Anda di halaman 1dari 35

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dapat menyempurnakan folio ini walaupun terlalu banyak halangan yang terpaksa

ditempuhi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru mata pelajaran Sejarah saya, terutama guru Sejarah 2 Alpha iaitu Cikgu Rohani, kerana tanpa tunjuk ajar, dorongan,nasihat dan pertolongan dari mereka, folio ini tidak mungkin dapat disiapkan.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada insti tusi-institiusi dan orang perseorangan yang telah banyak membantu menyumbangkan bahan dan idea kepada terhasilnya folio ini. Di samping itu, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh isi keluarga saya kerana tanpa bantuan mereka, mungkin saya tidak dapat meneruskan perjuangan ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah memberi bantuan secara lamgsung atau tidak langsung sehinggalah terhasilnya folio ini.Semoga hasil kerja saya ini dapat menjadi panduan kepada mereka yang ingin mendalami dan mengetahui tentang sejarah pembinaan banguna n bersejarah ini dengan lebih mendalam.

Kepada Allah jua segala pujian ini ditujukan kerana memberikan kesihatan yang baik, kelapangan dan mempermudahkan segala urusan sepanjang kajian ini dijalankan.

- MUHAMMAD AFIFI SYAFIQ BIN OMAR -

1. Projek kerja khusus ini membolehkan saya mengkaji bangunan bersejarah seperti Bangunan Stadhuys dengan terperinci seperti cara pembuatan bangunan yang unik dan kegunaan bangunan pada zaman penjajahan sehingga kini.

2. Projek ini membolehkan saya menghayati dan mengenal pasti sumber -sumber sejarah yang sahih. Ia juga dapat mengajar saya cara untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang betul, jelas dan tepat.

3. Projek ini dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan men ghargai sumber sejarah di Malaysia.

Sumber Bertulis

1. Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku, majalah, pamphlet dan dokumen jabatan untuk mengkaji bangunan bersejarah.  Internet 2. Saya juga telah melayari laman internet bagi mengetahui latar belakang bangunan yang dikaji secara terperinci.  Lawatan 3. Saya telah melawat beberapa muzium dan ja batan bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang bangunan yang saya kaji.

Bangunan ini merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Bangunan ini dipercayai merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke -18 dan pusat pentadbiran Belanda. Walaupun terkenal dengan wama merahnya tetapi warna asalnya adalah putih. Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961. Bangunan ini telah dikenali dengan pelbagai nama suatu ketika dahulu sama ada dari pihak penduduk tempatan atau pihak penjajah atau kuasa asing. Bangunan im juga dikenali sebagai State House yang bermaksud Dewan Bandaran. Manakala dari pihak penduduk tempatan bangunan ini lebih dikenali sebagai bangunan merah. Bangunan Stadhuys ini juga telah dikenali sebagai Dutch Square dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong dari Belanda

ASAL USUL
Bangunan ini merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Stadthuys dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Bandaran. Bangunan ini dipercayai merupakan ban gunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke- 18 dan sekaligus menjadi pusat pentadbiran Belanda. Walaupun bangunan ini terkenal dengan warna merahnya tetapi warna asalnya dipercayai berwarna putih. Dalam bahasa Inggeris pula, Stadhuys membawa maksud State Building membawa maksud perbandaran.

Pada zaman ini, kebanyakan bangunan dibina den gan menggunakan batubata.Selaras dengan pembinaan bangunan ini, pada ketika ini pembinaan rumah-rumah teres mula diperkenalkan di Melaka. Dalam proses pembangunan semula bandar Melaka, rumah-rumah teres banyak dibina. Disebabkan pertambahan penduduk, maka keperluan kediaman yang selesa, selamat dan dekat dengan pusat bandar dan kubu pertahanan perlu disediakan. Pembinaan kediaman ter es semakin popular di seluruh Bandar Melaka. Fenomena ini juga dialami oleh tapak kajian. Hak milik tanah juga mula bertukar dapada kepunyaan orang-orang Belanda kepada saudagar-saudagar Cina.

Pada tahun 1795, pihak Inggeris telah mengambil alih pentadbiran Melaka untuk sementara waktu semasa Peperangan Napoleon di E ropah. Di bawah pemerintahan Inggeris, Melaka kurang diberi perhatian. Pihak Inggeris lebih mementingkan Pulau Pinang dan ingin menjadikannya sebagai pelabuhan yang utama di rant au ini.

Selepas tamatnya Peperangan Napoleon, Melaka telah dikemba likan kepada pihak Belanda. Walaupun demikian, berikutan satu perjanjian yang dibuat di antara pihak Inggeris dan Belanda, Melaka (Perjanjian Inggeris Belanda atau Persetiaan London) ditukar dengan Batavia (Tanah Jawa) di mana Inggeris memegang Melaka dan Batavia diserahkan kepada pemerintahan Belanda. Untuk mengelakkan persaingan Pulau Pinang pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan ini terus dijadikan pusat pemerintahan

mereka. Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961. Setela h Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangunan in i tidak ditinggalkan begitu sahaja tetapi telah diambilalih oleh tampuk pimpinan kerajaan yang baharu dan telah dijadikan sebagai muzium. Dewasa ini, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium Sejarah dan Etnografi oleh pihak negeri Melaka a tau Kerajaan Melaka.

PENGASAS
Pengasas perseorangan bagi bangunan ini tidak dinyatakan secara spesifik tetapi bangunan ini telah dibina oleh Pemerintah Belanda di Melaka. Konklusinya, bangunan ini telah dibina oleh penjajah Belanda di rantau Asia Tenggara.

TARIKH PEMBINAAN
Menurut salah satu sumber daripada Arkib Negara, bangunan ini telah dibina antara tahun 1641 hingga 1656 dan menurut sumber lain pula mengatakan bahawa bangunan ini telah dibina pada tahun 1650 an.

