Anda di halaman 1dari 42

Saturday, March 27, 2010

Kawalan motor dan pembelajaran motor

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN


KAF2023 SEMESTER 2 (2009/2010) KUMPULAN B TAJUK ESEI: KAWALAN MOTOR DAN PEMBELAJARAN MOTOR
AHLI KUMPULAN:
MOHD SYAFFIZAN B. MOHD ADAM D20082033938 TENGKU MOHD AL- HAFEZ D20082033940 MUHAMAD FARIH B.ISHAK D20082034008 COSMA MESEY ANAK LUMPOI D20082033966 AUDREY ANAK ANDING D20082033972 TERESA ANAK BELUN D20082033999

PENSYARAH: CIK NORLY BINTI JAMIL


1.0 Pengenalan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan ke dunia, proses kawalan motor dan pembelajaran motor telah mula berlaku. Namun begitu proses kawalan motor lebih awal berlaku dari pembelajaran motor. Kawalan motor berlaku apabila sesuatu pergerakan bayi sama ada mengenggam, mengerakkan tangan, mengerakkan kaki dan sebagainya. Ia dinamakan refleksi primitif iaitu gerak balas yang tidak terkoordinasi atau di luar kesedaran bayi. Terdapat lima tahap kesedaran bayi yang setiapnya menun jukkan gerak balas bayi yang tidak terkoordinasi. Tahap kesedaran itu adalah semasa bayi sedang tidur nyenyak, tidur terganggu, mengantuk, sedar senyap dan sedar aktif dan gerak balas yang tidak terkoordinasi akan dapat dilihat pada setiap tahap tersebut. Gerak balas yang berlaku itu merupakan tindak balas semula jadi bayi terhadap rangsangan yang terdapat di dalam perekitaran bayi. Tindak balas tidak terkawal pada mulanya, akan menjadi semakin terkawal dan berlaku dengan sengaja apabila bayi membesar.

Menurut Hopkins dan Butterworth, (1997); Thelen dan Smith (1998), mereka mengatakan perkembangan motor bayi merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks d engan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu dengan lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan.
2.0 Definisi kawalan motor dan pembelajaran motor

Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya. Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem biologi. Dalam kawalan motor, terdapat dua jenis lakuan motor iaitu lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari) dan lakuan motor berkemahiran (Voluntari). Lakuan pergerakan involuntari dihasilkan secara luar kawalan iaitu berlaku secara spontan dan dalam masa yang singkat. Contohnya pantulan lutut, tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas. Mekanisme ringkas pergerakan involuntari terhadap pantulan lutut seperti rajah di bawah: Mekanisme umum pergerakan involuntari seperti terpijak paku sistem reseptor akan menerima rangsangan di peringkat periferi dan ditukarkan kepada impuls.Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukar kepada impuls sensori. Selepas itu, impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah) dan diterima oleh impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang. Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps. Impuls motor di hantar ke efektor menghasilkan pergerakan. Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor dan involuntari. Lakuan pergerakan voluntari dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Individu memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan itu. Perlakuan ini dibina melalui bakat, pengal aman dan latihan. Mutu perlakuan yang dihasilkan dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman. Contoh kanak kanak belajar bermain badminton dan galakan orang tua serta guru akan mempengaruhi lakuan pergerakan ini. Pengelasan kemahiran motor pula terdapat tiga kriteria untuk membezakan kemahiran motor iaitu ketepatan lakuan, ciri pergerakan dan stabiliti persekitaran. Ketepatan lakuan berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang terlibat dalam menghasilkan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu k emahiran motor kasar (penggunaan otot-otot besar) dan kemahiran motor halus (penggunaan otot -otot kecil). Ciri-ciri pergerakan pula ada tiga iaitu kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran siri. Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau lua r kawal.. Kemahiran diskrit mempunyai titik permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik. Ia melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad. Contohnya kanak -kanak menendang bola. Kemahiran berterusan melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir. Contohnya kanak kanak berlari. Kemahiran bersiri adalah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri. Terdapat fasa -fasa kepada pergerakan seterusnya. Contohnya melompat dengan kedua -dua kaki bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas akan boleh melompat jauh dan melompat tinggi sekiranya mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai daripada guru dan ibubapa. Stabiliti persekitaran pula adalah

kemahiran yang berasaskan stabiliti persekitaran dan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran luar kawal (open motor skill) dan kemahiran terkawal (closed motor skill) Manakala pembelajaran motor pula memberikan definisi iaitu satu proses pembelajaran kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses berlaku secara semulajadi bagi bayi dan bermula pada sejak lahir hingga dewasa. Pembelajaran motor bayi berlaku dengan cepat dan lambat bergantung kepada bantuan dan bimbingan orang di sekeliling terutama ibu bapa. Pembelajaran motor kanak-kanak adalah pergerakkan motor yang diperolehi daripada pengalaman. Contoh apabila kanak -kanak dalam keadaan meniarap ternampak barang main di hadapan, kanak -kanak tersebut dengan spontan akan bergerak menggunakan kekuatan otot leher dan paha untuk bangun secara tiara p dengan bergerak untuk mencapai barang mainan.
2.1 Persamaan kawalan dan pembelajaran motor

Kedua-dua konsep kawalan dan pembelajaran motor melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Memerlukan pergerakan manusia dalam menguasai kedua dua konsep ini. Memerlukan bimbingan dan sokongan daripada orang lain. Terdapat teori dan sistem bagi menjelaskan tentang kawalan dan pembelajaran motor. Kedua dua konsep ini melibatkan proses dalaman untuk mengaktifkan pergerakan. Pada mulanya, kawalan motor akan berlaku dan seterusnya, pembelajaran motor mengambil tempat hingga akhir hayat manusia. Kawalan dan pembelajaran motor saling berkait antara satu sama lain.
2.2 Perbezaan kawalan dan pembelajaran motor Kawalan motor Pembelajaran motor Definisi ialah bidang yang mengkaji Definisi ialah satu proses pembelajaran postur dan pergerakan manusia serta kemahiran secara berperingkat dalam mekanisme yang mengawalnya proses perkembangan motor bayi Berlaku secara semulajadi dan ada juga Berlaku dengan latihan memerlukan latihan Tempoh berlaku amat terhad Tempoh berlaku sepanjang hayat Terdapat dua lakuan kawalan motor Terdapat 2 proses pembelajran - Lakuan motor tanpa kemahiran - Peringkat motor-verba - Lakuan motor berkemahiran - Peringkat motor

Terdapat system kawalan motor - Kemahiran tertutup(closed loop - Kemahiran terbuka(open loop) 3.0 Otak

Terdapat sistem pembelajaran motor - J.A Adam -kemahiran tertutup (closed loop) - Richard Schmidt- teori skema

Otak merupakan komponen penting dalam kawalan dan perkembangan motor yang melibatkan beberapa bahagian struktur otak iaitu serebrum, serebelum, cabang otak (midbrain, pons dan medulla oblongata), basal ganglia dan diencephalon. Bahagian serebrum dandiencephalon terletak pada bahagian depan otak.
3.1 Bahagian Otak dalam Kawalan Otak

Rajah 1: Fungsi setiap bahagian korteks otak


i. Serebrum

Serebrum terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera otak kanan dan kiri yang dihubungkan melalui cabang hujung saraf yang dikenali sebagai corpus callosum. Kedua-dua hemisfera ini diselaputi oleh satu permukaan yang berwarna kelabu iaitu korteks cerebral. Setiap hemisfera otak dibahagikan kepada empat lobus iaitulobus depan, lobus parietal, lobus occipital dan lobus temporal. Lobus depan merupakan kawasan anterior kepada pusat sulcus dan lateral fissure yang berfungsi mengawal pergerakan voluntari. Lobus parietal pula merupakan kawasan posterior kepada kawasan pusat fissure dan superior kepada lateral fissure yang mengawal penerimaan maklumat sensori. Lobus occipitalberfungsi menerima maklumat deria penglihatan. Lobus keempat yang terletak dibawah lateral fissure memainkan peranan penting dalam daya ingatan, pemikiran abstrak dan pertimbangan. Kawasan sensori motor pada bahagian otak terletak pada pusat sulcus. Setia p maklumat deria yang diterima akan dipindahkan melalui saraf sensori kepada bahagian otak yang menerima jenis maklumat deria. Contoh maklumat deria yang diterima ialah rasa, percakapan, sentuhan, penglihatan dan pendengaran serta tekanan.
ii. Primary motor korteks

Primary motor korteks ini terletak pada lobus depan sebagai pusat sulcus yang mempunyai neuron motor iaitu axon yang membawa maklumat dari otak kepada otot tertentu. Bahagian ini berfungsi mengawal pergerakan dan koordinasi pergerakan dalam kemahiran motor. Contohnya, seorang pemain piano memerlukan kemahiran motor dengan memainkan jarinya diatas pepapan piano. Korteks motor juga melibatkan kawalan ke atas koordinasi postur badan(kajian Loffe, Ustinova, Chernikova & Kulikov, 2006).
iii. Premotor korteks

Bahagian ini berfungsi mengawal pergerakan dengan mengenal pasti rentak pergerakan yang ingin dilakukan terlebih dahulu. Selepas menerima arahan daripada otak, premotor akan mengarahkan maklumat yang diterima daripada otak ke bahagian otot untuk melakukan pergerakan yang diinginkan. Misalnya, pemain piano akan mengerakkan jari-jemarinya pada pepapan piano setelah bahagian otot jarinya menerima maklumat daripada otak. Terdapat pengkaji lain menunjukkan kepentingan premotor kortek dalam meningkatkan tahap kebolehan melalui pemerhatian daripada seseorang individu(Buccino et al. 2001). Kerosakan pada bahagian premotor kortek akan menyebabkan kehilangan kemahiran motor halus.
iv. Supplementary motor

Bahagian supplementary ini terletak pada bahagian atas p ermukaan lob depan yang bersebelahan dengan bahagian primer motor kortek. Bahagian ini amat penting dalam mengawal urutan pergerakan yang dilakukan (Parsons, Harrington, & Rao, 2005) dan di dalam persediaan mengatur pergerakan (Cunnington, Windischberger,

