Anda di halaman 1dari 36

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme.

Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92). Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91). Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undangundang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga

berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHAN Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan (JAKIM). PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan Perikatan, dengan mengekalkan identiti parti masingmasing dalam perkara-perkara tertentu (JAKIM). Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM).

Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat. Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam, demikian juga dalam hukum tazirkesalahankesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih (JAKIM). Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukanperuntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Koperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda (JAKIM). SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM Selepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang (JAKIM).

Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya divide & rule. Kalau diambil asas yang masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah divide & rule yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya (JAKIM). KESIMPULAN Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qati yang menentukannya. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan ciri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan perlaksanaan syariah sebagai penentu. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. Ulama juga tidak sepakat pendapat tentang syaratsyarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min alMuslimin). Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim (JAKIM). PENUTUP

Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim. 1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam. 2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain. 3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya. 4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan. 5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing. RUJUKAN Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Ayadurai. (1999). Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahyuddin Yahya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://aisaluddin.multiply.com/journal/item/14/SEJARAH_KEDATANGAN_ISLAM_K E_TANAH_MELAYU

KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU
Oleh Milus PENGENALAN Hj. DAN Abd. BEBERAPA Wahad TEORI

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak merubah alam pemikiran masyarakat Melayu, di mana perubahan ini telah menjadikan daya fikir intelektual Melayu terus berkembang sehingga kerajaan Melaka abad ke 15 menjadi pusat intelektual Islam sedunia berkumpul untuk

membahaskan

pelbagai

disiplin

keilmuan

Islam

serta

isu

masyarakat

semasa.

Oleh kerana kepesatan Islam berkembang di alam Melayu, maka pihak barat terpaksa mengambil peranan sama untuk menilai keupayaan Islam membentuk tamadun Melayu Islam yang telah mengancam gerakan imperialisme terhadap negara-negara Nusantara. Maka itu, pihak barat cuba mengheret golongan intelektual dan para sejarawan tempatan terhadap kedatangan Islam ke alam Melayu sebagai tumpuan perdebatan. Tujuan mereka adalah untuk mengelirukan umat Melayu Islam terhadap peranan Islam, dengan itu mereka mengutarakan beberapa pandangan tentang kedatangan Islam supaya agenda Islamisasi di Nusantara berjalan dengan perlahan. Pandangan Barat

Antaranya ialah teori kedatangan Islam ke alam Melayu yang dikemukakan oleh Eredia Gadinho, di mana beliau mengatakan bahawa Islam telah sampai ke alam Melayu Melalui China, beliau mendakwa bahawa pedagang-pedagang China dan Arab telah menyebarkan Islam di kepulauan Nusantara. Manakala hujah kedua telah dikemukakan oleh Snouck Hurgronje merupakan seorang sarjana Belanda yang mendakwa bahawa Islam yang ada di alam Melayu pada masa ini telah disebarkan oleh para pedagang India, dan juga seorang sarjana barat lagi iaitu John Crowford menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh para pedagang Arab. Hujah ini cuba memperkecilkan golongan pendakwah sebenar yang telah menyebarkan Islam dengan harapan pembentukan awal Tamadun Melayu tidak disandarkan kepada peranan utama Islam dan seterusnya memperlihatkan betapa rendahnya intelektual Islam yang hanya disebarkan oleh golongan para pedagang. Secara rasionalnya, apabila pedagang yang menyebarkan Islam, maka pemikiran Melayu Islam amat rendah nilainya, dan hujah ini amat lemah berbanding peranan besar yang dimainkan oleh tokoh-tokoh awal Islam. Pandangan Tempatan

Menurut Syed Naquib al-Attas seorang sarjana tempatan, menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh orang Arab sama ada melalui perdagangan atau juga usaha dakwah yang dibawa oleh para ahli sufi dan ilmuan Islam. Pendapat al-Attas ini cukup kukuh dan utuh untuk menjelaskan kedatangan Islam sebenar serta juga gerakan Islamisasi yang berlaku di Nusantara. Secara jelas al-Attas menyatakan keupayaan penyebar Islam sebenar seperti Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Nurudin ar-Raniri serta lain-lain pendakwah telah berjaya mendidik masyarakat memahami Islam yang syumul. SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM

Sejarah kedatangan Islam ini boleh dilihat dlam beberapa catatan dan antaranya Sejarah Melayu, di mana dalam Sejarah Melayu ini menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Melaka sekitar tahun 1409, di mana Parameswara selaku Raja Melaka pada masa itu telah memeluk Islam dengan membawa gelaran Sultan Iskandar Syah. Semasa I-Tsing berkunjung ke Srivijaya beliau juga mendapati bahawa orang Melayu sudah menerima Islam sekitar tahun 671 masihi. Begitu juga di Kelantan turut menerima Islam sekitar 1181, ini dibuktikan dengan wujudnya kerajaan Islam Kelantan dan penggunaan wang dinar. Manakala di Filipina menurut Cesar Adib Majul, Islam telah mula bertapak sekitar 1400an terutama di kepulauan Sulu, manakala di Mindanao sekitar 1520an apabila Melaka jatuh kepada Portugis pada tahun 1511. Di Pulau Borneo kedatangan Islam adalah merujuk kepada penerimaan Islam oleh kerajaan Brunei sekitar 1400an. Umumnya kedatangan Islam ke alam Melayu adalah lebih awal daripada penyebaran agama Kristian dan pada masa Islam datang, agama Hindu sudah pun bertapak lebih awal.