LOKASI
Antara penerangan yang dipetik dalam sebuah lukisan yang dilukis pada tahun 1807 iaitu The two plate of Malacca engraved for the eight volume of Pinkertones general collection of voyages published in 1811 from a scetch made by E.I-1 Locker in 1807 . Dari illustrasi yang dibuat menunjukkan bangunan Stadhuys yang asalnya dibina pada zaman Belanda yang belum ditokoktambah. Kedudukan Locker melukisnya dianggarkan bertentangan dengan Gereja Chist yang melukiskan bahagian sisi hadapan bangunan Stadhuys dilukis denganjelas.

Selain bangunan Stadhuys bangunan Gereja Christ juga merupakan antara gambar yang jelas kelihatan dalam bentuk asal kerana pada waktu ini sudah terdapat anjung yang dibina kemudian. Bersebelahan dengan Gereja Christ pula merupakan Pejabat Pos Melaka yang kini dijadikan sebagai Muzium Belia. Bangunan ini juga dipercayai merupakan bangunan yang dibina pada zaman Belanda dan telah diubahsuai menjadi du a tingkat pada zaman pemerintahan Inggeris. Gambar di sebel ah kiri pula memperlihatkan sebahagian daripada pintu kota dan arah Sungai Melaka. Beberapa kemungkinan yang dibuat menyatakan bahawa semasa lukisan dibuat Kota Melaka belum lagi diruntuhkan oleh pemerintah Inggeris. Menurut Munshi Abdullah bentuk pintu kota yang terdapat di sebelah Bandar Hilir yang masih wujud hingga sekarang ini sama seperti pintu utama di hadapan Sungai Melaka. Perbezaan kecil yang dapat dike san antara kedua-dua pintu ini ialah tempat berkawal di pintu kota utama terdapat juga di bahagian belakang pintu kota manakala di pintu Kota Santiago (Bandar Hilir) tidak terdapat tempa t askar berkawal. Pintu kota dari arah Sungai Melaka merupakan pintu kota utama yang menjadi tumpuan setiap pedagang yang berurusan di Melaka yang berhampiran pula dengan pusat pentadbiran Bangunan Stadhuys.

Selain itu, terdapat jambatan gantung yang dibina merentangi Sungai Melaka bertentangan dengan pintu kota utama dan juga berhampiran dengan bangunan St adthuys. Jambatan gantung merupakan satu binaan yang lumrah di Belanda dan negar a-negara Eropah dan teknologi ini telah dibawa oleh Belanda ke Melaka. Jambatan ini amat

menarik sekali kerana jambatan ini boleh diangkat dan diturunkan mengikut waktu -waktu yang telah ditetapkan. Pada zaman Belanda, terdapat dua jambatan gantung seperti ini iaitu di Sungai Melaka dan di ruang bertentangan dengan Kota Santiago. Hanya saiz dan penggunaannya sahaja yang sedikit berbeza. Jambatan gantung di Sungai Melaka dibina lebih besar dan boleh diangkat dan diturunkan di tebing sebelah ki ri dan kanan sungai manakala jambatan di arah Bandan Hilir diangkat pada waktu senja supaya tiada orang yang melaluinya pada waktu malam. Jambatan gantung yang berdek atan dengan Stadhuys ini memudahkan kapal keluar masuk untuk memunggah barang dagangan. Konklusinya, bangunan mi terletak berhampiran dengan simpang Jalan Kota dan Jalan Gereja Alamatnya ialah:- Jalan Kota, Melaka Tengah, Melaka, Bandar Melaka, Me1aka

TUJUAN PENUBUHAN
Stadhuys membawa maksud State House iaitu Dewan Bandaran. Bangunan ini telah dibina bertujuan untuk menempatkan pusat pentadbiran pemerintahan Belanda dan sebagai tempat kediaman Gabenor Belanda. Stadhuys juga merupakan tempat pembesar -pembesar Belanda berkumpul. Selain itu, hamba -hamba abdi juga ditempatkan di beberapa bahagian yang disebut sebagai Misericordia.

KOS PEMBINAAN
Kos pembinaan bagi bangunan ini tidak dinyatakan. Tetapi bangunan in i telah dibiayai oleh pihak Belanda yang telah men jadi pengasas kepada bangunan ini

PERASMIAN
Perasmi bagi bangunan ini tidak dinyatakan ketika zaman pemerintahan Belanda. Namun begitu, bangunan Stadthuys yang telah dijadikan Muzium Sejarah dan Etnografi telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1993.

REKA BENTUK PELAN

Bangunan Stadthuys yang dibina oleh pemerintah Belanda terdiri daripada tiga bahagian utama. Terdapat 11 ruang pada bahagian in i yang ukurannya berbeza antara satu sama lain. Tembok belakang ruang-ruang ini merupakan tembok penahan lereng Bukit St. Paul yang atasnya merupakan tingkat satu ba ngunan ini. Pintu yang terdapat antara dua tangga merupakan satu ruang yang gelap. Ruang in i merupakan bilik kurungan yang dipanggil sebagai misericordia kerana tingkap pada tembok dan pintu bahagian dalam diperbuat daripada besi palang yang kukuh. Pada tingkat satu ruang bangunan utama dipercayai digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan di ikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Ruang ini diperbuat istimewa dan cantik kerana bahagian syilingnya dibuat daripada kayu jati yang dihias den gan bingkai berukir. Pada bahagian belakang dari ruang utama dipercayai digunakan sebagai kantin atau tempat berehat pembesar-pembesar dan askar-asakar Belanda kerana kedudukann ya bertentangan dengan binaan yang dipanggil sebagai dapur Belanda . Dapur ini d ibina berasingan dari bangunan utama. Saiz dapur yang agak besar memberi gambaran jumlah masakan yang banyak dalam sesuatu masa. Anjung kecil yang dibuat bertentangan dengan kedudukan antara dua tangga adalah dipercayai berperanan sebagai tempat Gabe nor berucap atau tempat Gabenor memberi tabik hormat pada hari-hari perbarisan. Anjung dari tangga utama pada asalnya merupakan anjung setingkat. Anjung tersebut diperbesar menjadi dua tingkat pada zaman pemerintahan Inggeris kerana memerlukan ruang yang lebih besar untuk dijadikan pusat pentadbiran. British telah membina tangga di veranda utama dari arah tangga besar. Terdapat dua bangunan di kiri dan di kanan dari ruang utama dan di antaranya pula merupakan taman. Bangunan ini bertingkat mengikut lereng Bukit St. Paul. Sambungan di sebelah kanan yang bertentangan dengan b atu asas pembinaan Muzium Sejarah

