Anda di halaman 1dari 10

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

BERBUAT BAIK KEPADA ISTERI

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 16 SEPTEMBER 2022)

1
BERBUAT BAIK KEPADA ISTERI

ُ‫للُنَ ْح َمدهُُ َونَ ْستَ هع ْي نهُُ َونَ ْستَ غْ هفرهُ َونَعوذُُبهاللُ هم ُْنُشروهُرُأَنْ ف هسنَاُ َوهم ُْنُ َسيِّئَ ه‬
ُ‫ات‬ ُ‫ْح ْمدُُ ه‬
َ ‫ال‬

َُ‫ ُأَ ْش َهدُ ُأَن ُّلُ ُإهلهُه‬،‫ي ُلَه‬ َُ َ‫ضلهلْهُ ُف‬


‫ل ُ َه ه‬
َُ ‫اد‬ َُ َ‫ ُ َم ُْن ُيَ ْه هد ُهه ُاللُ ُف‬،‫أَ ْع َمالهنَا‬
‫ل ُم ه‬
ْ ‫ضلُ ُلَهُ ُ َوَم ُْن ُي‬

ُ‫ص ُِّل ُ َو َسلِّ ُْم‬ َُ ْ‫إهّلُ ُاللُ ُ َو ْح َدهُ ُ َُّل ُ َش هري‬


َ ُ ُ‫ُاللهم‬.ُ‫ ُ َوأَ ْش َهدُ ُأَنُ ُم َحم ًدا ُ َع ْبدهُ ُ َُوَرس ْوله‬،‫ك ُلَه‬

ُ‫ يَأَيّ َها‬.‫سانُ ُُإهلَى ُيَ ْوهُم ُالدِّيْن‬


َ ‫ح‬
ْ
‫علَى ُمحمدُ ُوعلَى ُآلههُه ُوأَصحابههُه ُوم ُن ُتَبهعه ُم ُبهه‬
‫ا‬ ْ َ ْ ََ َ ْ َ ََ َ َ

ُُ‫ ُُفَهُإن‬،‫ ُأَما ُبَ ْعد‬.‫آمنوُاْ ُاتُقوُاْ ُاللُّهَ ُ َحقُ ُت َقاتههُه ُ َوَُّل ُتَموت ُّن ُإهّلُ ُ َوأَنْ ت ُْم ُمُ ْسلهمو َُن‬ َُ ‫الُ هذ‬
َ ُ ‫ين‬

ُ،‫صلى ُاللُ ُ َعلَْي هُه ُ َو َسل َم‬ ُ‫ ُ َو َخ ْي َُر ُال َْه ْد ه‬،‫ث ُكهتَابُ ُالل‬
َ ُ ُ‫ي ُ َه ْديُ ُم َحمد‬ ُ‫الح هديْ ه‬
َ ُ‫ق‬َُ ‫َص َد‬
ْ‫أ‬

ُ‫ض َللَةُ ُفهى‬ َ ُ ُ‫ ُ َوكلُ ُبه ْد َعة‬،ٌ‫ ُ َوكلُ ُم ْح َدثَةُ ُبه ْد َعة‬،‫َو َشرُ ُاألم ْوهُر ُم ْح َدثَات َها‬
َ ُ ُ‫ ُ َوكل‬،ٌ‫ض َللَة‬

.‫النا هُر‬

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ‘Azza
Wa Jalla dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketaqwaan,
kita menjadi insan yang soleh serta memperoleh kebaikan dan keberkatan di dunia
dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah;"BERBUAT BAIK KEPADA
ISTERI".

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Islam sangat mengambil berat mengenai berbuat baik kepada para isteri. Bergaul
dengan cara yang baik dengan para isteri adalah titah perintah Allah ,, sepertimana
yang disebut didalam Al quran, surah An-nisaa ayat 19:

2
    

Mafhumnya: "Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan
cara yang baik".

Isteri atau wanita dijadikan Allah dengan fizikal dan emosi yang lemah. Fizikal dan
emosi yang lemah tidak bermakna akal mereka turut lemah. Kemampuan akal fikiran
mereka kadangkala jauh lebih baik daripada lelaki, tetapi dari sudut emosi dan
perasaan, mereka mudah terguris dan terluka. OIeh sebab itu, suami yang baik
perlulah memahami dan menyelami perasaan dan emosi isterinya.