Apa yang jelas kedatangan Islam telah memberi makna besar terhadap Tamadun Melayu Islam di Nusantara. Kewujudan Tamadun Melayu Islam telah merubah peradaban masyarakat Melayu, daripada masyarakat animisme kepada masyarakat Melayu yang mentauhidkan Penciptanya iaitu ALLAH SWT. KESANNYA Sosial dan Budaya Islamisasi yang berlaku di alam Melayu pada ketika itu telah memberi kesan besar terhadap dunia Melayu. Antaranya ialah pembentukan Sosial dan Budaya Melayu Islam. Kedatangan Islam telah banyak merubah budaya dan sosial masyarakat Nusantara. Menurut Syed Naquib al-Attas perubahan sosial dan budaya pada masyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan undang-undang kekeluargaan. Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi budaya yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat banyak berteraskan ajaran Islam. Politik Selain itu, Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara, cContohnya kerajaan Melaka dan Aceh. Kerajaan Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomasi kerajaan China. Ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang tersohor, hubungan dengan kerajaan China terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo semakin erat kerana pada ketika itu Islam sistem Islam banyak memainkan peranan dalam pentadbiran. Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telah meluaskan lagi pengaruh Islam di sekitar kepulauan Nusantara dan dilihat oleh barat sebagai halangan utama terhadap cita-cita mereka. Ekonomi Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu, sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam. Contohnya, Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. Kesan terhadap sistem ekonomi yang berlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Para pedagang luar datang ke Melaka untuk menguruskan perniagaan mereka, antaranya China, India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri. Keselamatan di perairan Nusantara juga turut mempengaruhi kegiatan ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telah membantu merancakkan lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara. Alam Pemikiran Penyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran masyarakat Nusantara. Sebelum Islam, masyarakat lebih terikat dengan faham agama Hindu yang banyak memasukkan unsur-unsur mistik sebagai anutan. Apabila Islam datang, segala kekhurafatan dan ketahyulan dapat dijelaskan dan dirungkai dalam pemikiran masyarakat. Melaka dan Aceh telah menjadi pusat keilmuan dengan lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Hamzah Fansuri, Nurudin Ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lainnya. Kegiatan para ilmuan ini telah mendorong pemikiran masyarakat Melayu Nusantara kepada realiti pentauhidan dan kekhalikan Maha Pencipta. Bahasa dan Tulisan TERHADAP MASYARAKAT

Faktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu, penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama menunjukkan bagaimana Islam merubah dan meletakkan nilai insani kepada tahap yang betul. Tulisan jawi digunakan secara meluas, bahkan tulisan jawi masih berterusan terutama apabila berhubung dengan raja-raja Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa penyebaran Islam di alam Melayu atau Nusantara. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam telah memantapkan kekuatan Islam di Nusantara. Di samping itu, ia juga menjadi bahasa ilmu yang boleh menyesuaikan pelbagai istilah Arab sebagai kata pinjam, contohnya ilmu, alam, amal, ibadat, zakat dan sebagainya. Pendidikan Perubahan terhadap alam pendidikan turut berlaku dalam masyarakat Melayu, sebelum itu pendidikan masyarakat lebih menjurus kepada adat-istiadat terutama faham Hindu dan unsur animisme, tetapi setelah Islam sampai pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan akhlak. Pendidikan lebih kepada memahami Khaliq atau Maha Pencipta, seperti pengenalan ilmu Tauhid, Fekah, Muamalat, Usuluddin dan Syariah. Kanak-kanak mula mempelajari al-Quran sebagai asas utama, kelas-kelas al-Quran dibuka oleh guru-guru agama dan imam-imam. Surau, Masjid, Rangkang dan Pondok didirikan bagi memberi ruang kepada masyarakat mempelajari agama dengan lebih luas lagi. Peranan institusi pendidikan ini juga bukan sahaja terhad kepada bidang keilmuan, tetapi lebih kepada pusat pentadbiran dan perbincangan. Istana turut dijadikan kutab dan medan pembicaraan keilmuan yang turut melibatkan pihak pemerintah pada masa itu.Semangat jihad juga turut didedahkan kepada masyarakat, kesannya masyarakat sanggup mempertaruhkan diri demi mempertahankan agama Islam. KESIMPULAN Apa yang jelas, kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa satu perubahan yang besar, bahkan boleh disifatkan kedatangan Islam merupakan pemodenan budaya, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun ada pertikaian berkaitan dakwaan ini, namun al-Attas tetap mempertahankan kewajaran bagaimana Islam merubah dimensi pemikiran serta sifat kerohanian yang amat mendalam. Kehadiran Islam juga telah mengeluarkan masyarakat dari kegelapan pemikiran ortodok yang bersifat kabur dan khayalan kepada realiti hidup yang sebenar. Bibliografi A. Aziz Deraman, 2003. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar Abdullah, 1986. Ke Arah Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Terengganu, Pustaka Damai. Daniel Perret dan Puteri Rashidah Megat Ramli, 1998. Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Eric Roll (terj. Adzman Shamsudin, Latifah Othman dan Shamsiah Md. Said), 1995. Sejarah Pemikiran Ekonomi, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Kobkua Suwannathat ~ Pian,1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahayudin Hj. Yahaya, 1999. Tamadun Islam STPM, Shah Alam, Fajar Bakti.

Mohd Sukki Othman & Wan Muhammad Wan Sulong, 2001. Sejarah Kertas 940/1 Tamadun Islam, Subang Jaya, Pustaka Sarjana. Muhiddin Yusin, 1990. Islam di Sabah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Siddiq Fadzil, _______. Pembangunan Watak Bangsa: Pemerkasaan Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan, Kajang, Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1990. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://abuhilmie.blogspot.com/2010/05/kedatangan-islam-ke-alam-melayu-dan.html

Kedatangan Islam dan Pembudayaan Alam Melayu 1


Oleh Dato Haji A. Aziz Deraman Kuala Lumpur MUKADIMAH

Islam dan peradaban Melayu tidak boleh dipisahkan. Kedatangan Islam telah mengubah dan merobah kehidupan keagamaan yang sebelum itu berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Dalam tempoh hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15, turun naiknya Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan, Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri, Singosari, Kutai Kartanegara. Sungguhpun disebut hubungan Tanah Melayu dengan dunia Arab sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana dagang, tetapi kesan terbesar terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka dengan kekuatan sistem pemerintahan dalam bidang siasah, ekonomi, sosial dan kebudayaan, serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu.

Kemunculan kerajaan-keajaan Melayu Kesultanan Brunei, Sulu, Banjar, Makassar, Pontianak, Sambas, Mindanao dan keluasan pengaruh kuasa Empayar Melayu Melaka itu melebar dari seluruh Tanah Melayu sehingga ke Pattani di selatan Thai, menguasai sebahagian besar timur Sumatera [kota-kota pelabuhan seperti Siak, Kampar, Inderagiri dan sebagainya], menjadikannya sebuah pemerintahan yang disegani timur dan barat. Tegaknya Kesultanan Melayu-Islam di Acheh (Perlak), Medang Bhumi (Kelantan), Champa, Terengganu, Jawa dan kemudiannya pengaruh Melaka dalam konteks hubungan serantau dan dengan Dinasti China, India, Rom dan Eropah kekuatannya yang dibentuk oleh Islam itu menandakan telah wujud pengembangan Warisan Nabawi yang luar biasa dalam konteks keserumpunan dan keserantauan yang tersendiri.

