Anda di halaman 1dari 3

M

utakhir ini, isu kesihatan seringkali menjadi topik perbincangan di kaca televisyen dan
dada-dada akhbar. Kebanyakan di antara masyarakat kita menghidap penyakit yang
menjejaskan kesihatan mereka sehingga boleh meragut nyawa. Malah Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun 2019 menyatakan bahawa peratusan
penghidap obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia adalah tertinggi di rantau Asia Tenggara.
Fakta yang menggerunkan ini perlu diubah dengan menggalakkan seluruh masyarakat di tanah air
ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Mekanisme ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko
menghidap obesiti tetapi ia juga menyumbang kepda pengurangan risiko menghidapi penyakit
berbahaya lain seperti penyakit jantung, obesiti, darah tinggi dan kencing manis. Oleh itu, penting
untuk kita tahu apakah cara-cara memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di
Malaysia?

Langkah pertama untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah dengan menjaga kebersihan
diri dan persekitaran. Perkara asas seperti mandi, menggosok gigi, memakai pakaian yang bersih
dan kemas serta mendapatkan tidur atau rehat yang cukup adalah mustahak untuk diamalkan.
Disiplin ini sedikit sebanyak dapat mendorong kita untuk melakukan aktiviti gaya hidup seihat yang
lain. Tambahan pula, menjaga kebersihan persekitaran khususnya dikawasan tempat tinggal kita
dapat menghindari daripada penyakit-penyakit berjangkit seperti denggi dan keracunan makanan.
Sebagai contoh, sebelum menjamu selera, kita hendaklah mencuci tangan dengan bersih dan
menutup makanan atau lauk-pauk dengan betul supaya tidak dihinggap lalat. Segelintir di antara
ahli masyarakat bersikap sambil lewa apabila menjaga kebersihan sehingga membawa padah
kepada diri dan juga masyarakat sekeliling. Tegasnya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran
adalah disiplin yang diperlukan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Inisiatif lain yang utama dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan pemakanan yang
seimbang. Semua sedia maklum bahawa makanan merupakan elemn penting dalam memastikan
kesihatan kita berada di tahap yang terbaik. Berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia, kita digalakkan untuk memakan hidangan yang tinggi kandungan
karbohirat, syaur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Manakala makanan yang mempunyai
protein daripada ikan, ayam, daging serta produk tenusu dalam pula diambil kadar sederhana.
Makanan yang mengandungi lemak, minyak, gula dan garam yang tinggi hendaklah dikurangkan.
Dengan pengambilan zat dan nutrien yang cukup, nescaya tubuh badan kita akan menjadi lebih
sihat dan cergas. Masyarakat hari ini lebih gemar untuk memakan makanan restoran segera serta
makanan yang telah diproses kerana menjimatkan masa, tenaga dan mendapat hidangan yang sedap.
Tetapi jika dialakan dengan kerap, ia pasti menjejaskan kesihatan diri. Bak kata pepatah, turutkan
rasa binasa, turutkan hati mati. Izharnya, pemakanan seimbang adalah ciri penting dalam amalan
gaya hisup sihat.

Pada masa yang sama, amalan gaya hidup sihat perlu dilengkapi dengan penyertaan dalam aktiviti
sukan atau rekreasi. Apabila seseorang bersukan, ia dapat membantu individu tersebut membakar
kalori dan lemak, mengeluarkan peluh atau toksin dari badan serta membina otot yang penting
untuk pertumbuhan badan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan imunisasi dan ketahanan
diri. Setiap di antara kita hanya perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk
beriadah atau bersukan. Pastikan anda melakukan aktiviti yang sesuai dengan kemampuan diri
masing-masing di mana golongan warga emas boleh beriadah hanya dengan berjoging atau
melakukan senam robik manakala golongan dewasa dan kanak-kanak boleh bersukan dan
sebagainya. Jelas bahawa amalan gaya hidup sihat adalah penyertaan aktiviti sukan atau rekreasi
yang memberikan pelbagai manfaat lain khususnya dari aspek kesihatan.

Akhir sekali, kita digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai amalan gaya
hidup sihat. Umum mengetahui bahawa kita memiliki fasiliti kesihatan awam yang berpatutan dan
wajar dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Ibu dan bapa boleh membawa anak-anak untuk
melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang dibina hampir di setiap daerah seluruh
Malaysia. Pemeriksaan seperti tekanan darah, paras gula dalam darah dan tahap kolesterol serta
pemeriksaan gigi boleh dilakukan enam bulan sekali atau dua kali setahun. Jika kita menghidapi
penyakit tanpa sedar, tindakan ini dapat membantu kita untuk mengesan tanda-tanda awal dan
merawatnya sebelum sakit yang lebih kronik menyerang. Persis kata peribahasa, ingat antara belum
kena, hemat antara belum habis. Intihannya, melakukan pemeriksaan kesihatan adalah salah satu
gaya hidup yang sihat. Penutup

Kesimpulannya, banyak usaha dan cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat
pada hari ini. Kita perlu membuka mata dan melihat kepentingan dan kesan menjaga kesihatan
kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan
gaya hidup sihat, pasti fasiliti kesihatan tidak dipenuhi pesakit sebaliknya fasiliti sukan dan rekreasi
menjadi tumpuan dan pusat komuniti utama untuk negara. Selain itu, masyarakat yang sihat dari
setiap aspek fizikal dan mental akan melahirkan individu yang berketrampilan tinggi dan disegani
ramai. Hasilnya kelak, generasi masa hadapan kita mampu memacu negara ke arah yang lebih baik.
Peribahasa melayu berkata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga setiap usaha untuk
menjadikan amalan gaya hidup sihat sebagai satu rutin dalam diri setiap individu disokong dan
memberikan hasil yang diingankan.