& Moser, 2005). Sekiranya rosak pada bahagian ini akan meyebabkan seseorang itu hilang koordinasi badan. v. Basal Ganglia Peranan basal ganglia ialah merancang dan mengawal otot antogonis ketika bergerak serta mengawal tekanan.(Pope, Wing, Praamstie & Miall, 2005). Kedudukan basal ganglia terletak pada bahagian tengah otak. Basal ganglia menerima input daripada korteks motor dan cabang otak. Seseorang yang mengalami kecederaan pada bahagian ini, mereka akan mengalami penyakit Parkinson dan cerebral palsy akibat daripada kecelaruan basal gangiia (Loffe et al. 2006) serta mengakibatkan strok (Boyd & Winstein, 2004).
vi. Cabang Otak

Bahagian ini terletak di bahagian bawah hemisfera serebral yang menghubungkan kod spinal. Cabang otak mempunyai tiga kawasan untuk kawalan motor iaitu pon, medulla oblongata dan reticular formation. Cabang otak menerima input daripada kortek serebrum, serebelum dan basal ganglia dan semua reseptor sensori. Pon merupakan kawasan pertama dalam cabang otak yang terletak pada bahagia n atas cabang otak yang bertindak sebagai penghubung antara korteks cerebral dan serebelum. Pon terlibat dalam dalam fungsi kawalan badan seperti mengunyah, menelan, menelan liur dan bernafas. Pon juga terlibat dalam kawalan keseimbangan badan. Kawasan kedua ialah mendula atau dikenali sebagai medula oblongata yang merupakan bahagian tambahan kepada kod spinal yang berfungsi mengawal sistem fisologi dalam badan sperti proses respirasi, dan degupan jantung. Dalam pergerakan voluntary, medula berfungsi sebaga i tempat laluan sensori corticospinal dan motor neural melalui saraf tunjang untuk menghantar maklumat daripada bahagian otot kepada serebelum dan korteks serebral. Bahagian ketiga dalam cabang otak ialah reticular formation. Gabungan basal ganglia dan jaringan saraf merupakan penghubung penting dalam rantaian struktur neural diantara deria reseptor yang melalaui badan dan pusat kawalan motor di serebelum dan korteks cerebral. Reticular formation wujud dengan membawa maklumat sensori dan boleh menggunakan te rus tindakan CNS untuk mengubah aktiviti CNS sama ada menghalang atau menambahkan aktiviti yang boleh mengubah tindakan aktiviti otot skeleton.
4.0 Teori Dinamik (Esther Thelen)

Esther Thelen merupakan pengasas Teori Dinamik yang mengkaji pergerakan bayi dengan menggunakan mikrogenetik yang dilekatkan pada tubuh badan bayi untuk mendapatkan bacaan longitud dalam kajiannya. Teori Dinamik Esther ini telah mengubah pandangan pengkaji lain dalam bidang psikologi kanak -kanak yang sama. Beliau begitu berminat den gan hasil data yang diperoleh dalam bentuk catatan minit yang selari dengan setiap perlakuan yang dibuat. Esther menggunakan perakam pergerakan yang berkuasa tinggi iaitu rekod elektromiografik untuk mendapatkan skala lakaran pergerakan bayi. Beliau mengka ji pergerakan bayi dari aspek tingkah laku bayi semasa melangkah dan mencapai sesuatu objek dengan penuh keyakinan

untuk menerangkan bahawa sesuatu pembelajaran dan perkembangan bayi adalah perkara yang meluas. Beliau menerima ijazah sarjana di Universiti Missouri dalam bidang yang diceburinya iaitu mengkaji pergerakan perkembangan bayi. Pada tahun 1977, beliau menerima dokotr falsafah (PhD) dalam bidang sains biologi. Esther telah meninggal pada umur 63 tahun iaitu 26 Disember 2004. Perkembangan psikologi kanak-kanak yang dikajinya melibatkan pengulangan tingkah laku yang kerap dan latihan pergerakan yang mempunyai persamaan dengan buah fikiran Piaget. Disertasi pertama Esther menggunakan kajian longitud dalam teorinya untuk mendapatkan hasil kajiannya. Set iap dua minggu sekali, beliau mengumpul kajian sebanyak 49 jenis perbezaan pergerakan stereotaip oleh seseorang bayi. Pergerakan bayi tersebut ialah pada bahagian tangan, kaki, kepala, muka, jari dan tubuh badan. Kajian Esther dalam perkembangan bayi lebih banyak menjelaskan tentang tempoh sesuatu tingkah laku bayi seperti menendang, berjalan dan melangkah. Esther menggunakan caranya yang tersendiri untuk mengkaji teori dinamik yang berlaku dalam kanak-kanak. Tindak balas bayi berlaku secara berulang kesan daripada tingkah laku bayi walapun kaitan antara tingkah laku dan bayi dan masa sekarang dengan masa lepas masih tidak jelas (Thelen & Farish, 1977). Keadaan ini menyebabkan Esther ingin mengenali lebih lanjut tentang punca setiap perbuatan itu boleh muncul dan berubah mengikut peredaran masa. Esther telah mencatatkan setiap tingkah laku bayi yang berlaku secara spontan untuk dua minggu sekali dalam tempoh tahun pertama bayi lahir. Tingkah laku bayi yang sentiasa didapati berulang ialah seperti melambai tan gan, melompatlompat, dan menendang kaki. Misalnya, bayi yang berumur tujuh hingga lapan bulan sedang dipegang oleh pengasuhnya dalam keadaan berdiri melompat -lompat apabila dia ingin berdiri di atas lantai. Hal ini berlaku kerana otot -otot kaki bayi tersebut masih belum kuat untuk berdiri dan menyebabkan bayi sedaya upaya untuk mendapatkan kekuatan atas dorongan daripada pengasuhnya. Setiap perkembangan tingkah laku bayi yang sentiasa kerap kali mempunyai perkaitan dalam menimbulkan fungsi motor. Misalnya, pergerakan menendang mempunyai kekerapan yang tinggi. Seterusnya diikuti oleh pergerakan melompat yang melibatkan bahagian kaki dan patung dan diikuti kekerapan pergerakan merangkak. Esther lebih banyak mengkhususkan kajiannya terhadap tingkah laku menendang oleh bayi kerana lebih kerap berlaku. Selain itu, kajian Esther lebih banyak menunjukkan persamaan koordinasi antara tingkah laku menendang dengan berjalan pada umur umur bayi baru lahir. Gerak langkah bayi baru lahir akan hilang apabila mencecah umur tiga tahun dan seterusnya diikuti oleh gerakan menendang yang berlaku dengan kerap. Penkaji lain berpendapat bahawa kematangan pada pusat kotikal menghalang langkah refelks primitif dan akhirnya hilang pada sesuatu tempoh (Andre-Thomas & Autgaerden, 1996, Oppenheim, 1981, Peiper, 1963; Touwen, 1976). Thelen, Fisher, dan Ridley Johnson (1984) menemui satu penemuan bahawa bayi yang memgalami pertambahan berat badan akan lebih cepat mengalami proses pemberhentian tingkah laku melangkah. Perbuatan ini dapat dik esan apabila kanakkanak tidak berupaya kerana untuk membengkok dan melebarkan gerak langkah kaki semasa dalam keadaan menegak. Hal ini kerana otot bayi yang masih lemah

tidak dapat menampung berat badan bayi yang berat. Satu demostrasi telah ditunjukkan oleh Esther dan rakan kolejnya dengan menjalankan kajian ke atas seorang bayi yang diletakkan didalam air sehingga paras punggung bayi itu. Melalui demostrasi itu, jelas menunjukkan frekuensi gerakan melangkah bayi meningkat secara mendadak kerana isi padu air tersebut mampu menampung berat tubuh bayi tersebut.

Bayi dilekatkan dengan mikrogenetik pada badannya yang diletakkan diatas treadmill untuk mendapatkan bacaan longitud semasa pergerakan bayi. Rajah a. Menunjukkan langkah bayi baru lahir . Rajah b. Bayi sedang menendang. Rajah c. Bayi sedang berjalan didalam air setakat paras punggung. Selain itu, Esther berpendapat bahawa pencapaian perkembangan tidak bergantung kepada satu faktor sahaja, malah melibatkan pelbagai komponen. Bayi memerlukan motivasi daripada pengasuh atau orang disekelilingnya untuk memberi dorongan kepadanya untuk menggalakkan dia mencapai dan menggenggam sesuatu objek. Bayi memerlukan kebolehan mengenal pasti tempat sesuatu objek itu berada dalam pandangan 3 dimensi (3 -D). Selain memerlukan bayi harus memahami konsep ruang objek yang berada dalam pandangan 3 -D, mereka juga memerlukan pergerakan yang sesuai untuk bergerak dari tempat duduk ke tempat objek itu untuk mencapai matlamat iaitu mencapai dan mengambil objek itu. Oleh itu, ba yi perlu berupaya untuk mengangkat kaki dan menggerakkan tangan kearah objek untuk mencapai sesuatu objek dengan kedudukan kepala dan tubuh badan dalam keadaan stabil. Oleh itu, bayi memerlukan usaha sendiri untuk mencapai matlamatnya bagi mengetahui kelebihan dan memperbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa melalui tingkah laku yang dilakukan secara berulang. Misalnya, bayi yang berumur 8 bulan iaitu peringkat bayi sudah mula hendak berjalan. Bayi pada umur ini perlu diberi motivasi untuk memberinya keyakinan supaya dapat mecapai sesuatu objek yang diingininya seperti anak patung yang berada di atas sofa. Pengasuhnya perlu membiarkan anaknya berdiri dengan sendirinya dan melangkah kerana otot tubuh badannya telah kuat terutamanya kaki dapat menampun g berat badannya. Latihan yang kerap akan membina kekuatan otot dari semasa ke semasa hasil daripada keinginan bayi yang ingin mencapai sesuatu objek. Secara kesimpulan, perubahan perkembangan berlaku pada setiap inidividu. Tambahan lagi, pengalaman unik d an cabaran pergerakan yang dialami oleh bayi merupakan kaedah yang dapat mempercepatkan perkembangan kawalan motor dan pembelajaran motor. Melalu kajian demostrasi Esther jelas menunjukkan bayi mencapai kebolehan lebih daripada dinamik semula jadi bayi yan g sebenar. Setiap pergerakan tangan yang dilakukan oleh bayi sukar dijangka untuk mencapai serta memilih sendiri jalan penyelesaian sendiri untuk memenuhi kehendak sendiri. Bagi mencapai matlamat ini, minda dan pergerakan haruslah bersatu untuk mencapai sesuatu matlamat seperti biomekanik badan, persekitaran sesuatu objek, ketangkasan dan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan tangan, dan postur badan. Postur badan dan pemikiran merupakan gabungan yang sempurna untuk mengenali setiap tingkah laku dan per kembangan kognitif (rujukan tambahan boleh dilihat; 1994, 1996, 1999, 2002; Spencer & Thelen, 2000; Spencer, Veveijken, Diedevich & Thelen, 2000)

