Anda di halaman 1dari 5

Rahman Ali

[2020] PILRU 63 lwn. Lim Kasy pg 1

RAHMAN ALI
lwn.
LIM KASY

Mahkamah Majistret, Johor Bahru


Nur Izzaty Muhammad Zahari M
[Guaman Sivil No: JA-A73KJ-2389-12/2019]
28 Disember 2020

Perundangan yang dirujuk:


Rules of High Court 2012, O 59 r 23(1)

[Defendan diperintahkan membayar kos tindakan.]

KEPUTUSAN PENDENGARAN KLARIFIKASI KOS

Nur Izzaty Muhammad Zahari:

Pengenalan

[1] Pendengaran Klarifikasi ini adalah atas permohonan Defendan yang


dikemukakan melalui Surat (Lampiran SO) difailkan pada 20 Oktober 2020.

[2] Pendengaran Klarifikasi ini adalah berkenaan skala kos dan liabiliti pihak-
pihak seiring keputusan Mahkamah Majistret Sivil 1 Johor Bahru bertarikh
pada 29 September 2020.

[3] Pendengaran Klarifikasi ini adalah merujuk pada Draf Penghakiman


difailkan Plaintif pada 8 Oktober 2020 & Penghakiman Bersih difailkan
Plaintif pada 19 Oktober 2020.

[4] Pendengaran Klarifikasi ini telah ditangguhkan beberapa kali sejak pada
tarikh 23 November 2020 berikutan penularan pandemik Covid-19 dan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang memberi impak di seluruh
Semenanjung Malaysia. Justeru, atas permohonan Defendan melalui surat
pada 15 Disember 2020 untuk budibicara Mahkamah bagi pendengaran
klarifikasi ini melalui emel telah dibenarkan.

Keputusan Bicara Penuh Bertarikh Pada 29 September 2020

[5] Di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah berpendapat bahawa liabiliti


Plaintif bertanggungan sebanyak 90% dan Defendan sebanyak 10%, kuantum
atas dasar 100%, jumlah keseluruhan Penghakiman adalah RM 30,280.00
(jumlah keseluruhan Gantirugi Am yang dibenarkan adalah RM 21,000.00
dan jumlah keseluruhan Gantirugi Khas yang dibenarkan adalah RM
9,280.00), faedah tahunan atas gantirugi am 5% dari tarikh penyerahan saman
hingga tarikh penghakiman, faedah tahunan atas gantirugi khas 5% dari tarikh
kemalangan hingga tarikh penghakiman dan kos mengikut skala.
Rahman Ali
pg 2 lwn. Lim Kasy [2020] PILRU 63

Ringkasan Jumlah Penghakiman, Tanggungan Liabiliti Pihak-Pihak Dan


Skala Kos

[6] Jumlah keseluruhan Penghakiman adalah RM 30,280.00 dengan perincian


jumlah Gantirugi Am yang dibenarkan adalah RM 21,000.00 yang mana atas
dasar 10% adalah RM 2,100.00 dan 90% adalah RM 18,900.00. Manakala
jumlah Gantirugi Khas yang dibenarkan adalah RM 9,280.00 yang mana atas
dasar 10% adalah RM 928.00 dan 90% adalah RM 8,352.00.

[7] Jumlah tanggungan liabiliti Plaintif sebanyak 90% dan Defendan sebanyak
10% telah membawa kepada jumlah keseluruhan tanggungan Plaintif atas
adalah RM 27,252.00 dan Defendan adalah RM 3,028.00.

[8] Kos mengikut skala (Kos dakwaan dan Kos kepeguaman) atas dasar 100%
adalah RM 700.00 dan RM 2,750.00 manakala atas dasar 10% adalah RM
100.00 dan RM 350.00.

[9] Kos mengikut skala (Kos tindakan/pemfailan) merujuk pada Draf


Penghakiman tuntutan Plaintif adalah RM 5,898.00 dan Defendan adalah RM
2,588.00.

Keputusan Klarifikasi

Kos Mengikut Skala (Kos Membela/Dakwaan dan Kos Kepeguaman)

[10] Setelah meneliti Hujahan-hujahan dan ikatan Otoriti pihak-pihak serta


Keputusan Bicara Penuh bertarikh pada 29 September 2020, Mahkamah
berpendapat bahawa kos mengikut skala (Kos membela/dakwaan dan Kos
kepeguaman) ditanggung Defendan dengan tanggungan liabiliti sebanyak 10%
membawa kepada jumlah penghakiman atas dasar 10% iaitu sebanyak RM
3,028.00. Oleh hal yang demikian, Defendan adalah bertanggungan bagi kos
mengikut skala (Kos membela/dakwaan dan Kos kepeguaman) sebanyak RM
100.00 dan RM 350.00.