KEDATANGAN ISLAM

Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia Alam Melayu atau Nusantara dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-budaya massa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu dengan memperkenalkan pelbagai sistem, serta memperkenal dan meninggalkan tradisi keilmuan. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup jantung kepada kesinambungan sejarah rantau, kemajuan bahasa, persuratan dan budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak berabad-abad yang lalu.

Yang paling penting lagi Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut kepada kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7 hingga 14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan penerokaan dunia baru dan bertarung dalam Perang Salib. Barat telah menggerakkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan menukar segala kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut kehendak dan kaca mata mereka. Mungkin Alam Melayu tidak menerima keseluruhan isi peradaban Zaman Andalusia, tetapi hakikat penerimaan aqidah Islamiyyah dan tradisi keilmuan sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru dan pedoman hala tuju sebuah peradaban di timur.

Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu dan sistem berkerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari pelbagai sudut seperti pendidikan dan

pengembangan ilmu, bahasa dan persuratan, kebudayaan dan kesenian, gerakan kesedaran politik dan pentadbiran, pembaharuan pemikiran, ketatanegaraan, soal hukum hakam, sejarah wilayah, sistem sosial, aspek nilai dan sebagainya. Paksi kehidupan umat Melayu dan sejarah kebudayaannya menuju ke suatu sinar zaman baharu yang mendukung ciri-ciri rasionalisme, intelektualisme, keadilan dan menempatkan kemuliaan serta keperibadian insan pada tempatnya yang layak dan wajar. Suatu macam transformasi sosial dan transformasi budaya yang mengagumkan telah terjadi.

Dilihat secara menyeluruh, sejak zaman berzaman umat Melayu mungkin dapat digolongkan sebagai umat yang taat beragama. Setidak-tidaknya penghayatan syiar-syiar agama masih bersemarak. Setiap tahun jemaah haji dari rantau ini terutamanya dari Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbesar jumlahnya. Sebahagian besar umat Melayu masih menghormati hukum-hakam agama. Yang paling jelas orang Melayu atau umat serumpunnya betapa pun lemah penghayatan Islam mereka masih menghormati ajaran-ajaran Islam tertentu seperti larangan makan babi dan binatang-binatang lain yang diharamkan, termasuk juga binatang-binatang halal yang tidak disembelih secara Islam. Selain itu, fenomena bertukar agama atau keluar dari Islam boleh dikatakan jarang sekali terjadi. Lebih-lebih lagi di Malaysia, di mana Melayu telah begitu menyatu dengan Islam sehingga kejadian Melayu keluar dari Islam pasti menimbulkan kegemparan besar.

Kedatangan Islam Dan Pembudayaan Alam Melayu | 2


ISLAM: KESANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA DAN PEMERINTAHAN

Dalam konteks kesan kedatangan Islam terhadap perubahan sosio budaya ini, saya ingin menyentuh beberapa aspek penting yang berhubung dengan (a) Pendidikan dan pengembangan ilmu (b) Bahasa dan persuratan (c) Kebudayaan dan kesenian (d) Politik dan pentadbiran, dan (e) isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat.

(a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu

Pendidikan dan pengembagan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya Al Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak.

Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang berrmula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15, Jawa, Pasai, Acheh, Palembang dan Banjar, dan kemudiannya KelantanPatani, Banten dan Minangkabau. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia, bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan, tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. Sehingga suku pertama abad ke 20, gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. Sumbangan seperti ini, ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di al-Haramain atau Tanah Arab, Mesir dan Turki, juga India dan Pakistan, telah memberikan ciri-ciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam, Parsi-Islam, India-Islam dan Turki-Islam. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Alam Melayu.

Di pelbagai wilayah Alam Melayu luas, selain dari pusat-pusat kebudayaan Islam di atas tadi, terdapat cukup ramai para ulama yang berjasa besar dan terserlah sumbangan mereka dalam pembangunan tamadun Melayu. Nama-nama ulama besar itu termasuklah ulama-ulama dari Kelantan-Pattani, Terengganu, Pontianak, Sambas, Sumbawa, Makasar, Minangkabau, Kedah, Lingga dan sebagainya, bahkan tidak terkecuali, pada abad ke-19, Banten dengan tokoh besarnya Syeikh

Nawawie al-Bantaniy. Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan Melayu disejajarkan dengan Islam. Maka Islam itu tidak sukar diterima oleh sebahagian besar umat serumpun Melayu itu.

Kalau diteliti lanjut, ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu, maka telah tumbuh dan berkembang ilmu-ilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. Antaranya, yang paling awal, tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan tasawwur (world view) Islam, iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam. Dalam bidang karya tulis, kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17, dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani, berlanjut di Banjar dengan tokohtokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis, penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu, Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani, dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokoh-tokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani, Tuan Minal, Tuk Wan Ali Kutan, Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali), Tuan Tabal dan lain-lain, lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa, persuratan, kesenian dan kebudayan selain dari keagamaan.

Hasil karya para ulama Melayu itu, antara lain, menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataan-kenyataan yang perlu diketahui dan direalisasi dalam kehidupan seorang Muslim, sehingga dengan demikian, dasardasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. Beberapa peribadi Islam yang dikenal masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti al-Ashari, al-Maturidi dan al-Ghazaliy, antara lainnya, mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara.

Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view, maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh, iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Hubungan antara manusia dengan

manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada aqidah dan tauhid. Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya dari Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Esa. Kemudian, terhurai juga ilmu-ilmu yang menyangkut bidang etika dalam kerangka syariat yang syumul dan meliputi. Dalam bidang ini sifat-sifat utama yang merupakan nilai-nilai baik atau al-Mahmudah dan sifat-sifat tercela keji yang menjadi lawannya atau al-Mazmumah, dihurai dengan jelas dengan cara menghubungkannya dengan kehidupan sosial dan kehidupan seseorang. Malah, tidak jarang perbahasan tentang ilmu ini dikaitkan dengan soal-soal metafizika dan ketuhanan. Antara namanama yang sangat terkemuka dalam bidang ini ialah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan karya kontroversinya al-Durr al-Nafis. Dengan berdasar kepada pemahaman doktrin dalam bidang ini serta pelaksanaannya dalam kehidupan perseorangan dan jamaah, maka terbentuklah suatu sistem nilai dan etika Islam di Nusantara, yang kemudiannya menjadi wadah dan acuan kepada sistem moral dan akhlak yang sekarang kita anuti sebagai nilai-nilai bersama.