5.0 Kemahiran tertutup ( closed loop ) dan kemahiran terbuka ( open loop) (J. A. Adams) 5.1 Kemahiran tertutup

Arahan pergerakan maklumbalas Pusat kawalan pergerakan Keberkesanan pergerakan Kemahiran tertutup boleh didefinisikan sebagai kemahiran yang memerlukan proses maklumbalas sebagai rujukan bagi membolehkan pergerakan berlaku seperti yang telah dirancangkan. Kemahiran ini akan memberikan maklumat tambahan untuk pergerakan yang sedang berlaku dan membuat pembetulan sekiranya terdapat masalah daripada pergerakan yang sedang berlaku. Kemahiran tertutup ini memerlukan pengulangan. Contohnya apabila b ayi yang berumur setahun yang memegang cerek. Kali pertama bayi memegang cerek,cerek itu sejuk maka bayi akan bermain dengan cerek tersebut. Sekiranya cerek itu panas, bayi akan menarik tangannya tetapi akan mengulangi semula perbuatan itu berulang kali. Kemahiran tertutup berlaku secara perlahan dan berterusan dimana bayi akan melakukan pengulangan terhadap apa yang mereka pelajari misalnya turun naik tangga. Bayi yang baru mempelajari kemahiran ini mempunyai rangsangan untuk naik dan turun tangga sehingga mereka mahir dengan kemahiran tersebut. Kemahiran ini berlaku bersama -sama memori jangka pendek yang melalui dua ciri iaitu maklumat sensori tentang perlakuan yang diingini dan maklumat sensori yang sedang berlaku. Sekiranya terdapat perbezaan maklumat, k esilapan akan dapat dikesan dalam pergerkan. Kemahiran ini juga berlaku pada jangka masa yang pendek dimana kanak-kanak itu hanya mengingatkan keadan itu sebentar sahaja dan boleh membiasakan diri. Pergerakan ini juga berlaku secara perlahan dan berterusan. Kemahiran tertutup ini berlaku atas kerelaan bayi itu sendiri. Sekiranya bayi itu berminat terhadap sesuatu benda, dia akan mendapatkan benda tersebut manakala sekiranya dia tidak berminat, dia akan mengabaikan benda tersebut walaupun benda tersebut berada di depannya. Arahan Pergerakan
5.2 Kemahiran terbuka

Pusat kawalan pergerakan Keberkesanan pergerakan Kemahiran terbuka boleh didefinisikan sebagai satu sistem kawalan dimana semua maklumat perlu dimulakandan dirancang untuk memulakan pergerakan. Sebaik

sahaja pergerakan bermula, pergerakan tersebut akan mengikut arahan asal dan tiada perubahan berlaku ke atas pergerakan. Kemahiran terbuka tidak memerlukan maklumbalas kerana proses ini tidak penting dan boleh diabaikan. Maklumat yang diterima boleh diteruskan atau sebaliknya. Misalnya semasa bayi itu baru belajar berjalan. Bayi perlu bimbingan daripada ibu bapa semasa belajar berjalan. Ibubapa perlu memimpin tangan bayi supaya bayi boleh berjalan. Kemahiran terbuka ini memerlukan jangka masa yang panjang. Kemahiran terbuka ini berlaku atas kehendak dan keinginan bayi itu sendiri. Dimana bayi itu merancang dan memberi arahan ke otak untuk memulakan pergerakan. Kemahiran ini juga berlaku dengan bermatlamat. Contohnya sekiranya bayi itu hendak mendapatkan bola, dia akan berlari dan berusaha dengan matlamat untuk mendapatkan bola tersebut. Kemahiran ini dipelaj ari dengan cepat dan diskrit. Contohnya apabila bayi mula belajar bermain basikal, badminton dan menembak sasaran yang bergerak. Kemahiran ini juga memerlukan memori jangka panjang dan memori jangka pendek iaitu memori yang sentiasa bergerak. Kemahiran ini tidak memerlukan tumpuan pada perlakuan. Ia berlaku dengan laju dan diskrit. Contoh pergerakan yang memerlukan kemahiran terbuka adalah belajar mengayuh basikal, main badminton, menembak sasaran yang bergerak, bermain bola dan berlari.
5.3 Persamaan dan p erbezaan antara kemahiran tertutup dengan kemahiran terbuka

Persamaan antara kemahiran tertutup dan kemahiran terbuka adalah, kedua -dua kemahiran ini berlaku atas kehendak dan keinginan bayi itu sendiri. Sekiranya bayi itu berkehendakkan sesuatu, bayi akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mainan itu. Perbezaan antara kedua-dua kemahiran ini adalah, kemahiran tertutup memerlukan maklumbalas manakala kemahiran terbuka tidak memerlukan maklumbalas sebaliknya mempunyai matlamat. Misalnya apabila seseorang ka nakkanak itu bermain bola, kanak-kanak mempunyai matlamat untuk menjaringkan bola tersebut. Namum kemahiran tertutup dilihat dari segi maklum balas kanak -kanak tersebut bermain bola. Misalnya kanak-kanak mengawal bola tersebut supaya bola itu tidak jatuh ke dalam longkang. Di dalam pergerakan manusia, maklumbalas adalah maklumat aferen yang dihantar kepada reseptor sensori kepada kawalan pusat. Kegunaan maklumbalas adalah untuk mengemaskinikan maklumat kawalan pusat berhubung dengan ketepatan pergerakan se masa ianya sedang berlaku. Jadual di atas merujuk kepada keberkesanan yang membolehkan badan dan anggota badan untuk bergerak adalah salah satu sumber maklumbalas. Tetapi, dalam kekompleksan gerakan manusia, maklumbalas boleh datang dalam bentuk visual dan auditori sebagai reseptor deria. Perbezaan yang kedua berkaitan dengan arahan pergerakan hasil daripada kawalan pusat. Dalam kemahiran terbuka yang tidak memerlukan maklumbalas semasa proses itu sedang berlaku, arahan yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk keberkesanan dikeluarkan sebagai gerakan yang dirancang. Walaupun maklumbalas itu dihasilkan dan disediakan, tetapi ia tidak digunakan untuk mengawal proses yang sedang berlaku. Hal ini disebabkan dalam proses

kemahiran terbuka, mungkin tiada masa yang cukup untuk maklumba las atau mungkin maklumbalas tidak penting dalam proses ini. Berbeza dengan kemahiran tertutup yang memerlukan maklumbalas. Proses ini bermula dengan hasil kawalan pusat sebagai permulaan arahan kepada keberkesanan yang memadai bagi memulakan pergerakan. Pelaksanaan wujud dan sempurna kepada gerakan adalah bergantung kepada maklumbalas maklumat yang sampai ke kawalan pusat. Dalam perkara ini, maklumbalas digunakan untuk membantu kawalan semasa proses sedang dijalankan.
6.0 Skema teori (Richard A. Schmidt)

Schidmt meragui teori yang dinyatakan oleh J.A. Adams. Beliau mengatakan manusia tidak mempelajari pergerakan yang tepat dan khusus. Sebaliknya manusia itu sendiri yang membentuk pergerakkan mereka secara terlebih dahulu. Manusia berbuat begitu dengan meneroka pergerakkan tanpa mengira tepat atau tidak sesuatu pergerakkan yang dilakukan dan mempelajari bagaimana pergerakkan itu berkaitan dengan pergerakkan lain. Seterusnya manusia pula akan mempelajari bagaimana untuk membuat pelbagai pergerakkan dengan berp andukan cara atau had yang menentukan bagaimana sesuatu pergerakkan harus dibentuk. Had dalam melakukan pergerakkan boleh digambarkan melalui gambar rajah iaitu parameter. Konsep parameterini juga telah dikenalkan oleh Schidmt dalam melengkapkan lagi teori skemanya. Parameter adalah gambaran pergerakkan, iaitu kadar masa atau keseluruhan masa yang diperlukan untuk sesuatu pergerakkan itu dilakukan. Parameter mengikut Schidmt juga adalah tahap -tahap perkembangan otot yang sesuai untuk sesuatu pergerakkan dil akukan. Dengan adanyaparameter tersebut, manusia dapat membentuk pelbagai pergerakkan dan mampu melakukan pergerakkan itu berdasarkan masa atau tahap perkembangan otot sesorang manusia. Selain itu, parameter juga adalah hubungan di antara kekerapan latihan yang dilakukan dengan hasil pergerakkan dan hubungan di antara kekerapan sensori motor yang digunakan dengan hasil pergerakkan. Tambahan lagi, Schidmt juga berasa sangsi terhadap teori closed loop atau kemahiran tertutup oleh J.A. Adams. Dalam teorinya itu, Adams mengatakan ketepatan dan pengulangan pergerakkan akan lebih meningkatkan kemahiran dalam pergerakkan oleh seseorang manusia. Akan tetapi, teori Adams tersebut disangkal oleh Schimdt. Beliau mengatakan kemahiran dalam pergerakan juga boleh dipelaja ri kerana manusia sering melakukan pelbagai pergerakkan tanpa mengira ketepatan sesuatu pergerakkan. Akhirnya, dari situ muncullah Scheme Theory oleh Schidmt. Teorinya juga adalah hasil kajian teorinya dari Adams dan teori oleh tokoh lain dengan menyimpan mengekalkan bahagian yang berguna dan menggantikan atau menghapuskan bahagian -bahagian yang beliau rasakan sangsi tentang teori tersebut. Schimdt juga menyatakan bahawa Scheme Theory tersebut turut berdasarkan pengetahuan manusia tersebut sendiri tentang kawalan motor dan perkaitan konsep dengan idea untuk mempelajari tangkas atau perlahan sesuatu pergerakkan dilakukan. Konsep Scheme Theory adalah teori yang terlama dalam bidang falsafah yang diperkenalkan oleh Head (1926) dan Bartlett (1932). Konsep teori tersebut ialah berdasarkan ingatan dan terdapat dua peringkat iaitu imbas kembali (recall) dan

