Anda di halaman 1dari 5

NAMA : NURFATIWIA BT MOHAMMAD ROSE NO KAD PENGENALAN : 870110 29 5014 KUMPULAN : PISMP PK/BM

REFLEKSI BIG ( CERAMAH & BENGKEL ) i. ii. Ciri-ciri Guru Inovatif Peranan JPN & Pengoperasiannya

PENGENALAN

Pada 19 Oktober 2010 bersamaan hari Isnin, satu BENGKEL & CERAMAH bagi program Bina Insan Guru telah diadakan bertempat di Dewan Zaaba dan Bilik serbaguna 1, perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Program ini merupakan salah satu komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia terdapat dalam proforma kursus pada semester ini. Program Bengkel dan Ceramah ini merupakan satu program wajib bagi setiap pelatih PISMP Ambilan Januari 2008 sebagai salah satu syarat lulus untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Oleh yang demikian sebuah jawatankuasa kerja induk telah dibentuk dan diberikan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas tertentu yang mewakili setiap kumpulan kuliah yang ada iaitu Pendidikan Khas/Bahasa Melayu (PKBM), Pendidikan Seni Visual / Bahasa Melayu (PSV/BM), Pendidikan Khas/Bahasa Ingeris 1 (PKBI 1) dan Pendidikan Khas/Bahasa Inggeris 2 (PKBI 2). Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi 1, penerangan mengenai ciriciri guru inovatif telah disampaikan oleh Encik Rosli bin Abdul Wahab dari Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Manakala pada sesi kedua, ceramah mengenai peranan JPN dan pengoperasiannya telah disampaikan oleh En. Mahadhir bin Ismail iaitu pengarah kanan sivik, sektor pengurusan akademik dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Tujuan utama bengkel

dan ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan seberapa banyak input berguna

yang berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti melalalui penganjuran ceramah dan bengkel ini. Kelebihankelebihan serta kekurangan-kekurangan semasa pelaksanaan program ceramah dan bengkel ini adalah seperti yang berikut.

KELEBIHAN

Melalui penganjuran bengkel dan ceramah ini, terdapat banyak input dan informasi yang berguna yang dapat kami aplikasikan dalam kehidupan seharian terutama apabila kami bergelar guru kelak. pertamanya, melalui ceramah yang disampaikan oleh En Rosli bin Abdul Wahab iaitu mengenai ciri-ciri guru inovatif kami dapat mengetahui mengenai maksud guru inovatif iaitu guru yang suka akan perubahan dan sering berusaha untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Melalui ceramah yang disampaikan, kami dapat mengenalpasti beberapa ciri guru yang berinovatif. Pertamanya, guru tersebut boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Membuat keputusan ialah satu proses memilih satu bentuk tindakan dari dua atau lebih alternatif. Kedua, guru yang bersifat inovatif juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka atau diatas sesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain. Guru berinovatif ini perlu menerima komen orang lain tanpa mengira komen tersebut samada ia berbentuk pujian atau kritikan. Ini adalah kerana ia merupakan sebahagian dari akauntabiliti dan merupakan cara yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri. Guru berinovatif juga tidak boleh mengelakkan diri dari masalah, malah mereka perlu menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi dengan cara yang paling baik. Masalah ialah satu situasi dimana apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang diingini. Untuk menjadi seorang guru yang berinovasi, kita perlu mempunyai ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan di atas. Kelebihan lain semasa ceramah ini disampaikan ialah, kami dapat mengetahui cara-cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang berkesan kepada pendengar. Penceramah ini menggunakan strategi yang pelbagai dalam

menyampaikan ceramah beliau supaya intipati yang disampaikan dapat difahami oleh kami. Mereka juga menyelitkan beberapa unsur kecindan supaya kami dapat mengikuti program ini dengan jayanya tanpa rasa bosan atau mengantuk. Ceramah mengenai peranan JPN dan pengoperasinnya juga banyak memberikan input berguna kepada kami bakal-bakal guru. Ini adalah kerana, pihak JPN dan pihak sekolah mempunyai perkaitan yang sangat rapat dalam mengendalikan sesuatu program yang berkaitan sekolah. Contohnya, seorang guru yang ingin berpindah perlu berurusan dengan pihak JPN terlebih dahulu sebelum melalui prosedur-prosedur yang lain. Begitu juga bagi seorang guru yang baru melangkah kedalam dunia keguruan, mereka juga perlu mendaftarkan diri di JPN yang berhampiran terlebih dahulu. Kami juga boleh mencuba kerjaya sebagai seorang pegawai JPN sekiranya kami ingin mencari dan mencuba pengetahuan baru kelak.

KEKURANGAN

Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa program ini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengurusan. Semasa ceramah pertama dijalankan oleh penceramah undangan iaitu En Rosli bin Abdul Wahab, penghawa dingin dalam Dewan Zaaba tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan kami berasa rimas dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa penyampaian ceramah tersebut. Masalah ini berlarutan sehingga selesai sesi ceramah pertama. Kebanyakan ahli jawatankuasa yang mengendalikan program ini telah cuba untuk mencari penyelesaian seperti memanggil juruteknik yang bertugas namun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana pelatihpelatih PISMP keluar dan masuk ke dewan sesuka hati. Perkara ini menyebabkan berlaku sedikit gangguan kepada pelatih-pelatih lain yang sedang mendengar ceramah yang disampaikan. Semasa sesi kedua ceramah disampaikan pula, terdapat sedikit kesulitan dimana pihak ahli jawatankuasa program ini tidak dapat menyediakan laptop untuk penceramah. Oleh sebab itu, berlaku gangguan masa dan perkara ini

menyebabkan sesi ceramah yang kedua dimulakan tanpa mengikut tentatif yang disediakan.

PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh kami kerana terdapat banyak kekurangan yang berlaku semasa program ceramah dan bengkel diadakan pada kali ini, antaranya dari segi teknikal, iaitu penghawa dingin yang tidak berfungsi, kami telah menukar tempat untuk menjalankan program ceramah dan bengkel ini ke bilik serbaguna 1 IPG Kampus Darulaman. Disini kami dapat melihat semua pelatih dapat mendengar ceramah dengan tekun kerana bilik yang kami pilih ini sangat kondusif. Ceramah sesi kedua bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Penambahbaikan kedua pula ialah melalui teguran kepada pelatih-pelatih yang kerap keluar ke tandas. Antara teguran ialah supaya

mengurangkan pergerakan keluar masuk dan menghormati jemputan semasa menyampaikan ceramah. Bagi penambahbaikan ketiga pula ialah, ahli jawatankuasa program perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang dianggap perlu seperti laptop. Ini untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan yang boleh menyebabkan kelewatan program. Diharapkan melalui cadangan penambahbaikan yang diutarakan, permasalahan yang sama tidak akan berulang untuk program seterusnya.

CADANGAN / RUMUSAN Program Ceramah dan Bengkel ini merupakan program yang amat bagus dan sesuai kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak. program ini banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami bakal-bakal guru. Saya mencadangkan pada masa akan datang agar program ini diteruskan dan aktiviti yang lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan dipelbagaikan bagi melatih dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada kami.