Anda di halaman 1dari 30

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek

Folio Bahasa Melayu Tingkatan 1


Novel Sukar membawa Tuah

Senarai kandungan
Bil Isi Bil.muka surat 1 Tajuk 1

Senarai Kandungan

Biodata

Penghargaan

Sipnosis

5-6

Sipnosis Bab

7-15

Plot

16-22

Watak dan perwatakan

23-26

Latar

27

10

Nilai dan pengajaran

28

Biodata
Nama : Mohd Nasran Bin Azham Tingkatan : 1 Bestari Tarikh Lahir : 09/04/1998 Tempat Lahir : Paka,Terengganu Alamat Rumah : No.25 Jln Anggerik 5c/2 Seksyen Bs 7 Bukit Sentosa 48300 Rawang Selangor Nama Sekolah : SAMSES Hobi : Bermain Komputer Cita-cita : Ustaz No.Tel Rumah : 03-60216676 Nama Bapa : Azham Bin Kamarudin Pekerjaan Bapa: jual barang Nama Ibu : Azaini Binti Abdullah Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Bil adik-beraik: 5 orang

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas segala sokongan dan tunjuk ajar daripada mereka.Terima kasih juga kepada rakan kerana member tunjuk ajar dan guru kerana member peluang kepada saya untuk menjalankan kerja khusus bahasa melayu tahun 2011. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada guru bahasa melayu saya,Puan Halijah atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau.Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhinnga kepada saudara mara saya atas segala matlumat yang diberikan.

Akhir sekali, tidak ketinggalan saya mengucapkan terima kasih kepada kakak saya kerana sama-sama membantu saya menjalankan kajian ini.

Sipnosis
Kampung Bakai di kaki bukit Lokan merupakan penempatan masyarakat Orang Asli Suku Jahut.Terdapat kira-kira 25 keluarga yang menghuni penempatan ini.Masyarakat Orang Asli di sini masih berpegangkuat pada kepercayaan tradisi dan kurang berhubung dengan dunia luar.Mereka hidup dalam kemiskinan dan rumah yang didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif yang didiami sekadar untuk bertuduh pada waktu siang dan malam sahaja.Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya.Awal-awal pagi,Pak Katan bersedia ke hutan bersama-sama dengan anaknya, Adit.Isterinya, Mak Tawi menyediakan ubi kayu rebus dan air kopi pahit sarapan dan bekalan mereka ke hutan.Sebelum ke hutan, Adit ke sungai dahulu untuk melihat belat yang dipasang bagi menangkap ikan.Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untuk bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakatnya.Adit juga menyatakan hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan.Adit teringat akan cerita kawannya, Akeh yang menyatakan keseronakan bersekolah dan timbul keinginan di hati adit untuk turut bersekolah.Namun begitu,hasad Adit ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu meneruskan tradisi keluarga dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa dan berdiam diri semasa berada di rumah .Perubahan Adit itu disedari oleh ibu bapanya.Akhirnya, Pak Katan memahami hasrat anaknya untuk bersekolah.Pak Katan kemudiannya pergi ke pekan untuk mendaftarkan persekolahan Adit.Adit diterima oleh pihak sekolah tetapi malangnya, Adit tidak dapat tinggal di asrama tiada kekosongan.Adit berasa kecewa apabila ayahnya meminta dia bersabar sementara asrama yang baru siap dibina.Dia pergi ke tebing sungai untuk menenangkan dirinya.Di situ dia menemui Tijah.Tijah berjaya memujuknya agar bersabar.Pada suatu malam, hujan lebat melanda kampung mereka, yang turut memberikan rezeki buat keluarga Pak Katan apabila seekor rusa dara yang cedera berteduh di bawah bangsal mereka.

