Bab 5 : Alat Artikulasi

Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasiialah bibir atas dan bibir bawah, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Huraian alat – alat artikulasi ini diberikan di sebelah (sila lihat Rajah 4.1)

Daerah Artikulasi
Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Walau bagaimanapun, daerah – daerah ini dapat disentuh oleh alat – alat artikulasi tertentu. Daerah – daerah artikulasi ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan venum (iaitu bahagian atas lelangit lembut).

Rajah 4.1 1. 2. 4. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi bawah Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 14. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Epiglotis Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI ALAT ARTIKULASI
a) Bibir Atas Dan Bibir Bawah Kedua – dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi – bunyi i, b, dan w. b) Tulang Rahang Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi – bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

c)

Lidah Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah

– daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi –bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dibahagikan kepada lima bahagian berikut :
1. Hujung lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. 2. Daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. 3. Depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan

lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah.

4. Belakang lidah, iaitu bahagian lidah yang paling belakang. 5. Akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan

berfungsi mengubah keluasan rongga tekak. d) Lelangit Lembut Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru – paru dapat keluar melalui rongga tekak. Jika lelangit lembut diturunkkan, udara akan keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi – bunyi sengau. Kelihatan bahawa peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau. e) Pita Suara Peti suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot – otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan dan dirapatkan hingga tertutup sama sekali. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dengan kata lain, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jika glotis dirapatkan serapat –rapatnya dan tekanan udara dari paru – paru yang kuat mengakibatkan rapatan itu dilepaskan dengan serta – merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru – paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [a]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnys, [s].

Rajah 4.2

Peranan Udara
Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi serentak dengan gerakan udara yang keluar dari patu – paru. Paru – paru digerakkan oleh otot – otot untuk mengeluarkan dan memasukkan udara. Lazimnya bunyi – bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru – paru, melalui rongga – rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung.

Penggolongan Bunyi Bahasa
Bunyi – bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyi – bunyi vokal dan bunyi – bunyi konsonan.  Bunyi – bunyi Vokal

dan 3. iaitu sama ada dinaikkan setinggi – tingginya. tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. berada pada suatu kedudukan vokal. 2. iaitu sama ada depan lidah atau belakang lidah. 2. Oleh sebab itu. Keadaan lelangit lembut. dan vokal rangkap. dinaikkan sedikit atau diturunkan. Sewaktu menghasilkan bunyi – bunyi separuh vokal. Keadaan bibir. kemudian dengan segera berubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. bunyi – bunyi vokal mempunyai ciri – ciri berikut : 1. iaitu: 1. Udara keluar dari paru – paru berterusan. Bersuara. 4. iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan. 3. alat – alat artikulasi. Dengan kata lain. Separuh Vokal Bunyi separuh vokal mempunyai ciri –ciri bunyi vokal.Bunyi – bunyi vokal ialah bunyi – bunyi yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru –paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. diftong. terdapat juga separuh vokal. iaitu lidah dan bibir. Turun naik lidah. Udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Keadaan glotis. Bahagian lidah yang terlibat. Penghasilan bunyi – bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu. dan 5. sepatuh vokal tidak digolongkan ke . Selain vokal. iaitu sama ada dinaikkan. dan udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi – bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi – bunyi vokal yang disengaukan). iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru – paru pita suara bergetar.

 Cara menghasilkan bunyi – bunyi Vokal./ou/ dan /au/. Misalnya daun dan lain. Dalam daun. iaitu da dan un. a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata. dan tiap – tiap vokal merupakan vokal pebuh yang tersendiri. misalnya /ai/. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. misalnya. bahagian hadapan lidah dinaikkan ke bahagian hadapan . Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal.dalam golongan vokal. Vokal [ i ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula –mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/. Untuk menghasilkannya. Vokal Rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh. Diftong Diftong ialah urutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan yang lainnya geluncuran. tetapi sebagai konsonan.

Bibir dihamparkan. Vokal [ e ] . tetapi tidak menyekat arus udara dari paru – paru. udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. lelangit lembut dinaikkan.rongga mulut. Glotis dirapatkan.

Vokal ini juga dikenali sebagai vokal depan separuh sempit. Bibir dihamparkan dan glotis dirapatkan. . Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. Untuk menghasilkannya. hujung lidah diturunkkan kira – kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit [ i ] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru – paru. Lelangit lembut dinaikkan.

Udara ditekan keluar dari paru –paru dan pita suara bergetar. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. . Bibir dihamperkan. Untuk menghasilkannya.Vokal [ ε ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan separuh luas/lapang. dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru –paru. hujung lidah diturunkkan kira –kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit [ i ].

depan lidah diturunkkan serendah –rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru – paru lalu tanpa sekatan.Vokal [ a ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan luas/lapang. Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. Untuk menghasilkannya. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Bibir dihamparkan. .