Memahami sifat dan sikap wanita, mengetahui kelemahan dan kekurangan mereka
dengan sebaiknya akan mewujudkan perasaan toleransi dan hormat-menghormati
antara satu sama lain. Perhatikanlah hadis Rasulullah SAW yang menganjurkan sikap
yang perlu ada pada para suami dalam menangani kekurangan dan kelemahan wanita,
sebagaimana sabdanya dalam sebuah hadis riwayat Muslim:

ِّ ‫ت ِم ْن ِضلَ ٍع َوإِ َّن أ َْع َو َج َش ْى ٍء ِِف‬


‫الضلَ ِع‬ ِ ِ ‫واست وصوا بِالن‬
ْ ‫ِّساء فَِإ َّن الْ َمْرأََة ُخل َق‬
َ ُ ْ َْ َ
‫ِّس ِاء‬ ِ ‫استَ و‬
ُ ْ ْ ‫يمهُ َك َسْرتَهُ َوإِ ْن تََرْكتَهُ ََلْ يََزْل أ َْع َو َج‬
َ ‫صوا بالن‬
ِ ‫أَعالَه إِ ْن َذهب‬
ُ ‫ت تُق‬ َ َْ ُ ْ
.‫َخْي ًرا‬

Ertinya: “Dan kamu telah diwasiatkan tentang para wanita, maka sesungguhnya
mereka para wanita telah dicipta daripada tulang rusuk dan bahagian yang paling
bengkok pada tulang rusuk ialah pada bahagian atas-Nya. Jika engkau hendak
meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan
mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa
bengkok, maka berbuat baiklah kepada para wanita”. (Hadis Riwayat Muslim)

Tulang rusuk yang bengkok yang dinyatakan dalam hadis tersebut menggambarkan
sifat perempuan yang dicipta oleh Allah SWT, tulang rusuk yang dicipta dalam
keadaan bengkok akan berfungsi seperti biasa, tetapi jika tulang rusuk yang bengkok

3
ini diluruskan maka ia akan patah dan tidak dapat berfungsi lagi. Maksudnya nabi
SAW mahu supaya para suami menerima dengan seadanya akan sifat-sifat kewanitaan
yang ada pada diri para isteri. Dengan sifat-sifat kewanitaan itulah mereka dapat
berfungsi sebagai isteri. Jika diluruskan maka akan mencacatkan fungsi mereka
sebagai para isteri.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Jika seorang suami mahukan kesempurnaan pada isterinya maka sudah pasti dia tidak
akan menemuinya, walaupun bilangan isterinya bersilih ganti. Para suami tidak akan
dapat menemui isteri yang mampu taat padanya dengan sepenuh hati. Kekurangan
yang ada pada diri para isteri harus dilihat secara positif oleh para suami, sepertimana
Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 19:

           

Maksudnya:"Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan


tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh
jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang
kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".

Tiada siapa pun yang boleh mendakwa bahawa dirinya sempurna, termasuklah para
suami. Namun kesempurnaan para suami dan para isteri dapat dirasai apabila mereka
saling bertolak ansur di atas kekurangan yang ada pada diri mereka. Rasulullah SAW
bersabda:

ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫َل يََْرْْ ُم ْْمن ُم ْْمنًَ إِ ْن َك ِرَه مْن ََا ُخلُ ًقا ََض َى مْن ََا‬
‫خخَر‬
Ertinya;“Janganlah seorang lelaki yang beriman membenci wanita yang beriman,
jika dia tidak menyukai salah satu perangai (isterinya), maka dia akan redha
dengan (perangainya) yang lain”. (Hadis Riwayat Muslim)

4
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Sesungguhnya Islam melarang sama sekali deraan dan siksaan kepada para isteri sama
ada deraan fizikal atau pun emosi. Sebarang ketidak puasan oIeh suami terhadap
isterinya tidak harus disalurkan melalui siksaan fizikal atau emosi. Aisyah RA Anha
Berkata:

.‫صلَى اللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َخ ِاد ًما َوَل ْامَرأًَة قَط‬ ِ ُ ‫ما ضرب َس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ ََ َ

Ertinya:“Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isterinya dan


pembantunya.” (Hadis Sahih, Riwayat An-nasai)

Hak dan tanggungjawab suami terhadap isteri juga telah digariskan oIeh Rasulullah
dalam beberapa riwayat hadisnya, antaranya ialah dalam satu hadis, Ketika mana
Rasulullah ditanya oIeh seorang sahabat mengenai hak seorang isteri terhadap
suaminya, maka lalu Rasulullah menjawab:

‫ب الْ َو ْجهَ َوَل تُ َقبِّ َح‬ ِ


‫ر‬ ‫ض‬
ْ ‫ت‬
َ ‫ل‬‫و‬
َ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫س‬َ‫ت‬ ‫ك‬
ْ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ذ‬
َ ِ
‫إ‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫و‬‫س‬ ‫ك‬
ْ ‫ت‬
َ‫و‬ ‫ت‬ ‫م‬ِ‫أَ ْن تُطْعِمَا إِ َذا طَع‬
َ َ
َ َْ َ َُ َ ْ َ ََ
ِ ‫وَل تََجر إَِّل ِِف الْب ي‬
‫ت‬ َْ َُ ْ َ
Ertinya:“Kamu hendaklah memberi makan kepadanya jika kamu makan dan
menyediakan buatnya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan (sekali-
kali) kamu memukul muka (isteri) dan jangan kamu menghina (isteri) dan jangan
kamu mengasingkan diri (daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan
pengajaran) melainkan di rumah”. (Hadis Hasan Sahih, Riwayat Abu Daud)