Dari segi budaya intelektual, Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme Dunia Islam. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau al-Ghazaliy, tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. Khazanah intelektualisme Melayu tidak cuma mengandungi sastera lipur lara, tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran karya-karya besar al-Baydawiy, al-Mawardiy, al-Ghazaliy dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu.Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang berpusat di Asia Barat. Para ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar, tetapi ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. Ash-Syeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz.

Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular, reaktualisasi Islam dan sebagainya.

Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita.

Dari segi tradisi kerohanian pula, memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat dengan peranan kaum sufi. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. Karya-karya al-Ghazaliy khususnya kitab ihya Ulumi d-Din telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas. Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya sebagai salah satu kekuatan umat. Sejarah zaman penjajahan di Indonesia mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma.

http://nabawi.wordpress.com/2007/05/25/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alammelayu-1/

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

( 1 ) Pengaruh Islam terhadap politik.


a) Pentadbiran.
1. Sebelum Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa raja ( tradisi Hindu Buddha ).

2. Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil alam dan Zillullah fi ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam di beri kepada raja.

3. Konsep Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang.

4. Dalam tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa, pada zaman Islam sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.

5. Zaman Islam sultan masih kuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.

6. Sultan dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara, termenggong, penghulu bendahari dan laksamana ).

7. Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.

8. Adat Perpatih sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di tangan Yang dipertuan Besar.

9. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan konsep ini tidak bertulis tetapi dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.

10. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti pakaian, tingkahlaku, bahasa contohnya istiadat pertabalan.

b) Perundangan.
1. Terbahagi 2 iaitu undang undang bertulis dan tidak bertulis.

2. Undang undang bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat.

3. Undang undang tidak bertulis dikenali juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong.

4. Raja selalunya dikecualikan daripada undang undang secara praktiknya.

Adat Perpatih :

Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka. Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga Tidak membenarkan perkahwinan sama suku. Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga. Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera. Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu. Anakperepmuan diberi hak mewarisi harta.

besar).

Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar.

Adat Temenggong:

Di jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan, naming. Berasaskan sistem perilineal, yang mementingkan keturunan lelaki. Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid Diasakan oleh Datuk ketumanggungan dari Palembang. Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran

Islam).

Islam mazhab Shafie. Perundangan sebelum Islam tradisi Hindu Buddha:

Tradisi Hindu Buddha disesuai dengan budaya temaptan. Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman

berdasarkan kelas. Perundangan selepas Islam:

Undang undang Islam di negeri negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh Kehadiran Islam memperkembangkan undang undang bertulis seperti Hukum Kanun

British. Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Kedah, Perak, Johor. Hukum Kanun Melaka :

Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar. Pantang larang anggota masyarakat. Hukuman jenayah. Undang undang keluarga. Permasalahan ibadah.

Undang undang Laut Melaka :

Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai Undang undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan

makmum. Undang undang Laut Melaka.

(2) Pengaruh Islam terhadap sosiobudaya


a) Pendidikan tidak formal.
1. Pendidikan tidak formal terawal melalui asuhan keluarga.

2. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

3. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan.

4. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun.

5. Niali murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.

6. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua.

7. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa.

b) Pendidikan formal.
1. Pendidikan formal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok.

2. Di rumah tok guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak anak berusia 7 hingga 15 tahun.

3. Di istana, menurut Sejarah Melayu pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemnerintah Melaka.

4. Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor.

5. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka.

6. Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara.

7. Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah dan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih tinggi.

8. Pendidikan pondok pula, pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat.

9. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah).

10. Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya.

11. Sistem madrasah diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

12. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.

c) Bahasa dan Kesusasteraan.


1. Sebelum lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda, kuno, Batak dan Rencong.

2. Tulisan jawi hasil penyesuaian bahasa melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan dan penulisan utama.

3. Istilah bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab, seperti perkataan adat, hakim, hukum. Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah, tauhid.

4. Kesusasteraan rakyat, disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam, dan seloka.

5. Hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Abu Bakar.

6. Bentuk puisi syair Syair Dahulu Kala ( di Terengganu ).

7. Hikayat Saduran Arab Parsi Hikayat Abu Nawas.

d) Kesenian.
1. Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya.

2. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak.

3. Seni zaman Hindu Buddha seperti seni candi, seni bina, seni arca di Lembah Bujang.

4. Zaman Islam seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka.

5. Istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka.

6. Rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri.

7. Seni epigrafi ada pada batu bersurat dan batu nisan.

8. Seni khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.

9. Seni persembahan merangkumi tarian, muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan.

10. Tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka, nazam.

11. Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang, ghazal.

e) Gaya hidup.
1. Perubahan iatiadat pemerintah dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan, bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.

2. Perubahan akhlak rakyat ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah.

3. Adab berziarah seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum.

4. Majlis perkahwinan, berkhatan al Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong royong, bekerjasama dan perpaduan.

( 3 ) Pengaruh Islam terhadap ekonomi.


a) Perdagangan.
1. Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat secara langsung dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ).

2. Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ).

3. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap.

4. Laksamana membantu menguruskan hal kelautan.

5. Syahbandar menjadi ketua perlabuhan.

6. Undang undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda, jurumudi.

7. Di Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.

8. Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar.

9. Barangan yang dtimbang seperti emas, perak, dan rempah menggunakan dachim ( dacing ).

10. Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli.

11. Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

b) Mata wang.
1. Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter.

2. Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay. Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan.

3. Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam dicatat pada mata wang.

4. Di Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab.

5. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.

6. Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin, wang emas Johor digelar kupang.

7. Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang.

8. Mata wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.

9. Pedagang Arab menggunakan wang emas, tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak.

c) Percukaian.
1. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu.

2. Di Melaka, cukai dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan.

3. Cukai paling asas ialah cukai tetap (cukai import) contohnya pedagang dari India dan Arab (6% daripada jumlah barang ), Jepun dan China (5%).

4. Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras, makanan.

5. Setelah cukai dibayar, mereka boleh berniaga di bazaar bazaar di sepanjang Sungai Melaka.

6. Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai, contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan orang asing lain (cukai diraja 6%).