Bibir dibundarkan.Vokal [ u ] Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang sempit. Untuk menghasilkannya. Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. . glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. belakang lidah dinaikkan setinggi – tinggi mungkin. tetapi tidak menyekat arus udara dari paru – paru.

Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar.Vokal [ o ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh sempit. dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru – paru. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Untuk menghasilkannya. Bibir dibundarkan. belakang lidah diturunkkan kira – kira 1/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [ o ]. .

Bibir dibundarkan.Vokal [ ‫]כ‬ Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh luas/lapang. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Untuk menghasilkanny. dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru – paru. belakang lidah diturunkan 2/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [ u ]. Udara ditekan .

Di hadapan Belakang Orang Oleh [‫ כ‬rang] [‫ כ‬leh] Di Tengah golok [g ‫ כ‬l ‫ כ‬k] bolot [b ‫ כ‬l ‫ כ‬t] Di teko [tek [ ‫כ‬ soto [s ‫ כ‬t ‫]כ‬ Vokal [з] . Vokal [ ε ]. misalnya [‫כ‬l εh] untuk [oleh].keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. vokal [ ‫ ]כ‬hadir dalam dialek – dialek dan dalam bahasa baku merupakan kelainanbagi vokal [ o ].

Bibir berada dalam keadaan biasa. glotis dirapatkan dan lelangit nlembut dinaiikan. .Untuk menghasilkan vokal ini. Udara ditekan dari paru – paru dan pita suara bergetar. tetapi tidak menyekat arus udara dari paru – peru. bahagian tengah lidah dinaiikan pada kedudukan antara menghasilkan vocal separuh luas dan vocal separuh sempit.

yang ketika menghasilkannya udara dari paru – paru menerima sekatan atau geseran. Perlu diingat bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru – paru melaluinya. Arus udara yang keluar dari paru –paru menerima sekatan atau geseran. bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. penghasilan bunyi – bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa perkara. Seperti vokal. Keadaan glotis. atau glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. menghasilkan bunyi tidak bersuara. Keadaan glotis semasa menghasilkan bunyi adalah seperti rajah di bawah: . sama ada bersuara atau tidak bersuara. Bunyi –bunyi konsonan Bunyi – bunyi konsonan ialah bunyi – bunyi selain bunyi vokal. bunyi –bunyi konsonan mempunyai ciri –ciri berikut: 1. bunyi yang terhasil ialah bisikan. Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. menghasilkan bunyi suara. bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. dan 4. Kesimpulannya. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau. iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar dari paru – paru. 3. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara. 2. yang berlaku dalam rongga mulut. rongga tekak atau rongga hidung. seperti yang berikut: 1.

dan konsonan anak tekak. udara dari paru – paru dapat keluar melalui rongga hidung. yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan. konsonan geseran.merta . Jika lelangit lembut diturunkan. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. iaitu konsonan letupan. Kemudiannya. konsonan lelangit lembut. konsonan bibir gigi.2. 3.  Cara menghasilkan bunyi – bunyi Konsonan Konsonan Letupan Letupan Dua Bibir [ p ] dan [ b ] menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan Cara merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. dan separuh vokal. konsonan gusi – lelangit keras. Arus udara keluar dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. bunyi – bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi –bunyi oral. yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan. menghasilkan bunyi – bunyi sengau atau bunyi nasal. 4. konsonan sisian. Jika lelangit lembut dinaikkan. antaranya konsonan dua bibir. Cara arus udara keluar dari paru – paru. Keadaan lelangit lembut. konsonan getaran. konsonan letusan. sekatan itu dilepaskan dengan serta . konsonan gelungan. konsonan gigi. konsonan sengau. yang boleh dinaikturunkan.

Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. pita suara tidak bergetar. iaitu [ p ]. . dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara.Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan. yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].

Arus udara dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan. sekatan itu dilepaskan dengan serta merta. .- Letupan Gusi [ t ] dan [ d ] Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Kemudian. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. pita suara tidak bergetar. yang terhhasil ialah letupan gusi bersuara [ d ]. iaitu [ t ]. dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara.

bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. . Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Kemudiannya. sekatan tersebut dilepaskan dengan derta merta. bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. sambil menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.- Letupan Lelangit Lembut [ k ] dan [ g ] Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan menemukan belakang lidah dengan lelangit lembut. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut.

Hentian glotis hadir di akhir – akhir perkataan yang dieja dengan huruf k. terhasillah bunyi hentian glotis. .- Hentian Glotis [ ? ] Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat – rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru – paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Justeru. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta – merta tanpa menggetarkan pita suara.

. menghasilkan bunyi letusan. sekatan ini dilepaskan perlahan – lahan. Kemudiannya. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru – paru.Konsonan Letusan Konsonan letusan (atau afrikat) dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ] Konsonan Geseran Konsonan Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] . Berikut ialah cara menghasilkan konsonan – konsonan ini. Kemudiannya. terdapat hanya sepasang konsonan letusan. sekatan itu dilepaskan perlahan – lahan. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan bersuara [ j ]. Konsonan letusan lelangit keras dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan dengan daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan lelangit keras. maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [ c ].Dalam bahasa melayu.

. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [ s ].Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran. tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah ke arah gusi dan menggetarkan hujung lidah. .- Konsonan Geseran Glotis [ h ] Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi – bunyi vokal. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Getaran Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut. iaitu konsonan getaran gusi [ r ]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

[ l ] Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). iaitu sisian gusi. Dalam bahasa melayu terdapat hanya satu konsonan sisian. Glotis dirapatkanndan pita suara bergetar. dan arus udara dari paru – paru keluar melalui sisi lidah. .Konsonan Sisian Konsonan sisian dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.

Konsonan Sengau Konsonan Sengau Dua Bibir [ m ] Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. .

- Konsonan Sengau Gusi [ n ] Konsonan sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. . Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung.

- Konsonan Sengau Gusi .Lelangit Keras [ ‫] ת‬ .

dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf. Oleh sebab lambang [ ‫ ] ת‬tidak ada pada mesin taip. . iaitu ng. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengandepan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung.

Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. iaitu ng. Dalam system ejaan Rumi bahasa Melayu. . Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.- Konsonan Sengau Lelangit Lembut [ ŋ ]. konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf.

Separuh Vokal Separuh Vokal Dua Bibir [ w ] Separuh vokal dua bibir dihasilkan dengan cara bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ u ]. . iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. Kemudian. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.

. Kemudian. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah dinaikkan setinggi mungkin.- Separuh Vokal Lelangit Keras [ j ] Separuh vokal lelangit keras dihasilkan dengan cara bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ i ].

v. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi tak bersuara. Cara menghasilkan bunyi – bunyian Konsonan Pinjaman. - Konsonan Geseran Bibir – Gigi – [ f ] dan [ v ] Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengancara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi sempitan. maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir – gigi bersuara. pita suara tidak bergetar. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan. . iaitu f.

konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. th dan dh telah diubah menjadi s dan d. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan di daerah gigi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. iaitu th. . yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf.[ th ] dan [ dh ] Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah.- Konsonan Geseran Gigi . yang dilambangkan dengan dh. Dalam ejaan Rumi baharu. bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

Konsonan Gusi – Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ] Konsonan gusi – lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak.- Konsonan Geseran Bersuara [ z ] Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ek dinding belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Arus udara dari pura – pura keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. .

tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut. Hujung lidah menyentuh bahagian gigi bawah. yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. - Konsonan Geseran Lelangit Lembut – [ kh ] dan [ gh ] Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut.Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara depan lidah dengan sempadan gusi – lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus . lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ]. bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf. bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [ i ]. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.sy. Dalam ejaan Rumi. Dengan kata lain. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.  Cara menghasilkan diftong - Cara menghasilkan diftong [ ai ] Untuk menghasilkan diftong ai.

Cara menghasilkan diftong [ oi ] Untuk menghasilkan diftong oi. Pada mulanya. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Anak panah menunjukkan arah geluncuran. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga tekak.udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut. . tetapi kemudian menjadi semakin hampar. bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. Bibir dihamparkan. Carta di bawah menunjukkan kedudukan lidah dalam penghasilan ketiga – tiga diftong di atas. lidah berada kira – kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [ u ]. - Cara menghasilkan diftong [ au ] Untuk menghasilkan diftong au. bibir dibundarkan. Pada mulanya. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga tekak. lidah mula – mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [ i ]. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

.

Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. . Bhd. Nik Safiah Karim. iii.BIBLIOGRAFI. Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. i. (1999). Arbak Othman. ii. Bhd. Norlidza Shamsuddin. (2007). Kamus Bahasa Melayu. Bhd. (2007). Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Diftong didefinasikan sebagai huruf difting dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. .RUJUKAN. terhasillah diphthong yang bermakna dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata. Daripada makna tersebut. [au] dan [oi]] Dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu. kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal lain. diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal. Diftong mempunyai puncak kelantangan dan terdapat cirri geluncuran dalam membunyikannya. terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ai]. diphthong disebut sebagai diftong. DIFTONG Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani yang bermakna suara atau disuarakan. Dalam bahasa Melayum. Ace Ahead Bahasa Malaysia kertas 1 dan 2. iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana hendak membunyikan sesuatu vokal. i. tetapi disebut sebagai satu bunyi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful