Anda di halaman 1dari 11

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM

USRAH: MY FAMILY
Objektif tajuk ini : Ahli usrah akan memahami pengertian dan konsep usrah yang sebenar Ahli usrah dapat menjelaskan keperluan usrah dan matlamatnya Ahli usrah dapat menghuraikan kepentingan penghayatan rukun-rukun usrah dalam kehidupan PENGENALAN Institusi Usrah dalam Sirah Nabawiyah Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwah Islamiyah.1 Usrah adalah medium pendidikan/pentarbiahan yang bertujuan melahirkan amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir. Usrah bukan semata-mata majlis ilmu, bahkan adalah medan untuk merapatkan ukhuwah serta mewujudkan keselarasan fikrah dan amal antara anggota. Usrah adalah antara method yang digunakan oleh Rasulullah dalam mendididk generasi awal para sahabat bagi menanam keyakinan dan keimanan kepada Allah dan RasulNya. Bermula dengan sejumlah 30 lelaki dan wanita, Rasulullah mengumpulkan sahabat dalam pertemuan sulit di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam.2 Jumlah ini semakin besar dan banyak sehinggalah Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini dinyatakan dalam firman-Nya ;

Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. 3 Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah S.A.W turut disakiti. Walau bagaimana peritpun penderitaan yang dialami oleh para sahabat, keyakinan mereka kepada kebenaran Islam bukan sahaja tidak berganjak tetapi semakin mantap dan teguh. Inilah bukti keberkesanan didikan Rasulullah SAW melalui platform Usrah bersama generasi awal pendokong islam.

Sesungguhnya Islam mengambil berat isu pembentukan ikatan persaudaraan dan perpaduan. Ikatan-ikatan inilah yang dinamakan usrah atau keluarga supaya dapat dipimpin umat Islam tadi dari peringkat teori ke peringkat amalan/praktikal. 2 Dr.Mustafa As-Syibaie, Sirah Nabi Muhammad ; Pengajaran dan Pedoman, Pustaka Salam, hal.46. 3 Surah Al-Hijr : 94

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM


Sesungguhnya perjalanan sejarah memperkuatkan persediaan dunia untuk menerima Islam sebagai sistemnya. Usrah kembali dihidupkan oleh Gerakan Ikhwan al-Muslimin yang dilancarkan pada 1928 oleh Imam Hassan Al-Banna di Mesir . Ciri-ciri yang menonjol di dalam Ikhwan Muslimin ialah mengubah sikap seseorang muslim itu dari berjalan sendirian kepada berjalan secara jamaie.4 Institusi usrah kembali berkembang dan metod ini mula diterima masyarakat Islam sebagai kaedah terbaik dalam mengembangkan ilmu atau teori dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan Islam. KONSEP USRAH Sebuah perkumpulan yang bertemu dengan kekerapan yang berkala yang dianggotai oleh lebih daripada 2 individu; Tujuan Usrah ini diadakan adalah untuk membina rantaian di kalangan Muslimin dan menjadi sebagai salah satu platform untuk memahami, menghayati dan mengamalkan Islam yang syumul dalam kehidupan harian; Usrah juga adalah satu unit sosial yang mampu memberikan nilai tambah dalam pelbagai aspek kehidupan kepada para ahli melalui perkongsian dan perbincangan dalam perkumpulan Usrah tersebut. Antaranya perkongsian tentang akademik, rumahtangga, kewangan, kerjaya, bisnes dan sebagainya. Dalam erti kata lain, dalam berusrah, kita tidak hanya memberi, tetapi kita juga akan menerima sesuatu yang bermakna. Perlaksanaan Usrah tidak hanya terhad dalam bentuk halaqah ataupun pertemuan di tempat-tempat tertentu seperti Masjid ataupun Surau. Usrah boleh diadakan dalam bentuk ziarah, riadhah, jaulah (picnic) dsb. Walaubagaimanapun pengukuhan kefahaman dan penghayatan Islam adalah elemen yang mesti ditekankan merentas semua aktiviti Usrah. Usrah juga bukanlah bermakna keluarga dalam pengertian yang sempit dan terbatas kepada ikatan kelompokn tertentu. Sebaliknya usrah yang kita maksudkan adalah keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh dan lebih khusus. Ikatan yang mengatasi sempadan bangsa dan keturunan, itulah ikatan aqidah Islam yang merupakan ikatan paling bersih dan mulia.5

4 5

Said hawwa, Pengenalan Dakwah Ikhwan Muslimin, Pustaka Salam, hal.11 Yaqub Muhammad hussin, usrah dan Harakah.

