Anda di halaman 1dari 11

PRICE – ‘IBU SEGALA INDIKATOR.


pullbackforextrading.com/price-the-mother-of-all-indicator

admin April 13, 2020

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah data paling tepat dan boleh dipercayai namun ia
percuma dan mudah didapati?

Jawapan paling mudah adalah PRICE!

Price adalah leading indicator sebelum indicator-indicator lain membentuk signal


masing-masing, ia terlebih dahulu bergantung apa yang price hendak buat.

1/11
Maksudnya untuk membentuk sell atau buy, indicator teknikal akan bergantung
pergerakan permulaan price dahulu barulah ia membentuk signal berdasarkan formula
matematik yang telah ditetapkan oleh pencipta indicator tersebut.

Dari sini kita boleh simpulkan bahawa;

Price adalah leading indicator


Technical indicator adalah lagging indicator

Leading bermaksud ia mendahului, lagging bermaksud lambat atau bergantung kepada


apa yang leading buat dahulu.

2/11
Berdasarkan gambar di atas signal SMA 21 hanya terbentuk selepas price turun. Ia
bersilang maka terbentuklah signal.

3/11
Satu lagi masalah dengan indicator lagging adalah false signal yang dihasilkan,
adakalanya terlalu awal pula. Jika price masih belum nak reverse anda akan
membazirkan sedikit demi sedikit modal anda dalam losing trade. Itu pun jika ia benar-
benar bergerak mengikut signal yang dihasilkan maka losing trade akan jadi winning
trade. Akan tetapi jika sebaliknya bagaimana? Lihat contoh di bawah;

4/11
Lihat chart XAUUSD di atas, sell signal sudah terbentuk tetapi price masih hendak naik
lagi. Ini kerana indicator hanya disetkan untuk membentuk signal apabila pengiraan
tertentu dicapai namun bukanlah jaminan ia akan membentuk trend selepas itu.

Okeylah cukup mengenai indicator lagging ini, mari kita mantapkan penguasaan kita
terhadap price movement ini agar kita sentiasa di hadapan(leading) berbanding menjadi
orang yang ketinggalan di belakang seperti lagging indicator ini.

Semua maklumat diperlukan ada di depan mata

5/11
Menurut trader lagenda, Jesse Livermore, segala yang kita perlukan ada di depan mata…
Ia sudah pasti merujuk kepada chart anda dan data yang tertera situ.

Baca >> Price Action Myth


Kali ini saya akan kongsikan sedikit pendapat saya mengenai perkara ini, iaitu price dan
pecahannya.

Melalui price, saya akan pecahkan kepada 3 bahagian iaitu;

1. Candlestick
2. Support Resistance
3. Big Round Number

6/11
Penerangan ringkas;

harga terakhir selepas sesuatu penurunan yang berubah kepada kenaikan akan
dipanggil harga support, harga terakhir selepas sesuatu kenaikan yang berubah
kepada penurunan dipanggil harga resistance
harga angka genap mempunyai kepentingan sendiri dalam pasaran, juga dikenali
sebagai psikologikal price di mana ia menjadi paras ukuran kekuatan/perlemahan
sesuatu trend pada waktu itu samada menembusi atau reversal/rejection.
hasil dagangan harga bukaan, tinggi, rendah dan penutup maka akan
terbentuklah candlestick.
pembentukan candlestick pattern berkait terus dgn waktu dan masa mengikut
bulanan, mingguan, harian, jam dan minit.
candlestick pattern akan memberikan gambaran apa yang berlaku dlm pasaran
melalui pattern-pattern tertentu.
sesuatu candlestick pattern akan memberikan reaksi terhadap Support dan
Resistance level.
sesuatu SNR yang gagal ditembusi biasanya akan terbentuk candlestick
reversal yang akan ditutup di atas atau bawah paras price level/snr berdasarkan
trend semasa waktu itu.
trader akan mengambil peluang berdasarkan situasi ini untuk membuat buy dan
sell

Indicator lagging akan ‘mengambil’ maklumat ini kemudian diterjemah ke dalam bentuk
signal. Itulah sebabnya indicator hanya sesuai untuk dijadikan confirmation selepas
sesuatu pergerakan berlaku.