berdasarkan pengalaman (recognition) yang telah sedia ada. Schimdt (1975) telah menggunakan idea asas dari konsep teori tersebut untuk membentuk teori tentang bagaimana kemahiran motor dipelajari. Kedua -dua peringkat tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain. Peringkat pertama dikenali sebagai imbas kembali kerana membantu dalam menghasilkan pergerakan. Contohnya seorang kanak-kanak memerhati bagaimana cara seorang lagi rakannya melambung bola, kemudian apabila tiba gilirannya, kanak-kanak tersebut akan mengimbas kembali cara rakannya tadi melambung bola. Dari itu, kanak-kanak tersebut tadi dapat mempelajari bagaimana cara untuk melambung bola. Pemerhatian daripada peningkatan kemahiran yang diperoleh berdasarkan peringkat imbas kembali tadi akan ditunjukkan di dalam parameter. Aktiviti tadi akan diulang sehingga kanak-kanak tersebut tadi dapat mencapai kemahiran dalam melambung bola. Maka, dalam parameter akan menunjukkan bahawa semakin banyak latihan melambung bola dibuat, semakin meningkat kemahiran yang telah dicapai (dilihat pada movement outcome). Peringkat yang kedua adalah kawalan dan pembelajaran motor berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Pergera kan motor ini dipengaruhi oleh persekitaran dan sensori motor tersebut sendiri. Pengerakan ini juga berkait rapat dari peringkat yang pertama tadi kerana latihan tadi akan mewujudkan pengalaman kepada diri seseorang. Contohnya, seorang kanak -kanak tadi telah berjaya dalam mencapai kemahiran melambung bola, kemudian, pada minggu berikutnya jika disuruh menunjukkan cara melambung bola, kanak -kanak tersebut dapat melakukannya dengan baik tanpa guru perlu memberi demonstrasi dulu. Kanak -kanak tersebut juga telah berjaya menggunakan sensori motornya apabila beliau berjaya melakukan sesuatu pergerakkan dan pada masa yang sama pergerakan itu adalah keinginan kanak-kanak itu sendiri. Kejayaan tersebut juga dapat ditunjukkan dengan menggunakan parameter, iaitu semakin banyak sensori motor yang digunakan, semakin banyak pergerakkan yang banyak dilakukan. Menurut Scheme Theory, terdapat banyak faedah dalam menghasilkan pergerakkan yang mempunyai banyak kesilapan atau tidak tepat berbanding pergerakkan yang sentiasa dila kukan dengan tepat. Hal ini kerana ia dapat mengajar seseorangi individu untuk belajar dari kesilapan. Contohnya, seseorang kanak -kanak yang sedang berlatih untuk berjalan. Misalannya, terdapat objek yang ingin dicapainya (objek adalah matlamatnya). Dalam proses tersebut, kanak-kanak tersebut akan cuba bangun berjalan tetapi tidak sampai beberapa minit telah terduduk kembali, kemudian beliau akan cuba bangun lagi, berjalan beberapa langkah dan terjatuh. Jika aktiviti ini sentiasa diulang dengan menggunakan objek lain untuk menarik perhatiannya, kanak -kanak itu akan dapat meningkatkan kemahirannya dalam berjalan secara beransur-ansur. Secara tidak langsung, kanakkanak dapat mempelajari motor dan dapat mengawal motornya.
7.0 Kesimpulan

Seperti yang diketahui, pembelajaran motor dan kawalan motor berlaku kepada manusia sejak daripada lahir lagi. Perkembangan motor dan kawalan motor motor mempunyai banyak persamaannya. Namun begitu ia juga mempunyai

perbezaannya. Secara umumnya pembelajaran motor dan kawalan mot or melibatkan pergerakan dan pengunaan motor kasar dan motor halus. Otak pula memainkan peranan penting dalam pembelajaran motor dan kawalan motor. Otak mempunyai bahagian tertentu yang mempunyai fungsi yang berbeza bagi mengawal pembelajaran motor dan kaw alan motor. Kawalan motor adalah satu perkara yang awal terjadi kepada bayi kemudian akan diikuti oleh pembelajaran motor yang akan berlaku sehingga akhir hayat manusia. Kawalan motor dan pembelajaran motor sememangnya sesuatu perkara yang ada pada manusia yang tidak dapat dipisahkan kerana ianya saling berkait antara satu sama lain. Demi meningkatkan kemahiran kawalan motor dan pembelajaran motor, sebagai seorang guru mahupun ibu bapa perlu melatih kanak -kanak sejak dari lahir lagi. Latihan pula haruslah d ipelbagaikan mengikut umur dan bersesuain dengan kanak kanak. Bibliografi Essa, Eva (1999). Introduction to early childhood. New York: Delmar Maggil, Richard A. (2001). Motor learning: concept and applications. McGraw-Hill Borton:

OBrien, Maureen dan Tippins, Sherill (20020. Watch me grow: Im one -twothree: a parents essential guide to the extraordinary toddler to preschool years. New York: Quill Richard A. Schidmt. Diperolehi pada Febuari darihttp://moon.oshsc.edu/dthompso/mtrlrng/schidmt.htm 2, 2010

Schidmt, Richard A. (1991). Motor learning and performance: from principles to practice. Champaign: Human Kinetics Books. Schidmt, Richard A. dan Lee, Timothy D. (2005). Motor control and learning: a behavioural emphasis. Champaign: Human Kinetics Books
Posted by buttercrackersat 10:06 AM

0 com m ents:

post a com m ent Older PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Amazon MP3 Clips

Followers Blog Archive


y o    
2010 (4) March (4) Kawalan motor dan pembelajaran motor teatime huhuhu..rindu dh ka blog belama... today at 4 pm (mac/010)

about me....

buttercrackers created my own blog..haha.. View my complete profile

Kawalan motor dan kemahiran motor


4.1 Kawalan motor

Menurut Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmum (2006) menyatakan bahawa kawalan motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan penglihatan,anggota badan dan bahagian badan.Hal ini menerangkan bahawa pergerakan antara bada n berkait rapat dengan sistem saraf yang membawa maklumat.Di samping itu,kawalan motor oleh saraf akan mengawal pergerakan otot -otot bagi menghasilkan suatu pergerakan.Kawalan motor ini bertindak sebagai mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawal kedua-duanya. Kawalan pergerakan yang mencapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi dimana ia dikawal oleh otak dan sistem saraf.
4.2 Lakuan motor

Lakuan motor terhasil daripada pergerakan y ang melibatkan pelbagai jenis otot badan. Lakuan motor adalah penting dalam setiap permainan yang ingin diceburi oleh kanak-kanak supaya setiap apa aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan masalah kepada pergerakan dan kecederaan.Selain itu,kemampuan ata u kebolehan biomotor melibatkan kekuatan,kelajuan,daya tahan dan koordinasi. Kemampuan motor dapat membantu keseluruhan (total fitness). Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan perlakuan motor seperti berlari,lompat selang,senaman yang dikerj akan secara berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.Tingkah laku kanak -kanak

merupakan unsur yang penting bagi pergerakan.Hal ini demikian kerana pergerakan amat penting untuk memenuji keperluan hidup yang sempurna.Di samping itu,jika tiada perlakuan motor maka pergerakan tidak dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna.Pergerakan ini juga berkait rapat dengan kemahiran motor.
4.3 Kemahiran motor

Kemahiran adalah satu tindakan,tugas atau corak tindak balas tertentu serta kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan.Hal ini adalah kerana satu sifat am yang bergantung kepada faktor -faktor keturunan,persekitaran dan pembelajaran.Menurut Maier (1980) dalam Arosoo (1989),kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubungan dengan persekitaran tertentu.Di samping itu,kemahiran motor juga merupakan pergerakan yang melibatkan otot -otot pada badan.Menurut Singer (1972),beliau telah menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor (motor abilities),ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif. Menurut Fartel (1960),kemahiran motor terbahagi kepada 3 bahagian iaitu cyclic,acylic dan gabungan acylic. 4.3.1 Cyclic Kemahiran cyclic adalah kemahiran yang melibatkan sukan seperti jalan kaki,berenang,lumba basikal dan lain-lain.Ciri-ciri utama dalam penglibatan pergerakan motor yang berulang -ulang.Apabila pusingan pergerakan motor dipelajari atau dikuasai akan membolehkan pergerakan tersebut dilakukan dalam jangka masa yang lama.Walaupun setiap pusingan perg erakan adalah hasil daripada beberapa fasa pergerakan yang menjadikannya satu pusingan pergerakan yang lengkap.Contoh kemahiran cyclic seperti seperti jalan kaki,berlari,berenang,lumba basikal dan lain -lain. 4.3.2 Acylic Kemahiran ini adalah kemahiran gabu ngan dari kesempurnaan yang dilakukan melalui satu aksi.Contoh kemahiran bagi kemahiran acylic adalah badminton di mana adalah hasil gabungan pergerakan hayunan,transisi,pusingan,pukul dan langkah semuanya dilakukan melalui satu aksi sahaja. 4.3.3 Gabungan acylic Kemahiran gabungan acylic adalah gabungan cyclic dan diikuti oleh pergerakan acylic.Kemahiran ini melibatkan semua jenis lompatan,bagi acara padang dan balapan. Terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor.Ianya bolehlah dikatakan sikap atau persekitaran dan faktor genetik,termasuklah perkembangan sistem saraf dan fungsi neurologikal.Menurut Vasuderan (1989) dan tambahnya lagi kemahiran

motor yang rendah pada sesetengah kanak -kanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor yang disebutkan.
4.4 Aspek perlakuan motor dan kemahiran motor