7. Amalan riba dikalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.

8. Walau bagaimanapun golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka.

9. Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta.

10. Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang menyelenggarakan harta kerajaan, wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat.

http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab-8-pembaharuan-dan-pengaruh-islam-dimalaysia-sebelum-kedatangan-barat/

Kedatangan Islam dan Pembudayaan Alam Melayu


Dicatat oleh Tawel Sensei di 8:58 AM

Oleh: Dato Haji A. Aziz Deraman Kuala Lumpur

Tulisan ini pertama kali disiarkan di blog Ustaz Fauzi (tak begitu aktif). Kertas kerja ini sebenarnya ada sedikit bahagiannya yang tercicir. Insya-Allah bila sudah jumpa, akan saya letakkan di sini. Jika anda memilikinya, sila hubungi saya di protajdid [at] gmail [dot] com

---

Mukadimah
Islam dan peradaban Melayu tidak boleh dipisahkan. Kedatangan Islam telah mengubah dan merobah kehidupan keagamaan yang sebelum itu berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Dalam tempoh hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15, turun naiknya Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan, Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri, Singosari, Kutai Kartanegara. Sungguh pun disebut hubungan Tanah Melayu dengan dunia Arab sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana dagang, tetapi kesan terbesar terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka dengan kekuatan sistem pemerintahan dalam bidang siasah, ekonomi, sosial dan kebudayaan, serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu. Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Kesultanan Brunei, Sulu, Banjar, Makassar, Pontianak, Sambas, Mindanao dan keluasan pengaruh kuasa Empayar Melayu Melaka itu melebar dari seluruh Tanah Melayu sehingga ke Pattani di selatan Thai, menguasai sebahagian besar timur Sumatera [kota-kota pelabuhan seperti Siak, Kampar, Inderagiri dan sebagainya], menjadikannya sebuah pemerintahan yang disegani timur dan barat. Tegaknya Kesultanan Melayu-Islam di Acheh (Perlak), Medang Bhumi (Kelantan), Champa, Terengganu, Jawa dan kemudiannya pengaruh Melaka dalam konteks hubungan serantau dan dengan Dinasti China, India, Rom dan Eropah - kekuatannya yang dibentuk oleh Islam itu menandakan telah wujud pengembangan Warisan Nabawi yang luar biasa dalam konteks keserumpunan dan keserantauan yang tersendiri.

Kedatangan Islam
Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia Alam Melayu atau Nusantara dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-budaya massa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu dengan memperkenalkan pelbagai sistem, serta memperkenal dan meninggalkan tradisi keilmuan. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup jantung kepada kesinambungan sejarah rantau, kemajuan bahasa, persuratan dan budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak berabad-abad yang lalu. Yang paling penting lagi Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut kepada kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7 hingga 14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan penerokaan dunia baru dan bertarung dalam

Perang Salib. Barat telah menggerakkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan menukar segala kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut kehendak dan kaca mata mereka. Mungkin Alam Melayu tidak menerima keseluruhan isi peradaban Zaman Andalusia, tetapi hakikat penerimaan aqidah Islamiyyah dan tradisi keilmuan sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru dan pedoman hala tuju sebuah peradaban di timur. Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu dan sistem berkerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari pelbagai sudut seperti pendidikan dan pengembangan ilmu, bahasa dan persuratan, kebudayaan dan kesenian, gerakan kesedaran politik dan pentadbiran, pembaharuan pemikiran, ketatanegaraan, soal hukum hakam, sejarah wilayah, sistem sosial, aspek nilai dan sebagainya. Paksi kehidupan umat Melayu dan sejarah kebudayaannya menuju ke suatu sinar zaman baharu yang mendukung ciri-ciri rasionalisme, intelektualisme, keadilan dan menempatkan kemuliaan serta keperibadian insan pada tempatnya yang layak dan wajar. Suatu macam transformasi sosial dan transformasi budaya yang mengagumkan telah terjadi. Dilihat secara menyeluruh, sejak zaman-berzaman umat Melayu mungkin dapat digolongkan sebagai umat yang taat beragama. Setidak-tidaknya penghayatan syiar-syiar agama masih bersemarak. Setiap tahun jemaah haji dari rantau ini terutamanya dari Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbesar jumlahnya. Sebahagian besar umat Melayu masih menghormati hukum-hakam agama. Yang paling jelas orang Melayu atau umat serumpunnya betapa pun lemah penghayatan Islam mereka masih menghormati ajaran-ajaran Islam tertentu seperti larangan makan babi dan binatang-binatang lain yang diharamkan, termasuk juga binatang-binatang halal yang tidak disembelih secara Islam. Selain itu, fenomena bertukar agama atau keluar dari Islam boleh dikatakan jarang sekali terjadi. Lebih-lebih lagi di Malaysia, di mana Melayu telah begitu menyatu dengan Islam sehingga kejadian Melayu keluar dari Islam pasti menimbulkan kegemparan besar.

Islam: Kesannya Terhadap Sosio-Budaya dan Pemerintahan


Dalam konteks kesan kedatangan Islam terhadap perubahan sosio budaya ini, saya ingin menyentuh beberapa aspek penting yang berhubung dengan:

(a) Pendidikan dan pengembangan ilmu; (b) Bahasa dan persuratan; (c) Kebudayaan dan kesenian; (d) Politik dan pentadbiran; (e) Isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat.

(a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu

Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". Al Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosiobudaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak. Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang bermula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15, Jawa, Pasai, Acheh, Palembang dan Banjar, dan kemudiannya KelantanPatani, Banten dan Minangkabau. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia, bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan, tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. Sehingga suku pertama abad ke-20, gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. Sumbangan seperti ini, ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di alHaramain atau Tanah Arab, Mesir dan Turki, juga India dan Pakistan, telah memberikan ciriciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam, Parsi-Islam, India-Islam dan Turki-Islam. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Alam Melayu. Di pelbagai wilayah Alam Melayu luas, selain dari pusat-pusat kebudayaan Islam di atas tadi, terdapat cukup ramai para ulama yang berjasa besar dan terserlah sumbangan mereka dalam pembangunan tamadun Melayu. Nama-nama ulama besar itu termasuklah ulama-ulama dari Kelantan-Pattani, Terengganu, Pontianak, Sambas, Sumbawa, Makasar, Minangkabau, Kedah, Lingga dan sebagainya, bahkan tidak terkecuali, pada abad ke-19, Banten dengan tokoh besarnya Syeikh Nawawie al-Bantaniy. Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan Melayu disejajarkan dengan Islam. Maka Islam itu tidak sukar diterima oleh sebahagian besar umat serumpun Melayu itu. Kalau diteliti lanjut, ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam pelbagai