Hadis ini jelas merupakan panduan terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera
perkahwinan mereka. Makanan dan pakaian merupakan tanggungjawab suami yang
perlu diberikan kepada isteri. Hadis ini turut menjelaskan mengenai tegahan
Rasulullah SAW daripada memukul isteri di bahagian muka. Ini adalah kerana
bahagian muka adalah lambang kepada kemuliaan dan kehormatan selain daripada
gambaran kecantikan seorang wanita.

5
Larangan memukul bahagian muka tidak terhad kepada kaum wanita sahaja tetapi
turut merangkumi semua golongan lelaki dan wanita, kanak-kanak dan orang tua.
Sikap menghina, mencerca dan mengeluarkan perkataan keji di antara suami dan isteri
serta kaum keluarga mereka adalah ditegah dan dilarang oIeh Islam.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Rasulullah SAW merupakan model terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera
rumahtangga. Malah Rasulullah SAW sendiri menyifatkan Baginda adalah orang
yang paling baik terhadap kaum keluarganya, sepertimana Nabi telah bersabda:

‫َخْي ُرُك ْم َخْي ُرُك ْم ِِل َْهلِ ِه َوأَنَا َخْي ُرُك ْم ِِل َْهلِي‬
Ertinya:“Sebaik-baik kamu ialah orang yang (berbuat) baik terhadap ahli
keluarganya dan aku adalah (orang yang) paling (berbuat) baik (daripada kamu)
terhadap ahli keluargaku”. (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah)

Amat pelik dan mendukacitakan apabila ada suami yang baik terhadap rakan-rakan
dan sahabat-handainya, tetapi zalim dan buruk akhlaknya terhadap isteri yang sentiasa
berjasa kepadanya. Bagi para suami segala sifat buruk seperti panas baran, ego, suka
mengungkit-ungkit, kaki pukul dan seumpamanya harus dibuang dari diri mereka.
Jika sifat-sifat buruk ini tidak dibuang maka sudah tentu keharmonian rumahtangga
tidak akan tercapai.

Harus diingat, kehidupan berumahtangga ibarat kapal kecil di tengah lautan, sentiasa
dilambung ombak dalam cuaca yang tidak menentu. Dalam hal ini, suami yang
diibaratkan sebagai nakhoda hendaklah memainkan peranan yang penting untuk
menentukan selamat atau tidak pelayaran kapal tersebut.

Keluarga yang harmoni akan mendatangkan keamanan kepada masyarakat, manakala


masyarakat yang baik, akan mendatangkan kemajuan kepada negara. Allah
berfirman dalam surah Ar-Ruum ayat 21:

6
            

        

Mafhumnya; "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan


rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,
dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

ِ ‫خن الْع ِظي ِم ونَ َْع ِِن وإِيَّا ُكم ِِبَا فِي ِه ِمن اآلي‬
ِ
‫ات‬َ َ ْ ْ َ ْ َ َ ْ َ ‫بَ َاََْ الل ِ ِْل َولَ ُك ْم ِ ِْف الْ ُقْر‬
‫اْلَ ِكْي ِم‬ ِّ ‫و‬
ْ ‫الذ ْك ِر‬ َ

7
KHUTBAH KEDUA

َّ ‫اَ ْْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َو ْح َدهُ َوأَ ْش ََ ُد أَ ْن َل إِلَهَ إَِّل اللُ َوأَ ْش ََ ُد أ‬


َ ‫ اَللَّ َُ َّم‬.‫َن ُُمَ َّم ًدا ََ ُس ْو ُل الل‬
‫ص ِّل‬

،‫ فَيَا أَي ََا الْ ُم ْسلِ ُم ْو َن‬،‫ أ ََّما بَ ْع ُد‬،‫ْي‬ ِ ْ ‫وسلِّم وبا َِْْ علَى ُُم َّم ٍد وعلَى خلِِه وصحبِ ِه أ‬
َ ْ ‫َْجَع‬ ََْ َ َ َ َ ََ ْ َ َ

