Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN YDP PIBG

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera serta Salam Satu Malaysia

Terima kasih  Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Pn. Teo Boon Hwa, Pengetua SMK La Salle,PJ


Penolong-penolong Kanan,
AJK PIBG SMK La Salle PJ,  Ibu bapa / Waris Pelajar , guru-guru, para hadirin yang dikasihi
sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


                                               Air mawar direnjis wangi;
                                       Berkembang kasih menabur budi,
                                              Undangan tuan amat disanjungi.

Alhamdulillah,saya panjatkan syukur ke hadrat Allah(SWT) kerana dengan izin-Nya saya


dapat bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada hari yang penuh bermakna ini dalam
Mesyuarat Agung PIBG SMK La Salle PJ kali ke-45 ini. Terlebih  dahulu saya ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya
mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan para pelajar. Syabas
dan tahniah saya ucapkan kepadaAJK yang terlibat serta para guru yang bertungkus lumus
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK La Salle PJ kali ke-45 ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu agenda wajib dalam kalendar


pendidikan pada setiap tahun. Hari ini merupakan hari yang dinanti2kan oleh
para ibubapa untuk mengetahui apakah agenda yang telah dan akan
dilaksanakan bagi membantu anak-anak di sekolah. Pada masa inilah peluang
ibubapa untuk memberi pandangan serta buah fikiran bagi membantu
sebarang usaha sekolah. Barisan kepimpinan PIBG merupakan sayap kiri di
sekolah dalam membantu melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan
pihak ibubapa yang aktif dalam PIBG akan  dapat memberikan impak yang
positif kepada anak2 dan seluruh pelajar sekolah ini

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi
tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai
pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.  Hal ini selari
dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu
inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti
pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam
sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan. Sistem pendidikan kita
mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan
pembaharuan seiring dengan peredaran zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sejak tiga tahun yang lalu sebagai kayu
ukur kompetensi para pelajar. Dengan kata lain, kita perlu melahirkan para pelajar yang
cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda
negara.

Hadirin sekalian,
Cendekiawan  ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan
bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad
ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka
di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa,
usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua
lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu bapa
menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.
Sebagai ibu bapa, kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai
atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-
mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila
murid-murid balik ke rumah. 

Tuan-tuan dan puan-puan,


Mahatma Gandhi ada menyatakan bahawa kepuasan terletak pada usaha, bukannya kejayaan.
Maka kepimpinan institusi pendidikan seperti SMK La Salle PJ perlu memacu penghasilan daya
kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi
menghasilkan pendidikan yang bermutu, para pengajar perlu melakukan anjakan paradigma dalam
melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif terutama para pelajar di sini yang berfokuskan kemahiran.  Kita
perlu berganjak daripada pendekatan model kilang penghasilan pendidikan (factory model of
producing education) kepada model penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang
memberangsangkan minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, yang mencungkil
keupayaan menyelesaikan masalah dan yang mengasah ketajaman penaakulan (reasoning) para
pelajar. Ertinya, orientasi pengajaran dan pembelajaran mesti berganjak daripada pembelajaran
berbentuk hafalan (rote learning) kepada pembelajaran yang memberangsangkan akal (mind
stimulating learning).

Imam Al-Ghazali pernh berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu.  Ilmu
diperoleh dengan belajar.  Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada
keikhlasan. Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur
pencapaian  berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Para pendidik jangan cepat berasa
puas dengan pencapaian  pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan
kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan
yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang negara dan bakal
pemimpin negara kerana  Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi pengasuhan,
bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat
penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan
dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang
sama berat khasnya di SMK La Salle PJ. Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah
Bestari pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para
pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan
semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk
pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar
yang akan menerima anugerah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian
kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-
bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak
kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.
Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa
meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan
kecemerlangan. Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi
ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai
sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat
anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka
yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan
semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka
yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun
akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,


Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya bermaksud,
"Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam hal ini, semua pihak
semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya.
Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik yang
tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga kolej dan ibu bapa sebagai
hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa
menyokong antara satu sama lain,bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing. Pemimpin dan
barisan guru di sekolah  ini boleh bertukar ganti; boleh datang dan pergi, namun organisasi  mesti
dipertahankan walau sesiapa pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang
ingin kita capai tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk  ibu bapa dan pelajar patut
memberi sokongan padu kepada pihak pentadbir sekolah jika semua mimpi indah tentang
kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak SMK La Salle,PJ kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah Bestari
pada  tahun ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada gurindam
ini;

          Jika murid mendengar kata


              Tidak guru berkata cela

              Jika ibu bapa bekerjasama


              Tidaklah anak berdukacita

              Jika kita seia sekata


              Tiada timbul sengketa

              Jika seiring kita berusaha


              Pasti semua akan berjaya
Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat kita
berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26.

Bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG SMK Lui Barat saya
mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ serta tuan/puan tetamu jemputan ke
majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran YB Dato dan tuan/puan
semua dapat menyuntik semangat dan iltizam kami untuk berusaha 
meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Kehadiran tuan/puan menandakan
sokongan tuan/puan terhadap SMK Lui Barat, dan merupakan satu titik
permulaan untuk proses kolaborasi antara sekolah dengan komuniti
setempat. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam menyahut
saranan pemimpin Negara untuk merealisasikan PPPM menjelang alaf baharu
di tahun 2020. Saya juga mengalu-alukan kehadiran tuan/puan para ibu bapa
pelajar yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan lagi majlis kita pada
kali ini. Komitmen tuan/puan akan dapat memberi keyakinan kepada kami
khususnya dalam menjalankan tugas kami, seterusnya dapat kami
melaksanakan tugas terhadap anak bangsa dengan jayanya InsyaAllah. Saya
berpendapat ibubapa yang hadir pada hari ini adalah ibubapa yang benar-
benar mengharapkan kecemerlangan sekolah dan juga kecemerlangan anak-
anak kerana sesungguhnya penglibatan ibu bapa merupakan salah satu
faktor pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada anak-anak untuk
memajukan diri dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga, saya bagi pihak
sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kepada
YDP PIBG, En. Zulkifli Bin Aton dan seluruh AJKnya yang telah banyak
membantu pihak sekolah samada dari segi meluluskan peruntukan wang
sumbangan PIBG, dari segi sokongan moral, buah fikiran malah sumbangan
tenaga. Tanpa sokongan dan bantuan2 tersebut agak sukar juga untuk kami
para guru mencapai apa yang kami hasratkan.

YB Dato, tuan/puan sekelian, sebagai Pengetua yang baharu di sekolah ini,


saya dengan rendah hati memohon kepada YB Dato serta tuan/puan agar
dapat memberikan teguran yang membina andai kata terdapat kesalahan dan
kekhilafan sepanjang saya menggalas tanggungjawab ini nanti. Marilah kita
sama-sama berganding bahu dalam meladeni serta melayani kerenah anak-
anak kita di samping sama-sama memberikan sokongan, dorongan kepada
anak-anak kita di sini agar sentiasa menanamkan sifat percaya kepada diri
sendiri dan sentiasa berusaha menongkah arus, onak dan ranjau untuk
meningkat maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Janganlah jemu
membekalkan anak-anak kita dengan nasihat dan dorongan kerana
sesungguhnya naluri anak2 kita sentiasa dahagakan itu semua daripada kita 
sebagai orang-orang tua dan yang berpengalaman (ibarat kata orang tua,
“lebih dulu makan garam”). Tunjukkanlah juga contoh dan teladan yang baik
kepada anak2 kita kerana sebagai pemimpin di rumah (bagi ibubapa) atau
pemimpin di sekolah (bagi guru2) jadikanlah slogan “Kepimpinan Melalui
Teladan” itu sebagai motto diri kita.

YB Dato, tuan/puan sekelian, Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu


agenda wajib dalam kalendar pendidikan pada setiap tahun. Hari ini
merupakan hari yang dinanti2kan oleh para ibubapa untuk mengetahui
apakah agenda yang telah dan akan dilaksanakan bagi membantu anak-anak
di sekolah. Pada masa inilah peluang ibubapa untuk memberi pandangan
serta buah fikiran bagi membantu sebarang usaha sekolah. Barisan
kepimpinan PIBG merupakan sayap kiri di sekolah dalam membantu
melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan pihak ibubapa yang aktif
dalam PIBG akan  dapat memberikan impak yang positif kepada anak2 dan
seluruh pelajar sekolah ini.

YB Dato, tuan/puan sekelian, di sini saya ingin berkongsi dengan tuan/puan


apakah aspirasi kami para pendidik di sekolah ini. Kita mempunyai matlamat
agar sekolah ini dapat mencapai sasaran yang kita tetapkan samada dalam
bidang akademik, Hal Ehwal Murid mahupun kokurikulum.

Dalam bidang akademik, kita sasarkan akan mencapai KPI yang ditetapkan
dari segi Gred Purata Sekolah, % Lulus dan bilangan pelajar yang mendapat
Semua A dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun 2013. Untuk
peperiksaan PMR 2013, kami mensasarkan GPS adalah 2.96 sementara
semua pelajar Tingkatan 3RK (seramai 21 orang) disasarkan memperolehi
SEMUA ‘A’.

Dalam bidang HEM pula kita sasarkan % kehadiran murid melebihi 90%
setiap hari dan tiada masalah disiplin berat. Sementara dalam bidang
kokurikulum pula kita sasarkan penyertaan yang lebih banyak untuk
pertandingan di peringkat Daerah. Negeri dan Kebangsaan dan juga ke
peringkat antarabangsa, serta meningkatkan lagi bilangan pelajar yang
mendapat gred A dan B dalam kokurikulum.