Perlakuan motor dan kemahiran mempunyai hubung kait dan persamaan.Hal ini demikian kerana,dengan perlakuan motor maka terhasilnya kemahiran serta pergerakan.Terdapat beberapa komponen dalam aspek ini.Komponen ini ter diri daripada koordinasi,imbangan,ketangkasan,kuasa,masa tindak balas dan kepantasan. Koordinasi ialah ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang kanak -kanak.Koordinasi ini melibatkan penyelarasan kesemua anggota badan.Halini demikian,koordinasi amat penting dalam melakukan pergerakan dan kemahiran kerana jika koordinasi tidak dapat dilaksanakan dengan baik,maka ini akan menyebabkan pemasalahan dalam melakukan pergerakan. Imbangan pula merujuk kepada kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang kanak -kanak dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan.Di samping itu,imbangan juga membawa maksud kebolehan mengekalkan kedudukan teguh semasa melakukan pergerakan atau keadaan diam sebagai contoh ba yi yang berusia antara 4-6 bulan belajar untuk duduk dan dia memerlukan keseimbagan badan untuk duduk atau pun bayi yang baharu belajar untuk berjalan. Kuasa pula merujuk kepada kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan kanak -kanak dalam melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejutkan/explosive) yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kekuatan yang tinggi. Ini adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat ianya gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan ku ncupan otot. Ketangkasan pula ialah kebolehan seseorang kanak-kanak melakukan pergerakan berurutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.Kebolehan menukar kedudukan di ruang tamu tertentu secara kemas dan mudah. Masa tindak balas ialah merujuk kepada sesuatu jangka masa yang diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.Kelajuan pula ia berkait rapat dengan masa.Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.Contohnya kepantasan ka nak-kanak semasa berlari atau berjalan.Kecergasan pula merujuk kepada mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja seharian tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minimum serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan dimasa kesengganan dan ketika dalam kecemasan.Hal ini demikian kerana,kanak -kanak tidak pernah berasa letih dalam bermain kerana bermain adalah aktiviti bagi mereka.
PO ST E D B Y N O N A _ PA K K A T 5 : 1 8 PM

L A BEL S: ASG M T

Keperluan iodin ketika hamil

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi pada masa sama tidak mengetahui jenis nutrisi yang perlu diambil agar mendapat kesihatan yang optimum. Bagi ibu mengandung, makanan yang terbaik diperlukan bukan untuk dirinya sendiri bahkan untuk bayi yang dikandung. Justeru itu, ibu seharusnya makan mengikut keperluan bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan yang ideal. Menurut Pakar Obstetrician & Gynaecology, Pusat Perubatan Pantai, Dr. Premitha Damodaran, pemakanan yang sihat sangat penting bagi mengelakkan kandungan men galami masalah. Banyak kajian telah terbukti bahawa kesan kekurangan nutrien asas di kalangan ibu mengandung boleh menjejaskan perkembangan otak bayi yang akan dilahirkan. ''Sebagai contoh kekurangan iodin dalam badan akan mengganggu proses pembesaran da n perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak,'' katanya ketika ditemui pada pelancaran Blackmore Pregnancy Formula khusus untuk ibu mengandung baru -baru ini. Menurut Dr. Premitha lagi, iodin adalah amat penting untuk normal otak dan sistem saraf bayi, terutamanya semasa hamil dan dalam tempoh dua hingga tiga tahun pertama kehidupan bayi tersebut.

''Makanan yang seimbang dapat membekalkan ibu dan bayi dengan nutrien -nutrien bagi memastikan pertambahan berat badan yang mencukupi sepanjang kehamilan,''terangnya. Katanya lagi, ramai beranggapan bahawa iodin sebagai larutan kuning cerah yang hanya digunakan untuk menyembuh luka, tetapi hakikatnya berdasar banyak kajian, mineral ini jauh lebih penting dalam kesihatan lebih-lebih lagi kepada ibu mengandung dan perkembangan bayi yang dikandung. Selain itu, katanya, pemakanan yang baik juga dapat mengurangkan masalah semasa kehamilan seperti muntah-muntah, pedih ulu hati dan sembelit. Jelasnya, keperluan untuk nutrien meningkat ketika hamil terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga (iaitu minggu ke-12 hingga melahirkan). "Iaitu seperti pengambilan makanan yang mengandungi tenaga, protein, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, folat, vitamin A, vitamin C, vitamin E, kalsium, iodin dan zink. "Peningkatan keperluan untuk zat besi juga terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi melalui diet yang biasa sahaja. "Selain itu, keperluan asid lemak (asid linoleik dan alfa-linoleik) perlu ditingkatkan untuk pembentukan janin sempurna," jelasnya.

Katanya lagi, kekurangan iodin semasa hamil dan semasa pertumbuhan kanak -kanak boleh menyebabkan kelewatan perkembangan yang mengakibatkan penurunan dalam prestasi mental. Hal ini penting bagi hormon-hormon tiroid yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan iodin akan menyebabkan bayi yang dilahirkan akan menjadi terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu serta mengakibatkan lemah anggota badan. ''Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan iodin merupakan salah satu sebab utama gangguan kemahiran motor, kelemahan otot, kecelaruan koordinasi dan kemahiran manual. ''Oleh kerana iodin diperlukan untuk perkembangan otak adalah penting untuk memastikan bahawa fetus, bayi dan kanak-kanak mendapat keperluan iodin yang mencukupi," katanya. Bagaimanapun jelasnya lagi, oleh kerana iodin tidak disimpan dalam badan, ia perlu diambil setiap hari. ''Keperluan iodin adalah lebih tinggi bagi wanita hamil dan menyusu bayi. Wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih banyak iodin berbanding orang biasa,'' katanya lagi. Bagaimanapun tegas Dr. Premitha, sebahagian wanita tidak mendapat iodin dalam jumlah yang mencukupi dalam diet mereka semasa mengandung dan ketika menyusukan bayi. ''Kekurangan mineral ini boleh menyebabkan muka sembap atau bengkak, goiter (bengkak kelenjar tiroid), hipotidosrisme dan menjejas fungsi mental,'' katanya lagi.

Selain itu, akibat kekurangan iodin yang paling buruk adalah ia boleh menjejaskan fetus dan perkembangan bayi. Malah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WAO), kekurangan iodin merupakan insiden yang paling tersebar luas di dunia bagi kerosakan otak, tetapi yang mudah dicegah. Justeru, pengambilan iodin sepanjang tempoh mengandung merupakan satu keperluan samaada melalui diet pemakanan atau suplemen tambahan. Katanya lagi, selain suplemen iodin, sumber lain yang menyumbang iodin dalam badan ialah ikan, daging, telur, susu, ayam, itik dan rumpai laut.

ka blog ini
Isnin, November 02, 2009

Aktiviti Kemahiran Motor Halus


Kemahiran motor halus memerlukan pergerakan otot otot kecil, biasanya koordinasi dengan mata, tetapi juga termasuk pergerakan lidah dan bibir, menggerakkan jari-jari kaki dan koordinasi kaki-mata Kemahiran motor halus biasanya juga digunakan untuk tujuan berkomunikasi, kedua dua fungsi dan ekspresif, misalnya menulis atau menaip teks, manipulasi peralatan atau membuat kerja-kerja seni.

Semasa berumur 3 5 tahun, kanak-kanak biasanya membuat banyak kemajuan dalam membina kemahiran motor halus dan kecekapan tangan. Walau bagaimanapun, kemahiran ini masih memerlukan masa, kesabaran dan banyak latihan. Kemahiran motor halus termasuk: Kawalan motor okular kebolehan mata untuk mengikut dan memberi tumpuan ke atas objek di dalam ruang penglihatan. koordinasi tangan-mata kebolehan untuk melaksanakan aktiviti dengan tangans, berpandukan mata memerlukan ketepatan dalam penempatan, arah, dan kesedaran ruang . Koordinasi kaki-mata kebolehan untuk melaksanakan tindakan dengan kaki, berpandukan pandangan mata. Kecekapan tangan kebolehan dengan tepat memanipulasi tangan dan jari-jari untuk menulis dengan kemas, melukis, kemahiran menaip dan sebagainya. Stereognosis kebolehan untuk mengenal pasti objek yang tidak dapat dilihat menggunakan deria sentuh. Persepsi Tactile interpretasi informasi dipindahkan melalui jari sehingga ke otak. Untuk kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus yang baik, ia juga memerlukan kemahiran sokongan yang diperlukan untuk menjadi lebih baik perkembangkannya. Sebagai contoh kanak-kanak perlu mempunyai kekuatan dan kecekapan tangans dan jarijari sebelum mula memegang a pensel secara betul dan mula membuat aktiviti menulis. Ini boleh membantu mengelakkan cara menggenggam pensel yang salah.

Membina Kemahiran Motor Halus Tidak kira berapa cekap anak anda pada tahap mana-mana kemahiran, selalulah menggalakkan dan motivasi mereka dengan pelbagai galakan positif untuk meningkatkan kebolehan mereka.

Ingat, setiap individu memiliki keunikan kekuatan dan kelemahan. Saya percaya di dalam hidup ini kita semua perlu belajar untuk memperbaiki kelemahan diri dan boleh diterima, berikan imbuhan untuk mereka di mana perlu sementara memusatkan permerhatian menggunakan, membina and menikmati kekuatan dan bakat. Tidak semua orang sempurna. Tujuan melakukan aktiviti stimulasi ini adalah untuk membantu anak anda mengembangkan setiap kebolehan potensi uniknya, bukan untuk over-stimulate atau cuba untuk membentuknya menjadi super-babies! Di bawah ini adalah beberapa cadangan untuk melakukan aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak anda untuk mengembangkan kemahiran motor halus. Walaupun ia secara umum, anda boleh menyesuaikannya bergantung kepada tahap kebolehan dan umur anak anda.

1. Aktiviti manipulasi: 1.1 Manipulasi doh: menggentelnya menjadi bola-bola kecil, memintal menjadi doh yang panjang dan sebagainya. 1.2 Mengoyakkan kertas menjadi cebisan kecil menggunakannya untuk kolaj atau menggumpalnya menjadi sebiji bola. 1.3 Memintal surat khabar menggunakan kesemua tangan dalam satu masa untuk mengembangkan kekuatan otot. 1.4 Menguntai manik atau makaroni. 1.5 Aktiviti menguntai. 1.6 Memotong menggunakan gunting, menggunakan cengkaman yang betul. 1.7 Manipulasi penyepit baju untuk mengutip objek-objek kecil. 1.8 Bermain fingerplays.

2. Aktiviti sensori 2.1 Melukis menggunakan jari atau manipulasi terhadap benda-benda cecair dengan jari-jari dan tangan misalnya bermain lumpur, melakar menggunakan sos tomato (kicap) di atas pinggan. 2.2 Mengutip objek-objek kecil dengan jari-jari, seperti pegboard pegs, bijiran dan sebagainya.