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM

Kukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan bertindak secara berjemaah

Tingkat dan mantapkan kefahaman tentang ajaran Islam yang syumul

MATLAMAT USRAH

Tambahkan penghayatan Islam dan lahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam

Bentuk satu generasi yang benar- benar memahami Islam, beramal dengannya serta bersedia memperjuangkannya Rukun-Rukun Usrah Rukun ikatan usrah ini tiga perkara yang mana hendaklah dipelihara serta diambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan tersebut tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti.6 Tiga rukun tersebut adalah :

1. Taaruf (berkenalan)
Berkenalan sesama ahli usrah sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap ahli adalah sebahagian dari dirinya. Berkenalan secara mendalam antara naqib dan ahli usrah perlu dilakukan secara berterusan atas kesedaran berkasihsayang semata-mata kerana Allah.

Hassan Al-Banna, Usrah dan Dakwah, hal.3

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM

Firman Allah:

Sesungguhnya setiap orang yang beriman adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.7 Sabda Rasulullah SAW: Kamu melihat orang-orang mukmin itu berkasih-sayang seperti satu jasad. Apabila salah satu anggota badan sakit, nescaya anggota-anggota lain turut sama merasainya dengan berjaga malam dan demam. (Bukhari & Muslim).

2. Tafahum (memahami)
Rukun ini menekan peri pentingnya memahami dan menghayati Islam yang syumul. Matlamat ini dapat dicapai melalui program-program yang diatur didalam usrah antaranya, tilawah al-quran dan pemahaman isi kandungannya, bacaan dan pembentangan buku-buku, diskusi dan sebagainya. Selain itu, rukun ini juga menekankan soal persefahaman di antara ahli Usrah. Persefahaman yang kuat memboleh budaya saling nasihat-menasihati berlangsung dalam suasana yang sihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al Banna Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat daripadanya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun. Sabda Rasulullah SAW: Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa ya Rasulallah? Rasulullah menjawab Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, Pemimpin dan seluruh Muslimin. (riwayat Muslim)

3. Takaful (saling melengkapi)


Rukun yang ketiga ini menjelaskan bahawa Usrah bukanlah semata-mata sebagai medan taalim, sebaliknya Usrah memupuk semangat dan budaya berpasukan di kalangansetiap ahli. Semangat berpasukan ini adalah lanjutan daripada perasaan berkasih sayang dan bersaudara yang digilap dalam rukun yang pertama iaitu taaruf. Firman Allah SWT:

Al-Hujuraat : 10.

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM

Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihatmenasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.8 Al Imam Hasan al Banna menjelaskan: Dasar saling melengkapi atau takaful ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukun ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya. Perhatikan sabda Rasul: Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber iktikaf sebulan di masjidku ini.9

Aktiviti Usrah Aktiviti Usrah boleh dipelbagaikan dan tidak hanya terhad kepada satu atau dua bentuk aktiviti sahaja. Kepelbagaian ini terletak kepada kreativiti setiap anggota Usrah dalam merencanakan aktiviti Usrah masing-masing. Antara aktiviti yang biasa diadakan termasuklah:

1. Tazkirah: Menyampaikan tazkirah adalah salah satu pengisian wajib dalam


usrah. Tajuk-tajuk tazkirah tidak semestinya terikat kepada teks usrah dan digilirkan tugasan member tazkirah kepada semua ahli. Secara tidak langsung, setiap ahli usrah akan terlatih menjadi pentazkirah dan mampu mengembangkan usaha meluaskan dakwah Islamiah.

2. Perkongsian Masalah: Usrah juga adalah ruang yang sesuai untuk melontarkan
persoalan sama ada yang berkait dengan persoalan peribadi ahli Usrah ataupun yang berkait dengan persoalan akademik, dakwah dan sebagainya. Selari dengan pengertiannya sebagai sebuah keluarga, setiap persoalan yang dibangkit dapat diselesaikan dengan semangat kekeluargaan.