D
ewasa ini, aktiviti bersukan dalam kalangan masyarakat semakin mendapat perhatian.
Perkembangan infrastruktur sukan seperti gelanggang futsal, badminton dan kawasan
lapang dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat kita dimana bersukan bukan sahaja
menjadi aktiviti di waktu siang malah telah dipraktikkan pada waktu malam. Hal ini kerana ramai
diantara kita sibuk mencari rezeki untuk suapan diri dan tangungan masing-masing di pagi hari
maka aktiviti seperti bersukan dan bersenam dilakukan pada waktu malam. Pelbagai faedah yang
diperoleh daripada bersukan terutamanya kepada diri dan masyarakat secara tidak langsung.

Bersukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang individu kerana ia merupakan aktiviti yang
melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental individu tersebut. Peluh dan toksik dalam badan
dapat dirembes keluar dengan melakukan aktiviti bersukan dalam tempoh masa yang tertentu.
Tahap kardio seseorang juga akan bertambah baik serta berat badan yang ideal dapat dicapai
sekiranya individu tersebut konsisten dalam bersukan. Tambahan pula, bersukan adalah langkah
yang jelas dalam mengelak daripada penyakit-penyakit yang kronik seperti obesiti. Sediakan
payung sebelum hujan adalah peribahasa Melayu yang sesuai dalam menggambarkan faedah
bersukan kepada masyarakat dari segi menjamin kesihatan diri.

Selain itu, aktiviti sukan dapat membantu mengurangkan stress kerana mental seseorang individu
itu memerlukan aktiviti yang berbeza dengan kerjaya mereka. Majoriti daripada pengamal sukan
melakukan aktiviti ini di waktu santai dan sebagai hiburan. Psikologi seseorang juga mendapat
input yang positif dengan bersukan dimana gelak tawa dan peluh terhasil daripada keseronokan
melakukan aktiviti bersukan. Dengan kemudahan teknologi hari ini, ada dalam kalangan kita suka
berjoging sambil mendengar radio atau rakaman suara yang berkongsi maklumat dan
membincangkan isu-isu semasa yang dapat kita manfaatkan dalam kehidupan kita. Bak kata
pepatah, sambil menyelam minum air dimana satu pekerjaan mendapat hasil yang lebih. Isi 3 Dalam

pada itu, sukan juga mampu menjadi kerjaya seseorang. Sukan berkemampuan menjadi sebuah
industri yang mampu menarik pelaburan serta menjadi hiburan kepada masyarakat. Sebagai contoh,
sukan bola sepak di benua Eropah dan sukan bola keranjang di Amerika Syarikat yang menjana
keuntungan daripada hak-hak penyiaran di televisyen dan media massa. Maka, dengan latihan yang
jitu dan bimbingan yang tepat, kita mampu untuk melahirkan atlet-atlet yang bersaing di peringkat
dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang. Atlet yang bersaing di peringkat dunia
mampu mendapat habuan yang banyak sekiranya konsisten bertanding dan menjuarai kejohanan
yang disertai. Namun begitu, ramai yang mempersoalkan kerjaya atlet ini hanya bertahan kurang
daripada 10 tahun. Mereka sebenarnya berpeluang besar dalam mencari kerjaya yang sesuai seperti
menjadi jurulatih, komentator sukan dan juga menyambung pelajaran dalam sains sukan sekaligus
dapat membantu dalam perkembangan industri sukan negara.

Aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat setiakawan dalam diri masing-masing. Di sini kita
dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita telah menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah
lagi. Penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan secara berpasukan seperti permainan hoki dan bola
jaring dapat membentuk dan menambah nilai berpasukan dalam mencari kemenangan ke atas pihak
lawan. Sukan secara berpasukan memerlukan strategi dan disiplin yang baik supaya apa yang ingin
dicapai dapat dipraktikkan dengan baik. Secara tidak langsung semangat setia kawan, kerjasama
dan kekitaan akan timbul dan menjadi senjata penting dalam mencapai kemenangan dalam aktiviti
sukan yang disertai. Tambahan pula, sukan dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain di
mana perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan diraikan dengan lebih baik demi tanah air yang
tercinta. Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada masyarakat dalam menyertai
aktiviti-aktiviti bersukan. Tiada halangan untuk kita bersukan pada hari ini kerana banyak
infrastruktur sukan yang lengkap dan boleh digunakan samada di waktu siang atau malam.
Sekiranya hujan ataupun udara di luar tidak sihat, kita mempunyai pilihan untuk melakukan aktiviti
sukan di gelanggang yang bertutup dan teduh daripada cuaca yang tidak menentu. Hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud tiada halangan jika kita berusaha mencari jalan dalam
mencapai apa yang dikehendaki. Marilah kita bersama-sama ringan tulang dalam menyertai aktiviti
bersukan serta menyumbang sesuatu dalam perkembangan sukan supaya lahir rakyat sihat, otak
cerdas. Kesihatan fizikal dan mental membentuk rakyat yang efektif sekaligus mampu memacu
negara menjadi lebih maju dan berdaya saing. Majulah sukan untuk negara.

Anda mungkin juga menyukai