3. Aktiviti untuk mengembangkan keseimbangan atau stabiliti 3.1 Berjalan seperti kereta sorong, berjalan seperti ketam, bergayut di taman permainan untuk mengembangkan kekuatan bahagian atas badan. 3.2 Bekerja di atas permukaan mendatar seperti papan hitam atau easel di mana memerlukan pinggang untuk dibengkokkan baik untuk membina kemahiran motor halus.

Posisi badan yang tegak menggalakkan posisi pinggang yang stabil untuk mengembangkan pergerakan ibu jari yang baik, kekuatan otot- otot motor halus dan menggalakkan penggunaan kedua-dua otot-otot tangan dan bahu Jika anda tidak mempunyai papan hitam atau easel di rumah, tampal keratan akhbar atau bahan bercetak ke atas dinding dan biarkan anak anda melukis dan menconteng di atasnya. Biarkan dia melukis bulatan besar, menggunakan seluruh tangan. Biarkan dia melukis garisan lurus melintang di lembaran kertas dari atas ke bawah, menegak dan melintang dalam kedua-dua arah, menggunakan keseluruhan tangannya

Kawalan motor

Menurut Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmum (2006) menyatakan bahawa kawalan motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan penglihatan,anggota badan dan bahagian badan.Hal ini menerangkan bahawa pergerakan antara badan berkait rapat dengan sistem saraf yang membawa maklumat.Di samping itu,kawalan motor oleh saraf akan mengawal pergerakan otot-otot bagi menghasilkan suatu pergerakan.Kawalan motor ini bertindak sebagai mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawal kedua -duanya. Kawalan pergerakan yang mencapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mam pu dihasilkan oleh sistem biologi dimana ia dikawal oleh otak dan sistem saraf.

4.2 Lakuan motor

Lakuan motor terhasil daripada pergerakan yang melibatkan pelbagai jenis otot badan. Lakuan motor adalah penting dalam setiap permainan yang ingin diceburi oleh kanak-kanak supaya setiap apa aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan masalah kepada pergerakan dan kecederaan.Selain itu,kemampuan atau kebolehan biomotor melibatkan kekuatan,kelajuan,daya tahan dan koordinasi. Kemampuan motor dapat membantu keseluruhan (total fitness).

Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan perlakuan motor seperti berlari,lompat selang,senaman yang dikerjakan secara berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.Tingkah laku kanak-kanak merupakan unsur yang penting bagi pergerakan.Hal ini demikian kerana pergerakan amat penting untuk memenuji keperluan hidup yang sempurna.Di samping itu,jika tiada perlakuan motor maka pergerakan tidak dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna.Pergerakan ini juga berkait rapat dengan kemahiran motor.

4.3 Kemahiran motor

Kemahiran adalah satu tindakan,tugas atau corak tindak balas tertentu serta kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan.Hal ini adalah kerana satu sifat am yang bergantung kepada faktor-faktor keturunan,persekitaran dan pembelajaran.Menurut Maier (1980) dalam Arosoo (1989),kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubungan dengan persekitaran tertentu.Di samping itu,kemahiran motor juga merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada badan.Menurut Singer (1972),beliau telah menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor (motor abilities),ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif.

Menurut Fartel (1960),kemahiran motor terbahagi kepada 3 bahagian iaitu cy clic,acylic dan gabungan acylic.

4.3.1 Cyclic

Kemahiran cyclic adalah kemahiran yang melibatkan sukan seperti jalan kaki,berenang,lumba basikal dan lain-lain.Ciri-ciri utama dalam penglibatan pergerakan motor yang berulang-ulang.Apabila pusingan pergerakan motor dipelajari atau dikuasai akan membolehkan pergerakan tersebut dilakukan dalam jangka masa yang lama.Walaupun setiap pusingan pergerakan adalah hasil daripada beberapa fasa pergerakan yang menjadikannya satu pusingan pergerakan yang lengkap .Contoh kemahiran cyclic seperti seperti jalan kaki,berlari,berenang,lumba basikal dan lain-lain.

4.3.2 Acylic

Kemahiran ini adalah kemahiran gabungan dari kesempurnaan yang dilakukan melalui satu aksi.Contoh kemahiran bagi kemahiran acylic adalah badminton di mana adalah hasil gabungan pergerakan hayunan,transisi,pusingan,pukul dan langkah semuanya dilakukan melalui satu aksi sahaja.

4.3.3 Gabungan acylic

Kemahiran gabungan acylic adalah gabungan cyclic dan diikuti oleh pergerakan acylic.Kemahiran ini melibatkan semua jenis lompatan,bagi acara padang dan balapan.

Terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor.Ianya bolehlah dikatakan sikap atau persekitaran dan faktor genetik,termasuklah perkembangan sistem saraf dan fungsi neurologikal.Menurut Vasuderan (1989) dan tambahnya lagi kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-kanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor yang disebutkan.

4.4 Aspek perlakuan motor dan kemahiran motor

Perlakuan motor dan kemahiran mempunyai hubung kait dan persama an.Hal ini demikian kerana,dengan perlakuan motor maka terhasilnya kemahiran serta pergerakan.Terdapat beberapa

komponen dalam aspek ini.Komponen ini terdiri daripada koordinasi,imbangan,ketangkasan,kuasa,masa tindak balas dan kepantasan.

Koordinasi ialah ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang kanak-kanak.Koordinasi ini melibatkan penyelarasan kesemua anggota badan.Hal ini demikian,koordinasi amat penting dalam melakukan pergerakan dan kemahiran kerana jika koordinasi tidak dapat dilaksanakan dengan baik,maka ini akan menyebabkan pemasalahan dalam melakukan pergerakan.

Imbangan pula merujuk kepada kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang kanak-kanak dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan.Di samping itu,imbangan juga membawa maksud kebolehan mengekalkan kedudukan teguh semasa melakukan pergerakan atau keadaan diam sebagai contoh bayi yang berusia antara 4-6 bulan belajar untuk duduk dan dia memerlukan keseimbagan badan untuk duduk atau pun bayi yang baharu belajar untuk berjalan.

Kuasa pula merujuk kepada kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan kanak kanak dalam melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejutkan/explosive) yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kekuatan yang tinggi.

Ini adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat ianya gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.

Ketangkasan pula ialah kebolehan seseorang kanak-kanak melakukan pergerakan berurutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.Kebolehan menukar kedudukan di ruang tamu tertentu secara kemas dan mudah.

Masa tindak balas ialah merujuk kepada sesuatu jangka masa yang diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.Kelajuan pula ia berkait rapat dengan masa.Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.Contohnya kepantasan kanak -kanak semasa berlari atau berjalan.Kecergasan pula merujuk kepada mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja seharian tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minimum serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan dimasa kesengganan dan ketika dalam kecemasan.Hal ini demikian kerana,kanak-kanak tidak pernah berasa letih dalam bermain kerana bermain adalah aktiviti bagi mereka.

KEMAHIRAN MANIPULATIF.
Perkembangan kemahiran manipulatif kanak -kanak dikatakan telah bermula sejak mereka lahir lagi.Ianya berkembang seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak kanak. Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak -kanak bagi melahirkan kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas. Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak,ini kerana kehidupan seharian kanak-kanak yang lebih suka kepada aktiviti bermain dan alat permainan adalah yang selalu digunakan oleh kanak -kanak berkenaan. Kemahiran manipulatif lebih melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. ata M akan mengesan rangsangan dan meransang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari. Sesetangah alat mainan misalnya puzzle hanya membenarkan pergerakan dalam satu cara sahaja. Mainan seperti ini mengkehendaki kanak-kanak mencuba sehingga meraka berjaya. Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak jugamembolehkan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermakna dengan sesuatu objek. Contohnya kanak -kanak diminta menangkap dan melontar bola yang pelbagai saiz dan bentuk seperti bola sepak, bola takraw, bola baling, bola tampar, bola ragbi dan bola tenis.Ini semua tidak lain adala untuk h memperkayakan perkembangan kognitif dan psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus kanak kanak berkenaan.Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan manipulatif sesuatu objek dengan meningkatkan tahap kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek, menarik benang, menyelak buku atau melakarkan gambar dengan menggunakan pensil krayon. Pada peringkat ini juga kita akan melihat sama ada tangan kanan atau kanan kiri yang dominan dalam pergerakan manipulatif kanak-kanak. Kemahiran manipulatif melibatkan gerakan loko-motor dan bukan loko-motor. Gerakan bukan loko-motor adalah gerakan setempat seperti membongkak, merengang dan memusingkan badan. Manakala gerakan loko-motor adalah pergerakan yang melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat. Oleh itu, gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktivitiyang menggunakan otot besar. Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek. Bagi kemahiran manipulatif, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak. Contohnya kebolehan mengawal otot kecil badan biasanya di kaitkan dengan kebolehan koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan gerakan manipulatif yang tepat.
posted by manipulasi alatan at 7:44 am 0 comments

KONSEP MANIPULATIF ALATAN.


Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan baik pergerakan loko motor ataupun pergerakan bukan loko-motor.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah lagi, ini kerana pada peringkat ini kanak-kanak lagi mudah menerima apa yang diajar oleh guru.Sekiranya pergerakan ini diajar pada peringkat sekolah rendah ataupun prasekolah ini akan meningkatkan kemahiran kanak -kanak itu lagi iaitu kemahiran motor kasar mahupun kemahiran motor halus,ini kerana akan melahirkan kanak-kanak yang cergas dan cerdas dalam ko-kurikulum seperti bersukan.Sekiranya ianya dapat diterapkan pada peringkat awal lagi sudah pasti misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang hendah melahirkan anak anak yang aktif dalam semua bidang akan berjaya,kita tengok sekarang ini kebanyakan kanak -kanak hanya berjaya didalam akademik sahaja tetapi dalam sukan ataupun ko -kurikulum mereka lemah.Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan angota badan seperti tangan,kaki,dan pergerakan badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek.Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanakkanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kor inasi angota badan contohnya tangand mata, kaki mata dan lain-lain.Sekiranya kanak-kanak dapat mengetahui dan menguasai kemahiran manipulatif ini merekan akan lebih yakin dan koordinasi badan mereka akan lagi tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mempelajari kemahiran manipulatif.
posted by manipulasi alatan at 7:44 am 0 comments

MATLAMAT PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MANIPULATIF.


Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam garakan motor kanak-kanak. Oleh iti, dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar, aktiviti kemahiran manipulatif juga diberi tumpuan. Menurut PPK (2003) kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi antara anggota badan. Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paing l kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak -kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengenggam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegang objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dalam menge ndalikan objek di dalam kelas.

Penggunan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak -kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, mengolekkan, melantunkan, atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiran manipulatif juga boleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil malantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skipping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka. Dengan itu, bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak -kanak ini, guru seharusnya membuat perancangan ruang yang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelenggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakkan penglibatan kemahiran manipulatif kanak-kanak.
posted by manipulasi alatan at 7:43 am 0 comments

CADANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN MANIPU LATIF.


Aktiviti bagi kemahiran manipulatif melibatkan penggunaan motor halus dan kasar. Kanak kanak akan meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu, anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat di lihat misalnya dalm aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengengam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegam objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dengan mengendalikan objek di dalam kelas. Penggunaan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak -kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, menggolekan, melantunkan atau melompat melepasi bo la

tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiaran manipulatif juga buleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil melantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skiping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka. Justeru bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak -kanak ini, guru seharusnya membuat perancangan ulang alik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelanggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seh arusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakan kemahiran manipulatif. Contohnya raket tenis, kayu hoki dan pemukul softball dalam merancang aktiviti bagi meningkatkan kemahiran manipulatif mereka.
posted by manipulasi alatan at 7:42 am 0 comments

KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR KASAR.


kandungan
y y

Hasil pembelajaran
y y

Menguasai kemahiran manipulatif. Kemahiran motot kasar-

Mengerakan kepala ke pelbagai arah. Menanduk objek

koordinat otot leher-kepala

y y

Menguasai kemahiran manipulatif. Menguasai koordinasi mata-tangan

y y

Membaling objek ke sasaran. Menyambut Membaling, objek menggunakan dan kedua-dua belah tangan.

melambung

menangkap objek besar dan kecil.


y y

Melantun dan menangkap. Melompat menggunakan tali skipping.

y y

Menguasai kemahiran manipulatif. Menguasai koordinasi anggota badan.

y y y

Memanjat. Bergayut. Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan. Membuat pergerakan berguling. Membuat pergerakan semulajadi seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, angin dan air.

y y

posted by manipulasi alatan at 7:42 am 0 comments

Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanakkanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik.

Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar , bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.

4.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak -kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah

seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepad kanak-kanak a merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak -kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

Perkembangan Motor Kasar Kanak-Kanak Pengenalan

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak -kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.

Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Selain itu tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu. Kanakkanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah telah mereka peroleh.

Perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia tiga hingga enam tahun berada dalam keadaan yang sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk faktor -faktor genetik yang diperolehi dari keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga dan kumpulan etnik.

Salah satu aspek penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak adalah perkembangan daya penglihatan mereka. Pada usia ini perkembangan visual kanak-kanak akan mematangkan lagi perkembangan otak mereka yang juga memperkukuhkan kombinasi antara hemisfera kanan dan kiri otak yang seterusnya membolehkan kanak-kanak mahir dalam arah kiri dan kanan.

Otak kanak- kanak akan berkembang dengan pesat secara struktur dan fungsinya pada usia ini iaitu semasa mereka berada di prasekolah. Hemisfera kiri otak yang mengawal fungsi bahasa terbentuk dengan amat pesat pada dua tahun pertama usia kanak-kanak itu. Manakala hemisfera kanan otak yang mengawal maklumat megenai ruang mula berkembang dengan pesat pada sekitar usia lima tahun.

Kanak-kanak mengalami peningkatan dalam pergerakan motor kasar dan motor halus yang amat hebat semasa berada di prasekolah. Peningkatan dan penambahbaikan dalam kemahiran motor kasar dan motor halus ini adalah dipengruhi oleh perkembangan otak, perimbangan ( sense of balance ) yang lebih baik dan peningkatan dalam koordinasi mata dan tangan.

Perkembangan motor juga dipengaruhi oleh latihan, ekspektasi ibubapa, peniruan, faktor genetik, perkembangan otak dan etnik keturunan.

Daya imbangan merupakan aspek yang juga penting dalam perkembangan fizikal kanak -kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengan biasanya akan mengalami masalah untuk mengimbangi badan mereka. Mereka tidak akan dapat melakukan pergerakan -pergerakan motor kasar seperti menyepak bola atau menendang. Adakalanya kanak-kanak mengambil masa yang lebih panjang dari kanak-kanak lain untuk memahirkan diri dalam pergerakan motor kasar. Maka guru haruslah mengenalpasti kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan dalam perkembangan motor kasarnya.

Untuk berlari dan melompat, kanak-kanak melalui beberapa frasa sebelum mereka boleh berlari dan melompat dengan sempurna. Dari pemerhatian dan kajian yang dilakukan terdahulu, pada usia 2 hingga 3 tahun barulah kanak-kanak boleh dilihat berlari dengan baik walaupun mereka kelihatan seperti berlari pada usia yang lebih muda. Pada usia 4 hingga 5 tahun kanak-kanak akan mampu berlari dua kali ganda lebih laju daripada kepantasan mereka berlari pada usia 3 tahun.

Kanak-kanak mula cuba untuk melompat apabila cuba memijak sesuatu objek dengan menggunakan sebelah kaki. Ini terjadi pada usia 18 bulan. Pada usia 2 tahun , kanak-kanak akan boleh melompat sambil mengangkat sedikit kedua-dua belah kaki mereka, tapi kanak-kanak ini masih lagi tidak tahu menggunakan tangan mereka untuk mengimbangi badan mereka semasa melompat.

Melempar dan menangkap bola merupakan kem ahiran motor kasar yang cuba kanak-kanak lakukan pada awal usia mereka lagi. Namum begitu pergerakan melempar dan menangkap bola akan menjadi lebih cekap dan kemas apabila kanak-kanak mampu untuk mengawal pergerakan badan mereka. Kanak-kanak yang lebih matang sudah boleh mengimbangi badan mereka semasa membuat balingan atau menangkap bola berbanding dengan kanak -kanak dua atau tiga tahu yang biasanya kelihatan kaku dan sukar untuk membaling bola dan kadang-kadang gagal untuk menangkap bola. Kemahiran menangkap bola akan menjadi lebih baik apabila kanak-kanak itu lebih matang dan boleh menggunakan koordinasi visual mereka untuk memerhatikan pergerakan bola seterusnya menangkap bola tersebut.

Perkembangan Motor Kasar mengikut usia.

Usia 1 6 Bulan

Bayi boleh mengangkat kepala untuk mengubah posisi ampu untuk pemandangan. Bayi akan terdorong untuk mengubah poisi kepala semasa memberi tindakbalas kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya. Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.Bayi juga mam untuk pu menegakkan kepalanya semasa didokong. Semasa berada dalam keadaan terlentang bayi akan menendang-nendang dan menggerak-gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan.

Usia 6 9 Bulan

Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil meniarap, pergerakkan meniar akan berubahap rubah mengikut kemahuan bayi. Bayi akan boleh bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Bayi juga akan menendang-nendang dengan kuat. Pada usia ini juga bayi akan menghulurkan tangan meminta supaya mereka diangkat oleh orang dewasa disekeliling mereka. Di akhir tempoh ini, bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk . seterusnya bayi akan bangun dan duduk sendiri tanpa bantuan.

Usia 9 18 Bulan

Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak ke hadapan dan ke belakang. Bayi akan mencuba untuk merangkak, keperluan untuk bergerak menjadi memuncak bila mana pada usia ini kanak -kanak sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi mereka. Dengan merangkak bayi akan boleh bergerak ke lebih banyak tempat yang sangat menarik bagi mere tanpa bantuan ka orang dewasa. Bayi kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk tanpa bantuan. Seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari sokongan dari orang dewasa atau perabut di sekelilingnya untuk membantu mereka bertatih. Seterusnya bayi akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa. Perkembangan seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Bayi akan beralih kepada usia kanak -kanak pada akhir tahap ini. Mereka akan cuba bereksperimentasi dan bermain peralatan permainan. Bayi akan mampu untuk menolak dan menarik permainan beroda. Pada akhir tahap ini juga kanak-kanak akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan ibu bapa.

Usia 18 Bulan 5 Tahun

Pada usia 18 bulan , kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat. Daya keseimbangan mereka adalah lebih baik. Kini kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal roda tiga. Kanak -kanak juga

boleh berdiri di atas hujung jari kaki. Kanak-kanak pada usia ini boleh melompat, meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola. Kanak-kanak juga akan menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama yang mereka gemari.

Usia 5 7 Tahun

Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas pada usia ini. Mereka sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih kompleks. Kanak-kanak akan mmpu memanjat dengan baik. Mereka juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi. Koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul.

Cadangan-cadangan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor kasar kanak -kanak.

Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pergerakan motor kasar mereka.

Berjalan ~ Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan ke belakang, berjalan dalam bulatan, berjalan ke tepi, berjalan dalam bulatan, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan. Berlari ~ Kanak-kanak suka berlari dan bergerak cergas dalam banyak ketika. Aktiviti berlari haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan lapang. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan perlahan, berlari berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti dan berlari. Skipping ~ skipping menggunakan tali, skipping secara sendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan. Galloping ~ berlari seperti kuda Membaling dan menyambut bola ~ menggolekkan bola, menahan bola yang bergolek,membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir dalam kumpulan, permainan bola dan monyet, Mengimbangkan badan ~ berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan di atas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan di atas tanah, membawa bola di atas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala.

Matlamat Pembelajaran Motor Kasar PPK (2003)

Perkembangan motor kasar seorang kanak-kanak bermula sejak mereka lahir. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka mahir dan selesa dengan sesuatu kemahiran dan ger kan tersebut. a Menurut PPK (2003) matlamat dalam perkembangan motor kasar kanak -kanak adalah mereka dapat menguasai kemahiran ini dengan berkesan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan kemahiran pergerakan motor kasar seperti yang disarankan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003).

Masalah Motor Kasar

Kemahiran motor merupakan kemahiran yang bergantung kepada kecekapan otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi. Oleh itu perkembangan motor adalah perkembangan gerakan dan koordinasi selain daripada memerlukan seseorang menggunakan kekuatan otot, pengawalan kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri.