3. Diskusi silibus: Usrah adalah satu program pembinaan fikrah dan pribadi
Muslim yang penting. Oleh sebab itulah disusun silibus secara sistematik agar proses pembinaan ini berlangsung secara berstruktur dan berkesan. Silibus ini merangkumi huraian atau tafsiran ayat-ayat suci Al Quran dan hadith daripada Rasulullah SAW dan mengaitkan tafsiran tersebut dengan isu-isu dan polemik semasa untuk memantapkan lagi diskusi bersama ahli usrah.

4. Iktikaf, Qiyamullail, Wirid, Iftar Jamai dan Solat Jamaah: Amalan ibadah
secara jamaie (berjamaah) ini dapat memantapkan pembinaan ruhiyyah selain
8 9

Al-Asr : 3. Hasan al Banna, Usrah dan Dakwah, hal. 5

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM


dapat mengukuhkan ukhuwwah di kalangan ahli Usrah. Pengisian ruhiyyah ini juga adalah pelengkap kepada pengisian fikrah

5. Tabung Infaq: Setiap kumpulan usrah boleh mewujudkan tabung usrah masingmasing. Budaya infaq ini memupuk budaya berkorban dan menyumbang serta mengikis perasan kedekut dalam diri. Pada masa yang sama, tabungan ini dapat dijadikan sebagai dana membantu ahli usrah yang berada dalam kesempitan.

6. Muhasabah: Elemen muhasabah juga antara pengisian yang berkesan dalam


menyemak prestasi semasa para ahli sama ada dari sudut akhlak, ibadah, disiplin dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa muhasabah bukanlah platform untuk saling salah menyalah sebaliknya untuk memperbaiki apa yang kurang dan memantapkan apa yang sudah baik.

7. Ziarah: Aktiviti ziarah juga boleh dijadikan sebagai aktiviti usrah. Ahli Usrah
boleh menziarahi rumah salah seorang daripada ahli Usrah mereka, ataupun menziarahi rumah-rumah orang yang berjasa dalam masyarakat seperti para ulama, pemimpin Islam ataupun aktivis masyarakat.

8. Riadah: Aktiviti Usrah juga dapat diadakan dalam bentuk yang lebih santai
antaranya melalui pendekatan riadhah. Walaupun dalam keadaan bersukan, naqib perlu dalam menyampaikan mesej dan tazkirah kepada para ahli dan suasana yang santai ini menyebabkan mesej yang disampaikan mudah diterima selain dapat merapatkan ukhuwwah melalui bersukan. NILAI USRAH Nilai-Nilai Teras (Core Values) Usrah Setiap program itu semestinya ada nilai tersendiri. Nilainya bergantung kepada sejauhmana orang yang terlibat dengannya memberikan nilai. Nilai-nilai utama yang diperolehi dalam usrah: 1. Kasih sayang

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaiku. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM


lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.10

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.11 2. Persaudaraan Islam dan semangat kekitaan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.12 3. Budaya ilmu

10 11

Al-Anam 6 : 54. Maryam 19 : 96. 12 Al-Anfaal 8 : 72.

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.13 4. Berpesan-pesan/nasihat-menasihati

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. 14 5. Kerja berpasukan

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. 15 Nilai nilai inilah yang akan menguatkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli usrah dan membentuk pasukan yang mantap seterusnya memudahkan perkembangan ilmu Islam. Akhirnya, nilai-nilai yang diperolehi ini dapat membentuk akhlak mulia di kalangan masyarakat Islam. Nilai nilai ini akan lebih bermakna jika semua ahli usrah hadir dengan niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Allah berfirman :

13 14

Al-Mujadalah 58 :11 Al-Asr 103 : 3 15 As-Soff 61 : 4.

