Anda di halaman 1dari 3

Penerangan solat qasar dan jama adalah seperti berikut:

Dipetik dari: http://www.islam.gov.my/e-solat/panduan-solat-qasar-dan-jama

1.0 Solat Qasar 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan. 1.2 Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut: i.Al-Quran surah al-Nisa ayat 101 yang bermaksud; Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir ii. Al-Sunnah yang bermaksud; Yala bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan? Lalu beliau menjawab, Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah Nya (Riwayat al-Nasai dan Abu Daud) 1.3 Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer. 1.4 Syarat Solat Qasar i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara. ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu). iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram. iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna). v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

(Allah Taala Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana)

2.1 Takrifan Solat Jama terbahagi kepada : i. Jama Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya dalam waktu Maghrib. ii.Jama Takhir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya dalam waktu Isya.

2.2 Syarat Solat Jama 2.2.1.Solat Jama Taqdim i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'. ii.Hendaklah niat Jama Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram. iii.Berturut-turut di antara solat yang dijamakan itu. iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua. v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya). 2.2.2. Solat Jama Takhir i.Hendaklah berniat jama dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua. 2.3 Contoh Niat 2.3.1 Jama Taqdim i.Jama Taqdim Empat Rakaat

Allah Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana) (Taala

ii.Niat Jama Taqdim Beserta Qasar

Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah ) (Taala 2.3.2 Jama Takhir i.Jama Takhir Empat Rakaat

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala) ii. Niat Jama Takhir Beserta Qasar

a aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah TaalaSahaj)

Anda mungkin juga menyukai