merupakan ruang ruang yang sukar ditentukan penggunaannya. Hanya ruang yang paling atas dikatakan tempat penginapan Gabenor sebelum kediaman r asminya dibina. Selain itu, terdapat kaligrafi China yang dilukis di sekeliling tembok ruang tersebut. Malangnya sebahagian lukisan mi telah terhapus apabila kerja -kerja mengecat dilakukan di kawasan tersebut. Sebuah perigi yang disusun empat persegi dengan menggunakan batu laterit telah ditemui di antara dua bahagi an sambungan ruang taman mi. Per igi ini telah ditemui semasa kerja-kerja menyediakan pelan bangunan Stadhuys pada akhir tahun 1979 hingga 1980. Perigi ini dipercayai merupakan per igi yang telah digali pada zaman peme rintahan Portugis kerana binaannya terdiri daripada batu latenit dan semasa dikesan perigi ini telah ditimbus padat.Selain batu lateri tembok perigi berukuran lebih kurang 3 kaki x 3 kaki dibuat bercampur-campur dengan batu karang yang dibentuk. Selain itu, satu tapak laluan mengelilingi ka wasan taman (cordyard) ini telah ditemui. Dalam kerja-kerja restorasi yang dilakukan kemudiannya telah menemui saluran longkang di bawah tapak laluan ini. Tapak laluan ini telah ditutup dengan tanaman rumput pada tahun 1986 iaitu semasa kerja -kerja membina Muzium Sejarah buat sementara sedang giat dilaksanakan. Ada yang beranggapan bahawa t apak jalan dan perigi Portugis ini telah ditimbus semasa pemerintahan Ingeris. Di samping itu, dua tangga naik yang terdapat pada bahagian hadapan bangunan ini (berhadapan dengan pancutan air dan Jam Besar )asalnya merupakan tangga yang dibina tegak telah diubah menjadi separuh tegak. Tangga ini telah diubah semasa pemerintahan Inggeris. Pada tembok antara dua tangga in i ditempatkan batu peringatan bagi memperingati askar-askar yang terkorban semasa Perang Dunia ke -2.

BAHAN BINAAN
Bangunan Stadhuys pada zaman Belanda mempunyai dua tingkat. Bahagian hadapan tiga tingkat dan dua tingkat di bahagian belakang. Oleh sebab kedudukannya di l ereng bukit St. Paul, bangunan ini kelihatan seperti bertingkat-tingkat. Asas dan bahan binaan bangunan ini berbeza dengan bangunan masa kini. Keseluruhan bahagian asas dan temb ok dasar terletak di tanah keras dan bongkahan bat u laterit. Ukuran tembok yang diperbuat daripada batu laterit telah dibina berbentuk empat persegi bujur tidak menentu. Bahagian atas tembok bangunan disusun bercampur -campur batu laterit dan juga batu-bata pada zaman Belanda. Tembok asas dibina agak tebal iait u 3 kaki dan mengecil sedikit di bahagian atas. Oleh sebab bangunan Stadhuys mempunyai tembok yang tebal, ia memberi kekuatan kepada bangunan ini untuk terus kekal hingga ke hari ini. Plaster yang digunakan pada keseluruhan tembok bangunan ini menggunakan motor kapur. Campuran yang digunakan dalam adunan motor kapur dikatakan agak sukar unthk dilakukan. Semasa kerja-kerja restorasi terhadap bangunan Stadhuys dan dalam penelitian terhadap bangunan - bangunan-bangunan lama di Melaka banyak ditemukan kulit kerang yang tidak hancur dikesan pada motor plaster. Menurut sumber mitos, kulit kerang direndam dan dihancurkan menjadi kapur. Dalam membuat bancuhan motar, kulit kerang ini dicampurkan dengan pasir dan air serta bahan pelekat yang dikatakan putih telur dan madu. Lantai pada bangunan in i pula terdiri daripada tiga bahan utama iaitu tarakota, granit dan kayu. Lantai tarakota dan granit mi merupakan lantai yang tidak berasaskan tanah dan lereng bukit dan lantai dibuat berasaskan lantai kayu. Lantai tarakota ini ditempatkan di anjung bertentangan dengan jam besar dan di verandah bahagian belakang bangunan yang bertentangan dengan tembok penahan dan bangunan lama di lereng bukit St. Paul. Manakala lantai dan batu granit pula digunakan hampir keseluruhan ruang dan veranda iringan yang bertentangan dengan batu asas pembinaan Muzium Sejarah. Pada ruangan bahagian dalam bangunan Stadhuys in i juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun dan batu- bata zaman Belanda. Penggunaan lantai yang tidak seragam di tingkat satu yang merangkumi lantai kayu, tarakota ,gr anit dan batu-bata menjadikan bangunan i ni sebuah bangunan yang unik yang pernah dibina pada zaman Belanda di Melaka.

