Anda di halaman 1dari 3

Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah.

Menurut Konfusius; tugas kamu adalah untuk metnadbir, bukannya untuk membunuh (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah melalui contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan rakyat (Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. 5.1.2. Laksamana Cheng Ho Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah. Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja. Cheng Ho atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang penjelajah China yang sangat masyhur. Kemasyhurannya sering dikaitkan dengan armadanya yang dianggap terbesar yang pernah dilancarkan atas nama penjelajahan. Beliau mengetuai 27,000 orang anak kapal dan 317 buah kapal (sebenarnya dipanggil jong )dan ekspedisi beliau mengandungi sehingga 63 buah kapal yang belayar bersama-sama. Ketujuh-tujuh pelayaran beliau mengambil masa kira-kira 2 tahun setiap satu. Penjelajahannya dilakukan antara tahun 1405 hingga tahun 1433. Armada ini belayar ke sebahagian besar Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera, Siam, Tanah Melayu, dan Borneo. Eksepedisi lain telah ke India, Kepulauan Maldives, Teluk Pars, negara Arabi dan pantai timur Afrika (1415). Ada kemungkinan mereka juga telah mengelilingi Tanjung Harapan pada kira-kira 70 tahun sebelum orang Eropah melakukannya. Ini dikaitkan dengan adanya satu peta China pada tahun 1420 dengan jelas menunjukkan sebahagian pantai barat Afrika. Tujuan mereka ialah untuk berdagang, mengutip cukai daripada koloni China dan mengumpul maklumat.Beberapa buah kapal telah dihantar untuk meninjau eksepedisi di Lautan Pasifik dan ada kemungkinan mereka sampai di pantai utara Australia. Selepas kemangkatan Maharaja Cheng Tsu, kemasyhuran Cheng Ho mulai merosot. Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang

telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut. Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Laksamana Cheng Ho atau Muhammad atau Sam Poa merupakan satu nama yang sinonim dengan kedatangannya di Melaka membawa salam persahabatan daripada Dinasti Ming di negara China. Sahabat bernama Saad bin Lubadah merupakan di antara para sahabat terawal yang membawa Islam ke China sehingga masyarakat Islam di China sekarang ini menyamai bilangan penduduk di Malaysia. Ini menunjukkan, Islam sudah lama tersebar di kawasan Asia dan di Nusantara malah Laksamana Cheng Ho merupakan di antara pendakwah yang membawa risalah Islam di Tanah Melayu melalui saluran diplomatik yang dilakukan olehnya. Maknanya Islam boleh tersebar di merata tempat tanpa mengira warna kulit yang menyebarnya dan mereka yang menerimanya. Kesungguhan Laksamana Cheng Ho menyebarkan Islam melalui diplomatik dan perdagangan serta teknologi yang datang dari China amat dihargai oleh penduduk Nusantara. Bayangkan, melalui arahannya kepada kerajaan Siam supaya menghentikan tekanan kepada Kerajaan Melaka untuk membayar ufti setiap tahun, Kerajaan Siam akur kepada arahan tersebut sehingga akhirnya Kerajaan Melaka menjadi empayar yang hebat hasil pertolongan Laksamana Cheng Ho. Ini adalah kerana kehebatannya berdiplomasi dan kecanggihan teknologi yang dibawa oleh dari negara China. Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu. Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukangtukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak

bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu. Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia. Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia

Anda mungkin juga menyukai