Bagaimanakah caranya kita dapat mencapai matlamat ini? Untuk


mencapainya kita memerlukan kerjasama dan sokongan daripada para
ibubapa dan komuniti setempat selain daripada tanggungjawab sekolah. Di
sekolah, Penolong kanan Pentadbiran dengan dibantu oleh 4 org Ketua
Bidang, ketua2 panitia dan guru2 matapelajaran sentiasa memastikan proses
P&P  berlaku di bilik darjah, program2 sokongan juga diadakan seperti kelas2
intervensi, seminar, teknik menjawab soalan, kelas tambahan hujung minggu
atau masa cuti dan sebagainya bagi tujuan membantu pelajar melonjakkan
pencapaian akademik mereka. Untuk menjayakan semua program ini, pihak
sekolah perlu mendapat sokongan moral dan kewangan dari pihak luar.
Untuk ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Zainal yang
telah membantu memberi peruntukan sebanyak RM 3,000 untuk program
intervensi PMR dan SPM serta kepada PIBG sendiri yang memberi bantuan
kewangan tambahan. Untuk makluman YB Dato, tuan/puan, keputusan PMR
yang diumumkan baru2 ini telah mencatatkan 4 orang pelajar telah
memperolehi SEMUA A dan keputusan ini sekaligus telah menaikkan nama
sekolah di mana pada tahun sebelumnya tiada pencapaian semua A
diperolehi. Tahniah diucapkan kepada pelajar berkenaan dan juga ibu dan
bapa mereka. Untuk peperiksaan SPM tahun lepas, kita sedang menunggu
keputusannya dalam bulan Mac ini dan kita sedang berdebar2 menunggu
bagaimanakah pula keputusannya.

YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah diberi tanggungjawab memikul


mandat kerajaan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana matlamat
terakhirnya ialah menghasilkan manusia bukan sahaja yang berilmu
pengetahuan tetapi juga seorang manusia yang berakhlak mulia dan berguna
kepada keluarga, Negara, bangsa dan agama. Kita bukan sahaja
menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga menekankan
“kemenjadian” manusia. Justeru, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah mulai tahun 2012 secara berperingkat dengan hasrat
untuk menghasilkan murid yang berkemahiran selaras dengan keperluan
Negara. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan murid dapat ditaksir
kebolehannya, ibubapa/penjaga MESTI memastikan anak-anak hadir ke
sekolah pada setiap hari persekolahan agar anak-anak kita memperolehi
kemahiran yang dihasratkan di samping untuk mencapai sasaran dalam
bidang HEM yang kita sasarkan tadi.

YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah juga sentiasa memastikan agar


keselamatan anak2 tuan/puan terjaga. Justeru, kepada ibubapa/penjaga
yang menghantar anak ke sekolah dengan kenderaan sendiri dipohon agar
dapat menurunkan anak di pintu kecil belakang dewan untuk mengelakkan
kesesakan di pintu masuk utama. Tuan/puan juga dipohon agar memastikan
anak2 tuan/puan yang membawa motosikal memiliki lesen memandu serta
bertopi keledar. Hal ini sangat penting kerana di samping bertujuan untuk
langkah2 keselamatan, ia juga dapat mengelakkan anak2 tuan/puan daripada
disaman jika terlibat dengan kemalangan (ini adalah pesanan daripada pihak
polis). Tuan/puan yang merasa ragu2 samada anak2 tuan/puan hadir ke
aktiviti sekolah, atau ragu2 samada ada aktiviti atau tidak bolehlah
menelefon pihak sekolah kerana terdapat kes murid menyalahgunakan surat
makluman aktiviti daripada pihak sekolah untuk pergi ke tempat lain.

YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah juga amat mengambil berat


mengenai perkembangan sahsiah dan kerohanian murid2. Untuk itu, antara
aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah  seperti
solat hajat setiap hari jumaat mengikut giliran tingkatan, bacaan Yaasin
setiap hari jumaat, tazkirah, motivasi, tazkirah slot kasih Nabi pada pagi
jumaat untuk santapan minda, fikrah dan rohani, alunan Qasidah dan selawat
pada setiap pagi jumaat sebelum tazkirah dan Yaasin, zikir2 pendek setiap
pagi selasa dan khamis, bimbingan rohani khusus untuk murid2 perempuan
pada setiap hari jumaat mengikut giliran tingkatan yang bermula pada jam
12.30 – 1.15 tghri. Murid yang terlibat akan pulang agak lewat sedikit pada
hari jumaat tersebut. InsyaAllah dengan  hati yang bersih dan suci, ilmu
mudah menyerap dan lekat di hati. Di rumah adalah

 Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua
mengharapkan peningkatan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya
dengan kejasama ssemua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat
terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik serta kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh
Encik Seri Lanang bin Dato Shamsuri yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk
kewangan mahupun idea serta moral. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Seri Lanang kerana masih lagi sudi menjadi
YDP PIBG pada tahun ini walaupun anak beliau sudah pun bertukar ke Kolej Vokasional
di Langkawi. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi
dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Saya
percaya dengan komited yang tinggi, semangat permuafakatan yang kuat dan sokongan
daripada semua pihak, komuniti bijak pintar sekolah ini, saya sampaikan dalam serangkap
pantun.

            Kalau roboh kota bertingkat,

            Sekerat rotan dicantum diikat,

            Kalau hendak prestasi meningkat,

            Seia sekata kita muafakat.

Anda mungkin juga menyukai