Pak Katan menjual rusa tersebut kepada Ah Tong dan wang yang diperoleh dapat menampung kehidupan mereka.Ah Tong menawarkan untuk menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari. Bagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus bangun seawal jam empat pagi dan pulang dengan penumpang lori balak.Adit rela demi menuntut ilmu.Pak Katan mendaftakan Adit ke sekolah dan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh.Di sekolah, Adit terpaksa belajar bersama murid darjah satu walaupun usianya sudah menjangkau sepuluh tahun. Namun begitu,adit sedikit pun tidak malu kerana dia hanya mahu menuntut ilmu.Adit melalui hari pertama persekolahan dengan perasaan gembira apabila dia menemui Pak kasim, seorang pengawal di sekolahnya dan kawannya, Akeh.Adit Juga bertemu dengan Pak Atan yang menumpangkan lori untuknya pulang ke rumah.Selama dua bulan bersekolah, kesihatan Adit agak merosot akibat kepenatan kerana terpaksa menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan pulang. Bagaimanapun, Adit tidak pernah berungut tentang keperitan yang harus dilaluinya setiap hari.Pada Suatu hari, perasaan Mak Tawi kurang enak seperti perkara buruk bakal berlaku. Adit pula liat untuk bangun menyebabkan dia tidak sarapan. Mak Tawi dan Pak Katan amat gelisah kerana adit tidak pulang dari sekolah. Pak Katan ke rumah Tok Batun Ahboi untuk meminta bantuan. Akhirnya, Adit ditemui di dalam gaung dengan kecederaan pada kaki dan kepala akibat kemalangan manakal Ah Tong meninggal dunia.Adit terlantar di hospital selama dua bulan tetapi kaki Adit menjadi tempang. Bagaimanapun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat Adit untuk belajar. Akhirnya Adit mendapat 3A dalam UPSR. Selepas enam tahun berlalu, Adit mendapat tawaran untuk memasuki sekolah berasrama penuh tetapi dia menolaknya kerana memikirkan keadaan ibu bapanya.Adit dan Akeh telah membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, mereka akan lebih bermakna. Masyarakat Orang Asli kini juga sudah berubah dan juga mementingkan pendidikan. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.

Bab 1
Inilah Dunia Kami

Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi. Nota: Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.

bab 2
Rutin harian adit bermula
Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru. Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini. Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit. Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.

Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.

Bab 3 Impian adit


Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih berdegil. Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan. Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.

Bab 4 Dugaan untuk adit


Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit. Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu.

10

Bab 5 Riak ceria buat adit


Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak. Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.

11

Bab 6 Adit mula ke sekolah


Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya. Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.

12

Bab 7 Hari pertama ke sekolah


Hari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh. Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan. Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.

13

Bab 8 Dugaan terus menimpa


Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah. Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian. Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggutunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan 14

berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung berarak pergi


Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama. Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit

15

enggan menerimanya kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan berusaha.

plot

16

permulaan

perkembangan

klimaks

perleraian

pengakhiran

permulaan
17

Kampung Bakai di kaki bukit Lokan merupakan penempatan masyarakat Orang Asli Suku Jahut.Terdapat kira-kira 25 keluarga yang menghuni penempatan ini.Masyarakat Orang Asli di sini masih berpegangkuat pada kepercayaan tradisi dan kurang berhubung dengan dunia luar.Mereka hidup dalam kemiskinan dan rumah yang didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif yang didiami sekadar untuk bertuduh pada waktu siang dan malam sahaja.Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya.Awal-awal pagi,Pak Katan bersedia ke hutan bersama-sama dengan anaknya, Adit.Isterinya, Mak Tawi menyediakan ubi kayu rebus dan air kopi pahit sarapan dan bekalan mereka ke hutan.Sebelum ke hutan, Adit ke sungai dahulu untuk melihat belat yang dipasang bagi menangkap ikan

perkembangan
Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untuk bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakatnya.Adit juga 18