Kayu-kayu yang digunakan untuk membina bangunan Stadhuys ini merupakan sebahagian besarnya dari jenis kayu jati yang merupakan kayu terbaik yang banyak terdapat di negara kita pada masa tersebut. Pada waktu tersebut, pokok jati semakin berkurangan dan dijadikan sebagai tumbuhan yang dikawal. Ukuran kayu untuk tujuan pembinaan ini tidak menentu dan mengikut keperluan. Kayu kekuda pada bumbung bangunan utama berukuran lebih kurang 10 inci x 10 inci manakala ukuran kayu kekuda pada bahagian belakang agak kecil sedikit. Ukuran kayu lantai pula antara 10 hingga 1 dengan ketebalan hampir 2 inci. Kebanyakan kayu-kayu tersebut tidak diperhalusi. Kebanyakan kayu yang digunakan ditarah menggunak an kapak atau gergaji sahaja. Siling bagi bangunan utama merupakan siling dua lapis. Siling sebelah atas merupakan papan lebar manakala siling bahagian bawah pula merupakan papan yang disu sun rapi. Siling di bahagian belakang merupakan s iling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Sebelum bangunan ini diubahsuai, hanya bahagian utama dan bahagian belakang (bertentangan dengan Gereja Christ) masih menggunakan genting asal manakala di lain lain bahagian bangunan ini menggunakan genting China dan genting I ndia (India pattern 1982). Hal ini disebabkan beberapa bahagian dari ban gunan ini merupakan bangunan tambahan yang dibuat pada zaman Inggeris. Tingkap-tingkap di bangunan utama merupakan tingkap empat petak dan merupakan tingkap dua lapis. Pada bahagian luar pula diperbuat d aripada kayu dan ruang tingkap ini merupakan tingkap kayu nako yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah. Tingkap pada bahagian dalamnya pula mer upakan tingkap cermin. Tingkap -tingkap di bahagian belakang merupakan tingkap dua muka dan d ibuat hanya selapis. Ukurannya juga lebih kecil dari tingkap pada bangunan utama.

PENGUBAHSUAIAN

Pada peringkat permulaan, pelan telah dirangka secara menyeluruh dan telah dibuat oleh seorang arkitek yang juga merupakan seorang jurutera yang pakar mengenai bangunan bangunan lama Belanda iaitu Laurens Vis yang telah diundang khas. Restorasi secara menyeluruh hanya dapat dilakukan pada pertengahan tahun disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Kerja -kerja restorasi telah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Kerjakerja restorasi telah dibahagikan kepada dua fasa. Fas a pertama hanya menumpukan kerjakerja bahagian atas dan luar bangunan manak ala kerja-kerja fasa kedua pula merangkumi bahagian dalam. Berdasarkan tulisan Laurena Vis dalam the Stadhuys of Malacca yang menyentuh Stadhuys secara menyeluruh hanya menumpukan bangunan ini dalam bentuk plan asal bangunan yang dibina pada zaman Belanda yang dikeluarkan pada tahun 1982 dan kertas kerja mengenai bangunan ini yang dibuat oleh En. Amir Hamzah bin Mohd Yunus yang merupakan arkitek yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja restorasi bangunan ini pada tahun 1986. Selain tulisan tersebut, beberap gambar mengenai bangunan ini yang dirakamkan pada zaman pemerin tahan Inggeris boleh dijadikan panduan. Penglibatan penulis secara langsung dalam melihat setiap perkembangan yang berlaku s emasa kerjakerja restorasi dijalankan menambahkan pengetahuan mengenai setiap perubah an yang berlaku sejak bangunan ini dibina hinggalah rupa bentuk yang berlaku setelah bangunan ini siap diubahsuai. Dalam usia menjangkau 350 tahun ( dibina 1650 an) sejak bangunan ini dibina, bangunan Stadhuys ini tidak lagi dijamin selamat untuk digunakan berterusan. Tambahan tambahan yang dibina pada zaman Inggeris dibuat tanpa mengira kekuatan bangunan telah menambah beban kepada struktur keadaan asal bangunan ini. Setiap ruang tanah yang terluang dibuat bangunan- bangunan tambahan sementara dan separuh kekal bergantun g kepada kepentingannya. Bangunan -bangunan tambahan ini telah digunakan berterusan sehinggalah kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan.

Dalam keadaan usia yang terlalu lama ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang terlalu padat dan pesat ,gegaran dan kenderaan yang lalu lalang menyebabkan bahagian tembok bangunan Stadhuys ini menjadi retak. Plaster tembok bangunan yang sememangnya tidak begitu kukuh (lime motar) di beberapa bahagian tembok relai. Setiap kali motar ini relai, pihak JKR diminta untuk memperbaikinya semula. Faktor usia juga menjadi faktor bahagian bumbung bocor. Kesukaran untuk mendapatkan genting, usaha pembaikpulih menempatkan atap zinkdi bawah atap genting Belanda. Cara in i sepatutnya tidak dilakukan. Walaupun kebocoran tidak menembusi ruang dalam bangunan tetapi telah merosakkan banyak kekuda dan kerja kayu pada bumbung. Oleh sebab bangunan Stadhuys in i merupakan bangunan dominan danjuga merupakan mercu tanda bagi negeri Melaka satu kerja pengubahsuaian secara menyeluruh dilakukan. Oleh sebab bangunan i ni telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah dan kepentingannya kepada sejarah negeri dan negara, pada tahun 1979, Jabatan Muzium telah merancang untuk membuat pelan ukuran bangunan ini. Laurens Via seorang arkitek yang juga merupakan jurutera melaksanakan plan ukuran bangunan - bangunan lama, tela h diminta melaksanakan pelan ukuran bangunan ini mengikut binaan asal dan cadangan cadangan yang harus dibuat terhadap bangunan ini. Inisiatif untuk memulihara bangunan dilakukan. Pada peringkat awalnya pihak PKNM diminta untuk menyediakan semula pelan dan melaksanakan tugas-tugas tersebut. Malangnya PKNM tidak berupaya dan tidak mempunyai kepakaran dalam melaksanakan kerja-kerja restorasi. Selepas itu, JKR Negeri Melaka telah diminta untuk melaksanakan tugas tersebut. Restorasi kepada Bangunan Stadthuys merupakan kerja -kerja yang pertama yang dilakukan di negara kita. JKR menjadikan pelan cadanga n yang dibuat oleh Vis sebagai panduan. Walau bagaimanapun, tidak semua dijadikan panduan kerana tumpuan pelan yang disediakan oleh Vis lebih menu mpukan kepada bahagian luaran bangunan dan tumpuan keseluruhannya kepada Bangunan Stadthuys di zaman Belanda sedangkan beberapa tambahan yang pada zaman British perlu juga dikekalkan pada tahap -tahap tertentu supaya dirasakan terdapat kesinambungan peristiwa yang berlaku. Justeru itu, pihak JKR terpaksa membuat pelan ukuran yang baru Bangunan Stadthuys hingga ke tahun 1940-an. Seperti yang dinyatakan tidak semua pelan cadangan Vis diterima. Sebagai contoh laluan berkeliling di tingkat atas kawasan taman (cord yard) dicadangkan untuk dikekalkan oleh Vis. Beliau beranggapan laluan yang disediakan merupakan laluan yang dibuat kemudian dan perlu dibuat semula mengikut bentuk asal binaan Belanda. Jabatan Muzium pula berpendapat laluan tersebut merupakan binaan tambahan yang dibuat kerana keperluan semasa yang tidak harus dikekalkan. Walaupun ada pendapat laluan tersebut harus dikekalkan, disebabkan faktor keselamatan pameran