.‫اِتَّ ُق ْوا اللَ َح َّق تُ َقاتِِه َوَل ََتُْوتُ َّن إَِّل َوأَنْتُ ْم ُم ْسلِ ُم ْو َن‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Pemberian nafkah suami ke atas isteri seperti makan minum, pakaian dan tempat
tinggal adalah suatu kewajipan. Setiap yang diberi kepada isteri termasuk
menyuapkan makanan ke mulut isteri akan mendapat ganjaran pahala yang besar di
sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ك لَ ْن تُْنْ َق نَ َْ َقً تَْبتَغي ِبَا َو ْجهَ اللَّه إَِّل أُجْر‬
‫ت َعلَْي ََا َح ََّّت َما ََْت َع ُل ِِف فَ ِم‬ َ َّ‫إِن‬
‫ك‬َ ِ‫ْامَرأَت‬
Ertinya;"Sesungguhnya, tidaklah kamu memberikan suatu nafkah dengan
mengharap keredhaan Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu
yang kamu suapkan ke mulut isterimu". (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Bagi para suami, bekerja mencari rezeki yang halal dengan niat yang ikhlas untuk
menanggung keperluan hidup ahli keluarga adalah suatu tuntutan dalam Islam. Para
suami juga wajib menunaikan hak isteri yang menjadi tanggungjawabnya seperti
memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Suami yang
menyuapkan makanan yang baik dan halal kemulut isteri akan mendapat ganjaran
pahala, dan juga dapat mengeratkan hubungan kasih sayang sesama suami isteri.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

8
            

 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka
wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas
Nabi.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih, daripada Anas Bin Malik RA;

ٍ ‫ط عْنه ع ْشر خ ِطيئ‬ ِ ِ ‫من صلَّى علَي و‬


‫ات‬َْ َ َ َ ُ َ َّ ‫ َو َح‬، ً‫صلَّى اللُ َعلَْيه َع ْشرا‬
َ ‫ة‬
ً ‫د‬
َ ‫اح‬ َ َّ َ َ َ
Yang bermaksud;“Barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali, maka Allah
membalasnya (dengan merahmatinya dan Allah memberi ganjaran pahala
kepadanya sebanyak) 10 kali dan (Allah) menghapuskan dosa-dosanya”.(Hadis
Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabulmufrad)

‫يم َو َعلَى ِخل‬ ِ ‫اَللَّ َّم صل علَى ُُم َّم ٍد وعلَى ِخل ُُم َّم ٍد َكما صلَّيت علَى إِب ر‬
‫اه‬
َ َْ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ِّ َ ُ
‫يم َو َعلَى ِخل‬ ِ ِ ٍ ِ ٍ ِ
َ ‫إِبْ َراهْي َم َوبَا َِْْ َعلَى ُُمَ َّمد َو َعلَى خل ُُمَ َّمد َك َما بَ َاَْك‬
َ ‫ت َعلَى إبْ َراه‬
ِ ‫ أَللَّ َّم ا ْغ ِْر لِْلمسلِ ِمْي والْمسلِم‬.‫َحيد ََِميد‬
‫ات‬ َِ ‫ك‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ‫ْي‬ ِ َ‫إِب ر ِاهيم ِِف الْعال‬
‫م‬
َ ُْ َ َ ْ ُْ ْ ُ ْ ْ َ َ ْ َ َ ْ َْ
‫ب‬ ِ ِ ِ َ َّ‫ إِن‬.‫ات‬ ِ ‫ اِلَحي ِاء ِمْن َم واِلَمو‬،‫ات‬ ِ َ‫والْم ِْْمنِْي والْم ِْْمن‬
ُ ‫ك ََسْيع قَريْب َُمْي‬ َْ َ ْ ُ َْ ُ َ َْ ُ َ
.‫ات‬ ِ ‫اْلاج‬ ِ َ‫ات وق‬ِ ‫َّعو‬
َ َ َ َ َ ْ ‫الد‬
ْ ‫ى‬ ‫اض‬

Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun
yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami
sekalian hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah
Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed
9
Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan
kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia
baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan
yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah
pemerintahan yang adil lagi diredhai olehMu.

Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan


diri sebagai hambaMu, Engkau indahkanlah akhlak kami, Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Rahman, Ya Wadud! Engkau baikilah keluarga kami, anak isteri kami,


saudara mara kami, jiran tetangga kami dan seluruh urusan mereka yang kami kasih.
Engkau jadikanlah kami umat yang mempunyai ketinggian akal dan budi, mempunyai
minda yang unggul dalam menguruskan kehidupan ini dan menjadi teladan yang baik
kepada manusia yang lain.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau


tambahkanlah nikmatmu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan
hidup di dunia dan di hari akhirat.

‫ إِ َّن اللَ يَأْ ُمُر‬.          
‫ان َوإِيْتَ ِاء ِذي الْ ُق ْرََب َويَْن ََى َع ِن الْ َْ ْح َش ِاء َوالْ ُمْن َك ِر‬ ِ ‫بِالْع ْد ِل وا ِإلحس‬
َْ َ َ
.‫ يَعِظُ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تَ َذ َّكُرْو َن‬،‫َوالْبَ ْغ ِي‬

10

Anda mungkin juga menyukai