[11] Dalam isu ini, Mahkamah merujuk kepada peruntukan undang-undang A


59 k 23(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang juga dikenalpasti dalam
Ikatan Otoriti pihak-pihak yang memperuntukkan bahawasanya "apabila
penutupan dan penentuan apa-apa perbicaraan di Mahkamah Rendah, pihak
yang berhak kepada kos hendaklah, melainkan jika Mahkamah mengarahkan
selainnya, dibayar dengan kos tetap mengikut skala yang berikut:

"...Jumlah Wang Penghakiman Melebihi RM 3,000 tetapi tidak


melebihi RM4,000, kos Membawa Guaman/Membela adalah RM100
dan Kos Kepeguaman RM350...".

[12] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Shah Alam Rayuan
No 12B-159-10/2018 dan 12B-160-10/2018 yang telah diputuskan pada tahun
2020 di antara Weng Yew Min dan Muhammad Zahier Bin Rahmat, yang mana
Mahkamah Tinggi mengekalkan kos membawa guaman/membela dan kos
Rahman Ali
[2020] PILRU 63 lwn. Lim Kasy pg 3

pendakwaan yang akan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif haruslah


menurut pada jumlah penghakiman atas dasar liabiliti Defendan sebanyak
20% seiring huraian skala kos A 59 k 23 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
sepertimana yang diputuskan terdahulu oleh Hakim Mahkamah Sesyen.

[13] Mahkamah selainnya adalah merujuk kepada kes Mahkamah Sesyen


Johor Bahru Guaman Sivil No JA-A53KJ-541-09/2018 antara Tan Chak Hen
& Tan Poei Ching (P) dan Wang Kang Zhuang & Wang Twee Kok yang mana
kes ini telah dibicarakan dan diputuskan pada tahun 2020 bahawa Defendan
bertanggung cuai 70% dan Plaintif menyumbang cuai 30% dan Mahkamah
membenarkan kos Dakwaan dan kos kepeguaman bagi Plaintif hanya atas
dasar 70% dan bukan 100% serta lain-lain kos tindakan adalah dibenarkan
dengan mengambil kira penolakan kos yang telah dibenarkan dibawah
pengkelasan Gantirugi Khas.

Kos Mengikut Skala (Kos Tindakan/Pemfailan)

[14] Mahkamah selanjutnya berpendapat bahawa bagi kos mengikut skala


(Kos tindakan/pemfailan) Defendan adalah bertanggungan dan membayar
Plaintif kos tindakan ini sebanyak RM 636.00. Justeru, tuntutan Plaintif dan
Defendan sepertimana Draf Penghakiman dan Penghakiman Bersih sebanyak
RM 2,448.00 dan RM 1,388.00, adalah ditolak.

[15] Mahkamah sekali lagi merujuk pada peruntukan undang-undang A 59 k


23 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Lampiran B2 Fi Mahkamah
Rendah, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dibaca bersama Keputusan
bertarikh pada 29 September 2020 dalam taksiran tuntutan kos ini,
sepertimana perincian berikut juga di Lampiran A;

(a) Tuntutan kos dibenarkan adalah kos pemfailan Writ Saman, kos
pemfailan Ikatan Dokumen dan kos kehadiran Mahkamah bagi tujuan
Bicara sebanyak 4 kali kehadiran;

(b) Tuntutan kos dibenarkan dengan pindaan adalah kos pemfailan


Penghakiman RM 80.00 dan kos kehadiran Mahkamah bagi tujuan
Pengurusan Kes sebanyak 4 kali RM 100.00; dan

(c) Tuntutan kos ditolak adalah kos dokumen Polis, kos carian JPJ,
kos laporan pakar bertarikh pada 26 Disember 2019, kos laporan
perubatan hospital bertarikh pada 10 November 2019, kos kehadiran
pegawai penyiasat dan kos sapina Pegawai Penyiasat.

[16] Jumlah keseluruhan Ganti Rugi Khas yang dibenarkan secara kumulatif
sebanyak RM 9,280.00 adalah dirujuk bagi pemakluman secara jelas
berkenaan tuntuan kos sama sepertimana tuntutan kos yang ditolak di
perenggan 18(c).