(dicadangkan untuk dijadikan Muzium setelah kerja-kerja restorasi selesai dilaksanakan) cadangan untuk mengekalkan laluan tersebut tidak dapat dilakukan. Seca ra peribadi, laluan tersebut harus dikekalkan kerana laluan tersebut praktis dan terdapatnya pintu -pintu masuk dan arah tersebut (tingkat atas) menujukkan laluan tersebut sememangnya dibuat seiring dengan binaan bangunan tersebut. Laurens Vis juga mencadangkan binaan tambahan yang merupakan binaan konkrit yang dibina bercantum dengan bangunan utama dimusnahkan dan diganti dengan binaan bentuk asal. Walaupun cadangan tersebut dipersetujui kerana peruntukan yang terhad, tambahan binaan mengikut bentuk asal di kawasan tersebut tidak dapat dilaksanakan. Oleh sebab binaan konkrit yang tidak lagi kukuh, di dalam kerja-kerja fasa pertama ini binaan itu diruntuhkan dan kawasan tersebut dibiar sebagai sebahagian dan ruang terbuka (cord yard). Kerja-kerja pengubahsuaian dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula pada pertengahan tahun 1986 dimulakan dengan memecah dan membe rsihkan binaanbinaan tambahan baru terutamanya binaan-binaan berbentuk sementara seperti tandas dan sektor yang dibina di ruang halaman bahagian belakang danjuga di ruang yang terbuka. Selain itu, tumpuan kerja pada fasa pertama ni dilakukan di bahagian b umbung bangunan. Antara kerja-kerja yang dilakukan di fasa pertama adalah :1. Meruntuhkan bangunan-bangunan binaan baru dan membersihkan kawasan tersebut. Antara binaan tersebut ialah bangun an telekom, sektor pejabat daerah dan binaan tandas yang terdapat di halaman bahagian dalam bangunan. 2. Membuka atap genting Belanda untuk dicuci dan digunakan semula. Menukar atap genting India dan China kepada corak asal genting Belanda. 3. Merawat kerja kayu yang masih boleh digunaka n dan menggantikan kayu-kayu yang telah rosak teruk dan tidak boleh dirawat kepada kayu yang lebih baik . 4. Menguat dan mernbaikpulih beberapa bahagian bangunan yang telah retak dan merawat plaster yang masih boleh dikekalkan. Plaster yang tidak boleh digunakan ditanggalkan dan diplaster semula dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti plaster asal. Kerja-kerja pada fasa pertama siap dilaksanakan pada awal tahun 1988. Kerja-kerja fasa pertama ini tidak melibatkan kerja -kerja dalaman dan tumpuannya pula dibahagian ata s dan tembok bangunan sahaja. Kerja-kerja dalaman dan lantai dilaksanakan dalam kerja kerja fasa kedua.

Kerja-kerja fasa kedua pula dilakukan pada Ogos, 1988. Tumpuan kerja adalah di bahagian dalaman, lantai dan keseluruhan ba hagian luar bangunan. Antara ker ja-kerja yang dilakukan ialah :1. Membersihkan tambahan-tambahan baru yang terdapat di bangunan Stadhuys. 2. Membaikpulih tembok-tembok ruangan dalam menggunakan bahan jenis yang seakan sama dengan bahan binaan asal. 3. Meruntuh dan membersihkan binaan tambahan baru di ruang terbuka. 4. Membaikpulih kerja kayu pintu dan tingkap yang asal. Pintu dan tingkap buatan baru digantikan dengan bentuk pintu pada zaman Belanda. 5. Menggantikan lantai yang telah rosak mengikut j enis dan bentuk ruang-ruang yang berlainan jenis dan bentuk ruang-ruang yang berlainan di bangunan tersebut iaitu lantai tarakota, granit, batu-bata dan lantai kayu. Seperti juga kerja-kerja fasa pertama, hasrat kerja di fasa kedua juga mengekalkan bentuk asal Bangunan Stadthuys. Disebabka n itu, perbincangan sering dilakukan diantara pihak pelaksana (JKR) dan Jabatan Muzium supaya kata putus dapat dibuat bersama. Semasa pelaksanaannya banyak temuan -temuan yang tidak diduga telah ditemui. Antaranya semasa membuang motar-motar plaster yang tidak kuat dan tidak boleh diselamatkan telah menemukan bentuk -bentuk yang tidak diduga seperti kesan -kesan tingkap dan pintu asal semasa menentukan lantai asal, di bahagian ruangan utama pula telah ditemukan sistem perparitan lama ya ng dibuat dan susunan batu lateri t dan juga granite. Dalam kerja-kerja memecah tandas yang terdapat di dalam ruang bangunan telah ditemukan sebuah laluan dan anak tangga da n juga sebuah kolam yang sukar ditentukan penggunaannya. Pada tapak di mana dicadang untuk menempatkan tandas baru iaitu di kawasan terbuka bersempadan dengan Mahkamah, telah ditemukan tapak asas bangunan dan di bawah lantai asas bangunan ini ditemukan pula sebuah perigi yang di buat dan susunan batu-bata Belanda dan dikelilingi perigi di atas permukaan tanah di susun dengan batu laterit berserta saluran longkang. Bercantum dengan tembok bahagian belakang Bangunan Stadhuys iaitu di kawasan yang sama dengan temuan perigi dan tapak bangunan dan telah disimen keseluruhannya mi ditemukan lantai dan susunan batu marmar yang barangkali ada hubung kait dengan temuan perigi tersebut. Temuan yang dianggap paling istemewa yang sukar diterima akal ialah temuan perigi yang merupakan larian tembok bangunan yang terletak berhampiran dengan jalan

