Anda di halaman 1dari 8

MUHAMMAD AZRIN BIN ABDULLAH Teori Keperibadian Mulia (Virtue Ethics)

Teori keperibadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral. Tumpuan persoalannya tentang Apakah yang patut saya jadi?. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan. Kemahiran dalam etika diharapkan dapat membantu manusia untuk membuat penaakulan moral yang bijak dalam kehidupan. Etika keperibadian mulia dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 S.M). Perkataan virtue berasal daripada perkataan Latin iaitu virtus atau Greek dengan perkataan arete, yang bermaksud kekuatan yang merujuk kepada kelakian. Bagi Aristotle, `virtues' atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan

kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini. Bagi beliau, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakukannya dengan sesuatu tujuan. Keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana seseorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Aristotle

berpendapat cara yang baik untuk memperoleh keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri. Satu lagi ciri keperibadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela (sila lihat jadual Virtues dan Vices Aristotle). Setiap individu perlu mengambil jalan tengah dalam hal-hal berkaitan dengan keyakinan atau ketakutan. Jika tidak individu itu dianggap sebagai pengecut. Doktrin jalan tengah tidak boleh digunakan bagi tindakan yang bersifat jahat kerana apa juga cara dilakukan, sama ada berlebihan, kurang atau sederhana tetap dikatakan jahat dan salah.

perlakuan atau perasaan takut Perasaan malu

Berlebihan

Jalan tengah

Terlalu kurang

gopoh Terlalu malu

berani Sopan

Pengecut, penakut Muka tebal

Perasaan marah

Panas hati

Sabar

Kurang semangat

Pendapatan dan perbelanjaan

Pemborosan

Kemurahan hati

kedekut

Jadual Virtues dan Vices Aristotle

Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu sifat semulajadi telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan yang telah menganugerahkan insan seperti para nabi dan rasul yang memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Bahkan manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan suka meniru juga membantu dalam membentuk keperibadian mulia. Oleh itu seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan. Mereka juga mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Selain itu, mereka akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada keburukan. Seterusnya, mereka akan berpegang kepada prinsip hidup mereka sendiri. Mereka juga tidak mengharapkan sebarang balasan atau ganjaran atas apa yang mereka kerjakan dan lakukan. Kemudian, orang yang berkeperibadian mulia sentiasa sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah. Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah:

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.(surah al-Baqarah: ayat 190). Selain itu, Allah SWT turut berfirman: Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (surah al-Baqarah: ayat 143). Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu perkara yang sederhana dan hikmah. Kesederhanaan merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan oleh semua orang-orang Islam. Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela. Ini menunjukkan bahawa keperibadian mulia seseorang tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana ia turut dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan semasa dan rakan sebayanya. Selain itu, keperibadian mulia boleh diperoleh dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik. Seterusnya, Barnes (1979) mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin tersebut tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana

mempunyai maksud yang sama seperti mana tindakan yang patut diambil tanpa memberi kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dan cara yang patut, sederhana atau baik apabila menghadapi situasi moral. Keadaan ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan. Begitu juga McPhail (1982) yang berpendapat bahawa doktrin ini tidak relevan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pertimbangan dalam sikap bercakap benar. Ini kerana percakapan hanya boleh dikategorikan sebagai benar atau tidak benar. Selain itu, dalam hal keadilan, menurut Abul Quasem (1976) yang memetik kata Al-Ghazali bahawa keadilan bukan satu jalan tengah antara dua tindakan yang melampau. Jalan tengah untuk keadilan tidak akan wujud dalam kezaliman dan penderitaan. Diberi satu keadaan dimana seorang pekerja yang bernama Yusuf berjawatan akauntan dengan pengurus syarikatnya yang bernama Tuan Karim. Tuan Karim meminta Yusuf menandatangani satu penyata yang telah dipalsukan untuk mendapatkan keuntungan yang berganda kepada syarikatnya. Pada mulanya Yusuf cuba menerangkan kepada Tuan Karim bahawa tindakannya adalah salah kerana cubaan menipu wang syarikat induk. Bagaimanapun, Tuan Karim telah

