Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini.

Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukataran, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru. Menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar pelajar-pelajar melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat; ia melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian masalah, heuristik dan stratetgi belajar (Wittrock, 1991). Wittrock menjelaskan pembelajaran melibatkan interaksi di antara pengetahuan pelajar dan ingatan dan maklumat yang hendak dipelajari. Pengajaran pula adalah proses yang mendorong pelajar-pelajar membina interaksi ini. Bagi Gabay (1991), pembelajaran adalah komponen utama dari aktiviti timbal-balas, sebab hasil yang jelas dikehendaki ialah meningkatkan pengalaman pelajar. Mengajar pula mencipta syarat atau suasana yang memudahkan pembelajaran.

Pengetahuan dalam matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah matematik merupakan satu kemahiran yang sangat penting dan ianya adalah objektif utama dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap tertinggi (Gagne, 1985). Pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik telah diperkenalkan oleh para guru kepada pelajar dan diharapkan mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari untuk melaksanakan pembelajaran atau tugasan yang lebih berkesan di sekolah. Guru di sekolah sentiasa meneroka pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah serta dapat memilih strategi yang sesuai dengan mengambil kira perbezaan seperti kebolehan, minat, gaya pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar. Maka guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik dengan membanding bezakan kekuatan dan kelemahan strategi yang telah dan akan digunakan oleh pelajar. Pelajar diharapkan agar dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta dapat mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Penyelesaian masalah adalah sebuah proses bagaimana individu menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Salah satu matlamat pendidikan matematik adalah mengajar kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, guru harus memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Program pendidikan matematik yang seimbang bukan sahaja harus terdiri daripada pembelajaran konsep matematik dan penguasaan kemahiran-kemahiran asas matematik. Ia juga harus melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk berfikiran secara matematikal.

Masalah adalah satu situasi di mana seorang individu yang menghadapinya tidakmempunyai cara tertentu untuk menyelesaikannya. Oleh yang demikian, pengetahuan yangdimiliki oleh orang itu mestilah digabungkan dalam cara baru untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Pengertian masalah lagi dengan dengan membezakan pengertian istilah-istilah soalan,latihan dan masalah. Soalan merupakan suatu situasi yang boleh diselesaikan dengan mengingatsemula dan menghafal. Latihan pula adalah suatu situasi yang melibatkan latih tubi yangmengukuhkan kemahiran menggunakan suatu algoritma yang telah diajar. Manakala masalahialah suatu situasi yang memerlukan analisis dan sintesis pengetahuan yang telah dipelajari untukmenyelesaikannya. Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada semua jenis masalah. Sesuatu masalah harus memenuhi tiga syarat iaitu penerimaan, sekatan dan penerokaan.Seseorang itu harus menerima masalah itu dan mempunyai motivasi luaran atau dalaman yang tinggi serta keinginan untuk mengalami keseronokan dalam menyelesaikan masalah itu. Harus diingat, cubaan awal seseorang individu untuk menyelesaikan masalah biasanya tidak berhasil kerana adanya sekatan atau halangan. Penglibatan peribadi individu dalam mencari penyelesaian harus melibatkan cara baru dengan meneroka untuk mengatasi masalah tersebut.

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik dimana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia. Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. Georga Polya telah memperkenalkan satu modelpenyelesaian masalah dalam bukunya How to Solve It yang memberi tumpuan teknikpenyelesaiaan masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu: i ) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian iii) Melaksanakan penyelesaian iv) Menyemak semula 1. Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah Pada peringkat ini, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Pelajar juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan.

2. Merancang Strategi Penyelesaian Selepas pelajar memahami soalan tersebut, guru membimbing pelajar untuk merancang strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya. 3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul 4. Menyemak Semula Penyelesaian Akhirnya, pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut.

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah: 1. Permudahkan masalah Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan. Contoh ; Matematik Tahun 5 Pecahan Beberapa pelajar tahun 6 membuat jualan kek untuk kutipan tabung perpustakaan sekolah. Mereka menyediakan 10 kek untuk dijual. Mereka telah menjual 2 kek semasa waktu rehat dan 5 semasa makan tengah hari. Berapakah baki kek yang tinggal?