naik ke rumah kediaman Gabenor. Temuan-temuan ini ditemukan semasa kerja-kerja fasa kedua dijalankan selain dan temuan awal perigi yang dikatakan perigi Portugis yang ditemukan di ruang terbuka sebelum kerja-kerja fasa pertama dijalankan. Setiap kali temuan-temuan yang tidak di duga ditemui, perbi ncangan dilakukan sama ada ianya perlu dikekal atau pun ditiadakan dan kekal seperti keadaannya sebelum dibaik pulih. Hasil daripada perbincangan, hampir semua temuan -temuan tersebut dikekal dalam bentuk asal. Hanya satu sahaja tidak dapat dikekalkan iaitu temuan kepingan kayu pada tembok bangunan yang ditemui pada tembok sempadan ruang utama dengan ruang belakang kerana jika kayu tersebut di biar terbuka, ia akan mengurangkan kekuatan bangunan kerana di bahagian tersebut tukang asal yang membuat bangunan tersebut seakan melakukan dengan tidak mengikut spesifikasi yang seharus iaitu dengan batu laterit yang mudah peroi. Langkah yang di ambil oleh pihak JKR ialah dengan menguatkan tembok kawasan tersebut bagi mengeIakkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Pembinaan binaan asal yang tidak seragam juga kadang kala menimbulkan kekeliruan peranan yang dimainkan. Sebagai contoh di tembok yang berhampiran dengan siling berukir, bahagian atasnya ditempatkan sebatang kayu sepanjang ukuran tembok dan tebalnya pula hampir setebal tembok. Di sebelah atas kayu tersebut di susun pula dengan batu laterit dan di plaster keseluruhannya. Bagi mengekalkan keunikannya, permukaan di bahagian sisi kayu dibiarkan tidak berplaster. Setiap temuan tidak di duga seperti yang dinyatakan seperti di atas, kerja -kerja di kawasan temuan akan diberhentikan dan perbincangan di buat antara pihak pelaksana dengan Jabatan Muzium. Temuan yang ditemukan di bahagian dinding ada yang diwujudkan dalam bentuk asal dan tiada pula ditiadakan dan kawasan temuan tersebut diperkuatkan kerana keadaan yang tidak meyakinkan. Antara temuan tembok yang di kekal dan diperkuatkan merupakan temuan -temuan berupa pintu, tingkap dan alat tangga serta laluan yang telah ditutup semasa perubahan dan penambahan yang dilakukan dan semasa ke semasa iaitu dan zaman Inggeris dan zaman selepas merdeka. Manakala temuan-temuan yang tidak diduga yang ditemukan di bahagian lan tai dan ruang terbuka, maka satu exskavasi yang khusus pula dilakukan. Ekskavasi yang dilakukan tidak mengikut kaedah sebenar yang direkod secara teliti. Hal mi disebabkan faktor masa yang terhad di mana penangguhan masa yang lama akan meningkatkan kos dan melewatkan jadual siap kerja. Hasil daripada penemuan ini dikekalan supaya dapat ditontonkan kepada orang ramai. Kini seseorang yang berkunjung ke Bangunan Stadhuys yang kini dikenali sebaga i Muzium Sejarah dan Ethnografi akan dapat melihat peninggalan yang ditemui semasa kerja-kerja restorasi dijalankan antaranya, sistem perparitan yang dipercayai telah dibina

semasa zaman Portugis yang terletak di ruang utama berhampiran dengan pintu masuk utama. Kesan peninggalan bangunan lama dan Perigi Belanda yang terdapat di ruang terbuka di bahagian belakang Bangunan Stadhuys. (Anak tangga yang ditebuk dan dinding yang ditemukan di bahagian sisi bangunan). Kolam dan susunan batu-bata yang berplaster ini tidak dapat ditentukan peranannya. Ked udukan yang agak dalam dan paras lantai memungkinkannya di bina sebe lum pembinaan Bangunan Stadhuys. Mengenai penemuan perigi di atas tembok bangunan bahagian belakang yang bertentangan dengan jalan naik ke kediaman TYT, berkemungkinan merupakan perigi yang telah dibina lebih awal yang kemudiannya dikambus semasa seb ahagian dan Bangunan Stadthuys ini dibina. Mungkin juga terdapat temuan-temuan lain boleh ditemui di dalam kawasan bangunan ini kerana kawasan ini memainkan peranan penting semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis sebelum bangunan Stadthuys ini dibina di zaman Belanda. Hal ini kerana kedudukannya berhampiran dengan muara Sungai Melaka yang merupakan sebuah pelabuhan yang terkena l di zaman tersebut. Pada keseluruhannya kerja -kerja restorasi bangunan Stadthuys ini disiapkan pada akhir tahun 1990. Pihak pelaksana telah mencuba sebaik mun gkin untuk memulihara bangunan ini sebaik mungkin dalam keadaan asal. Walaupun pelbagai a nggapan berbangkit, terutama tentang cara pelaksan aan kerja-kerja restorasi, hal ini boleh dijadikan contoh untuk memperbaiki sebarang kelemahan di dalam melaksanakan sebarang kerjakerja yang serupa terhadap bangunan lain di masa yang akan datang.