memperingatkan Yusuf, sebagai seorang pekerja yang bertugas sebagai akauntan di syarikatnya, Yusuf hendaklah patuh pada arahan yang telah diberikan. Selepas waktu pekerjaan, Yusuf telah pulang kerumah dan berbincang bersama isterinya. Menurut keadaan diatas, Yusuf sedar dia perlu menandatangani satu penyata dan dokumen yang penting untuk menentukan keutuhan syarikatnya. Yang kedua, dia mengetahui perbuatannya menandatangani penyata dokumen palsu itu adalah salah dan tidak amanah dan yang ketiga sebagai seorang yang jujur, Yusuf tidak

mahu menandatangani penyata dokumen palsu dan sebaliknya mahu menolak arahan Tuan Karim. Secara umumnya, Teori Keperibadian Mulia menyatakan sesuatu tindakan atau perlakuan itu betul, sekiranya agen yang bersikap peribadi mulia akan melakukan perkara yang sama dalam apa jua keadaan. Agen moral tersebut akan mempraktikkan nilai mulia yang ada pada dirinya. Nilai mulia pula ialah ciri-ciri kemanusiaan yang ada pada manusia dan penting untuk

perkembangan dan kehidupan yang baik. Terdapat juga kritikan untuk Teori Berkeperibadian Mulia. Yang pertama, terdapat manusia seperti nabi yang memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Mereka adalah maksum yang bermaksud terhindar daripada melakukan dosa. Seterusnya, keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan bersama masyarakat. Selain itu, teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini adalah kerana perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain. Yang keempat, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Kemudian, terdapat beberapa nilai yg tidak boleh diambil secara pertengahan seperti contoh keadilan, jujur, bercakap benar dan lain-lain lagi. Nilai-nilai ini merupakan sesuatu yang lebih jelas, nyata dan tidak boleh diukur secara kurang ataupun lebih. Diberi satu keadaan seorang remaja lelaki lari melarikan diri daripada ayah nya dan berjumpa dengan Aiman. Dia memohon untuk bersembunyi didalam rumah Aiman buat sementara waktu kerana takut dibunuh oleh ayahnya. Kemudian selepas beberapa ketika, ayahnya datang ke rumah Aiman dan datang bertanyakan kepada Aiman dimana anaknya berada. Ayah Aiman berasa marah dan ingin membunuh Aiman kerana Aiman telah bergaduh dan memukul anak adiknya sehingga cedera.

Dalam situasi diatas, mengikut pandangan Aristotle, Aiman mesti bercakap benar dan memberitahu ayah remaja tersebut yang anaknya bersembunyi didalam rumah Aiman. Adakah Aiman perlu bercakap benar dan membiarkan si bapa membunuh dan mencederakan remaja tersebut atau perlukah Aiman untuk berbohong untuk menyelamatkan remaja tersebut dan meredakan keadaan. Maka yang diutamakan disini bagaimana sifat peribadi mulia membantu dan dalam amalan hidup yang baik. Sekiranya terlalu ekstrem dalam menegakkan sesuatu sifat peribadi mulia, seperti dalam situasi diatas, jika Aiman hanya mahu bercakap benar, mungkin perkara yang buruk akan terjadi dan menimpa remaja tersebut. Perbincangan di atas telah membayangkan memang sukar untuk menerima konsep etika keperibadian mulia. Namun, keperibadian mulia tidak boteh diketepikan dalam menerangkan etika. Wallacc (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Philip Foot (1978) menunjukkan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik tanpa keberanian. kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada sifat untuk meletakkan keadilan. Geach (1977) menerangkan mengapa manusia memerlukan kebijaksanaan praktikal untuk apa jua rancangan sama ada besar atau kecil? Beliau berkata bahawa manusia memerlukan keadilan untuk mendapatkan kerjasama dan saling mernpercayai supaya kehidupan manusia tidak bersifat kehaiwanan dan manusia juga memerlukan keberanian untuk ketabahan dalam menghadapi kegagalan, kesulitan dan bahaya. Warnock (1976) berkata keperibadian mulia boleh membentuk simpati manusia dan ini akan memberi sumbangan dalam merapatkan hubungan manusia.

Secara keseluruhannya, etika keperibadian mulia amat penting untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan

penghormatan sosial yang tinggi. Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu. Dalam hal ini, etika yang melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan akan mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan ciri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Malah kemoralan dan kemuliaan akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai perikemanusiaan dalam memlihara keharmonian dan kesejahteraan sejagat.