7/11
Jika anda sudah boleh memproses maklumat secara terus tanpa indicator lagging ini
adalah lebih baik.

Candlestick pattern

3 timeframe utama untuk lihat candlestick pattern yang paling valid iaitu;

1. monthly
2. weekly
3. daily

Timeframe yang besar akan memberikan ruang masa kepada trader untuk membuat
entry selain ketepatannya lebih baik berbandign timeframe lebih kecil. Peluang profit
juga sangat besar dengan usaha yang sikit(kurang masa depan komputer/handphone)

Baca >> SUPPORT RESISTANCE KUNCI KEPADA TRADING LEBIH BAIK

Candlestick pattern mempunyai pelbagai jenis pattern dan mempunyai maksud-maksud


tersendiri. Pembentukannya adalah berdasarkan open dan close dalam sesuatu
tempoh(timeframe) di sesuatu SNR. Ia akan diguna-pakai oleh trader untuk meneka arah
berikutnya.

Contoh mudah adalah, lihat gambar di atas, minggu lepas EURJPY rejected di atas paras
support, minggu berikutnya ia terus naik tinggi hingga mencecah 1,400 pips menuju
resistance berikutnya.

Sebelum candle reject itu terbentuk, anda juga sebenarnya boleh memasuki pasaran lebih
awal di timeframe yang lebih kecil untuk confirmation lebih awal. Untuk ini anda perlu
lebih banyak praktis mengenai SNR.

8/11
Support dan Resistance/price level

Harga terakhir selepas kenaikan, kemudian ia berpatah-balik, ia dipanggil sebagai


resistance.

Fungsi resistance adalah untuk menghalang kenaikan/uptrend dan menyokong kepada


downtrend.

Harga terakhir selepas kejatuhan, kemudian ia berpatah-balik, ia dipanggil sebagai


support.

Fungsi support adalah menghalang kejatuhan/downtrend dan menyokong kepada


uptrend.

BACA : FAKTA SNR

Big Round Number

Fungsi utama price level ini adalah hampir sama dengan SNR tetapi ia mempunyai
peranan lain dalam trading dan analisis.

Dalam trading;

1. Untuk entry jika terbentuk signal di situ(bergantung trend ketika itu)


2. Untuk profit taking jika pergerakan/trend price menuju ke situ

9/11
Nombor genap menjadi rujukan utama bukan sahaja forex tapi juga bursa saham. Contoh
mudah adalah ketika FBMKLCI melepasi 1,700.00 mata. Ini bermakna 1,700 ini adalah
angka psikologi utama pada waktu itu di mana jika ia menyusut atau mengukuh, ia
memberikan maksud tertentu kepada trader.

Faedah memahami dan menguasai semua ini

Membantu anda menggunakan informasi yang lebih tepat tanpa terkeliru dengan
lagging indicator
Membantu anda membuat keputusan entry dan exit berdasarkan situasi semasa
yang berlaku di depan mata
Memudahkan anda menyertai entry yang sama seperti big trader dalam pasaran

Baca >> BAGAIMANA TEKNIK MOVING AVERAGE MENJADIKAN ANDA TRADER


YANG SABAR DAN BERDISIPLIN
Sila baca artikel ini untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman anda :
http://pullbackforextrading.com/2-jenis-trader-dalam-pasaran-kebanyakan-kita-dalam-
golongan-kedua/

Kesimpulan

Price merupakan leading indicator. Selepas leading indicator ini, barulah terciptanya
indikator-indikator lain yang agak lagging kerana bergantung pada pergerakan
permulaan oleh price.

Price akan membentuk pecahan berikut iaitu;

1. Candlestick

10/11
2. Snr
3. Nombor genap/BRN

Ketiga-tiga ini mempunyai kegunaan masing-masing yang boleh membantu trader


membuat analisa dan trading tanpa menggunakan indikator teknikal.

Semoga artikel ini membantu meningkatkan pemahaman anda dan seterusnya skill
trading anda.

Jumpa lagi di artikel akan datang.

ADMIN
13/04/20

11/11

Anda mungkin juga menyukai