HIASAN DALAMAN

Walaupun bangunan ini sudah lebih seabad, hiasan dalamannya sentiasa mengagumkan. Dengan warnanya merah menyala atau boleh disifatkan sebagai merah ferrari, bangunan Stadhuys amat mengagumkan. Belum pe rnah saya melihat bangunan yang berwama merah bata di Malaysia selain bangunan in i. Mengikut sumber mitos, wama bangunan ini pada asalnya berwarna putih namun telah ditukar kepada warna merah oleh pemerintah Inggeris pada tahun 1980. Ada yang mengatakan tujuan bangunan mi ditukar kepada wama merah adalah untuk menambahkan kehebatannya supaya mudah dikenali dan wama putih mudah kelihatan kotor. Namun, ada juga beberapa sumber yang mengatakan ia tukar warn a kerana penoreh-penoreh getah berbangsa India yang dibawa masuk suka meludah air pinang yang berwarna merah ke dinding Stadthuys. Jadi, untuk menyelesaikan masalah mi, pemerintah Inggeris telah menukar warna Stadthuys dari putih ke merah. Ludah air pinang pun sudah tidak kelihatan. Walau bagaimanapun, tidak ada mana -mana pihak yang boleh membenarkan kesemua andaian ini kerana tidak ada rekod yang menyatakan sebab -sebab munasabah pemerintah Inggeris menukar warna Stadthuy. Walaupun warnanya pudar dan kelihatan tidak berseri, pada pandangan mata saya, bangunan ala kolonial ini tetap memberi impak yang mengkagumkan. Daripada jauh, bangunan ini kelihatan tidak berseri tetapi hiasan dalamannya seperti lampu, hiasa n kerusi ala kolonial, seakan menghidupkan memori sejarah lama kepada saya dan rakan -rakan saya. Dengan melawat ke bangunan in i, saya merasakan seolah terseret kembali ke zaman lampau.Saya percaya jika pemeliharaan dan pemuliharaan terus dijalankan, anak cucu malah cicit saya pun mungkin berpeluang sama merasai bahang sejarah bangunan ini.

KEGUNAAN DAHULU
Pada zaman pemerintahan Belanda, bangunan ini telah digunakan sebagai pusat pentadbiran pemerintahan Belanda dan sebagai tempat kediaman Gabenor Belanda. Stadhuys juga telah menjadi tempat pembesar -pembesar dan tentera-tentera Belanda berkumpul. Selain itu, hamba-hamba abdi juga ditempatkan di beberapa bahagian yang disebut sebagai Misericordia. Pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan ini telah digunakan sebagai pusat pentadbirannya. Sejak zaman pemerintahan Belanda, Gabenor Inggeri s tidak lagi mendiami bangunan ini kerana Belanda telah membina sebuah kediaman khas untuk Gabenor di puncak bukit yang berhampiran dengan Gereja St. Paul dan tidak jauh dari bangunan ini. Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidi kan. Pada abad ke 19, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina dipekarangan Bangunan Stadhuys . Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekol ah itu, terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya. Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perban daran yang ditandatangani oleh wakil Gereja, Encik J. Humpreys, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Walaupun bahasa pengantamya ialah bahasa Inggeris, bahasa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar. Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca Fli gh School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Setelah merdeka, peranannya telah banyak disentuh pada zaman pemerintahan Inggeris. Penggunaannya berterusan sebagai pusat pentadbiran Negeri. Antara jabatan yang menduduki bangunan ini ialah Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Jaba tan Buruh, Pendaftaran dan lain-lain. Setelah jabatan-jabatan berkenaan berpindah pada tahun 1979, Bangunan Stadthuys tidak ditinggalkan kosong begitu sahaja. Jabatan -jabatan lain pula memenuhi ruang-ruang

terutama di ruang bangunan utama. Pejabat Antikuiti Wilayah Selatan yang seb elum ini dikenali sebagai Arkeologi Zon Selatan berpindah ke r uang tingkat atas yang terdapat lukisan kaligraphi China pada tahun 1980. Sebelum ini, Arkeologi Zon Selatan berpejabat di bangunan Muzium Melaka. Pada tahun 1982 atas daya usaha Ketua Menteri Melaka Datuk Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ruang utama bangunan Stadthuys in i telah dijadikan Muzium Sejarah Melaka dalam bentuk sementara. Pada tahun 1986 kerja -kerja pemuliharaan keseluruhan bangunan ini dimulakan dan diterajui oleh JKR Melaka dan disiapkan pada tahun 1990n. Pada tahun 1991 bermula menyediakan susun atur pameran pada bangunan mi. Jika cadangan awal bangunan ini keseluruhannya akan dikenali sebagai Muzium Sejarah Melaka, disebabkan ruangnya yang luas tajuknyajuga diubah kepada Muzium Sejarah dan Ethnografi. Pada tahun 1993 Muzium yang belum lengkap sepenuhnya, telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

KEGUNAAN SEKARANG
Bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Sej arah dan Etnografi.