bidang ilmu pengetahuan agama. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu, maka telah tumbuh dan berkembang ilmu-ilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. Antaranya, yang paling awal, tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan tasawwur (world view) Islam, iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam. Dalam bidang karya tulis, kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17, dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani, berlanjut di Banjar dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis, penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu, Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani, dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokoh-tokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain alFatani, Tuan Minal, Tuk Wan Ali Kutan, Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali), Tuan Tabal dan lain-lain, lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa, persuratan, kesenian dan kebudayan selain dari keagamaan. Hasil karya para ulama Melayu itu, antara lain, menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataankenyataan yang perlu diketahui dan direalisasi dalam kehidupan seorang Muslim, sehingga dengan demikian, dasar-dasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. Beberapa peribadi Islam yang dikenal masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti alAshari, al-Maturidi dan al-Ghazaliy, antara lainnya, mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara. Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view, maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh, iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Hubungan antara manusia dengan manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada aqidah dan tauhid. Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya dari Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Esa. Kemudian, terhurai juga ilmu-ilmu yang menyangkut bidang etika dalam kerangka syariat yang syumul dan meliputi. Dalam bidang ini sifat-sifat utama yang merupakan nilai-nilai baik atau al-Mahmudah dan sifat-sifat tercela keji yang menjadi lawannya atau al-Mazmumah, dihurai dengan jelas dengan cara menghubungkannya dengan kehidupan sosial dan kehidupan seseorang. Malah, tidak jarang perbahasan tentang ilmu ini dikaitkan dengan soal-soal metafizika dan ketuhanan. Antara nama-nama yang sangat terkemuka dalam bidang ini ialah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al-

Banjari dengan karya kontroversinya al-Durr al-Nafis. Dengan berdasar kepada pemahaman doktrin dalam bidang ini serta pelaksanaannya dalam kehidupan perseorangan dan jamaah, maka terbentuklah suatu sistem nilai dan etika Islam di Nusantara, yang kemudiannya menjadi wadah dan acuan kepada sistem moral dan akhlak yang sekarang kita anuti sebagai nilai-nilai bersama. Dari segi budaya intelektual, Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme Dunia Islam. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau al-Ghazaliy, tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. Khazanah intelektualisme Melayu tidak cuma mengandungi sastera lipur lara, tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran karya-karya besar al-Baydawiy, al-Mawardiy, al-Ghazaliy dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu. Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang berpusat di Asia Barat. Para ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar, tetapi ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. AshSyeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz. Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular, reaktualisasi Islam dan sebagainya. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita. Dari segi tradisi kerohanian pula, memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat dengan peranan kaum sufi. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. Karya-karya al-Ghazaliy khususnya kitab ihya Ulumi dDin telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas. Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya sebagai salah satu kekuatan umat.

Sejarah zaman penjajahan di Indonesia mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma.

(b) Bahasa dan persuratan Bahagian ini tercicir

(c) Kebudayaan dan kesenian Bahagian ini tercicir

(d) Politik dan pentadbiran Bahagian ini tercicir

(e) Isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat. Peredaran sejarah seperti telah membawa kembali unsur-unsur imperialisme budaya baru dalam konteks sezaman. Kebudayaan asing terutama budaya hedonisme Amerika dan Barat diterima tanpa ukuran moral atau akhlak dalam perspektif budaya dan agama sendiri lagi. Maraknya gejala sosial dan budaya hedonisme di kalangan generasi muda terutama di kalangan anak-anak remaja dan penyakit rakus serta gila kuasa di kalangan orang dewasa dan para pemimpin, adalah bukti jelas daripada tindak tanduk penyimpangan daripada pola yang diterima turun temurun ini, suatu akibat daripada kecuaian dan kelalaian yang membawa kepada terhakisnya pendidikan agama dan nilai budaya. Cabaran pada abad ke 21, mahu tidak mahu umat serumpun Melayu sama ada yang beragama Islam atau beragama lain akan menghadapi suatu zaman kemajuan yang luar biasa khususnya pengaruh teknologi moden. Pencapaian manusia dalam ilmu sains ini menjadikan kita berhadapan dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, sehingga sesuatu yang tidak dapat kita bayangkan. Manusia kadangkala terjebak oleh akal dengan pengaruh pemikiran dan falsafah atau berasaskan kepercayaan ciptaan manusia sendiri. Manusia mula menunjukkan tanda-tanda penolakan terhadap agama wahyu. Pengaruh globalisasi, pascamodenisme dan liberalisasi menuntut gerakan agama dan para ulamanya perlu bersama melibatkan diri menghuraikan kekusutan konflik peradaban corak baharu yang mengasak kesejahteraan dan kebahagian manusia. Ada suatu macam penolakan tentang the grand narrativeyang ditanzilkan dari langit itu. Namun begitu dengan kepakaran dan pencapaian manusia sehebat itu pun, manusia belum dapat atau tidak berjaya sepenuhnya memberikan ketenangan kepada manusia sendiri.

