Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.2 PROSES BACAAN 2.1.Umur: Peringkat umur yang berbeza. b. membaca dan menulis. Diskriminasi: Mengecam. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih. b. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik. KESEDIAAN MEMBACA Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar. Sintesis : Membuat kesimpulan 2.Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca. Pendengaran : Pendengaran yang jelas. .1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN) a.2. . . . bertutur. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL) a.3.2. 2.KEADAAN FIZIKAL . Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan.

3. .Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah. .1. 2.Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca . MOTIVASI DAN SAHSIAH . .Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.Salah memecah / membatang suku kata. .5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN) .3. 2.Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.2.1 BENTUK HURUF .1.3.Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup. 2. murung.Huruf terbalik.Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. 2.Diskriminasi Pendengaran.1.4.Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata. .4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN 2.2 PERINGKAT SUKU KATA .Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. rasa dan cita rasa.Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak.Bunyi huruf yang seakan-akan sama. tidak suka bercakap dan lain-lain. 2.Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi.Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal. 2.3. .Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. . . .2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai. . EMOSI.6PENGUASAAN BAHASA .1.4.3.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF: . .1.Diskriminasi Penglihatan. . .3. .

.Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan. . . . .Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.Mengenal pasti kanak-kanak.Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.Mengulang.Membaca mengikut loghat. .Pembalikan perkataan.Mengeja sebelum membaca.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT .Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan .Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. . 2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN ..Menyebut perkataan mengikut loghat. 2.Merangkak-rangkak.Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan. .Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.4. .Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.4. .5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA .Penilaian .Susun strategi pemulihan. .Pelaksanaan.Tertinggal.Menggantikan perkataan dengan perkataan lain. . .Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding. .Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya. .Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal. . . . 2.

tangan. syair. fikiran dan idea.2.1 Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata. Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun. menyemai.1. bahkan juga seluruh insan umumnya.3 KEMAHIRAN TULISAN 3. fikiran serta perasaan dengan baik. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Untuk menyediakan. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan. menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). DEFINISI Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan. 3. Peringkat pra tulisan .3. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot. PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA 3. perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. perhubungan serta matlamat hidup. mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca.jari serta kordinasi mata tangan. PERANAN TULISAN Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea. pantas dan cekap. perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal.

Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. .2 TULISAN MEKANIS Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan .Kemahiran mengawal dan memegang pensel. sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . 3.3. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting. . teka-teki dll. menganyam. . . dari atas ke bawah dan lain-lain. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. . 3. sajak. menampal. menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.Mengarang pantun.3 TULISAN KREATIF Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. cara memegang alat tulis. 3. 3. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.Menulis surat kiriman.Membina ayat. mengenal. 4. . Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat : . Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil / sempit. mengoyak.perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut: 1.Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.3.Meneliti. Menguasai gerak tangan bebas.Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.Mengarang cerita. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta. 2. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk : .3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN . Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan. .Lain-lain yang berkaitan. cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. menguli tepung dan lainlain.

Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. .Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. . . .Menulis dengan meninggalkan huruf. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat ermulaan dan mendirikan asas. . . Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. .Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan. perkataan atau imbuhan.4. .Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. Memberikan penerangan.Masalah pembalikan huruf atau perkataan. Tulisan dan caracara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.. .Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. 3. tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul.Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan . Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. . Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak iItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul. . Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. . .

Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.4. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Lemah dalam ingatan penglihatan.Membina perkataan di dalam perkataan.Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.2. .Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak. 4.Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.3. . AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA .Mendiskriminasi perkataan.1.Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.Mencari perkataan berlawan. . . . . Lemah dari segi Analisis Pendengaran. . 4.Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan. . EJAAN 4. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca.Kemungkinan lemah dalam bacaan.Melengkapkan atau menambah perkataan.1. 4. . . PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN 4.2. . Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.Membina perkataan berirama ( sama di pangkal.2. . DEFINISI Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. berganda dan jantina.2.Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan. . tengah atau hujung ) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.

MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN 2.. .4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab. MENGENAL PASTI MASALAH 2. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN 1.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid: · Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja) 2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid: 2. ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.2 Berdasarkan PKBS.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM.2. PELAKSANAAN 5.Permainan teka teki.3 Berdasarkan pemerhatian guru.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M) 1.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ² terbitan JPK. guru darjah. MENGENAL PASTI MASALAH 3. 2. guru Bahasa Melayu.Permainan Silang kata. STRATEGI PENGAJARAN 4. · Jika masalah tersebut ·ringan· ² memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.2.2. atau kesemua di atas. pendengaran atau pertuturan. atau 1. 2. atau 1. · Jika masalah tersebut ·agak berat·. PENILAIAN 1. ibu bapa. PRAKTIK DAN BERTULIS. . iaitu LISAN. KPM) 2.

2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. 3. bantuan kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah. 2. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab. Terdapat 12 orang pelajar dan semuanya adalah murid dari SK Pasir Akar.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut.2. Tahniah di atas pembukaan Kelas Pemulihan Khas ini.2. Sekiranya kelas ini tidak dibuka. Para pelajar ambilan pertama di kelas pemulihan khas.3. semua murid ini akan didaftarkan di SK Alor Keladi kerana di sini terdapatnya kelas Pemilihan Khas ini. 2. Semoga SK Pasir Akar akan terus mantap dari segenap segi dan melahirkan insan yang berhati waja dalam kehidupan yang semakin mencabar.4 Beri sehelai demi sehelai. 3. 3. dan lain-lain Perlu diselesaikan terlebih dahulu. Setiap seorang guru akan mengajar 6 orang murid. guru perlu menganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya. Jangan teruskan ujian. Guru tengok cara murid menjawab. biarkan. agar mudah dirujuk.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi.2. Masa menjawab tidak terhad. Terdapat juga murid di kelas ini yang tak boleh bercakap dan hanya diam tetapi boleh menulis secara sederhana. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil. Pembukaan kelas ini dapat memberi satu sinar dan nafas baru kepada para pelajar di sekitar SK Pasir Akar ini. Ramai pelajar ini tidak dapat menguasai pembelajaran kerana kecacatan mental.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik.3 Tampal senarai masalah di fail murid. STRATEGI PENGAJARAN 3. . Mulai 4 Jan 2010 Sk Pasir Akar telah membuka satu kelas untuk pelajar yang lemah dalam pembelajaran serta mendapat surat pengesahan dari pihak hospital. 2. Semoga pelajar yang lemah dalam pembelajaran akan terbela nasibnya.1 Masalah sosial seperti: · Selalu tidak hadir ke sekolah · Tiada galakan keluarga · Kemiskinan · Takut · Malu · Rasa rendah diri. dengan cara kaunseling.