[17] Mahkamah seterusnya berpendapat bahawa Defendan adalah


bertanggungan bagi kos pemfailan Penghakiman Bersih sebanyak RM 80.00
pada masa akan datang.
Rahman Ali
pg 4 lwn. Lim Kasy [2020] PILRU 63

[18] Kronologi pemfailan daripada tarikh pemfailan Draf Penghakiman pada 8


Oktober 2020 sehingga pada pemfailan Surat (Lampiran 30) bertarikh pada 20
Oktober 2020, yang mana secara keseluruhan mengambil masa kumulatif dua
belas (12) hari. Sehubungan dengan itu, Surat tersebut adalah dikenalpasti
difailkan selepas pada Penghakiman (Bersih) difailkan secara terdahulu pada
19 Oktober 2020 dalam tempoh masa sembilan (9) hari selepas Draf tersebut
diluluskan oleh Mahkamah.

[19] Mahkamah merujuk pada peruntukan oleh Pejabat Ketua Pendaftar


Mabkamah Perseketuan (PKPMP), Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 4/2010
Panduan Pemfailan Deraf Perintah dan Penghakiman/Perintah Penghakiman
Bersih Dalam Prosiding di Mahkamah-Mahkamah Seluruh Malaysia bertarikh
pada 12 Ogos 2010 yang mana telah memperuntukkan melalui perenggan (f)
bahawa "sesuatu salinan penghakiman bersih hendaklah difailkan oleh
peguam dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh deraf yang diluluskan dan
diterima manakala perenggan".

[20] Perenggan (t) Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 4/2010 sekaligus


memperincikan bahawa pihak-pihak perlulah memaklumkan dengan kadar
segera kepada Mahkamah jika terdapat sebarang pembetulan yang ingin
dibuat walaupun pembayaran untuk penghakiman bersih telah dibuat di mana
mahkamah masih boleh membetulkan penghakiman tersebut dengan kos
dalam tanggungan dengan kadar segera tersebut ditakrifkan dalam masa tiga
(3) hari.

[21] Mahkamah juga berpendapat bahawa makluman Plaintif pada Perenggan


6, Hujahan Bertulis Plaintif adalah kurang relavan kerana keperluan
pendengaran klarifikasi kos ini pada hari ini adalah keseluruhannya berkaitan
Keputusan Bicara Penuh Mahkamah Majistret Sivil 1 Johor Bahru yang telah
diberikan pada 29 September 2020 yang mana adalah sama sekali
pendengaran klarifikasi ini tiada berkaitan dengan tindakan lanjutan Plaintif
untuk pemfailan Notis Rayuan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 9
Oktober 2020. Dan Plaintif adalah sewajarnya menyelesaikan isu di
Mahkamah ini tanpa dalam usaha menyatakan kepada Mahkamah dengan
misalan sesuatu keadaan atau suatu keputusan pada masa akan datang di
Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang mana Mahkamah percaya ianya pada
anggapan Plaintif pada masa dan peringkat ini. Mahkamah mengambil
perhatian Plaintif sekali lagi pada hujahan Plaintif tersebut, "Jika sekiranya
rayuan Plaintif dibenarkan berkenaan isu liabiliti, tanggungan liabiliti antara
pihak-pihak akan berubah. Dan ianya adalah membazir masa dan kos
kesemua pihak pada masa itu untuk membuat permohonan di Mahkamah
mulia berkenaan isu kos ini sekali lagi atas alasan tanggungan liabiliti telah
berubah."

Kesimpulan

[22] Berdasarkan kepada huraian di atas, Mahkamah berpendapat bahawa:

(a) Defendan adalah bertanggungan dan membayar Plaintif bagi kos


Rahman Ali
[2020] PILRU 63 lwn. Lim Kasy pg 5

mengikut skala sebanyak RM 1,166.00. (Kos membela/dakwaan dan


Kos kepeguaman sebanyak RM 100.00 dan RM 350.00 dan Kos
tindakan/pemfailan sebanyak RM 716.00);

(b) Draf Penghakiman bertarikh pada 8 Oktober 2020 yang diluluskan


dengan pindaan oleh Mahkamah adalah terpakai bagi pengiraan
tanggungan liabiliti pihak-pihak atas dasar 90% dan 10% bagi jumlah
Ganti Rugi Khas & Ganti Rugi Am, di ms 1 dan 2;

(c) Penghakiman Bersih yang dtfailkan dan ditahan sejak pada 19


Oktober 2020 adaiah ditolak; dan

(d) Plaintif/Defendan untuk failkan Draf Penghakiman sebelum pada


tarikh 4 Januari 2021 dengan merujuk dan berpandukan pada segala
setiap satu pengakhiran diberikan Mahkamah bagi klarifikasi pada
hari ini.

Anda mungkin juga menyukai