Perkembangan koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor. Kanak kanak yang mempunyai masalah ini mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, menunggang basikal, malah untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti ini menunjukkan pergerakan yang tidak teratur, perlahan dan agak pelik. Kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan dalam koordinasi ini juga mempunyai masalah bagi menyiapkan tugas yang melibatkan pergerakan otot secara berurutan. Sebagai contoh, kanak -kanak ini tidak dapat membuat aktiviti ini dalam urutan, membuka almari pakaian dan menanggalkan jaket baju.

Seperti motor halus, masalah dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak juga dapat dikesan di awal tumbesaran kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan kanak-kanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan badan memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway -Cook & Woollacott, 1985). Keinginan kanakkanak untuk bergerak dan meneroka persekitaran mereka merupakan rangsangan awal bagi gerakan motor kasar. Apabila kanak-kanak ini menghadapi masalah bergerak balas dengan rangsangan seperti ini kita akan sedar bahawa mereka mempunyai masalah dalam perkembangan motor kasar mereka.

Aktiviti fizikal yang dirancang dengan baik akan dapat memastikan perkembangan motor kasar yang berkesan. Menurut Moore (1984);

At this age a child needs several hours of physical activity a day. This helps to build the body, purify the blood, promote good digestion and calm the nerves. (Raymond Moore, Homegrown Kids, p113)

Oleh itu kanak-kanak perlulah diberikan masa yang mencukupi bagi melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti bermain, berlari, memanjat atau aktiviti membantu ibubapa seperti membasuh kereta, membersihkan kawasan rumah atau aktiviti luar yang lain

Perkembangan Motor Halus Pengenalan

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak -kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan dexterity . Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.

Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor halus kanak kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus mengetahui ciri. Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah penting kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk kanak-kanak ini menulis. Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak -kanak ini mula menulis.

Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih lengkap beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan pokok.

Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi memperkembangkan kemahiran menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini. Contohnya di sekolah kita membantu kanak-kanak yang baru mula menulis huruf dengan meminta mereka menulis huruf tersebut berulang kali sehingga mereka mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu baru kita kembangkan kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan yang lengkap dengan menggabungkan huruf huruf tersebut bermula dengan perkataan yang memerlukan tiga atau empat huruf sahaja.

Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka adalah dengan menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak -kanak yang baru hendak melukis penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan saiz pensil krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil tersebut. Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensil dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor halus mereka.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betuljuga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan Digdon (2001), menyatakan .kanak -kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90 dengan kedudukan badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil.

Perkembangan Motor Halus Mengikut Usia

Usia 1 6 Bulan

Pada usia 1 hingga 6 bulan bayi berupaya memberi fokus kepada objek yang hadir dalam pandangan mereka. Bayi juga boleh memberi perhatian kepada ibubapa atau orang dewasa yang menjaganya. Bayi juga mampu merenung kepada cahaya yang terang, ini juga adalah sebahagian dari tindak balas semulajadi bayi. Beberapa tindak balas awal terhadap rangsangan juga diperhatikan pada bayi. Bayi

juga boleh mengikut pergerakan objek yang lalu di hadapan mereka. Pada saat ini bayi menerima stimuli visual yang sangat pesat.

Usia 6 9 Bulan

Bayi sangat peka kepada barangan yang menarik perhatian mereka walaupun barangan permainan itu adalah kecil tatapi ianya berada dalam lingkungan pemandangan mereka.namun begitu perhatian mereka terhadap objek akan hilang sekiranya objek itu hilang dari pandangan mereka atau perhatian mereka telah beralih kepada ransangan yang lain. Bayi akan cuba mengapai objek yang menarik perhatian mereka dengan sebelah tangan sambil memandang kepada objek tersebut, kemudiannya akan mengalihkan objek itu ke tangan yang satu lagi. Bayi menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah sesuatu yang mereka mahu atau sesuatu yang menarik perhatian mereka.

Usia 9 18 Bulan

Penumpuan bayi terhadap perkara atau objek yang menarik perhatian mereka akan menjadi lebih baik di mana bayi akan terus cuba mendapatkan objek yang mereka mahu walaupun objek itu sudah hilang dari kawasan pemandangan mereka. Bayi yang kini kanak -kanak mampu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher grasp ) untuk mengambil barang yang mereka mahu. Kanak -kanak juga boleh menggunakan tiga jari (tripod grasp) untuk mengambil barang. Kebolehan bertepuk tangan, bermain, membina, menyusun bata adalah kemahiran motor halus yang dikuasai oleh kanak -kanak dari usia 9 hingga 18 bulan. Kebolehan Tripod grasp yang lebih baik membolehkan kanak -kanak menggunakan pensil untuk menconteng.

Usia 18 Bulan 5 Tahun

Pada usia 18 bulan hingga 5 tahun kanak-kanak sudah berupaya membuat pilihan atau kecenderungan penggunaan tangan ; sama ada tangan kanan atau kiri/kidal. Keupayaan menggunakan dua jari dan tripod grasp telah menjadikan mereka mampu untuk menyelak muka surat buku. Mereka juga mampu membina menara. Kanak-kanak pada usia ini sangat meminati lukisan dan sangat suka melukis kerana mereka sudah boleh menghasilkan bentuk bentuk yang mungkin memberi makna kepada mereka. Pada ketika ini juga kanak-kanak boleh menggunakan gunting dengan baik. Koordinasi mata dengan tangan yang baik membolehkan kanak -kanak menguntai manik.

Usia 5 7 Tahun

Pengawasan pensil yang baik berlaku di usia ini. Kanak-kanak juga mampu mencucuk benang pada jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga dengan lukisan.

Perkembangan Motor Halus Kanak-Kanak Prasekolah

Koordinasi mata dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sem purna adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak -kanak di usia prasekolah. Kanakkanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan dua jari; iaitu jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher Grasp ), namun mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menggunakan Pincher Grasp dengan lebih baik.

Pada usia prasekolah juga kanak-kanak akan lebih matang dalam perkembangan motor halus mereka. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah mampu untuk membuat contengan bebas, menyarung pakaian, mengalihkan mukasurat buku dan membina menara dari enam hingga lapan buah blok. Pada usia tiga tahun, perkembangan motor halus kanak -kanak akan menjadi lebih matang apabila mereka boleh makan menggunakan sudu, menconteng berbentuk bulatan. Padausia empat tahun pula, kanak-kanak sudah mampu menyarung pakaian mereka sendiri, melukis lakaran manusia dan menggunakan gunting dan menggunting garisan yang disediakan. Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti mengenakan butang akan dapat dilakukanoleh kanak-kanak apabila mereka berusia 5 tahun Mereka juga sudah boleh mengenakan zip, membuka zip dan mencucuk benang dan manik.

Isu sama ada kanak-kanak itu seorang yang kidal atau menggunakan tangan kanan juga menjadi perhatian semasa usia prasekolah. Ini adalah kerana pada usia ini terserlahlah samada kanak-kanak itu menggunakan tangan kanan atau kidal. Namun begitu kidal atau kanan adalah lebih bergantung kepada faktor genetik berbanding dengan faktor persekitaran.

Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata dan tangan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.

Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan -bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir dan bijirin. Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanak kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntinggan-guntingan yang lebih rumit. Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak. Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor halus kanak kanak. Menyulam manik Menekap gambar yang sedia ada Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan. Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari. Mengocak dadu menggunakan genggaman tapak tangan.. Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti memasukkan manik pada benang. Bermain permainan seperti "puppet " dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelengkeng. Mengikat tali kasut

Matlamat Pembelajaran Motor Halus PPK (2003)

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan kemahiran motor halus ini adalah dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti. Jadual 3.1 di bawah berikut menunjukkan kandungan dan hasil pembelajaran motor halus. Hasil pembelajaran ini memberikan fokus perkembangan penggunaan jari tangan kanak-kanak bagi membuat aktiviti motor halus.

Masalah Penguasaan Kemahiran Motor Halus

Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting dalam pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan ini, gerakan motor halus seperti meminta kanak-kanak mengikat tali kasut atau memasang butang baju merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak berbanding gerakan motor kasar. Pada peringkat ini sistem saraf pusat mereka masih belum mencapai tahap kematangan yang sepenuhnya. Oleh itu proses penghantaran maklumat dalam sistem saraf ke jari tangan masih agak sukar. Selain itu, otot kecil juga lebih cepat letih berbanding otot besar. Jari yang masih kecil juga menyukarkan kanka-kanak ini untuk mengawalnya. Semua cabaran penggunan motor halus ini memerlukan lebih kesabaran bagi kanak -kanak yang secara umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini.

Kemahiran gerakan motor halus juga boleh menjadi lambat disebabkan beberapa faktor antaranya; kecederaan, penyakit, stroke atau keadaan tidak normal sejak lahir. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas tetapi tidak menunjukkan perkembangan motor halus yang baharu kemungkinan mengalami masalah dalam membuat gerakan motor halus. Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan kesihatan kanak-kanak seperti penyakit sawan, terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes. Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan yang lambat dalam kemahiran motor halus ini juga akan mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi pergerakan badan khususnya bahagian muka, tangan dan jari.

Sesetengah tanda terencat perkembangan motor bolehdilihat semasa kanak-kanak ini berumur 2 tahun. Tanda-tanda ini adalah seperti kesukaran untuk duduk atau mengangkat kepala, sukar berdiri jika tidak dibantu, sukar untuk bergerak seperti merangkak, atau tempoh berjalan yang agak lambat. Perkembangan lambat bagi motor halus pula kadang kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di peringkat prasekolah. Contohnya kanak-kanak ini sukar untuk memegang pensil, sukar untuk melukis atau sukar memasang butang baju. Oleh itu ibu bapa, penjaga dan guru harus faha tentang m perkembangan dan keperluan motor halus kanak-kanak agar perkembangan mereka dapat dibantu dengan sebaiknya.

Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus memerlukan perancangan, masa, dan pelbagai bahan bantu. Perkembangan motor halus dapat digalakkan dengan aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan kraf, jigsaw, dan membina blok lego. Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat kerja rumah seperti memotong buah, atau mengacau tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor halus mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan koordinasi tangan-mata. Oleh kerana perkembangan motor halus memainkan peranan yang penting dalam persediaan kanak -kanak memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam kurikulum prasekolah.