Anda di halaman 1dari 4

SENARAI PERIBAHASA TAHUN 8

KATEGORI PERIBAHASA MAKNA

1 Alas cakap Percakapan yang bersopan atau bertertib.

Simpulan 2 Anak bulan i. Bulan baru ( satu hari bulan hijrah).


Bahasa ii. Perangai yang berubah-ubah.
3 Anak kapal Kelasi; petugas dalam kapal.

4 Buah pena Karya atau hasil tulisan.

5 Iri hati Cemburu; dengki.

6 Khabar angin Khabar yang belum tentu benarnya; desas-desus.

7 Membabi buta Terburu-buru; melakukan sesuatu dengan tidak berfikir dahulu.

8 Bagai bulan penuh Kecantikan perempuan yang dudah disolek.


mengembang di kaki langit
Perumpamaan

9 Bagai kucing dengan Lelaki dan perempuan mudah melakukan maksiat kalau berdua-duaan.
panggang

10 Bagai kunyit dengan kapur Lekas mesra.

11 Bagai lebah menghimpun Rajin bekerja dan tekun berusaha.


madu
12 Bagai tikus jatuh ke beras Mendapat kesenangan atau kemewahan.

13 Seperti tanduk bersendikan Pasangan yang sama-sama cantik dan sepadan.


gading

14 Seperti kaca terhempas ke Perasaan yang sangat sedih; terlalu dukacita.


batu

15 Seperti si buta kehilangan Baru ditimpa bencana tiba-tiba ditimpa lagi oleh bencana yang baru.
tongkat

16 Umpama minyak setitik, di Orang baik walaupun di mana akan dimuliakan juga.
laut sekalipun timbul juga

17 Angat-angat dingin Kurang sihat, demam.

18 Bakulat tangga Terlalu lama tidak datang (ke rumah orang).

Perambahan
19 Galak rasa Tidak sedap badan; berasa segan.
Brunei

20 Ikat mati Ikatan yang tidak mudah dibuka.

21 Juling pencuri Juling sekali-sekala.

22 Karak wayang Sangat gemar menonton wayang.

23 Pacah-pacah bigi Tidak lancar ketika membaca.

24 Puah mata Mudah menangis.


25 Lantak mati i. Harga yang tidak dapat ditawar lagi.
ii. Keputusan/pendirian yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
26 Adat bersendikan syarak, Peraturan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan
syarak bersendikan kitabullah syarak.

Pepatah
27 Adat juara, kalah menang Tiap-tiap usaha ada untung ruginya.

28 Adat tua menahan ragam Orang tua terpaksalah menahan perasaan yang tidak menyenangkan
hati kerana perbuatan anak cucunya.
29 Biduk lalu, kiambang bertaut. Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya
penghasut dapat disingkirkan.
30 Bulat air kerana pembentung, Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan
bulat manusia kerana kerjasama yang erat.
muafakat

31 Diam-diam ubi berisi, diam- Diam orang yang berilmu berfikir, sementara diam orang yang bodoh
diam besi berkarat itu sia-sia sahaja.
32 Gajah mati, tulang setimbun Orang kaya apabila meninggal dunia banyak meninggalkan harta.

33 Melentur buluh biarlah dari Mengajar anak biarlah dari kecil.


rebung

34 Untung sabut timbul, untung Kalau nasib baik, selamat, kalau nasib buruk, malang.
batu tenggelam
35 Berjagung-jagung dahulu, Melakukan perkara-perkara yang berfaedah sementara menunggu
sementara menunggu padi sesuatu yang lebih baik.
masak
Bidalan
36 Biar lambat asal selamat Melakukan sesuatu dengan hati-hati dan mementingkan keselamatan.

38 Biar mati anak, jangan mati Adat resam dan kebudayan yang tidak boleh dilanggar.
adat.

39 Daripada segenggam jadi Mula-mula sedikit, lama-lama banyak.


segantang.

40 Pagi tidak dibuang, senja tidak Tidak membuang masa.


dikejar

41 Sesat di hujung jalan, balik ke Kalau pada akhir perundingan atau perbuatan tidak mencapai
pangkal jalan matlamat, hendaklah kembali semula dari peringkat awalnya; bila
salah melakukan sekali lagi.

Anda mungkin juga menyukai