Anda di halaman 1dari 4

BRONCHOPNEUMONIA

Bronchopneumonia ialah keadaan yang bermula di sekeliling bronchi, bronchiol, dan tisu paru-paru dengan berlakunya tompok konsodilasi (alveoli terisi dengan cecair) dan juga di ikuti oleh infeksi sekunder seperti batuk. Agen penyebab bronchopneumonia ialah kawasan yang sesak dan perubahan cuaca. Selain itu ia disebabkan oleh microorganisma yang terdiri daripada :1) Bacteria iaitu streptococcus, staphylococcus, Escherichia coli (E.coli), dan hemophillus influenza. 2) Virus iaitu virus influenza, para influenza, herpes simpleks dan sitomegalovirus. 3) Fungus iaitu A.spergillus dan histoplasma. 4) Parasit iaitu pnaumocystis carini dan stangyloides stercoralis. TANDA-TANDA DAN GEJALA Manifestasi klinikal bagi pesakit yang mengalami bronchopneumonia ialah berlaku dengan tiba-tiba diiringi dengan demam kerana adanya inflamasi. Suhu badan tinggi dan menyebabkan rigor dan muntah. Kesan kepada kanak-kanak yang mengalami demam dan muntah yang berterusan akan

mengakibatkan kanak-kanak tersbut mengalami lemah, letih, lesu, dan tiada selera makan. Selain itu, pesakit akan mengalami cyanosis iaitu kebiru-biruan yang disebabkan oleh alveoli menjadi bengkak dan menghasilkan cecair yang lama kelamaan menjadi pekat dan menyebabkan kesesakan di alveoli. Alveoli tidak dapat mengembang dan proses pertukaran oksigen tidak dapat berlaku di sini. Oksigen akan berkurangan dalam system peredaran darah dan pesakit kelihatan cyanosis terutamanya di bahagian kuku dan bibir. Tachypnea akan berlaku disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam tubuh. Pernafasan akan menjadi cepat, cetek, dan berbunyi berdengus (grunting). Ini adalah kerana pesakit merasa sakit apabila bernafas. Bronchopneumonia akan menyebabkan batuk kerana inflamasi/infeksi di system pernafasan bawah. Ciri-ciri batuk yang ditunjukkan oleh pesakit adalah :Pada peringkat permulaan tiada kahak semasa batuk. Selepas 1-2 hari kejadian inflamasi, batuk menjadi produktif. Kahak yang dikeluarkan adalah pekat dan bertukar menjadi purulent (bernanah). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh adanya jangkitan di paru-paru. Ciri-ciri kahak berbeza-beza mengikut etiologi organisma. Jika disebabkan oleh streptococcus, warnanya hijau dan bernanah. Jika disebabkan oleh staphylococcus, warnanya adalah kekuningan dan bermukoid (berlendir).

Kadar denyutan pesakit menjadi tinggi (tachycardia) iaitu lebih 140 denyutan/minit yang disebabkan oleh demam yang tinggi. Penyiasatan yang akan dilakukan bagi pesakit brochoneumonia adalah :1) Kahak Culture and sensitivity (CNS) yang bertujuan untuk mengetahui mikroorganisma stains positif atau negatif dan membantu dalam pemberian antibiotic. 2) X- ray dada bagi mengetahui jenis-jenis pneumonia bagi mengesan keluasan tompok konsodilasi paru-paru (filem x-ray menunjukkan keluasan infeksi di paru-paru). 3) Arterial blood gases (ABG) iaitu pengambilan darah di arteri bertujuan untuk mengesan kekurangan oksigen dalam tisu dan menentukan kadar pemberian oksigen kepada pesakit. 4) Total white differential count (TWDC) untuk mengetahui kadar peningkatan TWDC disebabkan oleh infeksi. Biasanya keputusan akan melebihi paras normal. 5) Mengukur peak flow adalah untuk menilai perkembangan paru-paru yang dilakukan kepada pesakit yang boleh meniup dengan menggunakan peak flow meter. Kadar normal bagi kanak-kanak ialah 300-400 meter setiap hembusan. 6) Auskultasi iaitu dengan menggunakan stateskop untuk mendengar gerakan gas atau cecair dalam tubuh untuk mendengar bunyi rhonci atau cecair dalam paru-paru. Bagi pesakit yang normal , tiada bunyi dapat didengari. Tetapi bunyi cracker dan rhonci dapat

didengar bagi pesakit bronchopneumonia kerana adanya cecair dalam instestinal dan alveoli di paru-paru.