Jawapan ;

Kek yang dijual = 10 Jumlah kek yang telah dijual =2+5

= 19 + 47 8 8 = 66 8 Baki kek yang tinggal = 10 66 1 8 = 80 - 66 8 = 14 6

8 atau 8

2. Melukis Gambarajah

Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. 3. Memodelkan / Menjalankan simulasi / Melakonkan Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut. 4. Mengenal pasti pola Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik tentang masalah itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan penyelesaian pada suatu masalah itu dan dapat membuat generalisasi itu untuk mendapatkan penyelesaian. Contoh ; Tajuk : Nombor Bulat ( Matematik : Tahun 3) Pendaraban nombor bulat dari 1 hingga 9 Soalan sifir 3 : 3x1=3 3x2=6 3x3=9 Pendaraban sifir 3 adalah merupakan hasil penambahan nombor tiga mengikut pola dan tertibnya.

5. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik

Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. 6. Cuba Jaya Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian. 7. Kerja ke belakang Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah sequence, pola, persamaan dan lain-lain. Heuristik bekerja ke belakang ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mencari dan masalah membuktikan. Terdapat beberapa masalah yang memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan dan kita diminta menentukan apa yang berlaku sebelumnya. Dalam masalah-masalah sedemikian kita boleh menentukan syarat-syarat akhir itu terlebih dahulu dan kemudian menggunakan heuristic bekerja ke belakang untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu. Contoh :Tajuk : Bentuk Dan Ruang ( Matematik Tahun 6 ) - Mencari panjang sisi dari maklumat yang diberi. Soalan : Diberi luas satu segi empat tepat ialah 375cm2 dan lebar 15cm. Berapakah panjang egi empat tepat tersebut?

8. Menaakul secara mantik

Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagianbahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut. 9. Menggunakan kaedah algebra Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut.

Dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered approach). Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea idea penting dalam matematik serta memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan antara idea idea matematik. Menurut Schroeder dan Lester (1989) sesuatu masalah boleh digunakan sebagai satu cara untuk mempelajari isi kandungan dalam matematik.

Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin (routine problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah rutin (routine problem) ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya

bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan. Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.

Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti:

1) Analysis method: Kaedah analisis ini biasanya untuk membantu para pelajar untuk memikirkan langkah yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah matematik. Pada dasarnya, kaedah ini mengandungi beberapa langkah penyelesaian yang mana beberapa soalan yang ditanya kepada murid untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu:

Apa yang telah diberi dalam soalan? Apa yang hendak dicari dalam soalan? Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah?

Contoh soalan :

Harga kos bagi sebuah televisyen berjenama ialah RM 2880. Seorang jurujual telah menjual televisyen tersebut dengan harga RM 3400. Cari untuk yang diperolehi oleh jurujual tersebut?

Strategi penyelesaian masalah : 1) Apa yang telah diberi? harga kos dan harga jual 2) Apa yang hendak dicari? untung 3) Bagaimana untuk mencari untung? menggunakan operasi penolakan

Penyelesaian : Harga kos : RM 2880 harga jual : RM 3400 Untung : Harga Jual Harga Kos

RM 3400 RM 2880 = RM 520 Dalam pendekatan kaedah analisis ini, strategi penyelesaian masalah ialah mengenalpasti maklumat dan item item yang terkandung dalam masalah tersebut. Analisis ini biasanya untuk memudahkan pelajar menjawab soalan yang bersiri. 2) Analogy method : Kaedah analogi ini pula telah digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam matematik yang mana ianya mengandungi langkah penyelesaian yang sama dengan penyelesaian masalah matematik yang sebelumnya. Apabila ingin menyelesaikan masalah matematik yang baru, guru akan melakarkan pemerhatian yang dibuat oleh pelajar berdasarkan kepada pengalaman lepas mereka tentang soalan tersebut, jadi mereka boleh mengaplikasikan proses penyelesaian masalah daripada apa yang telah mereka pelajari dengan menggunakan pendekatan yang sama untuk menyelesaikan masalah bagi soalan yang baru. Contoh soalan :

Tukarkan 4 kg kepada unit gram ?

Pengalaman lepas (previous experience) : pelajar telah belajar bagaiman untuk menukarkan unit 6 km kepada meter. Masalah baru : pelajar telah diarahkan untuk menukar unit 4kg kepada garam. Kedua dua kaedah pertukaran unit itu adalah sama, oleh yang demikian pelajar pelajar ini sepatutnya boleh menggunakan strategi yang telah mereka perolehi daripada pengalaman lepas untuk menyelesaikan masalah yang baru. 3)Diagram method Dalam kaedah melukis gambar rajah ini biasanya maklumat atau situasi soalan ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah. Dengan cara ini dapat memudahkan dan menolong pelajar untuk mengenalpasti hubungan diantara kuantiti yang dinyatakan

dalam bentuk lebih mudah dan jelas. Dalam proses penyelesaian masalah dalam matematik boleh dilaksanakan dalam pelbagai jenis pendekatan penyelesaian masalah. Dalam pemerhatian ini, sesetengah pelajar lebih suka menggunakan pendekatan melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah dalam matematik.

Contoh soalan 1:

Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak jika setiap kotak mengandungi 5 biji guli?

Penyelesaian : 1) Pelajar perlu untuk membaca dan memahami kehendak soalan. 2) Pelajar melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah : kotak 1 kotak 2 kotak 3 kotak 4 = gambar rajah kotak dan guli 3) Dengan menggunakan rajah yang telah dilukis, pelajar akan menulis : 1 kotak ada 5 biji guli 4 kotak ada = 4 x 5 giji guli = 20 biji guli

Contoh soalan 2 :

Cikgu Aiman ada 176 batang pembaris. Dia memberikan 26 batang pensel kepada Ali. Baki pensel itu dibahagikan secara sama rata kepada Badrul, Chong dan Danish. Berapakah bilangan pensel yang diterima oleh Danish?

Penyelesaian : 176 batang pembaris 176 26 = 150 26 batang pembaris 150 batang pembaris ( 150 3 = 50 ) 50 batang 50 batang 50 batang 4)Deduction method : Deduction method adalah satu kaedah dimana ianya dilihat sebagai salah satu penyelesaian masalah yang kompleks berbanding dengan cara yang lain. Ianya bergantung kepada apa yang pelajar perolehi pada pengalaman lepas untuk selesaikan masalah matematik. Dalam pendekatan deduction (deduction approach), pelajar bukan sahaja diminta untuk menganalisis masalah tetapi pelajar juga perlu untuk mengingati dan menggunakan formula, prinsip atau teori dalam matematik bergantung kepada masalah yang telah dianalisis. Rajah 1 : Proses deduction dalam penyelesaian masalah. Contoh soalan :

Harga bagi 3 buah buku cerita ialah RM12. Berapakah harga bagi 10 buah buku cerita yang sama jenis?

Penyelesaian : 1) Selapas membaca soalan, pelajar ditanya objektif utama soalan tersebut? ( untuk mencari harga 10 buah buku cerita) 2) Apakah cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut? ( kaedah operasi bercampur yang berkenaan dengan unit wang )

3) Apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada maklumat tersebut ? ( harga bagi 3 buah buku cerita = RM 12 ) 4) Pelajar telah diberi panduan untuk menggunakan maklumat yang diberi dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah berkenaan dengan unit dibawah deductive approach. Harga 3 buah buku cerita = RM 12 Harga 1 buah buku cerita = RM 12 3 Harga 10 buah buku crita = RM 12 3 x 10 = RM 4 x 10 = RM 40 5)Working backwards : Working backwards merujuk kepada aplikasi yang menggunakan kaedah songsangan (inverse method) dalam menyelesaikan masalah dalam matematik. Contoh soalan : 1. 15 8 = ? ? + 8 = 15 2. 18 3 = ? ? x 3 = 18 Dalam kaedah ini fokus kepada matlamat untuk mendapat jawapan serta melihat kepada titik permulaan dalam proses penyelesaian masalah. 6)Simplify the problem : Kaedah ini merujuk kepada transformasi ayat matematik kepada bentuk bahasa matematik yang paling mudah dan ringkas. Contoh soalan :

Berapakah yang perlu ditambah kepada hasil darab lima dan empat untuk mendapat jawapannya tiga puluh? Untuk menyelesaikan masalah matematik diatas, kita perlu tukarkan soalan

dalam bentuk ayat berikut kepada bentuk persamaan matematik : 5 x 4 + ? = 30

7) Identification of mathematics pattern : Sesetengah masalah dalam soalan matematik mengandungi pola yang spesifik di mana ianya memerlukan kepastian dan kesimpulan yang betul untuk menyelesaikannya. Contoh soalan : Cari jumlah : 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10 Penyelesaian : dengan menggunakan kaedah yang paling ringkas untuk mencari jawapan. 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10

8): Ujikaji (eksperimen) dan simulasi Menggunakan eksperimen atau bahan untuk kajian yang melibatkan penyelesaian masalah adalah aplikasi kaedah yang paling praktikal dengan menggunakan bahan konkrit (menda maujud). Biasanya ia melibatkan tajuk isipadu, berat, pecahan, statistik dan masa.

Contoh; Tajuk : Wang ( UPSR 2005, kertas 2)

Ramli ada sejumlah wang. Dia menggunakan wang itu untuk membeli 2 kotak serbukpencuci dan bakinya ialah RM6.20. Berapakah jumlah wang yang dia ada sebelummembeli serbuk pencuci itu?

Jawapan:

1.Guru menunjukkan gambar serbuk pencuci dengan harga sekotak RM11.90. 2.Guru menunjukkan 2 kotak serbuk pencuci dengan harga yang sama. 3.Guru menyuruh murid menambah kedua-dua harga serbuk pencuci tersebut. 4.Guru memberitahu baki dari pembelian tersebut adalah RM6.20 5.Guru menyuruh murid-murid mencari wang asal yang ada pada Ramli sebelum dia membeli serbuk pencuci.

Baki = RM6.20

Oleh sebab itu:

Jumlah wang yang ada sebelum membeli RM23.80 = RM6.20 Jumlah wang yang ada sebelum membeli = RM6.20 + RM23.80 Jumlah wang yang ada sebelum membeli = RM30.00

Kesimpulan

Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan ianya memerlukanpenyelesaian yang berkesan. Seharusnya dalam pendidikan matematik, penyelesaian masalahperlu diberikan penekanan yang lebih supaya pelajar akan lebih memahami kepentingan dankeindahan pendidikan matematik. Hal ini sesuai dengan petikan di bawah yang diperolehdaripada Penyelesaian Masalah (2007).

The ability to solve problems is at the heart of mathematics. ( Cockcroft Report (England), Para 24: 1982) Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung kepada jenis masalah yang ingin dan hendak di selesaikan. Strategi strategi yang kerap digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik di sekolah rendah adalah seperti kaedah analisis, kaedah analogy, melukis gambarajah, deduction method, working backwards, simplify the problem, identification of mathematics pattern dan using experiment. Berasaskan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, strategi melukis gambar rajah merupakan salah satu strategi yang amat berguna dan dapat membantu pelajar membuat perwakilan serta model matematik secara separa konkrit (semi-concrete) dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah dalam matematik.

Secara kesimpulannya, strategi pengajaran yang menggunakan penyelesaian masalah dalam matematik secara umumnya telah menemui empat langkah yang diterangkan secara ringkas : 1) Mentafsirkan masalah matematik berdasarkan pemahaman individu itu sendiri dan menukarkan masalah itu kepada istilah matematik yang paling mudah. 2) Memilih strategi dan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. Proses penyelesaian masalah mestilah berkait diantara strategi yang telah dipilih dan kaedah yang telah digunakan. 3) Memilih dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, ini akan membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik.

4) Membuat penilaian berdasarkan kepada keberkesanan strategi dan kaedah yang telah dipilih dan digunakan sebagai penyelesaian.

Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan ianya memerlukanpenyelesaian yang berkesan. Seharusnya dalam pendidikan matematik, penyelesaian masalahperlu diberikan penekanan yang lebih supaya pelajar akan lebih memahami kepentingan dankeindahan pendidikan matematik. Hal ini sesuai dengan petikan di bawah yang diperolehdaripada Penyelesaian Masalah (2007). The ability to solve problems is at the heart of mathematics. ( Cockcroft Report (England), Para 24: 1982) Selain daripada itu pelajar akan mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalammenyelesaikan masalah matematik. Sekali gus menghasilkan masyarakat yang unggul yangdapat menangani sebarang masalah dengan menggunakan cara terbaik dan berkesan.

RUJUKAN Noor Shah Saad (2005). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah & Menengah: Teori dan Pengkaedahan: Petaling Jaya: Harmoni Publication & Distributors Sdn. Bhd. Penyelesaian Masalah (2007) diperoleh pada Ogos 16, 2009 daripada http://w w w .geoci ties .com/pluto_stewart/sinopsis_1.htm Sinopsis:Bagaimana Memperolehi Kecemerlangan Dalam Matematik? (2007) diperoleh pada Ogos 20, 2009 United Publishing House (M) Sdn. Bhd (November 2006). Kertas 2 Peperiksaan Sebenar SK UPSR Matematik: Penerbitan Minda Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai