Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
TAJUK TUGASAN:
PENSYARAH:
DISEDIAKAN OLEH:
(A177858)
REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MAKRO PENGAJARAN
REFLEKSI
Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada
tarikh 28 disember 2022 bersamaan hari Rabu. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas
tahun 4 Harmoni seramai 15 orang. Murid-murid Tahun 4 Harmoni adalah kelas yang boleh
dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatar belakang murid-murid di sekolah ini
kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan
pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap
sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya
adalah jerat dadah . Yang mana ianya termasuk dalam tajuk penyalahgunaan bahan yang
melibatkan standard pembelajaran mengenal pasti situasi berisiko yang membawa kepada
jerat dadah.
Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi
penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama memberi
contoh lokasi yang sering berlakunya jerat dadah. Slide yang dipenuhi dengan keratan
akhbar saya gunakan adalah untuk menarik perhatian murid di samping dapat digunakan
untuk mengaitkan dengan jerat dadah yang akan saya sampaikan dalam pengajaran saya.
Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah pembelajaran berpusatkan murid bagi
aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan contoh-contoh
dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pelajaran
pendidikan jasmani. Ini adalah kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan
lebih berkesan. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru , lebih mudah difahami apabila
menggunakan contoh-contoh yang mudah. Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan
bercerita dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual,
lakonan dan lain-lain.
Sebenarnya tiada masalah yang saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran ini, yang mana saya telah merancang untuk menggunakan
peralatan projektor di dalam bilik gerak minda dalam bentuk slaid semasa penyampaian
pengajaran saya. Tidak lupa juga saya membuat pendekatan penerangan menggunakan cara
tradisional iaitu menggunakan kertas mahjong sebagai bahan bantu mengajar (BBM).
Saya dapati murid-murid dalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik dan
mudah memahami penerangan yang diberikan. Murid-murid memberi respon dengan
menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai menguji
pemahaman mereka terhadap penerangan yang disampaikan. Walaupun saya dapati ada
beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya
faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa. Apa yang saya dapat lakukan adalah
dengan memberi teguran dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.
Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai
kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid kelas tersebut. Pengumpulan
jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari
murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat
kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti
semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam
kumpulan jenis ini. Semasa aktiviti menjawab soalan mengelak jerat dadah secara kumpulan,
saya dapati ada yang suka untuk menulis dan ada yang berusaha mencari jawapan. Setelah
mereka selesai menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan, saya meminta seorang wakil
kumpulan untuk menulis satu cara mengelak jerat dadah mereka di peta bulatan dalam kertas
mahjong dan semak bersama-sama mengikut kumpulan masing-masing. Dari jawapan yang
diberi, saya dapati mereka faham dan tahu cara untuk mengelak jerat dadah.
Kekuatan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah
Interaksi guru dengan murid akan lebih lancar dengan guru memberikan fokus sepenuhnya
kepada murid. Selain itu, Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat
menyampaikan idea secara bebas.