menyatakan hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan.Adit teringat akan cerita kawannya, Akeh yang menyatakan keseronakan bersekolah dan timbul keinginan di hati adit untuk turut bersekolah.Namun begitu,hasad Adit ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu meneruskan tradisi keluarga dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa dan berdiam diri semasa berada di rumah .Perubahan Adit itu disedari oleh ibu bapanya.Akhirnya, Pak Katan memahami hasrat anaknya untuk bersekolah.Pak Katan kemudiannya pergi ke pekan untuk mendaftarkan persekolahan Adit.Adit diterima oleh pihak sekolah tetapi malangnya, Adit tidak dapat tinggal di asrama tiada kekosongan.Adit berasa kecewa apabila ayahnya meminta dia bersabar sementara asrama yang baru siap dibina. Pak Katan menjual rusa tersebut kepada Ah Tong dan wang yang diperoleh dapat menampung kehidupan mereka.Ah Tong menawarkan untuk menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari. Bagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus bangun seawal jam empat pagi dan pulang dengan penumpang lori balak.Adit rela demi menuntut ilmu.Pak Katan mendaftakan Adit ke sekolah dan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh

perumitan
Di sekolah, Adit terpaksa belajar bersama murid darjah satu walaupun usianya sudah menjangkau sepuluh tahun. Namun begitu,adit sedikit pun 19

tidak malu kerana dia hanya mahu menuntut ilmu.Adit melalui hari pertama persekolahan dengan perasaan gembira apabila dia menemui Pak kasim, seorang pengawal di sekolahnya dan kawannya, Akeh.Adit Juga bertemu dengan Pak Atan yang menumpangkan lori untuknya pulang ke rumah.Selama dua bulan bersekolah, kesihatan Adit agak merosot akibat kepenatan kerana terpaksa menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan pulang. Bagaimanapun, Adit tidak pernah berungut tentang keperitan yang harus dilaluinya setiap hari.Pada Suatu hari, perasaan Mak Tawi kurang enak seperti perkara buruk bakal berlaku. Adit pula liat untuk bangun menyebabkan dia tidak sarapan. Mak Tawi dan Pak Katana mat gelisah kerana adit tidak pulang dari sekolah.Semua orang kampong mencari Adit

Kemuncak
Setelah hamper lima jam mereka mencari Adit, kumpulan yang diketuai oleh Pak Katan menemukan jip ah Tong terjatuh kedalam gaung dan menjumpai 20

Adit yang terbaring lemah dengan kepalanya berlumuran darah dan kakinya patah. Di sebelah Adit, Ah Tong terbujur kaku dengan kepalanya hampir pecah dan telah pun meninggal dunia. Adit dibawa ke hospital dalam keadaan agak parah tetapi keadannya agak stabil setelah hampir dua jam dimasukkan ke bilik ICU. Mak Tawi melawat ke hospital melawat Adit Dengan ditemani oleh Bong dan Mak Ca.

21

peleraian
Adit terlantar di hospital selama dua bulan tetapi kaki Adit menjadi tempang. Bagaimanapun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat Adit untuk belajar. Akhirnya Adit mendapat 3A dalam UPSR. Selepas enam tahun berlalu, Adit mendapat tawaran untuk memasuki sekolah berasrama penuh tetapi dia menolaknya kerana memikirkan keadaan ibu bapanya.Adit dan Akeh telah membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, mereka akan lebih bermakna. Masyarakat Orang Asli kini juga sudah berubah dan juga mementingkan pendidikan. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.

22

Teknik plot
Teknik Plot atau teknik penceritaan ialah cara atau kaedah penulis menysun jalan cerita. Antara teknik plot yang digunakan ialah:-

Teknik Imbas Muka :

peristiwa yang diramalkan atau dijangkakan akan

berlaku .

Contoh : Adit membayangkan hasil hutan kehabisan suatu masa nanti


Mengenangkan nasib keluarganya.

dan

Teknik Imbas Kembali : peristiwa atau kejadian yang telah berlaku dan
diceritakan semula.

Contoh : Adit teringat kata-kata seorang pegawai penerangan yang pernah


datang ke kampungnya beberapa bulan yang lalu.

Teknik Pemerian : Peristiwa, watak, objek atau perbuatan yang


digambarkan secara menyeluruh.

Contoh : Lori balak yang dipandu seorang lelaki melayu melalui jalan ke
kampungnya yang berbukit, sempit dan berlubang-lubang. Teknik Dialog : pertuturan antara watak. Contoh : Ah Tong bertanya kepada Pak Katan kerana menemuinya awal-awal Pagi.