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM

Dan tidaklah mereka itu tidak diperintahkan kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. 16 PERANAN AHLI Peranan Ahli Anggota Usrah Setiap ahli Usrah diumpamakan sebagai ahli dalam sebuah keluarga. Justeru, peranan dan tanggungjawab setiap ahli Usrah juga adalah refleksi kepada peranan dan tanggungjawab anggota keluarga. Ini termasuklah perkara-perkara yang berikut: 1. Menjaga adab-adab berusrah seperti ikhlas, sentiasa berwudhuk, menepati masa dsb. 2. Sentiasa berterus terang dan terbuka dalam perbincangan dan perkongsian dalam Usrah sama ada yang berkaitan dengan topik usrah atau yang berkaitan dengan permasalahan lain yang berkait dengan para ahli yang lain. 3. Mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan dan hal ehwal setiap ahli Usrah 4. Menyumbang idea dalam perbincangan dan memberikan pandangan untuk memastikan perjalanan Usrah tidak statik dan semata-mata syllabus- oriented. 5. Saling bekerjasama dan saling melengkapi dalam perlaksanaan tugasan dan gerak kerja. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. 6. Sentiasa mempraktiskan budaya hormat menghormati dan memuliakan ahli Usrah dan mengelakkan daripada menjatuhkan aib walaupun dengan niat memperbetulan kesilapan ahli yang lain. 7. Hendaklah setiap anggota usrah bersedia untuk ditarbiyah (dididik) dan mendidik diri sendiri supaya mencapai peningkatan dan kemajuan dalam segala hal. 8. Sentiasa menghadiri usrah secara konsisten serta berterusan dan membuat sedikit persiapan yang sewajarnya sebelum menghadiri usrah. 9. memperuntukkan masa yang sesuai untuk perhubungan dengan Tuhan, ibu bapa, saudara, sahabat dan untuk dakwah. KESAN USRAH Kesan Usrah Kepada Ahli Usrah yang berkesan dan efektif akan memberi kesan yang besar dan positif kepada ahli. Kesan seseorang itu menyertai usrah adalah : 1. Memantapkan hubungan silaturrahim dan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan para ahli Usrah.
16

Al-Bayyinah 98 : 5.

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM


2. Mengukuhkan pemahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh serta merangsang perlaksanaan Islam secara amali di kalangan para ahli Usrah. 3. Mewujudkan budaya kerja secara kolektif (teamwork) di kalangan para ahli usrah 4. Melahirkan ahli Usrah yang berkemahiran dan kemahuan dalam melaksanakan misi dakwah melalui pelbagai pendedahan yang diperolehi sepanjang bersama dalam Usrah. 5. Melahirkan ahli Usrah yang meyakini bahawa Islam adalah cara hidup dan meyakini bahawa masa depan dunia adalah bersama Islam (al Mustaqbal li hadza ad din). PENUTUP Usrah tetap sukar mencapai kejayaan jika ahli-ahli usrah tidak mempunyai komitmen terhadap usrah masing-masing. Justeru, setiap individu perlu memahami peranan masing-masing supaya usaha ini dapat dijayakan dengan baik. Mungkin tulisan ini memberi gambaran yang agak ideal, namun semoga paparan ini dapat memberi panduan bagi kita mencapai sebahagian dari apa yang kita kehendaki walaupun tidak mencapai keseluruhan perkara yang kita inginkan. Kita menyedari bahawa manusia itu punya kelemahan, dan yang terbaik adalah orang yang terus-menerus berusaha memperbaiki kelemahannya. Semoga usrah yang kita jalankan ini menolong kita dalam usaha kita menghayati dan menegakkan agama Islam yang tercinta.

10

Exco Dakwah dan Kerohanian PMIUPM

RUJUKAN 1. Al-Quran al-Karim. 2. Fathi yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam (2008), Dewan Pustaka Fajar.

3. Muhammad Said Ramadan al-Buti, Fiqh Sirah 1 (2004), Dewan Pustaka Fajar. 4. Mustafa Masyhur, Jalan Dakwah ; antara Keaslian dan Penyelewengan (cetakan
keempat 2004), Dewan Pustaka Fajar,.

5. Syed Qutb, Manhaj Hidup Muslim(2001), Dewan Pustaka Fajar. 6. Said Hawwa, Pengenalan Dakwah Ikhwan Muslimin(cetakan pertama 1985),
Pustaka Salam.

7. Yaqub Muhammad Hussin, Usrah Dan Harakah (2001). 8. Dr.Mustafa as-Syibaie, Sirah Nabi Muhammad S.A.W ; Pengajaran dan
Pedoman (2004), Pustaka Salam. 9. Fathi Yakan, Tasawur Asasi Gerakan Islam (2004), Dewan Pustaka Fajar. 10. Hassan Al-Banna, Usrah dan Dakwah.

11