CARA PEMBINAAN
Tiada catatan lengkap mengenai cara pembinaan bangunan ini. Namun, cara pembinaan bangunan ini sudah pasti dilakukan dengan kerjasama semua. Antara perkara yang dilakukan untuk membina bangunan ini ialah tembok Stadthuys disusun bercampur campur batu laterit dan juga batu-bata zaman Belanda. Tembok asal dibina agak tebal iaitu 3 kaki persegi dan mengecil sedikit di bahagian atas. Disebabkan tembok yang tebal memberikan kekuatan kepada bangunan Stadthuys kekal sehingga ke hari ini. Plaster yang digunakan pada keseluruhan tembok bangunan ini menggunakan motar kapur iaitu kulit kerang yang direndam dan dihancurkan serta dicampurkan dengan pasir, air dan bahan pelekat iaitu madu dan putih telur. Lantai pada bangunan ini pula terdiri daripada tiga bahan utama iaitu tarakota, grinite dan kayu. Lantai grinite hampir digunakan di setiap bahagian. Penggunaan lantai yang tidak seragam di tingkat satu yang merangkumi lantai kayu, grinite, tarakota dan batu-bata menjadikan ianya sebuah bangunan yang unik yang pernah dibina pada zaman pemerintahan Belanda di Melaka. Kayu-kayu yang digunakan merupakan kayu jati yang merupakan kayu yang terbaik. Kayu kekuda di bumbung bangunan utama berukuran 10 inci x 10 inchi. Kayu lantai pula antara 10 hingga l2 inci dengan ketebalan hampir 2 inci. Kebanyakan kayu yang digunakan tidak diketam halus dan ditarah dengan menggunakan kapak atau gergaji sahaja. Siling sebelah atas merupakan papan lebar manakala siling di bahagian bawahnya pula merupakan papan yang disusun rapi. Siling di bahagian belakang meru pakan siling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Atap asal bangunan ini merupakan atap genting seperti corak yang terdapat di ne geri Belanda. Sebelum bangunan ini dibaik pulih, hanya bangunan utama dan bahagian belakang (bertentangan dengan Gereja Christ) masih menggunakan genting asal manakala d i lain-lain bahagian bangunan ini menggunakan genting China dan genting India. Dan apa yang unik mengenai bangunan inmi, bumbungnya dibina curam. Barangkali orang Belanda di Melaka membina Stadthuys menggunakan ciri-ciri dan teknik seperti bangunan di negara Belanda. Bumbung yang dibina curam memudahkan saiji larut ke bawah dan tidak berkumpul di atas bumbung yang akan menambah beban tanggungan yang memungkinkan bumbung runtuh.

Tingkap-tingkap di bangunan utama meru pakan tingkap empat petak dan ianya merupakan tingkap dua lapis. Berkaitan dengan warna banguna n, asalnya, bangunan Stadthuys ini berwarna putih namun telah ditukar kepada warna merah oleh pemerintah Inggeris pada tahun 1980. Ada yang mengatakan hal ini bertujuan menambahkan kehebatannya supaya mudah dikenali manakala warna putih mudah kelihatan kotor. Namun, ada juga beberapa sumber yang mengatakan bertukar warna kerana penoreh penoreh getah berbangsa India yang dibawa masuk suka meludah air pinang yang berwarna merah ke dinding Stadthuys. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, pemerintah Inggeris telah menukar warna Stadthuys dari putih ke merah. Ludah air pinang pun sudah tidak kelihatan. Walau bagaimanapun, tidak ada mana -mana pihak yang boleh membenarkan kesemua andaian ini kerana tidak ada rekod yang menyatakan sebab - sebab munasabah pemerintah Inggeris menukar warna Stadthuys.

Rumusan yang boleh saya peroleh setelah melakukan penyelidikan ata u kajian tentang sejarah pembinaan bangunan Stadhuys yang lebih d ikenali sebagai bangunan merah ini ialah: Penggunaan bahan-bahan yang unik seperti plaster yang digunakan pada keseluruhan tembok bangunan ini menggunakan motor kapur dan penggunaan kulit kerang yang dicampur dengan pasir dan air dalam membuat bancuhan motar, bahan pelekat yang dikatakan putih telu r dan madu membuktikan bahawa masyarakat zaman dahulu berupaya menggunakan akal fikiran untuk menghasilkan sesuatu. Oleh itu, kita sebagai generasi yang akan memacu negara perlu mengambil iktibar daripada peristiwa ini dengan berusaha bersungguh sungguh dan menggunakan akal fikiran sebaik mungkin dalam membuat sesuatu pekerjaan. Kerja-kerja pengubahsuaian yang berlaku pada bangunan ini oleh kerajaan telah menyebabkan kebanyakan bahan-bahan asal yang masih boleh digunakan tidak dikekalkan. Contohnya, kerja kayu yang masih boleh digunakan dengan hanya perlu dirawat telah digantikan dengan kayu bar u. Hal ini telah menyebabkan generasi kini tidak dapat melihat keunikan ba han - bahan asal yang telah digunakan oleh generasi dahulu. Oleh itu, kita perlu menjaga atau memelihara bangunan bersejarah dan bahan-bahan binaan asal agar dapat digunakan dan dihayati oleh generasi akan datang. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangunan bangunan bersejarah terutamanya bangunan Stadhuys tidak dipersia -siakan begitu sahaja. Pihak kerajaan telah prihatin dan bertanggungjawab me mulihara dan memelihara bangunan ini. Bangunan ini telah dijadikan Muzium Sejarah dan Etnografi bagi mengelakkan bangunan ini daripada terbiar di samping menarik kedatangan para pelancong ke negeri ini. Justeru itu, kita perlulah prihatin dan mengambil berat

tentang usaha pemeliharaan bangunan bersejarah ini bagi menjamin pengekalan bangunan ini di muka bumi untuk kebaikan generasi akan datang. Bangunan Stadhuys ini digunakan sebagai pusat pemerintahan penjajah iaitu Belanda dan Inggeris. Bangunan ini merupakan antara bangunan yang menjadi simbol penjajahan di Tanah Melayu. Ol eh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menjaga tanah air kita bagi mengelakkan tanah air kita dijajah semula oleh penjajah penjajah durjana.

Buku ilmiah

Internet

Lawatan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUZAFFAR SYAH

FOLIO:GEOGRAFI BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

NAMA : MUHAMMAD AFIFI SYAFIQ B. OMAR TING : 2 ALPHA

GURU : CIKGU NORHASBEE

TAJUK BIODATA ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN

M/S 1 2 3 7 9 11 13 14 15