Mereka mengadu takut, luntur kebahagiaan, resah gelisah, berduka cita dan sakit jiwa. Di Eropah dan Amerika atau di kalangan penganut agama falsafah ciptaan manusia itu, ada penyakit rohani yang sukar diubati lagi. Mereka sendiri oleh kurangnya penghayatan dan gagalnya menghayati panduan sebenar terus tidak berdaya mengubatinya hatta dengan menggunakan unsur-unsur kemajuan dan kecanggihan teknologi baru yang dicipta itu. Kini kerana pengaruh asing yang tidak terkawal dan salah tafsiran dalam kesepaduan ilmu antara tuntutan duniawi dan ukhrawi, maka perlumbaan memperoleh ilmu dibataskan kepada kemakmuran duniawi semata-mata. Matlamat keilmuan demi keimanan, ketakwaan, keikhlasan, warak dan tawadhuk dengan keunggulan akhlak mulia hilang daripada sahsiah para ilmuwan sendiri. Krisis aqidah dan lunturnya teladan Islam daripada para ilmuwan tadi mengakibatkan timbulnya aneka masalah keruntuhan akhlak umat Islam zaman moden ini. Jalan penyelesaian gagal dicari dan umat kekal terbelenggu dalam kemelut yang tidak menentu. Tujuan keseimbangan kehidupan antara duniawi dan ukhrawi, urusan agama dan dunia, pemerintah dan rakyat, manusia dan alam tabii, umat dan negara, hak dan kekuatan, benda dan roh, wahyu Ilahi dan kreativiti terlihat kehilangan konsep al-hikmah dan al-mizan. Manusia dibelenggui belitan syaitan dengan kegilaan kepada kekayaan harta benda dan ketinggian darjat serta terpinggirnya upaya memperjuangkan ketinggian kalimatullah dalam pendidikan manusia. Di kalangan umat Islam global juga mula dibimbangi bahawa pengaruh-pengaruh sedemikian akan mula menyelinap masuk mempengaruhi kehidupan kebudayaan sejahtera yang mereka miliki. Ancaman pengaruh itu tersebar melalui media elektronik seperti televisyen, radio, CD Rom dan internet atau banyak juga melalui filem Hollywood dan Bollywood. Negara-negara Islam dijebak oleh agenda perangkap persaingan agama atau perancangan strategik global yang dipasang oleh Yahudi dan Nasrani. Sesuatu perlu dilakukan bertujuan membetulkan kembali konflik budaya dan isu akidah umat masa kini. Umpamanya sudah ada tendensi di kalangan belia Islam bukan sahaja di rantau Melayu bahkan di seluruh dunia Islam mengambil bahagian dan merayakan Hari Memperingati Kekasih (Valentines Day) pada 14 Februari setiap tahun, sesuatu yang mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Perayaan zaman pertengahan di Perancis dan England itu mengaitkan tarikh memperingati peristiwa Saint Valentine, seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II, kerana mengahwinkan seorang askar secara rahsia yang ditegah oleh undang-undang Rom ketika itu, sebagai hari mencari pasangan atau jodoh, anggapan hari burung-burung mencari pasangan. Hal ini ternyata bercanggah dengan lunas-lunas Islam kerana Islam menganjurkan kasih sayang sepanjang masa dengan keutamaan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan sesama manusia. Musuh-musuh Islam di mana-mana telah memulakan agenda dan menggunakan segala

macam alasan bagi mensahihkan sesuatu tindakan termasuk pencerobohan, penaklukan dan peperangan. Peperangan dan pencerobohan di Afghanistan dan Iraq atau isu-isu kemanusiaan di Kosova, Bosnia-Herzevogina dan Chechen sukar sekali untuk dirasionalisasikan kebenaran dan keadilan tindakan oleh sesuatu adikuasa asing yang terlibat. Dunia amat memerlukan suatu risalah yang boleh mengubah keadaan ini. Kelihatan benar bahawa tiada risalah lain lagi kecuali Islam. Risalah ini dimiliki oleh umat Islam. Suatu risalah yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat dan tidak menegah kehidupan dengan segala kesejahteraannya di dunia dengan pola hubungan manusia dengan Tuhan (hablunminallah) dan hubungan yang saling membantu sesama manusia (hablunminannas). Di tangan umat Islam adalah Al-Quran, sebuah kitab yang satu-satunya dipelihara Allah sesudah Taurat, Zabur dan Injil itu terbatal, sesuai dengan Islam itu sebagai agama samawi dan kitabnya ditanzilkan. Isu keganasan yang dicanangkan seawal abad ke 21 dengan mencorengkan arang fitnah ke muka Islam sengaja diada-adakan yang perlu diberikan penjelasan secara ilmu dan hakikat kebenaran. Kitab itu menjadi bahtera kebahagiaan untuk umat Islam dan umat manusia sejagat. Umat Islam pula sebagai suatu umat pilihan tidak harus terperangkap oleh kelemahan diri, terpesong oleh arah pandu musuh dan semata-mata mempersoalkan perkara remeh temeh secara berlarutan tanpa mengambil kira masalah-masalah kehidupan dengan tidak meletakkan fiqh mengikut keutamaan (fiqh al-awlawiyat) dengan segala tindakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadith. Hakikat umat Islam itu sebagai umat yang satu perlu sentiasa kekal disemadikan di lubuk hati. Kekuatan rohani dan risalah Islamiah yang dimiliki umat Islam adalah anugerah yang teristimewa berbanding dengan mana-mana umat sebelumnya. Umat Melayu Islam seharusnya berada sama di barisan hadapan membawa risalah perjuangan (jihad) sejagat dengan mendukung kehidupan berpakat, bermuafakat, bermesyuarah atau mengamalkan tradisi budaya Melayu yang menekankan kerjasama dan gotong-royong itu dalam membangunkan umat sesuai dengan tuntutan Islam. Umat Islam bukan lahir untuk hidup bersendirian dan meletakkan kepentingan diri sebagai agenda utama, tetapi bertindak membawa kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat. Risalahnya menuntut perseimbangan antara keperluan jasmaniah dengan rohaniah, menghimpunkan antara iman, ilmu dan amal, mengimbangi dunia dan akhirat dan menyemarakkan kepentingan individu dengan kepentingan umum. Sesungguhnya kita ingin melihat suatu kesegaran baru kebangkitan semula umat Islam di Dunia Melayu melalui dorongan keikhlasan para ulama di serata wilayah dan kota-kota penting dalam gerakan intelektualisme bangsa, ikut terlibat membangunkan kebudayaan tinggi dan mengisi segala sumber kekuatan peradaban Melayu. Umat perlu sedar dan insaf serta kembali kepada kesedaran aqidah yang lebih mendasari berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Krisis umat Islam hari ini adalah krisis aqidah sehingga tidak tahu lagi membezakan halal haram atau buruk baik.

Tradisi ilmu semakin menyempit dan gejala hiburan melampaui batas agama dan fitrah kemanusiaan sedang berleluasa. Lambat laun Dunia Melayu akan berwajahkan barat dan mengamalkan kebiasaan-kebiasaan budaya Barat. Saluran media elektronik rantau Melayu, terutama televisyen memaparkan segala keburukan Barat sebagai kebaikan untuk timur. Sesuatu tindakan mesti dilakukan segera agar umat Islam serantau tidak terjebak lebih meluas dan mendalam. Kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial bangsa, baik di Malaysia mahu pun di Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina tidak boleh dibiarkan tanpa perimbangan atau selitan keagamaan dan nilai budaya. Sistem politik sebagai teras kepemimpinan yang menentukan dasar-dasar sesebuah negara tadi tidak terlepas bebas dari keperluan kepada panduan Islam.