23

Watak dan perwatakan


Watak Utama : Adit Huraian Watak Perwatakan Contoh

.Anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi

.rajin menolong orang

.Berumur sepuluh tahun dan mempunyai lima orang adik beradik .berkulit hitam dan badannya kurus kering .selalu berpakaian agak lusuh dan selekeh serta tidak suka berselipar atau berkasut .Gemar makan nasi berlaukan sardin

.Membantu ayahnya menyediakan tali untuk dibawa ke hutan .membantu ayahnya mengutip dammar untuk dijual .Teringin bersekolah bersama kawannya Akeh .Bercita-cita untuk belajar di sekolah namun dia sanggup menempuh pelbagai halangan .Bercita-cita untuk belajar dengan lebih dan ingin melihat dunia luar .Ingin mengubah nasib keluarga dan masyarakatnya

.Seorang anak yang gigih

.Seorang yang bercita-cita tinggi

.Tidak kisah akan penampilannya dan hanya mempunyai beberapa helai baju
24

dan seluar yang diberi oleh seorang pekerja balak


Watak Sampingan : Pak Katan Huraian watak .Bapa Adit dan suami Mak Tawi Perwatakan .seorang ayah yang memahani isi hati anaknya contoh .Awalnya Pak Katan tidak memahami keinginan Adit untuk Ke sekolah .Akhirnya terpaksa mengalah dengan kehendak Adit yang mahu bersekolah demi masa depan Adit dan keluarga mereka sendiri .menasihati Adit supaya belajar bersungguhsungguh

.Mempunyai enam orang anak

.Memungut hasil hutan untuk dijualkan kepada tauke cina .Pergi berburu sekiranya hasil hutan tidak dapat dijual .Bekerja sebagai pemungut rotan dan dammar sejak usianya sebaya Adit lagi .Pak Katan juga memelihara beberapa ekor binatang ternakan

.seorang ayah yang prihatin terhadap anaknya

25

Mak Tawi Huraian Watak Perwatakan contoh

.Merupakan isteri Pak Katan dan Ibu kepada Adit

.Sering mengambil berat tentang Adit

.Tidak bekerja dan menjadi Suri Rumah

.Seorang ibu yang bertanggungjawab

.Mak Tawi berasa sangat risau apbila melihat Adit yang hanya mendiamkan diri kerana ayahnya tidak membenarkannya untuk bersekolah .membungjus ubi kayu sebagai bekalan untuk Adit Makan dalam perjalanan ke sekolah .Bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk Adit ke sekolah

. seorang ibu yang penyayang

.susah hati apabila adit tidak pulang dari sekolah

26

Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.

Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.

Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.

Tok Batin Ahboi : Berusia 75 tahun dan menjadi Tok Batin di Kampung Bakai.

Bong : Remaja berusia 18 tahun. Anak Tok Batin Ahboi dan sentiasa
arahan bapanya.

Mak Cha : Isteri Tok Batin Ahboi dan menemani Mak Tawi semasa penduduk kampong mencari Adit serta memujuknya supaya bertenang.

27

latar
Latar Tempat : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kampung Bakai, Bukit Lokan. Rumah Pak Katan Tepi sungai Hutan Di dalam gaung. Sekolah

Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan. 2. Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat. 3. Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan. 4. Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka. Latar Masa 1. Waktu awal pagi 2. Pagi 3. Tengah hari 4. Menjelang petang 5. Lewat petang 6. Senja 7. malam

28

nilai dan pengajaran


nilai
1. bertanggungjawab 2. rajin 3. kasih saying 4. kebanggaan 5. bersopan dan berbudi bahasa 6. saling memahami 7. tolong menolong 8. kerjasama 9. ketabahan dan kegigihan

pengajaran
1. rajin menolong ibu bapa menjalankan tugas harian 2. berfikir ke hadapan dan bercita cita tinggi 3. mempunyai keinginan yang kuat untuk mengubah nasib diri 4. sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita 5. menghargai jasa ibu bapa kita

29

30

Anda mungkin juga menyukai