Anda di halaman 1dari 1

KISAH HARIMAU DAN BAYANG-BAYANG

Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua
binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau
mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat
bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut.

Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan
yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi
ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor
harimau sedang menghampirinya. Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan
sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali
ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau
dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang
yang lebih besar," kata sang kancil.

    "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah.
"Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu.
Kata harimau itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata  kancil.
Harimau menjadi sangat marah dan mengaum dengan sekuat hati. "Tunjukkan
aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata
harimau dengan nada yang amat angkuh.

Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus
mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain
bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya
mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil. Sampai di
sebuah kolam, kancil pun berhenti. "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau
itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih
marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan
beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan
tenang itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya
menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun
membuka mulut seluas-luasnya.

"Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan


tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun
mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia
terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh
kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing
itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya
harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.

Anda mungkin juga menyukai