Penutup
Sesungguhnya citra Islam adalah citra ilmu, citra dakwah dan jihad, juga citra hidup bersih dan benar. Semoga kita pada hari ini mampu sedikit sebanyak memulihkan citra ini, atau setidak-tidaknya menyingkap kembali citra yang pernah dimainkan para ulama terdahulu dalam usahanya membimbing umat ke jalan hidup yang benar, disamping sekaligus membentuk budaya hidup dan pola berfikir masyarakatnya. Kita ingin melihat satu suasana ilmu dan budaya berfikir kembali cemerlang dan mendapat tempatnya yang layak dalam era globalisasi, liberalisasi dan pascamodenisme sekarang ini, di samping tentunya, tanpa mengabaikan kemudahan kebendaan dan kesenangan hidup demi hasanah dunia dan hasanah akhirat. Manusia akan menghadapi krisis tamadun atau pertembungan peradaban, seandainya tidak berpegang kepada keagamaan kerana ternyata gelombang baru peradaban manusia dalam konsep pascamodenismenya itu terang-terang menolak kehidupan yang berdasarkan kepada agama wahyu, apa lagi Islam. Label: andalusia, budaya, kertas kerja, nusantara, sejarah tanah melayu, ulama sufi

http://protajdid.blogspot.com/2008/09/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alam.html

Kedatangan Islam Dan Pembudayaan Alam Melayu | 2


ISLAM: KESANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA DAN PEMERINTAHAN

Dalam konteks kesan kedatangan Islam terhadap perubahan sosio budaya ini, saya ingin menyentuh beberapa aspek penting yang berhubung dengan (a) Pendidikan dan pengembangan

ilmu (b) Bahasa dan persuratan (c) Kebudayaan dan kesenian (d) Politik dan pentadbiran, dan (e) isu dan cabaran semasa kehidupan sosial umat.

(a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu

Pendidikan dan pengembagan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya Al Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak.

Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang berrmula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15, Jawa, Pasai, Acheh, Palembang dan Banjar, dan kemudiannya KelantanPatani, Banten dan Minangkabau. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia, bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan, tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. Sehingga suku pertama abad ke 20, gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. Sumbangan seperti ini, ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di al-Haramain atau Tanah Arab, Mesir dan Turki, juga India dan Pakistan, telah memberikan ciri-ciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam, Parsi-Islam, India-Islam dan Turki-Islam. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Alam Melayu.

Di pelbagai wilayah Alam Melayu luas, selain dari pusat-pusat kebudayaan Islam di atas tadi, terdapat cukup ramai para ulama yang berjasa besar dan terserlah sumbangan mereka dalam pembangunan tamadun Melayu. Nama-nama ulama besar itu termasuklah ulama-ulama dari Kelantan-Pattani, Terengganu, Pontianak, Sambas, Sumbawa, Makasar, Minangkabau, Kedah, Lingga dan sebagainya, bahkan tidak terkecuali, pada abad ke-19, Banten dengan tokoh besarnya Syeikh Nawawie al-Bantaniy. Penerimaan terhadap ajaran Islam dan kebudayaannya menyebabkan kebudayaan Melayu disejajarkan dengan Islam. Maka Islam itu tidak sukar diterima oleh sebahagian besar umat serumpun Melayu itu.

Kalau diteliti lanjut, ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu, maka telah tumbuh dan berkembang ilmu-ilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. Antaranya, yang paling awal, tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan tasawwur (world view) Islam, iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam. Dalam bidang karya tulis, kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17, dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani, berlanjut di Banjar dengan tokohtokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis, penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu, Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani, dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokoh-tokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani, Tuan Minal, Tuk Wan Ali Kutan, Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali), Tuan Tabal dan lain-lain, lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa, persuratan, kesenian dan kebudayan selain dari keagamaan.

Hasil karya para ulama Melayu itu, antara lain, menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataan-kenyataan yang perlu diketahui dan direalisasi dalam kehidupan seorang Muslim, sehingga dengan demikian, dasardasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. Beberapa peribadi Islam yang dikenal

masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti al-Ashari, al-Maturidi dan al-Ghazaliy, antara lainnya, mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara.

Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view, maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh, iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Hubungan antara manusia dengan manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada aqidah dan tauhid. Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya dari Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Esa. Kemudian, terhurai juga ilmu-ilmu yang menyangkut bidang etika dalam kerangka syariat yang syumul dan meliputi. Dalam bidang ini sifat-sifat utama yang merupakan nilai-nilai baik atau al-Mahmudah dan sifat-sifat tercela keji yang menjadi lawannya atau al-Mazmumah, dihurai dengan jelas dengan cara menghubungkannya dengan kehidupan sosial dan kehidupan seseorang. Malah, tidak jarang perbahasan tentang ilmu ini dikaitkan dengan soal-soal metafizika dan ketuhanan. Antara namanama yang sangat terkemuka dalam bidang ini ialah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan karya kontroversinya al-Durr al-Nafis. Dengan berdasar kepada pemahaman doktrin dalam bidang ini serta pelaksanaannya dalam kehidupan perseorangan dan jamaah, maka terbentuklah suatu sistem nilai dan etika Islam di Nusantara, yang kemudiannya menjadi wadah dan acuan kepada sistem moral dan akhlak yang sekarang kita anuti sebagai nilai-nilai bersama.

Dari segi budaya intelektual, Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme Dunia Islam. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau al-Ghazaliy, tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. Khazanah intelektualisme Melayu tidak cuma mengandungi sastera lipur lara, tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran karya-karya besar al-Baydawiy, al-Mawardiy, al-Ghazaliy dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu.Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang

berpusat di Asia Barat. Para ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar, tetapi ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. Ash-Syeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz.

Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular, reaktualisasi Islam dan sebagainya.

Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita.

Dari segi tradisi kerohanian pula, memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat dengan peranan kaum sufi. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. Karya-karya al-Ghazaliy khususnya kitab ihya Ulumi d-Din telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas. Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya sebagai salah satu kekuatan umat. Sejarah zaman penjajahan di Indonesia mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma.

http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamadun%20Melayu.pdf